Walimatul Urus (1) – Tanyalah Ustaz 30.01.2013
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Insan, ayat 9-12: Apa jua jenis kenduri yang dilakukan mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Janganlah mengharapkan apa-apa balasan melainkan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah hukum mengadakan kenduri kahwin? H: Berpandukan hadis riwayat Muslim dan Bukhari, daripada Anas bin Malik, “Adakanlah jamuan kahwin walaupun dengan hanya seekor kambing”. Ulama membincangkan dan mengatakan hukumnya ialah sunat yang dituntut, kerana Nabi SAW mengatakan ‘Aulin’ yang bermaksud ‘Adakanlah’. S: Apakah hukum membuat kenduri secara besar-besaran seperti di hotel? J: Tiada halangan untuk membuat secara besar-besaran. Tapi dalam satu hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa jamuan kenduri kahwin yang pertama ialah sunnah, jika dibuat 2 kali itu satu kelebihan, jika dibuat 3 kali itu riyak dan sum’ah. Oleh itu, paling banyak boleh dibuat 2 kali sahaja, jangan sampai 3 kali. Mana...