بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ MTDM 23.05.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakaman audio: https://drive.google.com/ file/d/ 0BzJxIOA5sA8JY2RkRUtYLXVFbE k/edit?usp=sharing Sumber gambar: MTDM Bahagian 1 Surah Ali-Imran ayat 169-173 Ayat 169: Allah SWT bercerita tentang hakikat kehidupan yang dianggap oleh sebahagian orang bahawa orang yang meninggal dunia itu mati. Akan tetapi dalam ayat ini, Allah SWT bercerita tentang segolongan manusia yang berpindah daripada alam dunia kepada alam barzakh, tetapi golongan ini dilarang untuk dikatakan mereka mati, iaitu golongan as-syuhada. Apakah itu kematian dan maksud daripada hakikat kehidupan yang sebenar? Dalam Al-Quran nul Kareem Allah SWT bercerita tentang erti kehidupan yang sebenar. Allah SWT tidak mengatakan bahwa kehidupan yang sebenar itu bukan ketika kita berada di dunia, kerana kehidupan di dunia ini tidak luput daripada dugaan, ‘problem’, masalah, sehing...