"Hati kamu dipantau Allah SWT" - MTDM Istimewa bersama Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf (Fattibouni)
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
MTDM
23.05.2014
Sumber rakaman audio:
Bahagian 1
Surah Ali-Imran
ayat 169-173
Allah SWT
bercerita tentang hakikat kehidupan yang dianggap oleh sebahagian orang bahawa
orang yang meninggal dunia itu mati. Akan tetapi dalam ayat ini, Allah SWT
bercerita tentang segolongan manusia yang berpindah daripada alam dunia kepada
alam barzakh, tetapi golongan ini dilarang untuk dikatakan mereka mati, iaitu
golongan as-syuhada.
Apakah itu
kematian dan maksud daripada hakikat kehidupan yang sebenar?
Dalam
Al-Quran nul Kareem Allah SWT bercerita tentang erti kehidupan yang sebenar.
Allah SWT tidak mengatakan bahwa kehidupan yang sebenar itu bukan ketika kita berada di dunia, kerana
kehidupan di dunia ini tidak luput daripada dugaan, ‘problem’, masalah,
sehingga orang hidup di dunia tidak selesa kerana menghadapi pelbagai masalah.
Akan tetapi Allah memberi definisi kehidupan yang sebenar ialah kehidupan yang
tiada susah , kehidupan yang tiada sama sekali ‘problem’.
“Dan sesungguhnya negeri akhirat ialah
hakikat sebenar kehidupan.”
Di dunia kita
hidup kerana boleh bergerak, tetapi ini bukan kehidupan yang sebenar, kerana
kehidupan kita tidak nyaman (selesa), banyak selesa, banyak dugaan. Tapi di
akhirat, hidup tiada masalah, tiada dugaan, tiada hasad-dengki antara satu sama
lain, tiada buruk sangka.
“Dan, Kami(Allah) akan cabut daripada
manusia nanti di akhirat hasad-dengki.”
Ini kehidupan
sebenar yang akan dikongsi sama oleh semua makhluk yang beriman di akhirat
nanti. Akan tetapi Allah SWT bercerita tentang segolongan manusia yang
mengorbankan nyawanya di jalan Allah SWT dan Allah melarang kita mengatakan
mereka mati.
“Jangan sesekali mengatakan mereka
terbunuh di jalan Allah itu mati tapi mereka hidup.”
Bagaimanakah
bentuk kehidupan mereka? Di sisi Tuhan mereka mendapatkan rezeki.
Kita hidup di
dunia mendapatkan rezeki untuk meneruskan hidup. Dengan makan, kita boleh
meneruskan hidup, yang kalau kita tiada rezeki, hidup kita semakin singkat.
Mereka, para syuhada yang berada di alam barzakh, oleh kerana mendapatkan
rezeki, yang rezeki itu merupakan penyebab berlangsungnya kehidupan, walaupun
berada di alam barzakh, maka mereka itu adalah hidup. Tapi kita tidak
membayangkan kehidupan yang dimaksudkan ialah kembali ke dunia, kerana
sebagaimana dikatakan awal tadi bahawa kehidupan yang sebenar bukanlah
kehidupan yang sebenar kerana penuh masalah. Mereka hidup di alam barzakh yang
tiada masalah, dan mendapat rezeki daripada Allah SWT.
Oleh kerana
yang demikian, dalam hadis Nabi ﷺ memberitahu, “Tiada seorang hamba yang
meninggal dunia lalu mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT di alam barzakh,
mahu balik kepada dunia, walaupun mereka diberi dunia dan seisinya kecuali para
syuhada. Bahkan para syuhada minta balik ke dunia untuk mati syahid lagi sekali
semula.” Ini kerana nikmat syahid itu sangat indah sehingga menyebabkan mereka ingin balik untuk berjihad
semula.
Dikatakan, Allah
bertanya mereka, “Apa yang kamu ingin minta?”
Mereka sudah puas
hati dengan pemberian Allah walaupun itu baru nikmat di alam barzakh dan
berkata, “Kalau pun kami mesti meminta, kembalikan kami ke dunia untuk kami
berjuang balik dan syahid semula.”
Namun tiada
org yang boleh hidup 2 kali dan mati 2 kali kecuali beberapa orang – Sayyidina
Uzair**. Hukumnya, manusia cuma hidup dan mati sekali di dunia.
Hadis ini
menunjukkan ketinggian kedudukan mereka para syuhada sehingga minta balik ke
dunia untuk syahid dia lagi.
Apa bezanya
orang meninggal biasa di alam barzakh, dan orang syahid di alam barzakh?
Bezanya – sama-sama di alam barzakh tapi para syhuhada berada di sisi Allah SWT.
DIgambarkan bahawa ruh mereka itu berada di dalam burung yang terbang di dalam
syurga menikmati keindahan syurga. Mereka berada dalam kenikmatan yang luar
biasa, mendapat rezeki yang tidak diperolehi oleh orang lain yang mati biasa.
Ditunjukkan
juga kedudukan mereka itu para syuhada bahawasanya jasad mereka itu tidak
dimakan oleh tanah. Perkuburan Uhud yang ada sekarang ialah kawasan perkuburan
yang baru. Masa peperangan Uhud berlaku, mereka yang syahid dikuburkan di medan
perang juga, dan tidak ditanam begitu dalam, sekadar mencukupi agar tidak
dikorek oleh binatang buas. Disebabkan ada banjir berlaku, tanah dibawa air
sehingga menampakkan sebahagian tubuh mereka dengan pakaian mereka seolah-olah
baru lagi meninggal, dan jasad mereka perlu dipindahkan ke tempat yang lebih
selamat. Sebahagian mereka yang mencangkul untuk mengeluarkan mayat, tercangkul
pada anggota tubuh sahabat dan darah memancut keluar dengan banyaknya untuk
menunjukkan darah itu masih mengalir dalam badannya walaupun sudah lama
meninggal. Ini menunjukkan yang jasad para syuhada pun dijaga Allah SWT. Ada juga
mayat yang tangannya diubah posisi, tapi tangan tersebut berubah kembali ke
posisi asal.
Ayat 170:
Bagaimanakah
keadaan para syuhada? “Farihin’ - gembira, ‘happy’, tak ada masalah, gembira
berada di alam barzakh, gembira berada hampir dengan Allah SWT, gembira dengan
apa yang dikurniakan Allah Ta'ala, dan mereka tidak kedekut atau ‘selfish’
untuk hanya menikmati kenikmatan untuk
mereka sendiri. Mereka tahu hak persaudaraan yang diikat oleh Allah dan
Rasulullah ﷺ dengan dasar iman.
Orang yang
beriman itu bersaudara. Orang beriman yang bersaudara menginginkan kenikmatan
yang diperolehinya diperolehi oleh saudaranya juga. Mereka para syuhada yang
berada di alam barzakh, yang mendapat kenikmatan luar biasa dari Allah, mereka
tak mahu kenikmatan itu hanya mereka saja yang dapat, tapi mereka ingin kongsi.
Kongsi dengan siapa? Nak dikongsikan dengan orang yang hidup, dengan
orang-orang yang masih ragu-ragu untuk keluar berjihad ke jalan Allah SWT.
Mereka, para
syuhada yang berada di alam barzakh, di sisi Allah, memberi khabar gembira kepada
mereka yang hidup daripada orang-orang yang beriman, yang berazam untuk
menyusul mereka yang telah mendapat syahid agar tidak merasa takut. “Jangan
berasa takut untuk mengorbankan jiwa di jalan jihad. Kami sudah mendahului kamu
dan berada di tempat yang cukup nikmat. Kami yang sudah mendapatkan, kami
sampaikan berita kenikmatan yang kami dapat. Datang kepada kami, tapi melalui
pintu jihad.”
Kalau kita
ingin pergi ke satu tempat yang tidak tahu bagaimana keadaannya, ternyata orang
yang sudah sampai ke tempat itu menelefon dan memberitahu, “Alhamdulillah, jangan
risau, tempat yang kamu ingin pergi itu, tiada tempat yang lebih nyaman (selesa),
lebih nikmat daripada tempat ini.”
Agaknya kita
akan yakin tak dengan apa disampaikan oleh orang itu sebagai orang ‘local’
sudah ada disitu. Para syuhada sudah sampai ke sana, tapi mereka tak punya alat
untuk sampaikan secara langsung apa yang mereka alami. Jadi, Allah bantu
sampaikan untuk mereka, para syuhada yang sayangkan orang-orang yang beriman,
yang ingin memenuhi hak-hak persaudaraan. Mereka ingin agar kaum mukminin lain
juga mendapatkan kebaikan yang mereka telah dapat. Ini adalah merupakan satu rangsangan
kepada orang-orang beriman untuk berjihad dan mengorbankan sesuatu yang amat
berharga iaitu nyawa yang akan jadi amat murah jika dibandingkan dengan nikmat yang
Allah berikan kepada as-syuhada.
Subhanallah, mereka
yang berada dibarzakh sayangkan kepada kita dan masih memenuhi hak
persaudaraan, tapi kita, nampak saudara di depan mata, namun kita tak mahu penuhi
haknya. Mereka yang di alam barzakh mendapat nikmat dan ingin berkongsinya
bersama yang lain, sebaliknya kita, bila mendapat nikmat, tak mahu berkongsi
dengan yang lain. Perbezaan orang-orang yang hatinya dikunci dengan iman.
Bukankah Nabi ﷺ bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi
saudaranya dan menyukai perkara baik yang disukai untuk dirinya untuk
saudaranya juga.” Para syuhada faham hal ini.
Ayat 171:
Ayat 171:
“Mereka menyampaikan berita
gembira…”
Dengan apa?
Dengan nikmat yang mereka dapat melalui jihad. Ya Muslimum, Ya Mukminun, kami
mendahului kamu dengan jihad . Kami beri berita gembira kepada kamu. Kami bukan
nak mengucapkan takziah kalau kamu syahid tapi nak ucap tahniah. Bukankah kalau
orang mati, kita ucap takziah? Ya (Na’am) tapi bagi mereka para syuhada,
takziah kerana meninggal untuk ahli keluarganya, dan tahniah kepada orang yang
syahid di jalan Allah SWT.
“dengan kelebihan nikmat yang
Allah berikan. Sesungguhnya Allah tak melepaskan ganjaran orang-orang yang
beriman.”
Siapakah
mereka orang-orang yang beriman?
Mereka yang
dipenuhi ganjaran oleh Allah ialah orang yang cepat dalam merespon dengan apa yang disuruh Allah dan Rasul-Nya.
Dalam bahasa Arab – ‘merespon’ berbeza ‘merespon dengan cepat’. Allah
berfirman:
Balik dari
Perang Uhud, ramai sahabat yang luka-luka dan perlu dirawat sehingga ada yang
tak boleh berjalan, berbaring dan perlu dirawat. Nabi Muhammad ﷺ menyeru untuk
mereka yang telah ikut bersama dalam Perang Uhud keluar semula untuk berperang
- ikut lojik macam mana nak perang kalau cedera? Nak perang biasanya badan kena
kuat, makan sedap-sedap, tapi para sahabat, tangannya masih berbalut.
Hanya seorang
saja yang dibenarkan ikut setelah tak ikut pada kali pertama dalam Perang Uhud
iaitu Sayyidina Jabir bin Abdullah. Dia tak ikut pada awalnya kerana diminta
ayahnya untuk menjaga adik-adik perempuannya, yakni mengambil berat akan hal
keluarganya dan Nabi ﷺ izinkan, walaupun pada ketika itu, Nabi ﷺ memerlukan
bilangan tentera yang ramai. Namun, Nabi ﷺ izinkan untuk menunaikan hak
masing-masing, dan membenarkan Jabir untuk tidak ikut. Dalam keadaan sahabat
semuanya lemah, mereka tetapi keluar untuk mematuhi perintah Allah dan
Rasul-Nya.
Abu Suffiyan
ingin bantai kaum muslimin kerana mengenangkan keadaan mereka yang telah lemah.
Waktu Nabi ajak keluar - tak seorang pun tak keluar kecuali yang tak boleh
bangkit. Kalau ditanya dari mana datang kekuatan mereka? Sebenarnya, mereka
sudah sedar akan kesilapan kali pertama ketika melanggar perintah Rasulullah ﷺ,
jadi mereka tak mahu ulang kesalahan dan terus mematuhi perintah Rasulullah ﷺ.
Mereka ‘respond’ segera walaupun dalam keadaan luka-luka. Kaum musyrikin, Allah
hantar perasaan takut kepada mereka dan akhirnya mereka patah balik ke Mekah.
Rasulullah ﷺ dan pasukannya ‘gentleman’ dan menunggu dengan berani di luar kota
Madinah. Beraninya Rasulullah ﷺ kerana beliau memperjuangkan kebenaran. Untuk
memperjuangkan kebenaran mesti memperjuangkan dengan pengorbanan yang besar.
Semoga Allah
menjadikan kita orang-orang yang cepat ‘merespond’ kepada seruan Allah SWT.
Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin:
Bab Pemurah dan Dermawan dalam Kebaikan
Huraian pembukaan:
Sifat pemurah
itu diambil daripada 2 nama Allah iaitu Al-Jawwar dan Al-Kareem, yakni memberi dengan
redha, memberi tanpa k rasa berat, tanpa rasa berkurangan dengan apa yang
dimiliki.
Dalam hadis
Nabi ﷺ dinyatakan bahawa: “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat
dengan syurga, dan jauh dari api neraka. Orang yang bakhil jauh dari Allah,
jauh dari syurga, dan dekat dengan neraka.”
Bakhil ada 2
jenis iaitu:
Bakhil biasa
yakni kedekut dengan hartanya sendiri, dan
As-syahih**
yakni kedekut dengan harta orang. Orang lain buat baik, tapi dia yang rasa
sakit hati, walaupun itu bukan hartanya.
Orang yang
menjaga dirinya daripada sifat as-syahih** akan menjadi orang yang berjaya.
Beberapa
perkara yang boleh diambil pengajaran daripada ayat tadi ialah
-
apa
yang diinfakkan pasti akan diganjar oleh Allah SWT. Ini janji Allah kepada
orang yang mempunyai sifat pemurah. Ketika memberi, kalau yakin apa yang
dikeluarkan itu akan diganjar berlipat kali ganda, maka dia takkan menyesal.
Umpama orang berniaga, jika dia tahu barang itu di pasaran berlipat kali ganda
harganya, dia tak rasa rugi walaupun terpaksa keluarkan duit untuk membeli
barang itu. Saat mengeluarkan modal, dia tak rasa berat kerana dapat melihat
berapa keuntungan yang bakal diperolehi. Bukankah ini cara orang berniaga di
dunia? Cuba, sebagaimana kita berniaga di dunia, jom kita berniaga dengan Allah
SWT. Perbezaannya, berniaga dengan manusia sudah ada peraturan keuntungan, tapi
dengan Allah, peratusannya Allah yang tentukan. Allah mencabar untuk kita
berniaga dengan-Nya. Berniaga dengan Allah terhad keuntungannya, tapi berniaga
dengan Allah, untung di dunia dan di akhirat. Maka, saat nak sedekah, ingat
yang kita keluarkan itu akan diganjar Allah SWT. Ingat pulangannya, bukan apa
yang kita keluarkan. Biasa, iman manusia kepada apa yang fizikal dan lama untuk
tunggu di akhirat.
-
Apa
yang kamu infakkan itu, jangan kamu sangka orang yang diberi itu untung, kerana
sebenarnya kamu yang untung sebelum dia untung. Supaya kita tak rasa diri
berjasa pada org yang diberi. Jangan kita merasa berjasa kepada org yang kita
infakkan kerana apa yang kita dapat lebih daripada apa yang kita beri.
-
Apa
yang diinfakkan akan diganjarkan secukupnya oleh Allah SWT. Ini semua supaya
kita semua bersih daripada sifat kedekut dan rasa berjasa. Ada 3 golongan yang
takkan dipandang Allah SWT, dan salah satunya ialah al-mannan: orang yang suka
mengungkit. Jangan batalkan pahala pemberian anda. Jangan kalah dan terpedaya dengan
syaitan.
-
Apa
yang kamu infakkan diketahui oelh Allah SWT – jadi jangan sesekali nakkan
pujian atau sanjungan daripada manusia. Ini bukan condemn orang masukkan derma
dalam suratkhabar, kerana orang yang menunjukkan kepada kebaikan juga baik.
Yang penting ikhlas. Walaupuan beri diam-diam, tapi bangga dengan diri sendiri,
pun ‘problem’ juga.
Pengajaran:
Galakan untuk
mempunyai sifat pemurah – yakni kalau tak boleh jadi orang yang pemurah –
jadilah orang yang cemburu kepada orang yang pemurah. Boleh cemburu dalam 2 hal
iaitu cemburu orang berharta yang pemurah, dan orang berilmu yang mengajarkan
kepada orang lain. Tapi kalau nak harta kerana dunia atau sombong, atau ingin
org kata dia banyak ilmu, maka tak boleh.
Hadis 2:
Galakan untuk
membelanjakan harta kerana harta yang disimpan akan pergi pada waris apabila
seseorang itu meninggal.
Bahagian 3 - Kitab Bidayatul Hidayah
Adab dengan orang yang tidak kenal,
bukan sahabat karib
Huraian:
Berdederhana
ketika baru mengenali seseorang – tidak terlalu memuliakan atau memandang
rendah kepadanya.
Bila berkenalan
dengan orang yang berharta, jangan berhasrat pada hartanya dan tidak
digalakkan, kerana seseorang itu akan menghinakan dirinya demi mendapatkan
harta orang lain.
Al-mudara** –
menjaga perasaan orang lain dan ini dituntut dalam agama
Al-mudahanah**
– menjaga hati kerana ada kepentingan dunia
Semoga Allah
pilih teman yang baik untuk kita di dunia dan akhirat.
Where did the
Mikraj begin from - from Kaabah or Rasululah’s house? From where and why? The
answer is not from either but from house of Ummu Hani - why from there?
Rasulullah has set certain day to visit different relatives for silaturrahim.
It is his sunnah that he set different day to visit different relative to do
silaturrahim and have good relationship. Allah SWT like this amal so much that
on that nite – the nite of amal of silaturrahim – to show that this is such a high
blessed amal.
Narration of
hadis of Imam Bukhari:
Sayyidina Abu
Hurairah has majlis of tausiyah every Thursday. One night on that majlis, he
said, “Anyone who didnt have good relationship with family please got up and
leave this majlis. He is not allowed to sit in my majlis.” He said this 3 times,
no one but 1 guy stood up because he hasn’t spoken to his aunt for 2 years.
That man went to meet his auntie and said, “Sayyidina Abu Hurairah expelled me
from his majlis for not speaking with you. Please forgive me.”
Aunt ask why
did he come after 2 years, and ask him to why did Sayyidina Abu Hurairah asked
him to leave his majlis of tausiyah. His nephew went to Sayyidina Abu Hurairah
and asked. Sayyidina Abu Hurairah answered, “I heard from Rasulullah ﷺ that on
Thursday, the amal solehah of my ummah are presented to Allah, but anyone who
are not in good relationship with family and relatives, all his amal are
rejected. Secondly, if that person is together in the majlis of tausiyah, du’a
will not be accepted.”
Important
message of Israk wa Mikraj – Allah like people who make good silaturrahim.
Therefore, joint ties with family and relatives. Jibril said to Rasulullah ﷺ,
“Whoever cuts
ties with you, you joint tie with him.
Whoever
doesn’t come to your house, you go to his house.
Whoever does
not say Salam to you, you say Salam to him.
Whoever
doesn’t give you gift, you give them gift.
Whoever runs
away from you, you run after them.”
Pesanan
utama:
Agar kita
menjaga silaturrahim – “Siapa yang memutuskannya, akan terputus hubungan dengan
Allah. Siapa yang menyambungnya, akan menyambung hubungan dengan Allah.
Tausiyah Istimewa 2:
Habib
Muhammad Abdullah Al-Aydrus
Hadramaut,
Yaman
Penghulu kepada
ketaqwaan dan kepada orang berbuat ehsan ialah Nabi Muhammad ﷺ.
Kamu semua
yang hadir di majlis-majlis seperti ini - hati akan tersinari dengan ilmu, akal
akan terpandu dengan ilmu, dan bilamana hati dan akal terpandu dengan ilmu,
tentunya kita akan berjalan di belakang Nabi Muhammad ﷺ, yang menbawa ilmu dan
cahaya ilmu.
Tanda seseorang
yang mendapat sinaran daripada ilmu-ilmu daripada majlis-majlis seperti ini
ialah semangatnya dan kecenderungannya untuk lebih memperbanyak dan mengabdikan
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini dapat
dibuktikan bahwasanya dengan tidak membiarakan ilmu itu hanya yg tertulis dan
ada dalam kitab sahaja – tidak boleh kita membiarkan seperti itu. Melainkan apa
yang kita dapat melalui ilmu yang tertulis ini tercermin melalui perbuatan kita,
perkataan kita dan juga akal fikiran kita yang mana dengan demikian akan nampak
kesan ilmu yang kita dapat.
Dan daripada
kesan ilmu yang kita dapat, kalau kita hayati dan kita amalkan, kita akan di
beri tambahan ilmu yang lain oleh Allah SWT yang dinamakan ilmu ‘dzaur’ – ilmu
yang kita boleh rasa khasiatnya, seperti yang dikatakan oleh Al Imam
Al-Shakarwarni, “Ilmu yang kita dapat, bilamana diamalkan, Allah akan berikan
kita ilmu untuk kita merasakan ilmu tersebut yang dinamakan ilmu
Dzaur**.”
Ilmu Dzaur** yang dimaksudkan adalah bilamana kita
mengamalkan ilmu yang kita dapat, akan diberi ilmu yang kita rasa, yakni dapat
mengesan perkara yang kita tidak nampak.
Maka, bilamana
kita mengkaji dan menghayati keadaan-keadaaan yang dilalui pada zaman
Rasulullah ﷺ, kita akan dapat mengimpementasikan apa yang berlaku di zaman itu
dalam kehidupan kita zaman sekarang.
Salah satu
contoh ialah keadaan yang dialami Rasulullah ﷺ ketika peristiwa Israk wa Mikraj,
yang mana keadaan itu berlaku kepada Rasulullah ﷺ, akan tetapi rahsia
pengajaran daripada peristiwa itu adalah berterusan sehingga hari ini kita pun dapat
mengambilnya sehingga kita dapat berhubung langsung dengan Rasulullah ﷺ melalui
peristiwa itu.
Apa yang
disaksikan Rasulullah ﷺ melalui gambaran-gambaran daripada peristiwa itu
mencerminkan keadaan yang dilalui pelbagai manusia yang mana kita mesti ambil iktibar
dan pengajaran daripada apa yang disaksikan oleh Nabi ﷺ.
Orang yang mengambil
pengajaran daripada peristiwa itu akan bermujahadah, yakni melatih, memaksa,
berusaha untuk beramal sehingga dengan mujahadah itu dia akan di angkat di sisi
Allah dalam golongan orang-orang yang berbuat ehsan ataupun seorang yang
‘muhsin’.
Dalam
Al-Quran nul Kareem - Allah SWT berfirman menjanjikan kepada orang yang
bermujahadah untuk diberikan hidayah oleh Allah SWT. Allah berfirman yang
bermaksud:
“Dan orang-orang yang
bermujahadah di jalan Aku, Kami(Allah) kami pasti akan memberi hidayah kepada
orang itu dan Allah akan bersama orang-orang yang berbuat ehsan.”
Perhatian:
Bahagian hujung tausiyah kurang saya fahami, jadi mohon kerjasama mendengar untuk
pemahaman yang lebih baik.
Tausiyah Istimewa 3:
Tausiyah
Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf
Alhamdulillah
dikabulkan Allah Ta'ala untuk Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf menghadiri
MTDM.
Segala pujian
bagi Allah SWT, dengan pujian memohon anugerah dari Allah SWT. Dan moga-moga
Allah SWT memberikan kepada semua manisnya memuji kepada Allah SWT. Dan
moga-moga Allah SWT mengangkat darjat kita di sisi yang tinggi, di sisi Allah
Ta'ala.
Sesungguhnya
nabi kita, Nabi Muhammad ﷺ sifatnya itu
sifat Ahmad. Beliau itu akan mendapatkan kedudukan yang dinamakan maqam
kepujian. Beliau juga yang akan memegang panji di hari kiamat di mana panji itu
ialah panji kepujian. Moga-moga Allah SWT menjadikan kita semua berada di bawah
panji Nabi Muhammad ﷺ.
Akan dinampak
kebersamaan kita di bawah panji Rasulullah ﷺ nanti di hari kiamat adalah
bermula daripada keberadaan kita di atas muka bumi ini khususnya berada di
majlis-majlis seumpama ini. Untuk mendapatkan kebersamaan bersama Nabi Muhammad
ﷺ dengan melakukan amal perbuatan baik ketika di dunia iaitu dengan kita
mendahulukan apa dilakukan, disukai, diingini Nabi Muhammad ﷺ berbandingkan
kepada apa yang kita inginkan, maka kita akan termasuk berada di bawah panji
Nabi Muhammad ﷺ .
Majlis-majlis
yang kamu semua hadir di sini adalah majlis yang akan dipandang dan dipantau
oleh Allah SWT akan isi hati kamu semua dan dengan kadar apa yang tersimpan
dalam isi hati, itulah yang akan dinilai dan diganjar oleh Allah SWT.
Maka,
masing-masing daripada kita yang hadir di sini hendaklah mengawasi niat
masing-masing kerana niat itulah dipantau oleh Allah SWT. Sesungguhnya majlis
kamu semua ini adalah merupakan majlis yang menjadi tumpuan untuk para malaikat
mencari, singgah dan hadir dalam majlis seumpama ini, sebagaimana Nabi
memberitahukan dalm riwayat Al Imam Muslim, kalau Allah mempunyai
malaikat-malaikat yang mengelilingi muka bumi ini mencari majlis-majlis
seumpama ini.
Disebutkan
dalam sebuah hadis bahawasanya ada 3 orang
yang datang pada majlis Nabi Muhammad ﷺ. Salah seorang daripada 3 orang itu
melihat ada satu ruang kosong di hadapan, maka orang itu maju ke hadapan dan
duduk di ruang yang kosong itu. Adapun yang kedua, malu untuk maju ke hadapan,
maka dia duduk di belakang. Adapun yang ketiga melihat majlis itu ramai dengan
manusia, maka dia tidak mendapatkan tempat, maka dia pun pergi meninggalkan
majlis itu.
Di sana ada
yang memantau dengan pemantauan yang datang daripada Allah, pemantauan yang
datang daripada Rasulullah ﷺ.
Nabi ﷺ
bersabda “Mahukah kamu aku ceritakan tentang 3 orang – adapun yang pertama, dia
datang menuju kepada Allah, maka Allah pun menuju kepadanya.”
Diberikan
perumpamaan orang yang duduk di saf pertama seolah-olah dia datang kepada
Allah, dan Allah juga datang kepadanya. Perumpamaan majlis seperti ini ada
seumpama gua yang dihampiri dan dimasuki remaja-remaja yang berseumbunyi di gua
Kahfi. Sepertimana mereka yang berada di gua dijaga Allah, mereka yang datang
ke majlis-majlis juga dijaga dan dilindungi oleh Allah.
Nabi ﷺ menjelaskan dan membuka wawasan dan minda kita
dengan hadis itu bahawa orang yang datang kepada majlis-majlis seumpama ini,
meyakini kalau dia datang kepada Allah bukan kepada fulan atau fulan. Ini yang
Nabi ﷺ kita ingin kita memahami.
Adapun yang
kedua – dia malu kepada Allah, maka Allah pun malu kepadanya. Pada bahagian
yang kedua ini, Nabi ﷺ ingin memberitahu kepada kita tentang sikap dan cara
kita berinteraksi kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman
di dalam Al-Quran nul Kareem bahawa balasan orang yang berbuat ehsan ialah
ehsan juga daripada Allah. Allah juga berfirman bahawa Allah SWT akan membalas
sesuai dengan perbuatan orang itu. Sekadar mana dia buat, sekadar itu Allah
akan balas.
Di sini saya
menyeru agar anda fokus kepada apa yang saya sampaikan sedikit – Di dalam hadis
yang disampaikan tadi tersimpan satu rahsia dalam sikap kita berinteraksi
dengan Allah.
Kalau kamu
dapat memahami rahsia tersebut, sesungguhnya kamu akan dapat menjadi hamba yang
mempunyai adab yang tinggi kepada Allah. Bukalah hati dan minda anda untuk
memahami akan rahsia tersebut.
Iaitu - Allah
SWT akan bersikap kepada kita bergantung bagaimana kita bersikap dan
beriknteraksi kepada makhluk Allah SWT. Kalau anda mengkehendaki bahawa Allah
itu bersama anda, maka hendaklah anda berbuat manfaat untuk kebaikan orang
lain.
Kalau anda
meninginkan Allah mengampunkan anda daripada kesilapan dan kemaksiatan, maka
latihlah diri anda untuk memaafkan kesilapan orang lain, maka Allah akan
memaafkan kesilapan anda.
Perkara yang
sedemikian itu contohnya banyak di dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad ﷺ.
Salah satunya
ialah hadis Nabi Muhammad ﷺ: “Barangsiapa yang mengangkat kesusahan seorang
yang beriman di dunia, maka Allah akan mengangkat kesusahannya nanti di akhirat.”
“Barangsiapa
yang menutup aib seseorang di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia
dan juga diakhirat.”
Nanti di hari
kiamat, ada orang yang datang dengan tidak berpakaian, tapi akan ada juga orang
yang datang kepada Allah dalam keadaan berpakaian menutup auratnya. Siapakah
mereka? Itulah orang yang menutup aib orang lain di dunia.
Sehingga dalam
perkara yang kecil pun Allah akan membalas bergantung kepada sikap kita
termasuk memberi ruang kepada orang masuk ke majlis. Kalau kita beri ruang, Allah
akan beri kita ruang kepada kita. Demikian cara kita bermuamalah dengan orang
ialah cara Allah bermuamalah dengan kita. Tentunya sikap Allah pada kita jauh
lebih mulia, lebih sempurna berbandingkan sikap baik kita kepada orang lain.
Anda, kalau memberi
ruang, walaupun sejengkal untuk orang duduk di sebelah anda, Allah akan buka
ruang selebar-lebarnya untuk anda. Dalam hal apa Allah melapangkan ruang untuk
untuk anda bilamana anda melapangkan untuk orang lain? Allah akan melapangkan
kubur anda.
Diakhirat
nanti, bilamana orang berkumpul dan berdesak-desak, tiada ruang antara satu
dengan yang lain, orang yang memberi ruang di dunia akan diberi ruang juga
nanti di akhirat. Bilamana anda melintasi as-sirat iaitu jambatan yang kecil, dengan
memberi orang ruang di dunia, jambatan itu akan dilebarkan untuk anda
melintasinya. Bilamana anda masuk syurga, maka istana dan tempat-tempat yang
disediakan oleh Allah akan dilapangkan juga oleh Allah SWT.
Bilamana anda
tahu manisnya untuk mendapatkan pemberian daripada , anda takkan merasa sempit
memberi ruang kepada orang lain untuk duduk di sebelah anda dan tidak akan
merasa susah dengan keadaan yang sempit itu kerana anda yakin balasan dari Allah
jauh lebih besar daripada apa yang anda buat untuk orang lain.
Bilamana ada orang
lain yang menyakiti anda, anda kena kena berfikir bahawa apa yang dibuat oleh
orang itu adalah kecil berbanding dengan apa yang banyak daripada perbuatan maksiat
yang kita sudah lakukan kepada pada Allah Ta'ala.
Demikian
keadaan seorang hamba itu yang sentiasa bersama Allah SWT – tidak bersikap kepada
manusia hanya kerana ingin mendapatkan perhatian manusia atau kerana manusia
itu sendiri, akan tetapi bersikap kepada manusia kerana ingin mendapatkan
balasan daripada Allah SWT – dia bersama Allah melalui sikap dan interaksinya
kepada manusia. Dengan yang demikian, dia akan naik keyakinannya kepada Allah
di dalam berinteraksi dengan wujud diri, dengan melihat di sebalik apa yang
dikehendaki Allah melalui sikap kita kepada alam ini. Maka, dia akan melihat
apa yang ada disekeliling adalah merupakan satu risalah, satu tanda untuk kita
bersikap baik dan positif dengan segala yang ada di sekeliling kita.
Adakah apa
saja yang berlaku di sekeliling kita ini terjadi tanpa kehendak Allah SWT? Allah
SWT berfirman di dalam Al-Quran nul Kareem bahawa Allah yang menciptakan kita
dan mencipta semua itu sesuai dengan kehendak Allah Ta'ala. Maka dengan
demikian, seseorang itu bilamana peka dengan keadaan yang berlaku disekelilingnya
– apa saja yang berlaku adalah satu isyarat daripada Allah SWT kepada dirinya.
Al Imam Al Sha'rani
berkata saya dapat menyedari sikap tidak baik saya kepada Allah melalui sikap tidak
baik isteri saya kepada saya. Lalu, soalannya adalah -
Apakah yang
kamu faham daripada sentuhan dan isyarat daripada Allah SWT?
Majlis-majlis
seperti ini adalah majlis untuk doa seseorang itu dimakbulkan oleh Allah. Allah
adalah memantau kepada hati-hati orang yang berada dalam majlis ilmu. Allah SWT
sendiri yang membuka pintu pengampunan dan taubat daripada Allah. Hanya saja
yang dituntut oleh Allah kepada manusia ialah memaksimumkan dalam merayu untuk
mendapatkan keampunan tersebut. Maka, dia tidak meletakkan satu penilaian
kepada apa pun kecuali kepada apa yang dinilaikan baik oleh Allah SWT. Bukankah
kamu percaya kepada apa yang dibawakan oleh Rasulullah ﷺ kamu? Ataukah ada
keraguan dalam hati kamu? Atau adakah antara kamu yang befikir untuk keluar semula
setelah dimasukkan ke dalam syurga?
Sebahagian
orang itu bila masuk ke hotel yang indah, atau ke negara yang indah
pemandangannya, maka mereka berkata kita tak akan keluar lagi daripada tempat
ini. Akan tetapi kita mendengar bahawa Nabi kita bersabda bahawa majlis-majlis
seumpama ini adalah sebahagian daripada taman syurga, dan disebutkan dalam
riwayatkan oleh Nabi ﷺ daripada Allah SWT bahawa keindahan dan kenikmatan
syurga ialah apa saja yang dikehendaki penghuninya, ada di dalam syurga.
Semestinya kita menghayati dan memahami dalam dengan apa yang disampaikan
dengan sikap kita kepada Allah Ta'ala.
Oleh kerana
itu, mereka para guru akan mengajar dan menyeru agar tidak sibuk kepada
perkara-perkara yang lain dan menumpukan fokus kita kepada apa yang akan
diberikan oleh Allah Ta'ala.
Oleb kerana
demikian kita dapat melihat pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwan
Israk dan Mikraj, ketika Nabi ﷺ kembali ke Mekah dan ditanya bentuk fizikal
Baitul Maqdis oleh penduduk Mekah.
Maka, Nabi ﷺ
ketika ditanya soalan itu susah hati kerana baginda tidak dapat
menghuraikannya. Kenapa? Kerana ketika masuk ke Baitul Maqdis, baginda tidak
peduli keadaan fizikal – tiang atau rupa atau bilangannya – tujuan baginda
adalah Allah, dan baginda masuk menuju kepada Allah dan tidak peduli keadaaan
sekelilingnya.
Maka, oleh
kerana demikian, ditunjukkan oleh Allah di hadapan Rasulullah ﷺ akan gambaran
tiang dan pintunya Baitul Maqdis, untuk diceritakan kepada orang Mekah yang
bertanya. Maka, dikatakan jika orang yang solat boleh tahu siapa yang berada di
kanan atau kirinya, maka dia tidak hadir, dan tidak kusyuk dalam solatnya.
Mereka para
guru, bila melihat anak muridnya ketika belajar banyak menoleh ke kiri dan ke
kanan, gurunya akan mengatakan, “Letakkan kain serban di mukamu supaya kamu
tidak banyak menoleh ke kanan dan ke kiri dan fokus mendengar dalam majlis.”
Oleh kerana
yang demikian, orang yang fokus dalam majlis sebegini, tidak menoleh ke kanan
dan ke kiri, akan diberikan Allah SWT rahsia perkara-perkara ghaib yang boleh
dinampkan sepertimana baginda Rasulullah ﷺ yang tidak fokus pada yang zahir,
tetapi ditunjukkan Allah perkara yang ghaib itu di hadapan Rasulullah ﷺ kerana
fokus utamanya ialah Allah SWT.
Sebahagian
orang yang berada dalam majlis itu, kalau ada orang menuangkan kopi kepada
mereka yang hadir, matanya tengok kepada orang yang tuang kopi ke kanan dan ke
kiri, kalau ada kamera, matanya pun ikut orang yang pegang kamera ke kanan dan
ke kiri – tidak fokus dalam majlis. Kalau ada orang yang buka pintu, dia akan
toleh ke pintu, kalau ada orang bersuara di belakang, dia akan menoleh ke
belakang. Orang yg mencari ilmu, kalau banyak menoleh ke kanan dan ke kiri,
maka dia tidak akan berjaya mendapatkan ilmu.
Pada majlis Syeikh
Abdul Qadir Al-Jailani, ada seekor ular yang jatuh daripada bumbung di
tengah-tengah mereka yang sedang belajar. Murid-murid beliau berasa gelisah dan
takut tapi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengisyaratkan agar mereka tenang dan
tidak takut. Maka, beliau menyambung kelasnya itu tanpa memperdulikan ular itu
sehinga ulat itu masuk ke pergelangan bajunya sebelah kanan dan keluar daripada
pergelangan tangan sebelah kiri, dan keluar seakan-akan tiada apa yang berlaku.
Imam Malik,
ketika mengajar, ada seekor kala jengking yang masuk dan menggigit belakangnya
beberapa kali sengatan. Mungkin kalau kita digigit nyamuk sekali sahaja,
sepanjang majlis dia akan menggosok-gosok tangannya. Ini bukan nyamuk tapi
kala-jengking. Dia disengit lebih daripada 10 kali dan beliau tidak berhenti
daripada menyampaikan hadis Nabi ﷺ. Akan tetapi kesan sakit yang ditahan itu
nampak pada mukanya. Setelah selesai menyampaikan ilmu, dia memanggil salah seorang
anak muridnya untuk melihat apa yang ada dibelakangnya. Maka, ketika dibuka
bajunya, kala jengking pun keluar. Anak murid pun bertanya, “Wahai Tuan Guru,
kenapa tak diberitahu dari awal, supaya boleh dikeluarkan kala jengking itu
dari tadi lagi.” Jawabnya, “Saya malu untuk memotong dalam menyampaikan hadis Rasulullah
ﷺ.” Maka, dengan sikap seperti ini, Imam Malik menjadi imam yang besar.
Imam Syafie bila
hadir dalam majlis Imam Malik, dan ingin membuka lembaran kitab, akan
membukanya dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu kepada fokus Imam
Malik. Maka, dengan adab yang tinggi seperti ini, Imam Syafie menjadi seorang
imam. Maka, matlamatnya murni dan penuh adab dan sikap kepada Allah SWT. Kita
merayu mengharap kepada Allah Ta'ala dalam majlis ini supaya Allah menambah
nilai-nilai adab kita kepada Allah SWT.
Dengarkanlah
daripada saya satu nasihat yang akan membawa manfaat kepada kamu InshaAllah.
Barangsiapa di antara kamu yang sakit, datanglah ke majlis seumpama ini, maka
dalam majlis seperti ini ada penawar kepada penyakit.
Al Habib
Abdul Qader As-Seggaf, seorang yang dia waktu itu sakit demam panas yang tidak
larat untuk keluar, maka ketika ayahnya mengajak ke majlis ilmu, katanya,
“Abah, saya sakit dan tak larat nak pergi ke majlis.” Kata ayahnya, “Jom, kita
pergi ke majlis, kerana sesungguhnya kesembuhan dan penawar ada dalam majlis.”
Dia pun pergi ke majlis itu dan ketika keluar dalam keadaaan susah, tapi
setelah berada di sana, dia balik dalam keadaan tiada lagi penyakitnya. Ini
adalah perkara yang sudah dicuba oleh ramai dan kami pun sudah mencubanya
berkali-kali. Saya pun sebelum datang ke majlis ini rasa demam yang agak kuat,
tapi sekarang saya rasa cukup sihat dan kuat sehingga kalau ada orang mencabar
untuk bergusti, saya boleh bergusti J
Ini majlis
yang mempunyai barakah yang cukup besar. Beberapa minggu yang lalu, kami ada
duduk bersama pelajar dan membacakan hadis kitab Bukhari. Setiap hari, kami
baca 12 jam sehingga dapat dikhatamkan selama seminggu. Maka, salah seorang
mereka yang hadir mengatakan yang dia tidak ada masa dan datang cuma sebentar
saja lalu mencari orang menggantinya di kedainya. Kebiasaaanya, dia dapat 200
Riyal sehari di kedainya, tapi sejak dia datang ke majlis itu, walaupun
sekejap, dia dapat 500 Riyal sehari di kedainya. Kemudian dia berkata apa kata
sambung baca kitab Muslim pula. Intipatinya ialah barangsiapa yang ada hajat
kepada Allah, majlis seumpama ini akan menjadi sebab hajatnya ditunaikan oleh
Allah Ta'ala.
*: Mohon ambil
perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya
tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi,
saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih
baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik
segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam.
**: mungkin salah
ejaan