Posts

Islam Itu Indah (1) - Tanyalah Ustaz 3 Ramadhan 1433H (23.07.2012)

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan surah Al-An’am, ayat 161-163: Indahnya Islam itu hanya bagi orang yang mengetahui, mengamalkan dan menghayati sepenuhnya. Seumpama orang yang tak pernah merasa gula, dia takkan faham erti manisnya gula itu. Bunga yang indah, jika diberikan kepada monyet, akan habis dirosakkanya sahaja kerana monyet itu tidak memahami hakikat keindahan yang sebenar. Indahnya Islam itu mungkin pada akidahnya, syariatnya, dan pelaksanaannya. Dari segi akidah, indahnya Islam itu pada keesaan Allah yang satu. Sebuah rumah yang mempunyai dua ketua tidak akan aman. Syariat pula merangkumi ibadah dan cara hidup Islam. Ibadat bermula dengan kebersihan, tetapi bukan pada zahir sahaja, bahkan termasuk kebersihan hati dan jiwa. Ulama tasawwuf banyak menekankan keperluan menjaga hati daripada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka memfitnah dan sebagainya. Ibadat yang kita lakukan termasuk solat, puasa, zakat, haji dan sebagainy...

Budaya Iqra’ (2) - Tanyalah Ustaz 2 Ramadhan 1433H (22.07.2012

Image
Ustaz Syed Mohd Norhiysam Tuan Padang Alhamdulillah kita dipertemukan lagi hari ini dan dipilih Allah untuk berada dalam majlis ilmu. Kita berdoa dan berharap agar Allah akan selalu pilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Yang paling penting juga, kita berharap semoga Allah beri kita kefahaman untuk beramal dan kekuatan untuk istiqamah dengan amalan yang baik. Bacaan surah Iqra’ ayat 1-5: Dalam ayat kedua,  Allah nyatakan bahawa manusia dicipta daripada ‘Alaq. Perkataan ‘Alaq’ mempunyai 3 makna – darah beku, benda yang tergantung dan haiwan yang makan darah (pacat). Seorang pakar zoo, Keith Moore, apabila diberitahu bahawa ‘Alaq’ (janin) itu berbentuk seperti pacat, dan kedudukannya tergantung di rahim, terus meminta gambar pacat daripada zoo dan apabila dilihat, tepatlah seperti apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Allah yang mencipta kita mengetahui segala-galanya tentang kita dan dunia ini. Oleh itu, jika Allah kata kita perlu puasa, yakinlah ada keba...

Budaya Iqra’ (1) - Tanyalah Ustaz 1 Ramadhan 1433H (21.07.2012)

Image
Ustaz Syed Norhiysam Tuan Padang Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah kita dipertemukan dalam bulan Ramadhan dan bulan Al-Quran. Bacaan surah Iqra’ ayat 1-5: Ayat-ayat ini merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam banyak-banyak ayat Al-Quran, perkara pertama yang Allah turunkan ialah ayat ini. Syed Quttub berkata bahawa peristiwa turunnya ayat Iqra ini merupakan titik perubahan dalam sejarah manusia, seolah-olah manusia dilahirkan semula. Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyelamatkan kita semua dan baginda diberi panduan melalui wahyu Allah. Oleh sebab itu, budaya membaca, mencari ilmu, menghadiri majlis ilmu dan menganjurkan majlis ilmu perlu kita hidupkan bersama-sama. Kita semua maklum bagaimana kisah ini berlaku. Jibril mendatangi Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’. Nabi disuruh membaca, tetapi Nabi mengatakan yang dia tak tahu. Jibril menyuruh lagi dan kemudian Nabi Muhammad SAW memberi jawapan yang serupa. Kemudian Jibr...

Keindahan Ramadhan – Tanyalah Ustaz 20.07.201

Image
Ustaz Rujhan Mohamed Razali Bacaan surah Al-Baqarah ayat 183: Alhamdulillah syukur kita dipertemukan pada hari yang penuh berkat iaitu hari Jumaat. Paling istimewa kita akan bertemu dengan bulan yang paling agung iaitu Ramadhan yang bakal tiba, InsyaAllah. Marilah menjadi yang terbaik – dengan ujian kita bersabar, dengan nikmat kita bersyukur. Semakin tinggi kasih sayang Allah, semakin berat ujian yang akan diberikan. Oleh itu, mulakan hari dengan senyuman, ayunkan langkah dengan keyakinan, akrabkah hati dengan Tuhan, rapatkan diri sesama insan. Nabi SAW berkhutbah panjang tentang kelebihan bulan Ramadhan. Antaranya Nabi SAW berpesan akan datang kepada kamu satu bulan yang sangat agung dan bulan yang sangat berkat. Indahnya Ramadhan adalah sesuatu yang dirasai oleh hati. Oleh itu kita perlu melihat Ramadhan melalui kaca mata hati. Sesungguhnya benarlah kata-kata ini – “Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan ke syurga”. Oleh sebab itu titik p...

Ramadhan Kareem 1433H

Image
Assalamualaikum wbt, semoga sedikit nukilan di blog ini ada memberi manfaat kepada para pembaca. Jika ada yang tersilap, itulah kelemahan dan kesilapan saya. Mohon sudi dimaafkan dan diberi teguran. Seterusnya, saya doakan semoga kita semua sentiasa berada dalam daerah kebaikan. Semoga Allah beri kita keampunan,  kefahaman dan kekuatan untuk beramal. Semoga kita istiqamah mengisi Ramadhan yang mulia ini dengan berbagai-bagai amalan, InsyaAllah. Ramadhan Kareem buat semua. dengan iringan doa, KKN

Menanti Kehadiran Ramadhan – Topik Jumaat IKIM 13.07.2012

Image
Ustaz Muhadir Haji Joll Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita sehingga di bulan Syaaban dan kita sangat merindui kehadiran bulan Ramadhan. Semoga setiap kali kita bertemu ditambahkan ilmu dan juga amalan, InsyaAllah. Sekiranya seorang VVIP atau Raja akan datang ke tempat kita, kita pasti akan buat persiapan rapi dan kita juga akan rasa dihargai kerana terpilih menerima tetamu yang istimewa. Bagaimana pula jika yang datang adalah raja kepada segala bulan dan telah termaklum keberkatan dan kebaikan yang ada di dalamnya? Sebelum kehadiran Ramadhan, telah didatangkan 'wakilnya' dahulu iaitu bulan Rajab dan Syaaban yang juga memiliki kelebihan tersendiri. Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rajab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Berkati di sini bermaksud seseorang itu faham hakikat keagunga...

Khurafat Dalam Rawatan Penyakit (2) - Tanyalah Ustaz 14.07.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Syukur, Alhamdulillah kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Nikmat terbesar adalah iman dan Islam. Kita juga dibekalkan dengan wahyu terbesar iaitu Al-Quran yang merupakan kalam Allah. Usahlah bergantung pada tangkal, azimat, wafak dan sebagainya kerana Al-Quran itu diturunkan dengan sempurna. “Barang siapa yang berkata-kata dengan Al-Quran, pastinya kata-kata itu benar.” “Barang siapa yang berjanji menggunakan Al-Quran, pasti janji itu ditepati.” “Barang siapa yang menghukum seseorang menggunakan Al-Quran, pasti hukuman itu adil” “Barang siapa minta penyembuhan dengan Al-Quran, maka Al-Quran itu menjadi penyembuh baginya.” Kita juga beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kerana mendapat mukjizat Nabi yang terbesar iaitu Al-Quran. Isilah jiwa kita dengan ilmu agar dapat menghindari khurafat. Manusia itu terdiri daripada dua unsur - rohani dan jasmani. Sakit jasmani seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya ada rujukannya di hospita...