Tafsir ayat 83 dan 84, surah Ali-Imran, MTDM 25.10.2013
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Tafsir ayat 84, surah Ali-Imran, MTDM 25.10.2013
Ustaz Muhammad Ashraf Othman
Guru di Madrasah At-Tazkiyah
Kita bersyukur kepada Allah Ta'ala yang mengumpulkan kita di
sini dengan hidayah Allah Ta'ala. Bagi orang-orang yang Allah Ta'ala yang ingin beri kebaikan,
mereka akan diberi kefahaman dalam agama.
Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang mengikut satu jalan
untuk menuntut ilmu, maka Allah Ta'ala akan memudahkan baginya satu jalan ke
syurga.”
Walaupun pada hakikatnya kita bertolak dari rumah, melalui
jalan-jalan biasa untuk ke sini, tetapi itu sebenarnya satu jalan ke syurga.
Allah yang menggerakan hati kita untuk ke sini.
Sebelum bermula, kita mulakan dengan doa menuntuk ilmu Imam
Al-Haddad. Ilmu itu tinggi nilainya di sisi Allah.
Sabda Nabi Muhammad SAW, “ Walaupun seseorang itu beriktikaf
sebentar saja, sekadar memerah susu, di masjid, maka dia telah mendapat
ganjaran yang besar, seolah-olah dia telah memerdekakan seorang hamba sahaya.”
Maka, jangan kita lupa untuk niat iktikaf, apatah lagi jika datang bukan
sekejap, tapi 15 min, 30 mini, 1 jam, 2 jam dan lebih lama lagi.
Ilmu tafsir ini bukanlah ilmu yang kecil atau remeh. Sabda
Nabi Muhammad SAW, “Sebaik-baik ilmu ialah mempelajari dan mengajar ilmu
Al-Quran.” Beruntunglah orang yang hidupnya bergelumang dengan Al-Quran. Segala
yang berkaitan dengan Al-Quran, akan mendapat ganjaran yang besar daripada
Allah Ta'ala. Bahkan kata ulama, segala cabang ilmu merupakan ilmu Al-Quran
juga sebenarnya. Mudah-mudahan segala yang kita belajar daripada Al-Quran ini
mendapat ganjaran daripada Allah Ta'ala.
Kenapa ilmu Al-Quran hebat? Kerana ini adalah kalam Allah
Ta'ala. Al-Quran ini berhubung terus dengan Allah Ta'ala.
Ayat 83:
“Patutkah sesudah itu, mereka mencari selain dari agama
Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit
dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa...”
Maka, di sini ada peringatan dari Allah Ta'ala – Mengapa
ingin mencari agama selain agama Allah sedangkan Allah Ta'ala yang mencipta dan
mentadbir segala yang ada di dunia dan di akhirat. Semuanya dimiliki sepenunya
oleh Allah Ta'ala. Allah Ta'ala memberi teguran yang halus.
Segala yang ada di langit dan bum, semuanya menyerah diri
kepada Allah Ta'ala. Apa yang Allah Ta'ala perintahkan, mesti kita ikut cara
yang Allah kehendaki. Ada perkara yang kita boleh buat, ada perkara yang kita
dilarang buat, ada makan halah dimakan,
ada yang dilarang di makan. Minuman pun begitu jua. Semuanya perlu megikut
kehendak Allah Ta'ala.
Al-Imam Al-Baghawi telah menceritakan dalam tafsirnya
panjang lebar tentang ulasan khilaf para ulama, bahawa berkata seorang ahli
tafsir Al-Imam Al-Hassan, atau Hassan Al-Basri bahawa telah Islamlah setiap
ahli langit dan setiap ahli bumi, sebahagian secara taat, sebahagian secara
terpaksa. Ini satu pendapat. Penduduk langit semuanya taat bahawa Allah adalah
Tuhan mereka – iaitu daripada malaikat dan juga haiwan. Yang tidak taat ialah
manusia. Sebab itu dikatakan penduduk bumi terbahagi kepada dua, sebahagiannya
taat kerana rela hati, sebahagiannya tunduk kerana terpaksa – kerana takutkan
pedang, atau takut ditawan.
Berkata Ibnu Mujahid, maksud ‘yang mentaati Allah’ ialah
orang mukmin, dan ‘yang mentaati Allah
secara terpaksa’ ialah orang bukan Islam yang takutkan pedang yang berlaku pada
zaman Rasulullah SAW.
Ada pula pendapat mengatakan yang ini berlaku pada alam roh,
pada hari Allah mengambil perjanjian dengan semua makhluk di mana Allah Ta'ala
bertanya, “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?”. Maka semua makhluk pun berkata, “Kami
bersaksi bahawa Kamu adalah Tuhan kami.” Semua makhluk mengaku Allah itu Tuhan
di alam roh, tapi mengapa di dunia ada yang mengaku dan ada yang tidak taat
kepada Allah Ta'ala? Jadi, kata ahli tafsir, roh yang mentaati Allah secara
rela akan menjadi Islam ketika di dunia, manakala roh yang menjawab secara
terpaksa, maka mereka akan menjadi orang bukan Islam ketika di dunia. Ada
banyak lagi pendapat lain, tetapi tidak dapat disebutkan semuanya di sini.
Kesimpulannya, semua penduduk langit dan bumi mentaati Allah
Ta'ala dalam keadaan rela hati kerana mereka sedar akan kehebatan dan keagungan
Allah Ta'ala, tetapi ada sebahagian manusia yang tidak taat.
“… dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.”
Allah ingatkan kita dua perkara kenapa kita kena anut agama
Islam:
Pertama – kerana Islam ialah agama Allah Ta'ala, dan Allah
Ta'ala adalah Tuhan yang menciptakan segala-galanya, dan Allah perintahkan kita
menganut agamanya, yakni Islam. Jadi, mengapa kita ingkar perintah Allah
Ta'ala.
Kedua – kerana semua makhluk akan dikembalikan kepada Allah.
Kita pasti akan berjumpa Allah Ta'ala dan akan diperhitungkan di hadapan Allah
Ta'ala. Mungkin hari ini kita banyak kali dengar perkara ini, tapi suatu hari
nanti kita akan alaminya sendiri – berjumpa dengan Allah. Macam seorang murid
kecil yang selalu mendengar tentang pengalaman pelajar sekolah menengah, tapi
diri sendiri belum mengalaminya, tapi tanpa disedari dia sendiri sudah membesar
dan menjadi pelajar sekolah menengah. Kemudian seterusnya mendengar pengalaman
orang belajar di universiti, bekerja, berkahwin, ada anak.. semuanya di
dengar-dengar dahulu, kemudian tanda sedar diri sendiri juga melaluinya.
Walaupun selalu rasa macam jauh lagi, tapi sekejap saja masa itu berlalu
sebenarnya. Begitulah kita nanti, kita selalu mendengar cerita orang menghadapi
sakaratul maut, cerita alam kubur,
cerita bagaimana bertemu Allah Ta'ala cerita bagaimana melihat syurga, cerita
berkumpul dengan semua makhluk di padang masyhar nanti. Kita dengar-dengar saja
cerita ini, tapi pasti suatu hari nanti kita akan merasainya sendiri –
bagaimana melihat malaikat maut, berada di alam barzakh, berkumpul di hadapan
Allah Ta'ala, menerima buku catatan, melihat amalan ditimbang, meniti titian
sirat. Semuanya kita akan rasa. Kita rasa macam jauh lagi, tapi sekejap saja
sebenarnya.
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Syurga itu lebih hampir dengan
kamu daripada tali sepatu kamu sendiri, dan neraka pun demikian.” Maknanya,
kita sangat dekat dengan akhirat. Apakah perpindah yang paling dekat? Pindah
masuk ke alam akhirat! Hari ini kalau nak pindah rumah, katakan ke taman
sebelah saja, berapa banyak masa yang diperlukan? Perlu panggil lori, nak kemas
barang, nak masukkan barang dalam lori, nak keluarkan barang dari lori, dan
kemas semula – berapa hari kita perlukan? Tapi, perpindahan alam akhirat –
datang saja malaikat maut – terus kita dapat lihat perkara yang sebelum ini
kita tidak dapat lihat. Satu orang meninggal pagi, dan sekejap saja dia akan
dikebumikan. Kalaulah contohnya seorang meninggal sekarang, mungkin akan
dikebumikan malam ini atau palin lewat esok pagi. Jadi, renungkanlah kenapa
kita tidak taat kepada Allah Ta'ala sedangkan kita pasti akan kembali kepada
Allah Ta'ala. Kita tahu segala yang kita buat, kita cakap, kita , kita
fikirkan, semuanya akan dihitung Allah Ta'ala.
Ayat 84:
Islam mengajar kita untuk beriman dengan seluruh nabi dan
rasul yang Allah utuskan dan juga kitab-kitab sebelum ini. Tetapi apabila Nabi
Muhammad SAW diutuskan, terbatallah segala agama dan kitab yang diturunkan sebelum
ini. Ini tidak bermakna kitab tersebut itu tidak betul, cuma terbatal kerana
yang digunakan ialah syariat Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran. Bahkan kata Nabi
Muhammad SAW, “Kalaulah Nabi Musa atau Nabi Isa hidup pada zaman aku ini, maka
dia pun perlu mentaati syariat aku ini.” Ulama mengatakan, pada akhir zaman,
Nabi Isa akan diturunkan dan ketika itu, syariat yang dibawanya ialah syariat
Nabi Muhammad SAW. Maka sebahagian ulama mengatakan apabila kita membaca ayat
ini, maka kita ulang sekali lagi dan kita berdoa agar Allag pelihara akidah
kita ini sehinggalah kita tinggalkan dunia ini dan berjumpa Allah Ta'ala dalam
akidah yang betul.
Ada beberapa perbahasan dalam ayat ini:
Kata ahli tafsir, Al Imam At-Thobari menceritakan dengan
panjang lebar dlm kitab tafsirnya bahawa Al-Asbat itu ialah anak-anak kepada
Nabi Yaakub, a.s. iaitu bani Israel. Kita selalu kutuk Israel, tetapi Israel
itu sebenarnya nama kepada Nabi Yaakub a.s. dan bani ialah anak-anak yakni
anak-anak Nabi Yaakub.
Ada perselisihan yang panjang pendapat tentang nama
anak-anak Nabi Yaakub, tetapi yang pastinya mereka ada 12 orang, dan kerana itu
terpecahnya bani Israel kepada 12 kumpulan. Pada hari Allah membantu Nabi Musa
a.s. dengan bani Israel ketika mereka sesat 40 tahun di padang pasir, dan
ketika Nabi Musa mengetuk dengan tongkatnya, maka terpacullah 12 mata air –
satu untuk setiap kabilah. Ulama juga menceritakan ketika Nabi Musa ketuk
tongkatnya di hadapan laut untuk menyelamatkan diri daripada Firaun dan bala
tenteranya, laut terbelah kepada 12 lorong, satu laluan untuk setiap kabilah.
Asbat dalam bahasa Arab ialah jamak (plural) kepada
perkataan ‘sibtun’ yang bermaksud umat atau golongan yang banyak. Jadi setiap
anak nabi Yaakub ada ramai zuriat sehingga setiapnya menghasilkan satu kabilah
tersendiri. Walaupuan ada khilaf tentang nama mereka, tetapi perkara ini tidak
bertentangan dengan akidah kita, jadi bolehlah disebutkan sedikit antara
namanya iaitu bermula dengan Nabi Yaakub bin Ishak atau Israel, Israel bukanlah
bahasa Arab. Nabi Yaakub berkahwin dengan sepupunya sebelah ayah, bernama Liya
binti Liyan bin Tubil bin Ilyas (bersambung kepada Nabi Ilyas) dan melahirkan:
- Rubil bin Yaakub
- Sham’ul bin Yaakub
- Laawi bin Yaakub
- Yahuzho bin Yaakub
- Royalun bin Yaakub
- Yashjar bin Yaakub
- Dainah binti Yaakub
Kemudian isterinya itu meninggal, dan Nabi Yaakub berkahwin
pula dengan adik isterinya, yang bernam Rohil binti Liyan bin Tubil bin Ilyas,
dan melahirkan:
- Yasuf bin Yaakub (Nabi Yusuf), dan
- Bunyamin bin Yaakub.
Maka, adik-beradik seibu Nabi Yusuf ialah Bunyamin. Maka,
inilah anak-anak Nabi Yaakub yang setiap seorang dari mereka telah membentuk
satu kabilah sendiri. Tetapi, kita tidak tahu adakah mereka yang ada sekarang
berasal dari kabilah yang asal itu.
“…Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka,
dan kepada Allah jualah kami berserah diri.”
Ada orang menggunakan ayat ini dengan pemahaman keliru untuk
menolak perbuatan mengagungkan Nabi Muhammad SAW lebih daripada Nabi yang lain
kerana dikatakan disebut dalam ayat ini bahawa tiada beza antara mereka. Mereka
bertanya kenapa kita hanya buat maulid untuk Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak
untuk nabi-nabi lain. Ini menggunakan ayat betul tetapi dengan pemahaman yang
keliru.
Dalam ayat ini, kita setuju dengan semua kerasulan dan
kenabian setiap yang Allah lantik. Jadi mengapa kita banyak cerita ttg Nabi
Muhammad SAW? Kerana baginda ialah penghulu para Nabi dan para Rasul. Jika
martabat seorang Nabi itu melebihi martabat seluruh manusia lain, jadi
bagaimana dengan martabat ketua para Nabi? Ketika peristiwa Israk Mikraj, Nabi
SAW menjadi imam kepada semua para Nabi. Jadi, Nabi Muhammad SAW ialah khatam
nabiyyin penyudah para Nabi.
Dalam ayat 81 sebelum ini, Allah Ta'ala telah mengambil perjanjian daripada
para Nabi bahawa kalaulah pada zaman mereka Nabi Muhammad SAW dilahirkan, maka
mereka perlu mengikut syariat Nabi Muhammad SAW dan syariat yang mereka bawa
terbatal. Jadi, ini jelas menunjukkan kelebihan Nabi Muhammad SAW dan tiada
seorang Nabi lain pun yang dijatuhkan kedudukannya.