بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* MTDM 21.02.2014 Video rakaman (20 minit sahaja, kerana kekangan teknikal MTDM): https://www.youtube.com/watch?v=JvHLM3waY8w#t=22 *TAMBAHAN* Sumber ramakan audio (PENUH) Surah Ali-Imran, ayat 129-136 Ayat 129: Dalam ayat 129, Allah memberitahu bahawa segala yang ada di bumi dan dilangit adalah milik Allah. Segala yang berlaku di antara keduanya, atau pada kedua-duanya, adalah diketahui oleh Allah. Tidak berlaku sesuatu pun kecuali telah diketahui Allah akan sesuatu akan berlaku, oleh kerana yang Memiliki pasti mengetahui dengan jelas tentang apa yang dimiliki. Dan milik Allah semua yang ada di langit dan di bumi, termasuk waktu. Perubahan waktu adalah menunjukkan kejadian yang berlaku. Hari ini kita berada pada satu waktu yang esok adalah berbeza dengan hari ini. Tidak siapa pun daripada kita yang akan tahu apa akan berlaku esok, walaupun kita sudah merancangk...