Munajat 5 Kemuliaan
Doa ini dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam kuliah Dhuha Muslimat di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, pada 16.01.2014. Menurut ustazah, doa ini diamalkan beliau setiap kali sebelum membaca Al-Quran ketika belajar di Jordan dahulu. Ustazah berharap agar doa ini dapat dipanjangkan dan diajarkan kepada anak-anak khususnya. Secara ringkasnya, berikut ialah huraian ustazah kepada rangkap-rangkap dalam doa ini: Ya Allah, sekiranya Engkau terima taubatku dan ampunkan dosaku Ketika menyebut ini, dalam hati kita kena yakin yang Allah terima taubat dan ampunkan dosa-dosa kita sebab Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat. Dalam rangkap ini sudah ada 2 kemuliaan iaitu Allah terima taubat dan Allah ampunkan dosa – dosa yang dahulu, yang sekarang, dan yang akan datang, semuanya dalam ruang-lingkup jaminan Allah SWT. Jadi, kalau meninggal, boleh meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Hari kita meninggal menjadi hari yang paling baik d...