"Yang dipanggil adalah hati..." - Tafsir Surah Ali-Imran, ayat 116-119
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 24.01.2014 Sumber video asal: http://bit.ly/Mu7Ekc Ayat 116: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelematkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.” ” Antara perkara yang manusia harapkan untuk memberi perlindungan dan pergantungan apabila menghadapi kesusahan ialah harta, takhta atau anak-anak. Bilamana ini yang menjadi keyakinan kaum Kafirin, dan apabila Nabi Muhammad SAW mengingatkan mereka tentang akhirat, mereka mengatakan bahawa anak, harta dan takhta akan menyelesaikan masalah dan melindungi mereka. Maka, Allah SWT berfirman dalam ayat ini ‘ lan tughni ’ - sekali-sekali tidak mungkin dapat mencukupi kepada mereka atau membela mereka (orang kafir). Apa yang tidak dapat membela mereka? Harta, da...