Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22.05.2015
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Bahagian 1: Tafsir An-Nisa 59-64:
Rakaman video tafsir Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Ayat 59:
Dalam Al-Quran, ada konsep khitof** - yakni kepada siapa Allah memanggil. Dalam kelas lalu contohnya dipanggil ialah “Ya Ahli kitab…”
Orang beriman mengaku menerima Allah sebagai Tuhan, Nabi ﷺ sebagai Rasul, patuh suruhan dan tinggal larangan. Bila sudah mengaku beriman - mesti patuh pada perintah walaupun tidak faham, tidak tahu apa hikmahnya. Orang yang tidak beriman tidak tertakluk pada perintah Allah سبحانه و تعالى.
Bila seseorang sudah buat ‘agreement’ untuk taat kepada Allah, tidak boleh mempersoalkan kenapa aku mesti taat? Anda diperintah taat setelah iman. Oleh sebab itu, orang beriman tidak boleh mempersoalkan kenapa dia kena taat. Kerana tidak semua perintah atau larangan ada hikmah yang jelas. Orang yang taat, buat dulu, baru cari hikmah. Orang yg tidak mahu taat sibuk mencari hikmah sebelum nak taat. Kalau meragukan hukum, maknanya seseorang meragukan kepada yang Membuat Hukum.
Kadang-kadang disambung, kadang-kadang diasingkan. Tapi hakikatnya, taat kepada Allah bermakna taat kepada Rasulullah ﷺ.
“.. jika kamu berselisihan..”
Kembalikan urusan kamu kepada Allah dan Rasul-nya, ie kembalikan kepada manhaj, ajarannya, yakni rujuk kepada ulama. Sebagaimana kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya.Orang yang mendakwa diri mereka beriman, pada hakikatnya tidak beriman. Mereka mencari Thaghut sebagai hakim. Thagut ialah orang yang kezalimannya yang melampau. Munafiqin punya mulut manis tapi hati busuk. Seorang Yahudi berilmu tapi ilmunya bergantung kepada jumlah bayaran yang diterimanya.
Allah tahu isi hati mereka. Munafiqin solat bersama Rasulullah ﷺ, terkadang keluar berjihad dengan Rasulullah ﷺ tetapi bila ada sesuatu hukum yang mereka tahu tidak akan memihak kepada mereka, maka mereka akan mendatangi selain Rasulullah ﷺ, baik Thagut atau syaitan.
Bila terbuka rahsia mereka, berbagai alasan manis diberikan oleh mereka. Ketika Perang Ahzab, munafiqin meninggalkan Rasulullah ﷺ dan kaum muslimin yang sangat memerlukan bantuan kerana kaum musyrikin ramai yang sedang menanti. Tetapi mereka memberikan seribu satu alasan dan meninggalkan Rasulullah ﷺ dan kaum muslimin. Begitu juga ketika berlaku fitnah kepada Sayyidatina Aisyah, mereka tidak mengaku mereka menyebarkannya. Munafiqin mempunyai mulut manis tapi isi hati busuk.
Ayat 63:
Allah tahu isi hati mereka. Mereka takkan boleh tipu Allah سبحانه و تعالى.
Selalunya orang buat zalim pada orang lain, dan merasa kepuasan pada dirinya. Contohnya jika seseorang meragut, dia seronok kerana mendapat nikmat dunia. Begit juga orang yang berzina, minum arak. Tapi hakikatnya, dengan kezaliman yang dilakukannya dan hukuman yang Allah سبحانه و تعالى sediakan, dia telah membeli azab yang pedih dengan nikmat yang sangat sedikit.
- Datang kepada Rasulullah
- Minta ampun kepada Allah
- Dimintakan ampun oleh Rasulullah
Mereka yang melakukan ini akan mendapati Allah سبحانه و تعالى Maha Menerima Taubat. Syeikh Muhammad Al-Sha’rawi memikirkan selama 10 tahun untuk memahami ayat ini. Daripada 3 perkara ini, kita hanya boleh buat 1 sahaja, tetapi takkan kita sebagai umat Nabi ﷺ tidak mendapat keistimewaan ini? Jadi, akhirnya beliau mentafsirkan yang kita juga boleh mendapat keistimewaan ini kerana kita juga umat Nabi Muhammad ﷺ seperti para sahabat. Tapi bagaimana untuk kita bagaimana untuk dapatkan 1 dan 3 sedangkan Rasulullah ﷺ sudah wafat?
Rasulullah ﷺ sebut ini 1400 tahun yang lalu, umur kita hari ini baru berapa tahun? Untuk siapa Nabi ﷺ berdoa? Termasuk untuk kita yang mendapat istighfarnya Rasulullah ﷺ. Istighfar Rasulullah ﷺ untuk umatnya yang berbuat tidak baik sudah diberikan, peninggalan (ajarannya) sudah ditinggalkan untuk dijadikan rujukan (Al-Quran dan sunnah), dan yang tersisa untuk kita lakukan ialah bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى, dan kita akan dapati yang Allah سبحانه و تعالى Maha Mengasihi dan Maha Menerima Taubat.
Adakah kita boleh menjadi kacang yang lupakan kulitnya? Kata Imam Habib Abdullah Al Haddad - “Kau takkan mungkin dapat balas jasa Nabimu wahai anak muda.” Kalau tak boleh balas jasa Nabi, jangan dilupakan, dan lukai Nabi dengan amalan buruk kamu yang akan dihantarkan kepada baginda Rasulullah ﷺ.
Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin- Sahabat datang kepada Rasulullah ﷺ untuk minta hukum atas perlakuan mereka, maka kita boleh juga buat begitu dengan kembali kepada Quran, manhaj, hadis, ajaran Rasulullah ﷺ.
- Minta ampun - ini boleh kita lakukan sendiri.
- Dimintakan ampun oleh Rasulullah. Macam mana kita nak dapat? Kita sudah dapat ini sebelum kita diciptakan lagi. Sudah dijanjikan keampunan untuk orang itu sebelum dia wujud untuk berbuat dosa lagi. Bagaimana demikian? Rasulullah ﷺ sendiri yang beritahu dalam hadis, “Hidup saya bawa kebaikan pada kamu, wafatnya saya pun bawa kebaikan pada kamu.” Supaya kita tahu yang orang ini amat sayang pada kita, supaya kita tahu menghargai akan orang ini yang amat memerhatikan kepada kita, supaya kita tidak terpengaruh dengan kata-kata orang yang berusaha untuk merenggangkan hubungan kita dengan Rasulullah ﷺ. Nak menjauhkan diri dari Rasulullah buat sorang-sorang, jangan ajak orang lain.
Adakah kita boleh menjadi kacang yang lupakan kulitnya? Kata Imam Habib Abdullah Al Haddad - “Kau takkan mungkin dapat balas jasa Nabimu wahai anak muda.” Kalau tak boleh balas jasa Nabi, jangan dilupakan, dan lukai Nabi dengan amalan buruk kamu yang akan dihantarkan kepada baginda Rasulullah ﷺ.
Bab 72: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin, Hadis 6-9.
Rakaman video Riyadus Solihin Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Beberapa golongan yang Allah tidak akan berbicara pun dengan mereka, tidak dibersihkan dari dosa, tidak dilihat Allah, bahkan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti ialah:
- orang tua yang berzina
- raja/ketua negara yang suka berbohong
- orang miskin yang sombong
- orang yang mengungkit ehsannya pada orang lain
- orang yang bersumpah dusta dengan nama Allah dalam perniagaan
- org yg melabuhkan kain di bawah buku lali dgn niat sombong
- orang yang mengungkit ehsan pada orang lain
- orang yang berdusta jual barang dgn nama Allah
- orang yang melabuhkan kain di bawah buku lali dengan niat sombong
Kemuliaan dan Kegagahan (sombong) adalah sifat Allah. Orang yang sombong, yakni memandang rendah orang lain - telah mengambil sifat Allah. Itu kepunyaan Allah, jangan sesekali anggap diri mulia daripada orang lain. Sibukkan diri mencari kemuliaan di sisi Allah.
Jadilah hamba Allah, Jangan jalan kaki/bawa kereta dengan rasa sombong
ms 39-40
Rakaman Syarah Hadis Jibril Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Kemudian berniaga barang untuk Sayyidatina Khadijah, dan mengahwininya.
Siti Khadijah banyak belajar agama Kristian daripada sepupunya- Waraqah ibnu Naufal, dan mengetahui tentang kehadiran Nabi akhir zaman.
Rakaman Tausiyah Istimewa Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Tak semua orang mampu menjadi alim, membina masjid tapi agama ini sediakan pintu-pintu mudah untuk mencapainya. Bila tak mampu banyak, sumbangkan satu bata untuk bina masjid, tetst dapat pahala sempurna. Bila tak mampu jadi ulama, cintai mereka, duduk bersama dalam majlis mereka. Jangan benci mereka.
Ilmu dipelajari bukan untuk pandai baca kitab, tapi untuk pandai baca diri? Yang tahu diri, akan mudah terima apa baik / buruk dari Allah.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam.
**: Mungkin salah ejaan