Hiburkan hatimu dengan Al-Quran - Majlis Ta’lim Darul Murtadza 28.12.2012
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
Tafsir Quran - Ayat 1-4, surah ‘Ali Imran
Tafsir Quran - Ayat 1-4, surah ‘Ali Imran
Minggu lepas telah dibincangkan topik berikut: –
- Kesinambungan surah Al-Baqarah dengan surah Ali Imran
- Kenapa dinamakan surah Ali Imran
- Siapakah Ali Imran dan kisahnya
- Sebab turunnya surah Ali Imran
Perbahasan ayat pertama:
Selain dariapada surah
Ali Imran, ayat serupa juga terdapat dalam surah Al-Baqarah, Al-Ankabut,
Ar-Rum, As-Sajadah, dan Luqman. Semua ayat ini dinamakan huruf yang
terputus-putus. Ertinya hanya Allah yang mengetahui.
Ayat ini merupakan potongan beberapa huruf hijaiyyah yang
hanya Allah Taala tahu maknanya.
Dalam pengajian Al-Quran, terdapat makna yang hanya
diketahui oleh Allah sahaja, atau ulama sahaja atau diketahui oleh semua orang
awam. Ayat yang difahami oleh orang awam ialah ayat yang jelas maknanya. Ada
ayat yang mempunyai makna yang tersirat dan hanya orang mempunyai ilmu luas
(ulama) dapat memahaminya. Contohnya, dalam firman Allah:
“Allah itu cahaya kepada langit dan bumi”.
“Allah berada di atas arasyNya”
“Tangan Allah berada di atas tangan mereka”
“Sabarlah kamu, sesungguhnya kamu berada di hadapan mata-Ku”
Bentuk ayat sebegini hanya difahami oleh golongan ulama,
yang menggunakan akal dan fikiran mereka untuk mentafsirnya sesuai dengan
keagungan Allah SWT. Jika dibiarkan ditafsir oleh orang awam, mereka akan
memahami yang Allah juga mempunyai mata, tangan dan anggota seperti manusia.
Untuk ayat-ayat berbentuk di atas, ramai ahli tafsir
mengatakan hanya Allah yang mengetahui maknanya. Mengapa Allah turunkan ayat
yang hanya Allah ketahui maknanya? Agar sesuai dengan firman Allah bahawa ilmu
Al-Quran ini tiada penghujungnya, walaupun semua ulama cuba menggabungkan ilmu
mereka, namun tetap akan terdapat rahsia Al-Quran yang tidak akan terungkapkan.
Perbahasan ayat kedua:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap Hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya.
Allah bersifat ‘Al-Hayy’ dan ‘Al-Qayyum’. ‘Al-Hayy’ bermaksud Yang Maha Hidup. ‘Al-Qayyum’ pula bermaksud Yang Maha Berdiri sendiri dan
bergantung kepada-Nya segala makhluk. Kehidupan makhluk (manusia, tumbuhan, haiwan dan semuanya)
memerlukan kepada Yang Menghidupkan. Tetapi Allah iaitu Yang Maha Hidup tidak memerlukan kepada yang
menghidupkannya. Manusia tidak mencipta kehidupan melalui perkahwinan, atau
melalui benih tanaman yang ditanamnya.
Contohnya, ,manusia cuma meletakkan benih
sahaja, dan Allah yang mengizinkan proses benih dan tanah bercampur sehingga
menumbuhkan pokok. Manusia tidak mencampur benih itu dengan tangannya tetapi
Allah yang menumbuhkannya.
Allah berfirman dalam surah Al-Waqiah, ayat 63-64, 69:
Ini adalah sedikit daripada contoh yang segala sesuatu
diberi kehidupan oleh Allah. Begitu juga dengan kejadian janin dalam perut
ibu yang berubah daripada air seni
kepada segumpal darah, kepada seketul daging, dan kemudian dan seterusnya
sehingga membentuk bayi. Semua prosses ini dikawal oleh Allah, dan manusia tidak
akan dapat hidup dengan sendirinya. Kehidupan Allah Yang Maha Hidup adalah tidak sama dengan
manusia.
Al-Qayyum – Yang Maha Berdiri sendiri dan dengan-Nya segala
sesuatu berdiri
Ini menunjukkan segalanya bergantung dengan Allah untuk
bergerak. Contohnya, planet-planet semuanya kelihatan bergantung – siapa yang
mengawalnya? Allah yang menggantungkannya. Dalam Al-Quran, Allah menceritakan
bahawa semua makhluk bergantung, dan bergerak dengan izin Allah.
Dalam surah Al-An’am, ayat 59, Allah berfirman:
Dalam ayat ini, Allah nyatakan bahawa jika sehelai daun
jatuh sekalipun, Allah akan mengetahuinya. Hatta, pengetahuan Allah mendahului
jatuhnya daun itu, dan sudah diizinkan Allah untuk daun itu jatuh. Dalam surah Al-Mulk, ayat 19:
Allah menyatakan bahawa Allah yang menjaga burung itu ketika
ianya terbang. Bagaimana pula dengan kapal terbang? Memang ilmu saintis dapat
menjelaskan fakta tentang kebolehan sesuatu jentera untuk terbang, tetapi siapa
yang menjadikan graviti? Siapa yang memberi sifat graviti itu agar boleh
dilawan dan membolehkan burung/kapal terbang tidak jatuh? Allah yang mencipta
segala-galanya. Kerdipan mata seseorang, degupan jantung seseorang, darah yang
mengalir dan segalanya – semuanya bergerak hanya dengan izin Allah SWT.
Bilamana semua sesuatu bersandar kepada Allah, maka Allah berkuasa
berbuat apa saja kepadanya. Contohnya api yang bersifat membakar, Allah mampu
untuk menukar sifatnya kepada tidak membakar. Oleh itu, Nabi Ibrahim yang dimasukkan berminggu-minggu ke
dalam api tidak terbakar oleh api itu.
Laut yang bersifat menenggelamkan juga boleh berubah kepada
sifat tidak menenggelamkan. Ini berlaku ketika para sahabat yang diarah
berperang oleh Nabi SAW terpaksa melalui sebuah lautan. Mereka tak mempunyai
perahu, lalu berdoa memohon bantuan Allah, demi menjalankan perintah Nabi SAW.
Setelah berdoa, mereka pun melalui lautan dan didapati hentakan kuda-kuda
mereka seolah-olah berpijak pada benda yang keras, bahkan kaki kuda mereka juga
tak basah pun. Abu Hurairah menceritan yang ada barang yang tertinggal, tetapi tidak
tenggelam atau basah, dan berjaya diambil semula walaupun semua tentera yang
lain telah selesai menyeberangi lautan tersebut. Tiada yang mustahil untuk
Allah.
Begitu juga kisah Nabi Musa yang dibelah laut kepadanya untuk
membolehkan baginda dan kaumnya melalui dengan selamat. Mereka berjalan di atas
tanah tetapi sahabat Nabi SAW tadi berjalan di atas air.
Semua orang beriman perlu tahu bahawa semuanya bergantung
kepada Allah. Oleh itu, tidak boleh seseorang itu bergantung kepada akalnya, kekuatannya,
kekuasaanya, atau hartanya. Allah yang beri semuanya itu dan Allah boleh mengambilnya
bila-bila masa saja.
Perbahasan ayat 3:
Al-Kitab bermaksud yang merangkumi semua kitab-kitab
sebelumnya dan merujuk kepada Al-Quran. Dalam ayat ini, Allah SWT menggunakan 2 kata kerja berbeza - satu untuk
‘menurunkan’ Al-Quran, satu untuk ‘menurunkan’ Taurat dan Injil, demi menunjukkan mukjizat AL-Quran pada
lafaznya (dan bukan sekadar pada maknanya):
Ketika memperkatakan tentang Al-Quran, Allah menggunakan
perkataan:
yang bermaksud turun berkali-kali.
Ketika memperkatakan tentang Taurat dan Injil, Allah
menggunakan perkataan:
yang bermaksud diturunkan sekali.
Daripada dua kata kerja ini dapat difahami bahawa Al-Quran
diturunkan ayat demi ayat atau surah demi surah selama 23 tahun, mengikut
peristiwa yang berlaku. Apa hikmahnya? Al-Quran diturunkan untuk mengubati pelbagai
penyakit masyarakat, terutamanya penyakit hati, aqidah, akhlak, hasad dengki,
fitnah dan juga untuk menghiburkan hati yang sedih.
Nabi SAW banyak menghiburkan hatinya dengan membaca
Al-Quran. Ketika Nabi SAW bersedih kerana diganggu oleh kaumnya, maka Allah
pun menurunkan ayat untuk menghiburkannya dengan firman-Nya “Jangan perkataan
mereka membuatkan kamu sedih..”
Nabi Musa as ketika ditanya Allah, “Wahai Musa, apa yang ada
ditanganmu?” Jawabnya, “Ya Allah, ditangan saya tongkat saya. Saya
bersandar dengan tongkat ini. Saya menghalau kambing dengan tongkat ini. Saya
mempunyai keperluan lain kepada tongkat ini”.
Kenapa Nabi Musa jawab panjang berjela sedangkan Allah cuma
tanya apa ada ditangannya itu? Sepatutnya cukup jika dijawab dengan 1 ayat saja
iaitu ‘tongkat’. Sebab yang sebenar ialah Nabi Musa gembira apabila diajak
berbicara dengan Allah SWT. Oleh sebab itu baginda sengaja memanjangkan munajatnya
bersama Allah.
Oleh itu, Al-Quran juga diturunkan banyak kali agar menjadi
munajat yang begitu manis dan sebagai hiburan kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika
Nabi SAW disakiti, Allah akan menurunkan ayat-ayat tertentu untuk menghiburkan
hati Nabi SAW. Selain pengubat kepada masyarakat, turunnya Al-Quran itu
berkali-kali adalah sebagai ta’zim Allah kepada Nabi SAW.
Perbahasan ayat ke-4:
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi uma
manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang
benar dengan yang salah).
Ada hidayah pada Taurat dan Injil, kerana kitab itu juga
berasal daripada Allah, untuk orang Yahudi dan Kristian. Tetapi oleh kerana
setiap Nabi mempunyai batasan waktu tertentu, sehinggalah perutusan mereka
diakhiri dengan Nabi SAW. Subhanallah, dalam ayat sebelumnya, Allah merujuk kepada Al-Quran
dengan nama “Al-Kitab”, sekarang di dalam ayat ini, Allah menamakannya “Al-Furqan”
pula.
Al-Kitab tadi bermaksud gabungan kitab-kitab terdahulu. Al-Furqan
pula bermaksud pemisah antara yang hak dan yang batil. Allah tahu yang Al-Quran
akan dicabar dengan hebatnya oleh
orang ramai. Oleh itu, hanya orang yang berpegang padanya akan dapat membezakan
yang hak dan batil.
Sesunguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
Allah berkuasa membalas kepada yang mungkar.
Akan
bersambung minggu selanjutnya. In sha Allah.