"Jangan menghukum isi hati orang lain dan jangan bakhil" - MTDM 12.09.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12.09.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Beberapa isi penting daripada ulangkaji ayat sebelum ini – ayat 176-178: Kasih sayang Rasulullah ﷺ sangat tinggi kepada kita sehingga baginda sedih dengan kekufuran kaum kafir dan munafiqin Musuh Allah ialah kaum kafir dan munafiqin dan tentera Allah ialah orang mukminun. Orang yang panjang umur dalam kemaksiatan akan menjadi penyebab lebih teruk azab yang akan diterimanya nanti. Bahagian 1 - Tafsir Al-Imran, ayat 179-180. Sumber Rakaman Video Darul Murtadza Ayat 179: “ Allah tidak akan membiarkan orang-orang beriman bercampur dengan orang-orang munafik tanpa dibezakan….” Allah takkan membiarkan orang-orang munafiq yang busuk hatinya bercampur bersama orang beriman yang bersih hatinya. Tak, suata masa identiti sebenar m...