Sesi 2 - Daurah kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim Jaafar As-Saqqaf
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim Jaafar As Saqqaf Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al Jauhari Sesi 2 (06.06.2015) Telah disebutkan sebelum ini bahawa Imam Ghazali rahmatullah alaih memulakan penulisannya dengan mendoakan dipanjangkan umur dalam ketaatan. Dalam hadis Rasulullah ﷺ bersabda, “Sangat bahagia seseorang yang dipanjangkan umur dan baik amalannya.” Dan juga antara ketaatan ialah memperbanyakkan zikir: سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ yang ringan di lidah tapi berat di mizan. Maka ianya tidak seberat ibadat lain seperti solat, puasa dsb tetapi ianya adalah amalan ringan yang agung di sisi Allah سبحانه و تعالى. Sesuatu yang telah ditetapkan Allah سبحانه و تعالى boleh diubah dengan doa seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah ﷺ. Contohnya jika seseorang berumur 60 tahun, tapi dengan doa seorang wali, mungkin umurnya boleh menjadi seh...