Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak (2) - Tanyalah Ustaz 29.11.2012
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah An-Nasr: Apabila tibanya pertolongan Allah tiba, maka Nabi Muhammad SAW dapat masuk ke Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah sedikitpun. Oleh itu, dalam setiap masalah yang kita hadapi, mintalah pertolongan pada Allah. Ajar Ajarkan anak-anak intipati Al-Quran dan kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Permulaan terbaik untuk mendidik anak ialah ketika mengandung, iaitu dengan mengamalkan: Banyakkan membaca atau memperdengarkan Al-Quran (bagi yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan lancar) Banyakkan berdoa untuk kebaikan anak Ibu bapa perlu kurangkan melakukan dosa, dan banyakkan amal kebaikan Ketika anak lahir, jangan lambat-lambatkan azan. Seelok-eloknya ketika hampir-hampir dikeluarkan (ketika isteri sedang meneran) atau ketika masih disaluti darah. Jangan lambat dan tunggu dibersihkan oleh jururawat kerana dikhuatiri perkataan pertama yang didengari ialah kata-kata jururawat tersebut. Jan...