Posts

Keperluan Zakat & Sedekah (1) - Tanyalah Ustaz 17.10.2012

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Surah Al-Mukminun ayat 4-6: Kenapa perlu zakat? Tujuannya adalah untuk membersihkan harta dan juga hati kita daripada sifat kedekut dan bakhil. Soalan dan jawapan: S: Mohon ustaz jelaskan makna dan cara mengira zakat pendapatan? J: Ada orang kata zakat pendapatan ini benda baru. Sebenarnya zakat perdapatan termasuklah gaji, royalti, hasil sewa rumah, elaun, bonus dan sebagainya. Seperti mana pokok, jika dicantas ianya akan semakin bercambah, begitu jugalah dengan harta dan zakat. Zakat itu akan menyuburkan harta. Syarat untuk dikenakan zakat pendapatan ialah Islam, bukan hamba, menjadi pemilik sempurna harta, cukup nisab (dengan kadar 85g emas atau RM13000 di Selangor pada tahun 2012), cukup haul setahun dan datang daripada sumber yang halal. Kumpulkan semua hasil pendapatan dan jika melebihi 13,000, perlu dikeluarkan 2.5% sebagai bayaran zakat. Ada 2 cara bayaran – diambil terus daripada jumlah yang melebihi nisab atau ditolak dahulu d...

7 Dosa Besar – Tanyalah Ustaz 15.10.2012

Image
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah An-Nisa', ayat 48-49: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim. Daripada hadis ini, dapat disenaraikan 7 dosa besar iaitu: Syirik kepada Allah Sihir Membunuh Makan harta anak yatim Makan riba Lari dari medan jihad Menuduh perempuan baik berdosa Ulama menambah lagi berdasarkan kandungan daripada hadis-hadis Nabi SAW yang berasingan. Derhaka kepada ibubapa Berzina Minum Arak Berjudi Mencuri Oleh itu, ada 12 dosa besar untuk dijauhi. Orang yang berdosa besar, solatnya tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa keci...

Kesilapan Anak Pada Ibubapa (2) – Tanyalah Ustaz 11.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Isra', ayat 23-24: Allah letak ibu bapa pada kedudukan yang tinggi kerana Allah meminta anak menjaga ibubapa sebagaimana menjaga Allah. Sambungan perbincangan semalam - Kesilapan anak pada ibubapa setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal dan setelah ibu bapa meninggal dan dibangkitkan semula di akhirat. Kesilapan anak pada ibubapa setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal: Membiarkan ibubapa hidup bersendirian sedangkan anak bergembira dengan pasangan. Kisah yang sama pernah berlaku ketika zaman Rasulullah SAW. Ada seorang wanita yang begitu cantik, namanya Atiqah. Dia akhirnya dikahwinkan dengan Abdullah bin Abu Bakar. Namun, oleh kerana isterinya terlalu cantik, Abdullah menjadi leka sehingga meninggalkan solat berjemaah. Abu Bakar memerhatikan dan setelah 40 hari Abdullah meninggalkan solat berjemaah, Abu Bakar mengarahkan Abdullah menceraikan Atiqah. Setelah bercera...

Urus Niaga Dengan Allah (2) – Tanyalah Ustaz 14.10.2012

Image
Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Saff, ayat 10-12: Allah mulakan ayat ini dengan, “Wahai orang-orang yang beriman”. Para sahabat berasa sangat terpanggil apabila Allah memulakan ayat dengan kalimah sebegini, kerana mereka betul-betul beriman. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita terasa terpanggil? Allah tahu jiwa manusia ini memang inginkan keuntungan dalam perniagaaan. Oleh sebab itu, Allah guna perkataan 'tijarah' yang bermaksud perniagaan. Keuntungan yang Allah nyatakan adalah keselamatan daripada azab neraka. Caranya adalah dengan beriman, dan berjihad menggunakan harta dan juga diri sendiri. Kenapa Allah dahulukan harta sebelum diri? Ulama tafsir menerangkan bahawa ramai manusia lebih sayangkan harta daripada diri sendiri. Kemudian Allah nyatakan bentuk keuntungan di akhirat dan juga di dunia. 'Kemenangan' yang Allah maksudkan dalam ayat ini adalah dengan kejayaan membuka kota Mekah. Orang Barat telah berjaya menanam pandang...

Kesilapan Anak Pada Ibubapa (1) – Tanyalah Ustaz 10.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Isra’, ayat 23-24: Tanggungjawab manusia ada dua iaitu jaga Allah dan jaga ibu bapa – Kenapa ibubapa? Ibubapa adalah orang yang melahir dan membesarkan kita, oleh itu mereka perlu dilebihkan berbanding orang lain di dalam kehidupan. Ada banyak hadis Nabi SAW yang menyentuh kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Salah satunya berbunyi, “Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”.  Redha ibubapa juga membawa keberkatan dalam kehidupan. Walaupun nampak kecil, kesalahan kepada ibubapa adalah besar di sisi Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada dosa kepada ibubapa. Selama ini kita melihat tanggungjawab ibubapa kepada anak, tetapi tidak sebaliknya. Tanggungjawab anak kepada ibubapa terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: Ketika remaja sehingga sebelum kahwin,  setelah berkahwin sehingga anak meninggal atau ibubapa meninggal dan setelah ibu ...

Solat Istikharah (3) – Tanyalah Ustaz 07.10.2012

Image
Ustaz Muhamad Abdullah (Ustaz Amin) Bacaan surah Yusuf, ayat 5: Hari ini akan dibincangkan tanda-tanda atau jawapan Allah daripada istikharah yang dilakukan. Ada beberapa bentuk, antaranya: Melalui mimpi: Oleh sebab itu digalakkan di buat istikharah sebelum tidur, dan kemudian tidur dengan keadaan berwudhuk. Nabi SAW ada bersabda yang bermasksud, pada akhir zaman, mimpi seorang yang beriman itu hampir tidak berdusta. Dalam Al-Quran, ada beberapa ayat, contohnya ayat yang dibacakan tadi, menceritakan bagaimana petunjuk Allah datang melalui bentuk mimpi. Dalam satu hadis lain diceritakan ketika Nabi SAW terkena sihir, baginda bermimpi melihat 2 orang malaikat yang membincangkan bahawa Nabi SAW telah disihir dan cara untuk mengubati Nabi SAW. Nabi SAW pun mengarahkan sahabat menurut arahan yang diajarkan malaikat itu dan terbukti kebenarannya. Dalam satu lagi kisah, guru Salahuddin Al-Ayyubi iaitu Raja Nuruddin pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW 3 ka...

Solat Istikharah (2) – Tanyalah Ustaz 06.10.2012

Image
Ustaz Muhamad Abdullah (Ustaz Amin) Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 152 dan 153: Istikharah bermaksud meminta pilihan daripada Allah Taala. Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran". Dalam hidup ini kita akan berdepan dengan pelbagai pilihan dan kita tidak tahu mana yang terbaik. Oleh itu, kita perlu memohon bantuan memilih daripada Allah. Hari ini akan dibincangkan kaifiat (kaedah) mengerjakan solat istikharah. Ada tujuh langkah semuanya iaitu: Jangan dirikan ketika waktu haram iaitu selepas solat Subuh sehingga terbit matahari (waktu syuruk) dan selepas mendirikan solat asar sehingga masuk waktu maghrib. Solat sunat istikharah tidak semestinya dilakukan pada waktu malam sahaja. Istikharah mesti dibuat untuk perkara yang dibenarkan syarak sahaja  (perkara wajib dan sunat), bukan perkara haram atau makruh. Contoh perkara harus: un...