Muhammadku (siri 7): Rasulullah SAW & Jiran - 22.11.2013
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid TV3 Video Selalulah kita memulakan dengan doa - dengan harapan doa itu menjadi wasilah dan pembuka kepada apa yang kita akan dengar dan diberi keupayaan untuk mengamalkan apa yang kita dengar, InshaAllah. Satu perkara yang terkait kepada manusia dan jin ialah hak. Allah membahagikan hak kepada 2 iaitu hak kepada Allah, dan hak antara manusia. Hak antara antara manusia ada banyak jenis iaitu hak kepada: · diri sendiri · keluarga · jiran · sahabat · alam dsb Hak kita kepada Allah ialah beriman kepada-Nya, dan jika kita tunaikannya, Allah akan beri hak kita iaitu memasukkan kita ke syurga. Jika kita tidak menunaikan hak kepada Allah, maka tiada makna kita menunaikan hak kepada orang lain, walaupun itu a...