Perihal Talak (1) – Tanyalah Ustaz 11 Ramadhan 1433H (31.07.2012)
Ustaz Muhammad Abdullah Sumber grafik Bacaan surah Ar-Ruum, ayat 21-22: Kenapa kita bincang perihal talak dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya saya pun tak tahu tetapi setiap ilmu yang disebut dalam Al-Quran dan dalam hadis Nabi SAW pasti ada kebaikannya apabila kita bincangkan, InsyaAllah. Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Kenapa Allah benci talak? Kerana banyak perkara tak baik boleh berlaku kesan talak contohnya – pergaduhan antara bekas suami dan isteri, keluarga, nafkah anak-anak mungkin terabai dan banyak lagi. Semua orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Ada kadang-kadang suami atau isteri datang mengadu masalah rumah tangga kepada saya. Kalau suami selalunya akan mengatakan yang isterinya tak lagi menghormatinya, kalau isteri pula akan mengatakan yang suaminya tidak lagi menyayanginya. Cuba kita perhatikan bagaimana kehidupan Nabi SAW – adakah bermasalah atau tidak? Sebenarn...