"Kenali & tutup pintu kelemahan diri agar tak diganggu syaitan" - MTDM 25.04.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 25.04.2014
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*
BAHAGIAN 1 - Tafsir Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 155-159
Ayat 155:
”Mereka yang lari telah digelincirkan syaitan”
Allah SWT menceritakan tentang kekalahan yang
dialami kaum muslimin dalam Perang Uhud, sebab larinya kaum Muslimin, sebab
terbunuhnya 70 orang daripada kaum
Muslimin dalam Perang Uhud.
Sesungguhnya punca khilaf dan pelanggaran
yang dilakukan adalah kerana tipu daya syaitan.
Syaitan yang meminta kamu supaya tergelincir.
Syaitan yang menipu daya kamu untuk berbuat khilaf, sehingga dengan itu kamu
melanggar perintah Rasulullah ﷺ, dan dengan pelanggaran itu Allah Ta'ala
memberi kekalahan kepada kamu.
Jadi, ayat ini bukan sekadar bercerita
tentang kalah, sebab permasalahan kalah sudah dibincangkan dalam ayat
sebelumnya – yakni sebagai dugaan daripada Allah SWT agar seseorang belajar
menyikapi kekalahan.
Dalam ayat ini, Allah SWT menceritakan dengan
lebih dalam lagi supaya seseorang di dalam bermuhasabah ketika menyedari
kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan, mesti dia mendapatkan punca
pelanggarannya itu daripada mana? Punca kesilapan itu daripada mana?
Ini, Allah SWT ingin membawa akal fikiran
setiap orang yang membaca Al-Quran nul Kareem – bilamana membaca ayat ini dan
memahami pelanggaran yang dilakukan kaum muslimin, puncanya adalah syaitan.
Setiap maksiat yang dilakukan – puncanya ialah syaitan.
Kita bahaskan ayat ini – kalimat ‘istazalla’,
‘zalla’ itu tergelincir, ‘istazalla’ – meminta tergelincir. Yang tergelincir
orang Islam, yang melakukan pelanggaran ialah kaum muslimin, tetapi yang
meminta mereka melakukan pelanggaran ialah syaitan.
Syaitan minta, bukan paksa! Syaitan tidak
suruh mereka dengan kekuatan syaitan untuk melakukan pelanggaran. Meminta itu
adalah dengan merayu, menipu-daya. Syaitan tidak punya kuasa untuk memaksa
manusia melakukan jenayah.
Oleh kerana itu, Allah Ta'ala ketika
mensifatkan tentang syaitan – disebutkan was-was. Allah Ta'ala suruh minta
perlindungan daripada bahaya was-was, seperti dalam surah An-Nas, ayat 4. Siapa
yang dimaksudkan dengan was-was? Syaitan!
Kenapa syaitan diberi nama was-was? Sebab
syaitan hanya menyuarakan, merayu, meminta. Tidak dipaksa manusia untuk
melakukan. Syaitan itu licik dan dia akan mengkaji kelemahan setiap manusia.
Tidak semua manusia boleh ditipu syaitan melalui pintu yang sama. Syaitan akan
buat kajian. Bukankah Nabi ﷺ bersabda, “Syaitan itu mengalir dalam tubuh
manusia umpama aliran darah.”
Maknanya apa? Di setiap penjuru yang ada
dalam tubuh badan manusia itu menjadi tempat untuk disiasat oleh syaitan untuk
mengetahui kelemahannya, dan menjadi pintu untuk syaitan masuk melalui pintu
yang lemah itu. Ada orang lemah pada pintu harta, takhta, perempuan, internet. Berapa
ramai orang duduk depan komputer berjam-jam untuk dia komen sana-sini, bantai
orang sana-sini. Syaitan akan masuk pada pintu kelemahan seseorang itu.
Syaitan masuk kepada kaum Muslimin dalam kes
ini melalui pintu HARTA (yang ditinggalkan di kaki gunung). Syaitan menimbulkan
rasa was-was ke dalam hati kaum Muslimin tentang harta yang ditinggalkan oleh
kaum Musyrikin. Syaitan membisikkan yang perang sudah selesai kerana kaum
Musyrikin telahpun lari dan mereka menang. Syaitan terus membisikan agar mereka
tak lepaskan peluang mendapatkan harta yang ditinggalkan itu memang hak mereka
yang menang. Mereka diminta turun untuk melanggar perintah Nabi ﷺ . Jadi, dalam
ayat ini Allah SWT ingin memberitahu bahawa manusia terdedah kelemahannya
kepada syaitan yang sentiasa memantaunya. Oleh itu, kenali kelemahan kamu agar diri
kamu tak terdedah dan kamu tak ditipu oleh syaitan.
Ada orang yang kelemahannya – dengki atau
buruk sangka. Suatu malam Nabi SAW menemani isterinya Siti Safiyyah untuk
pulang ke rumah. Nabi SAW terserempak dengan 2 sahabatnya, dan mereka melajukan
langkah kaki kerana segan berjumpa Nabi SAW berjalan dengan seorang perempuan. Nabi ﷺ
memanggil mereka dan memberitahu, “Perempuan yang berjalan dengan saya itu
isteri saya, Saffiyah.” Tujuan Nabi ﷺ bukanlah untuk memperkenalkan isterinya
kepada sahabat, seperti yang banyak dilakukan orang hari ini yang meletakkan
gambar pasangan sebagai gambar profail mereka. Jawab sahabat itu, “Ya
Rasulullah ﷺ, takkan kami akan berburuk sangka kepadamu.” Jawab baginda, “Saya
tak merasa aman daripada tipu daya syaitan yang mengalir dalam tubuh manusia.”
Orang yang cerdik pandai, akan melihat
kelemahan dirinya dan memperbaikinya agar tak dapat digunakan oleh syaitan. Jika
kelemahannya buruk sangka – dia akan berubah untuk selalu baik sangka. Jika
kelemahannya dengki – dia akan berusaha mengubatinya dan menyembunyikan di
dalam hati, dan tidak ditunjukkan dengan memek muka atau perbuatan.
Dalam kisah hasad dengki – kisah 2 anak Adam
– pada mulanya Qabil teragak-agak untuk membunuh Habil, tapi dia ditipu daya
oleh syaitan melalui pintu hasad. Habil menyatakan yang dia takkan melukai
Qabil kerana dia takutkan Allah. Jika mengkaji bait-bait Al-Quran – kita akan
lihat keajaiban. Hawa nafsu Qabil memaksanya untuk membunuh kepada saudaranya,
Habil. Awalnya dia sebenarnya teragak-agak setelah diingatkan oleh Habil. Tetapi
pelanggaran berlaku setelah adanya tipu daya syaitan dan paksaan hawa nafsu.
Kenali kelemahan diri, dan tutup pintu
kelemahan itu supaya tidak menjadi laluan untuk menjerumuskan anda kepada
kemungkaran Allah SWT.
“Demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka…”
Walaupun mereka melakukan pelanggaran, Allah
ampunkan mereka kerana mereka datang ikhlas untuk berjuang bersama Rasulullah ﷺ.
Dua kali Allah sebut pengampunan kepada mereka, agar kita tak menyalahkan
mereka (para sahabat). Dosa mereka adalah kepada Allah, dan Allah telah pun
ampunkan. Mereka tak berdosa kepada kita pun, jadi jangan biarkan syaitan memasuki
pintu kelemahan itu dan menjadikan kita mencerca para sahabat.
Ayat 156:
“Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang munafik..”
Mereka berkata jika tak keluar berniaga atau
tak perang pasti tak mati
Jangan ikut sifat orang kafir atau munafik
yang mengatakan bahawa kalau seseorang itu keluar berniaga dan berperang dan
mati, maka perniagaan dan perang itu menjadi sebab kematian mereka. Mereka
mengatakan jika seseorang itu tak pergi, maka dia tak akan mati. Mereka ingin
mengatakan yang diri mereka sendiri yang menjadi sebab kematian tersebut.
Perbuatan mengatakan., “Kalau tak naik kalpal
terbang, kalau xx, kalau xx..” adalah dilarang bagi orang-orang beriman, yakni
perbuatan mengandaikan perkara yang tak boleh nak diandai-andaikan. Kata
baginda Rasulullah ﷺ. “Jangan kamu banyak menggunakan ‘lau’ (andai) kerana lau
itu membuka pintu syaitan.” Jangan bila keluar dengan kereta dan pancit, kita
kata, “Andai tadi naik LRT.” Sebaliknya ucapkan:
“Allah sudah mentakdirkan apa yang akan dikehendaki,
itu yang akan terjadi.”
Tak boleh katakan “andai”. Kata pepatah Arab,
“Andai, ditanam di tanah andai, yang ditanam biji andai, maka anda akan menuai
andai.”
Ertinya - Tidak menisbahkan apa yang berlaku
kerana kesalahan kita, kerana yang berada di hadapan kita tak tahu. Yang kita
disuruh ialah mengambil sebab, tetapi yang terjadi adalah di luar pengetahuan
kita.
Mereka (kaum musyrikin) yang berkata begitu
merasa penyesalan di hati kerana mereka tidak redha. Bagi kita orang-orang
beriman, bila kehilangan apa yang disayangi daripada harta ataupun nyawa,
mereka akan berkata “Innalillahi wainna ilaihirojiun.” Mereka takkan berkata.
“Andai tak naik kapal terbang tadi..”
Kita semua tertakluk di bawah pentadbiran
Sultannya Qadar. Di atas pentadbiran kita, adanya Pentadbiran Allah SWT. Bagi
orang yang beriman – Allah Yang Menghidupkan dan Allah Yang Mematikan. Berapa
ramai orang berusaha untuk mati dengan cara cuba membunuh diri tapi dapat
diselamatkan orang? Sebaliknya, berapa ramai orang mengelak daripada mati
bertemu kematian. Contohnya - berapa ramai orang berubat untuk sembuh tapi mati,
orang yang mungkin hanya keluar berjalan mungkin terkena peluru yang entah dari
mana dan mati.
“Allah yang menghidupkan dan mematikan, dan Allah
melihat segala yang kamu lakukan.”
Kematian dan kehidupan bukan milik sesiapa, dan
tak boleh dielakkan oleh sesiapa pun.
Ayat 157:
“Jika kamu mati, keampuan dan rahmat Allah lebih baik daripada apa yang
kamu himpunkan.”
Apa yang Allah berikan adalah lebih baik
daripada segala harta dunia yang dikumpulkan. Golongan munafiq mengatakan yang
jika mereka tak keluar perang, mereka tak mati.
Ayat 158:
Ayat sebelumnya
disebut: “Kalau kamu dibunuh atau mati..”
Ayat setelahnya disebtu: “Kalau kamu mati
atau dibunuh, kepada Allah kamu akan kembali..”
Apa bezanya? Allah mendahulukan mati dibunuh
dijalan Allah untuk menunjukkan yang fadhilatnya lebih tinggi.
Ayat 159:
Mereka yang dimaksudkan ialah para sahabat yang
Nabi ﷺ bermesyuarat dengan mereka untuk menentukan sama ada keluar
mempertahankan Madinah atau menunggu mempertahankan Madinah daripada dalam
kerana bilangan mereka yang kecil.
Abdullah bin Ubai bin Thalul mengajak 1/3
orang kembali ke Madinah kerana Nabi SAW mendengar kata kaum muda.
Nabi disuruh berlemah-lembut kepada mereka
yang meninggalkan baginda semasa peperangan. Nabi ﷺ tak diizinkan melakukan
perbuatan yang bercanggah dengan sifat rahmat yang dengan itu baginda dicipta
dan diutuskan.
‘Tarbiyaah rabbaniyyah’ – dididik rohaninya
agar tak punya sifat marah. Kadang-kadang ada orang maafkan tapi tak mahu
tengok muka orang itu lagi.
Nabi ﷺ diutuskan agar kita dapat mengambil
teladan daripada akhlaknya. Tak cukup dengan itu, Allah suruh Rasulullah ﷺ
mintakan ampun untuk mereka juga.
Berapa ramai daripada kita yang mampu
memaafkan kepada orang yang tidak minta maaf kepada mereka? Berapa ramai
daripada kita yang mintakan kemaafan bagi orang yang berbuat salah kepada kita?
Kenapa diisi hati ini dengan benci sampai
kepada keturunannya?
Ajak bermesyuarat – dalam mesyuarat ada
barakah. Mesyuarat bukan bermakna saranan semua orang akan dilakukan.
“Sesungguhnya Allah suka orang yang bertawakal.”
Gantungkan hatimu kepada Allah, bukan dengan
kekuatan kamu. Cukup menjadi kemuliaan kepada orang yang bertawakal kepada
Allah untuk mendapatkan kasih-sayang Allah, walau apa pun yang terjadi. Walau
apa yang terjadi, cukup baginya mendapat kasih-sayang Allah SWT.
Berinteraksilah dengan realiti yang kita ada
di hadapan kita, bukan dengan ‘andai’ kerana masa bukan boleh diputar kembali.
BAHAGIAN - Kitab RIyadhus
Solihin
Bab ‘Tentang Hidup Tenang, Menjaga Kehormatan Diri, Hati-hati
dalam Mencari Penghidupan dan Perbelanjaannya serta Celaan Terhadap
Meminta-minta Dalam Keadaan Tidak Terpaksa’
Hadis 12:
Kisah perawi hadis - Samurah bin Jundub,
seorang yang muda tapi sudah menyertai Perang bersama nabi SAW. Dia berdiri di
sebelah Rafi’ bin Kudhai. Mereka berbaris dalam saf untuk menyertai perang
tetapi disuruh pulang kerana belum cukup umur. Mereka menangis kerana ingin
ikut sama dan Rafi’ berkata, “Ya Rasulullah, saya ini mahir memanah. Izinkan
saya ikut bersama.” Setelah dibuktikan benar katanya, Nabi ﷺ mengizinkan dia
ikut sama. Samurah pula berkata, "Saya ini punya kekuatan bergusti. Jika
saya lawan dengan. Rafi', pasti dia akan dapat saya kalahkan." Baginda pun
menyuruh dibuktikan perkataannya itu, dan akhirnya ikutlah bersama-sama
kedua-duanya yang baru mencecah usia belasan tahun.
Bagaimana dengan remaja kita hari ini? Apakah
yang difikirkan oleh mereka untuk menyumbang kepada Islam? Di manakah Samurah
bin Jundub dan Rafi’ bin Kudhai pada zaman sekarang?
Hadis ini serupa dengan hadis sebelumnya –
orang yang meminta-minta akan tiada daging pada mukanya. Jika ingin meminta, dibenarkan hanya pada
haknya (yakni meminta pada penguasa).
Hadis 13:
Abdullah bin Mas’ud – beriman kerana kejadian
yang dilihatnya. Ketika Nabi SAW dalam perjalanan hijrah bersama Sayyidina Abu
Bakar, mereke bertemu Abdullah bin Mas’ud yang sedang mengembala kambing. Nabi
SAW meminta susu padanya tapi dia tidak dapat memberikan kerana kambing itu
bukan miliknya. Kemudian, Nabi ﷺ pun meminta dibawakan kambing yang belum
bersusu. Kemudian, baginda Nabi ﷺ menepuk kambing itu lalu ada padanya susu
sehingga boleh diperah dan diminum, dan selepas itu, Nabi ﷺ tepuk semula dan
kempis balik susu kambing itu seperti sebelumnya.
Sayyidin Abdullah bin Mas’ud juga dikenali sebagai orang yang rajin
berkhidmat kepada Rasulullah ﷺ - pembawa selipar Nabi ﷺ, pembawa tongkat Nabi ﷺ,
pembawa siwak dan bekas wudhuk Nabi ﷺ. Berkat perkhidmatannya, dia mendapat
ilmu dan menjadi rujukan ramai.
//Kisah kaki Abdullah bin Mas’ud lebih berat
daripada Gunung Uhud.
//Kisah Nabi Musa membantu anak Nabi Shuaib
dan berdoa – “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin fakir”.
Bila ingin meminta, mintalah pada Yang Maha
Kaya. Usah minta pada makhluk, tetapi bergantunglah mutlak hanya pada Allah
SWT.
BAHAGIAN 3 - Kitab Bidayatul Hidayah m/s 167
Manusia terbahagi kepada 3:
1. Orang yang seperti makanan asas, yang
sentiasa diperlukan
2. Orang yang seperti ubat, yang diperlukan
pada masa-masa tertentu, dan bukan pada setiap masa.
3. Orang yang seperti penyakit yang perlu
dijauhi, walaupun terkadang dipertemukan dengannya, maka seseorang perlu
mengambil langkah bijak agar selamat daripadanya.
Pernah orang bertanya Nabi ﷺ, “Siapakah yang
mengajarkan adab kepadamu?” Jawab baginda, “Tiada seorang pun tetapi apabila
aku perhatikan kejahilan terhadapnya, timbul perasaan untuk menjauhinya.
Seorang mukmin yang beriman itu cermin kepada
saudaranya.
Apa yang dilakukan oleh seorang mukmin
merupakan cermin kepada mukmin yang lain. Contohnya, jika kita lihat orang
kedekut, dan kita tidak suka, maka dengan itu kita sudah belajar tentang adab
yang lebih baik daripada perbuatan orang yang dilakukan oleh orang itu.
Hak Persahabatan
Sabda Rasulullah ﷺ, “Perumpamaan 2 orang yang
bersaudara adalah seperti dua tangan, di mana yang satu membasuh yang lain.”
Baginda Nabi ﷺ memiliki 2 batang siwak, yang
satu lurus, dan yang lagi satu kurang lurus. Baginda ingin menghadiahkan satu
kepada sahabatnya, lalu memilih untuk memberikan yang lurus, yakni yang lebih
baik antara keduanya.
Cara menunaikan hak-hak persahabatan:
1. Mendahulukan orang lain berbanding diri
sendiri dalam perkara yang dibolehkan.
Cth: Nabi SAW ada 2 siwak – satu lurus, satu
bengkok, dan diberikan yang lurus kepadanya. Nabi SAW mendahulukan sahabatnya. Tidak
bersahabat 2 orang walaupun sesaat melainkan akan ditanya adakah telah
ditunaikan hak persahabatan.
2. Ziarah-menziarahi
Baginda bercerita tentang seseorang yang
ingin menziarahi sahabatnya – dihantar malaikat yang menyerupai manusia, dan
ditanya kenapa dia ingin menziarahi sahabat, katanya “kerana Allah SWT”. Firman
Allah SWT, “Wajib mendapat kasih-sayang aku kepada 2 orang yang kasih-mengasihi
kerana aku.” Antara 2 orang ini, yang paling banyak memberi kasih-sayang akan
mendapat lebih kasih-sayang dari Allah.
Dalam bersahabat ini, jangan kita hanya
melihat pada baiknya itu sahabat, jangan kita hanya melihat ‘saya seronok bersahabat
dengan si fulan’, jangan hanya kita melihat – ‘dia adalah orang yang setia’,
tapi kaitkan dalam bersahabat itu apa yang kita boleh dapat daripada Allah SWT
bila bersahabat dengan si fulan. Supaya persahabatan itu mempunyai nilai
ibadah, bukan hanya untuk kita mendapatkan hiburan, walaupun dalam bersahabat
itu ada yang namanya ‘haniis’, yakni teman yang menghiburkan. Walaupun kita
mendapat bahagian hiburan dalam bersahabat, tapi bila dijadikan terasnya untuk
mendapatkan kasih-sayang Allah, persahabatan itu menjadi ibadah.
Kurang-kurang dalam bersahabat – berikan
nasihat atau doa – agar mendatangkan manfaat antara satu sama lain. Jika tak
dapat datangkan manfaat, jangan datangkan mudarat.
Jika teman sakit, jangan didatangkan teman
yang boleh bikin dia makin sakit.
Pernah dikisahkan yang Imam Ahmad bin Hanbal
sakit, dan Imam Syafie menziarahinya, dan ini membuatkan Imam Ahmad jadi segar
dan kurang sakit. Begitu juga sebaliknya, bila Imam Syafie sakit, Imam Ahmad
datang melawatnya. Anak murid Imam Syafie merasa bangga kerana ketika sakit
Imam Syafie diziarah oleh Imam Ahmad bin Hambal. Lalu, Imam Syafie mendidik
anak muridnya agar tidak taksub kepada dirinya. Katanya, “Bilamana dia
berziarah kepada saya, adalah kerana orang yang menziarahi itu adalah lebih
mulia, dan bilamana saya berziarah kepadanya, adalah kerana kemuliaan yang ada
pada dirinya. Dalam keadaan menziarahi atau diziarahi, kemuliaan ada pada
dirinya”
Jangan dibandingkan antara 2 guru – bilamana
bermula pintu perbandingan, maka akan bermula juga pintu kedengkian dan ini
adalah pintu syaitan.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh
pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit
petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber
asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas
segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat
kita manfaatkan. Wallu'alam.
**: mungkin salah ejaan
//kisah: sila tonton video untuk mengetahui kisahnya J