Jangan di'nombor dua'kan doa! - MTDM 13.06.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 13.06.2014
Habib Ali
Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*
Ayat 176:
Allah
Ta'ala mencertiakan kesedihan Nabi Muhammad ﷺ kerana sikap kaum musyrikin yang
menolak ajakan Rasullullah kepada sesuatu yang menyelamatkan mereka. Enggannya mereka beriman kepada sesuatu yang
boleh menyebabkan kebahagiaan kepada mereka – perkara itu yang membuatkn Nabi ﷺ
sedih.
Apabila mendapati
golongan orang-orang yang beiman menolak ajarannya – yang susah hati ialah Nabi
Muhammad ﷺ - ini sesuai dengan sifat kasih-sayang Nabi ﷺ kepada umatnya, yakni
bilamana mengajak mereka beriman kepada Allah, yang beruntung, bertuah dan
dapat faedah ialah yang menerima iman itu, dan yang rugi ialah yang menolak
iman itu, tapi yang susah hati Rasulullah ﷺ. Selalunya kalau kita menawarkan
sesuatu yang baik, yang bawa keuntungan kepada orang lain, kalau orang itu
tidak menerima, maka kita akan kata, “Rugi kamu, kenapa kamu tidak menerima!”.
Kita seakan-akan marah apabila orang lain menolak, tetapi Rasulullah ﷺ, apabila
dakwahnya ditolak, baginda sedih, sebab sifatnya merasa berat dengan musibah
yang menimpa umatnya.
Walaupun
yang meneriman musibah itu orang lain, yang merasa susah hati ialah Rasulullah ﷺ.
Oleh yang demikina, Allah SWT berfirman menyuruh agar baginda tidak sedih
dengan sifat orang yang kufur dan tidak menerima ajaran baginda.
Jadi, ayat
ini menunjukkan betapa rahmatnya Rasulullah ﷺ ketika dakwahnya tidak diterima
kaumnya.
Suatu hari,
ketika Nabi Muhammad ﷺ sedang duduk, ada jenazah yang lalu, dan baginda melihatnya
lalu baginda berdiri, As-sahabat mengatakan, “Ya Rasulullah, itu adalah
Yahudi.” Maka, Nabi ﷺ mengangis dan ditanya sahabat sebab baginda menangis.
Lalu banginda menjawab, "Satu nyawa terlepas dari genggaman saya menuju ke
neraka." Yakni kalau boleh, semua orang ingin diislamkan oleh Rasulullah ﷺ,
akan tetapi Allah SWT berkehendak dengan kehendak yang lain, dan di sebalik
kehendak Allah, tersimpan sejuta hikmah. Tidak ada perkara yang menyusahkan
Nabi ﷺ melainkan ketika orang menolak ajakannya, dan tiada perkara yang lebih
menggembirakan baginda melebihi gembiranya Rasulullah ﷺ bilamana orang menerima
ajakannya. Oleh itu, tiada orang yang lebih hampir dengan Rasulullah ﷺ,
melebihi hampirnya orang yang mengajak orang lain beriman kepada Allah SWT,
menjadi penyambung lidah baginda Rasulullah ﷺ.
Suatu hari
Nabi Muhammad ﷺ berziarah kepada seorang Yahudi yang sakit dan ditawarkan untuk
beriman kepada Rasulullah ﷺ, dan Yahudi itu menerimanya. Baginda menangis tetapi
kali ini tangisannya tangisan ‘happy’ dan baginda mengucapkan, “Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah yang menyelamatkan dia melalui aku.” Nabi ﷺ gembira
kerana satu nyawa terselamat untuk dibawa ke syurga. Hati manusia takkan boleh
dikawal kecuali oleh Allah SWT. Oleh itu orang yang paling dekat dengan Rasulullah ﷺ ialah org yang
mengajak orang lain kepada Allah SWT. Ini makna yang pertamanya ayat ini
menunjukkan rahmatnya Nabi ﷺ, sehingga sikap kufur orang-orang tidak beriman
menyebabkan baginda susah hati.
Pengajaran
yang kedua ialah - jika Nabi Muhammad ﷺ susah
hati, yang menghiburkan Baginda ialah Allah SWT. Perasaan sedih itu berada di
dalam hati, orang yang sedih perlu kepada hiburan atau sesuatu yang
menghiburkan, dan yang menghiburkan Rasulullah ﷺ ialah Allah SWT. Di dalam
Al-Quran nul Kareem Allah SWT memantau perasaan Nabi Muhammad ﷺ dalam banyak
perkara. Sepertimana kesedihan yang ada pada saat orang-orang tidak menerima
dakwahnya Allah menghiburnya, begitu juga halnya ketika perkara menyedihakan
lain yang berlaku.
Salah
satunya ialah ayat yang turun di bulan Syaaban, iaitu ayat pertukaran kiblat
daripada Baitulmaqdis ke Kaabah. Selama Nabi ﷺ berhijrah selama 17 bulan, Nabi ﷺ
solat menghadap ke Baitulmaqdis. Dalam satu riwayat mengatakan Nabi ﷺ sedang
solat Zohor, dan dalam riwayat lain mengatakan solat Asar di Masjid Quba atau
lebih dikenali dengan nama Masjid Qiblatain. Dalam solat itu, Nabi ﷺ
mengerak-gerakkan kepalanya ke atas dan ke bawah sebagai bahasa isyarat yang
menunjukkan dalam hati baginda bermain satu perasaan agar Allah Ta'ala
mendengar suara hatinya dan memindahkan kiblat dan kembali kepada kiblat
pertama ayah dan datuknya iaitu Nabi Ibrahim a.s. Allah SWT turunkan ayat Al-Quran
dalam surah Al-Baqarah, ayat 44:
Jika Allah
turunkan ayat untuk ditukar kiblat pun sudah memadai untuk dijadikan perintah
untuk dipatuhi tetapi Allah ingin menunjukkan bagaimana Dia memenuhi permintaan
Rasulullah ﷺ, dengan suara hati baginda dipantau oleh Allah Ta'ala dan dipenuhi
sebelum dilafazkan pun oleh baginda. Setelah turun ayat itu, Nabi ﷺ berpusing
180 darjah untuk menghadap kiblat yang baru. Bagaimana ianya dilakukan?
Allahu’alam. Subhanallah – Allah tidak tunggu untuk berikan apa yang Nabi ﷺ
minta sesudah solat, tetapi diberi ketika masih dalam solat lagi. Kenapa tak
ditunggu sehingga waktu solat yang seterusnya? Allah Ta'ala tidak mahu menunda
permintaan yang bermain dalam hati Rasulullah ﷺ. Bukankah Nabi Zakaria, ketika
meminta zuriat juga dikabulkan permintaannya ketika masih dalam solat juga? Kenapa
Allah tak tunggu selepas selesai solat? Untuk menunjukkan cepatnya qabul doa
hamba-hamba yang dikasihi Allah SWT. Bilamana mereka yang dikasihi berdoa,
‘confirm’ dapat ‘cash’.
Suatu hari
seorang yang bermusafir berehat di satu pokok, dan tertidur. Apabila terjaga,
didapati untanya hilang. Dia pun kesedihan kerana semua harta dan bekalannya
ada pada unta itu. Datang seorang tua kepadanya bertanya kenapa dia sedih dan
jika dia ada apa-apa hajat? Musafir itu tengok orang tua itu lemah, lesu, letih
lalu berkata, “Kamu lebih bantuan untuk diri kamu dulu sebelum bantu orang lain.”
Kata orang tua itu lagi, “Beritahulah, mungkin saya boleh bantu.” Musafir itu
memberitahu yang untanya hilang. Maka, lelaki tua itu pun angkat tangan, dan
angkat sebelah kakinya lalu berdoa, “Ya Allah, kembalikan unta orang ini
sebelum kaki saya ini turun ke bawah.” Tidak turun kaki itu ke bawah kecuali
telah datang kembali unta musafir itu! Jangan kamu anggap orang yang
kusut-masai, yang tak rapi, tak kemas, dan kalau datang pun dihalau orang,
jangan kamu anggao orang seperti ini tak ada nilai, kalau dia termasuk
orang-orang yang dekat dengan Allah, bila dia meminta, pasti akan ditunaikan
oleh Allah Ta'ala.
Ini
kekuatan senjata doa yang banyak diabaikan orang. Kita mencari rezeki, tapi
perlu juga berdoa. Jangan doa di-nombordua-kan.
Jangan tak faham nilai senjata doa. Ia lebih ampuh dari segala usaha!
Nabi ﷺ
dikabulkan permintaannya saat baginda solat sepertimana Nabi Zakaria juga
menunjukkan cepatnya datang ‘qabul’ daripada Allah Ta'ala. Daripada Siti Aisyah
r.a., baginda Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya darah sembelihan korban akan
jatuh ke tangan Allah (diterima) sebelm darah itu jatuh ke tanah.”
Oleh itu,
kata Rasulullah ﷺ, “Mintalah pada Allah dan perasaan saat minta, kamu yakin doa
kamu dimakbulkan Allah SWT.” Tapi jangan doa ala kadar, yakni doa sekadar
formaliti, tiada penghayatan. Hayati doa, dan anda akan dapat melihat kesan
kekuatan senjata doa. Doa adalah otak kepada ibadah.
Ada
beberapa ayat lain yang menunjukkan pemantauan Allah Ta'ala kepada Rasulullah ﷺ.
Ketika kaum musyrikin memaki, mengata dan menghina Rasulullah ﷺ. Allah SWT menurunkan
ayat agar baginda tidak sedih. Jadi, ayat ini menujukkan yang Allah amat
prihatin dengan Rasulullah ﷺ dan larangan bersedih.
Muhammad
Al-Baqir* berkata kepada Sayyidina Sayyidina Jaafar As-Saddiq, “Saya hairan
melihat orang dalam kesedihan tak kembali mengamalkan firman Allah (surah
Anbiya’, ayat 87):
“La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zolimin”
Sebab saya dapati dalam Al-Quran, setelah ayat itu dibaca oleh Nabi
Yunus. Allah SWT berfirman (surah Anbiya, ayat 88):
Yakni,
Allah menyelamatkan Nabi Yunus daripada kesedihan. Adakah ayat itu khusus untuk
Nabi Yunus? Tidak, Allah akan menyelamatakan orang-orang beriman yang membaca
ayat ini daripada kesedihan.
Sambungnya
lagi, “Saya hairan orang yang ada perasaan takut tidak membaca (surah
Ali-Imran, ayat 173):
“Hasbunallah wa ni’mal
wakeel”.
Kerana saya
dapati dalam Al-Quran nul Kareem, ketika kaum muslimin dalam ketakutan dan
membaca ayat ini, Allah Ta'ala berfirman (surah Ali-Imran, ayat 174) :
Yakni Allah
memberi mereka kemenangan dan nikmat keselamatan.
Sambungnya
lagi, “Saya hairan orang ada orang yang diancam kemudaratan kepadanya tidak
membaca (surah Al-Ghafir, ayat 44):
“Wa ufawwidu amri ilallah, innallaha basirun bil-'ibad.”
Kerana saya
dapati di dalam Al-Quran nul Kareem, orang yang membaca ayat ini akan
dilindungi Allah Ta'ala daripada ancaman orang itu (surah Al-Ghafir, ayat 45):
Jadi ada
tiga:
Penawar
kepada sedih: “La ilaha illa Anta,
Subhanaka, inni kuntu minaz zolimin”
Penawar
kepada takut: “Hasbunallah wa ni’mal wakeel”.
Benteng
muslihat orang lain: “Wa ufawwidu amri ilallah, innallaha basirun bil-'ibad.”
“.. kerana sesungguhnya mereka
sekali-kali tidak akan membawa mudarat kepada Allah…”
Allah
memberitahu bahawa orang-orang yang kufur itu tidak mungkin memudaratkan Allah
Ta'ala. Kenapa tidak dikatakan memudaratkan Rasulullah ﷺ kerana ayat sebelumnya merujuk kepada
Rasulullah ﷺ agar jangan bersedih? Jika diikutkan ayat itu – yang disuruh ialah
Nabi ﷺ agar jangan bersedih, maka bahagian seterusnya pun perlu kembali kepada
Nabi ﷺ. Kenapa? Kerana Nabi ﷺ dalam berdakwah hanya mengajak kepada
Allah Ta'ala dan bukan kepada dirinya. Nabi ﷺ hanya penyampai Allah Ta'ala,
tiada tujuan peribadi untuk Rasulullah ﷺ. Ini menolak dakwaan orang Quraisy
mengatakan yang agama ini adalah buah fikiran Nabi ﷺ kerana baginda Rasulullah ﷺ
hanya mengajak kepada Allah SWT.
Ayat 177:
Apa yang
dimaksudkan dengan membeli kekufuran? Dalam perniagaan, orang-orang takkan
membeli sesuatu yang buruk dengan sesuatu yang baik, tetapi orang akan membeli
yang baik dengan yang lebih baik. Mana ada orang nak jual batu permata dengan
batu kerikil. Perbuatan jual-beli
ada tukar-menukar, jadi adakah wujud tukar-menukar dalam hal iman dan kufur?
Yang dimaksudkan ialah setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan suci, fitrah
dan beriman, tidak kira bayi siapa itu. Akan tetapi orang tuanyalah yang akan
menjadikan anak itu Yahudi, Majusi dll. Oleh itu, anak-anak orang tidak beriman
yang meninggal sebelum baligh akan ditempatkan sebagai pembantu-pembantu di
syurga, kerana mereka tak berdosa. Jadi, ertinya Allah bekalkan iman kepada
setiap bayi yang dilahirkan. Tapi setelah dewasa, mereka akan membuat pilihan
untuk beriman atau kafir. Tetapi pilihan itu pilihan yang tiada pilihan, kerana
hanya pilihan iman saja pilihna yang benar dan menyelamatkan. Jika pilih kufur,
maka Allah sediakan neraka untuknya. Jadi, maksudnya ialah tiada pilihan selain
iman. Jadi makna yang pertama ialah orang menjual bekal iman yang Allah berikan
dengan kekufuran. Makna kedua ialah orang menjual iman dengan kekufuran
walaupun dia tahu kebenaran Rasulullah ﷺ, bahkan menyembunyikan kebenaran itu.
Ini mungkin menjurus kepada orang Yahudi dan Kristian yang mereka itu kenal
kepada Rasulullah ﷺ lebih daripada mereka kenal anak mereka sendiri, tetapi
menolak baginda kerana hasad dengki dan kedua adalah kerana takut dapurnya
kosong. Orang yang kenal Rasulullah ﷺ terdiri daripada golongan paderi dan
ulama Yahudi dan masyarakat awam ramai yang tidak tahu. Jika orang awam
diberitahu, maka paderi takut kehilangan peruntukan hasil dakyah yang mereka
sampaikan. Maka, mereka mendustakan Rasulullah ﷺ, yakni membeli kufur dengan
keimanan. Perumpamaan sama apabila seseorang tahu yang ‘haq’ (benar) di
hadapannya tetapi menolaknya. Ambillah hikmah walaupun daripada mana saja
keluarnya.
Ayat 178:
Allah beri
nikmat kepada sesetengah orang walaupun mereka jelas kufur kepada Allah, tetapi
jangan disangka perkara itu baik bagi mereka. Ada satu jenis hukuman yang
dinamakan istidraj – semakin dia kufur, dia semakin diberi nikmat oleh Allah
SWT. Ada orang yang menggunakan kesihatan untuk bermaksiat kepada Allah, tetapi
jangan disangka kesihatan itu membawa kebaikan kepadanya. Orang yang
menggunakan harta kepada yang mungkar, dan hartanya semakin bertambah. Jangan
disangka Allah membiarkan orang kafir dan mungkar bermaharajalela dengan
kemungkaran mereka, atau nikmat Allah adalah membawa kebaikan kepada mereka.
Allah membiarkan mereka agar dosanya semakin bertambah dan dengan itu
hukumannya pun semakin bertambah berat!
Orang yang tak pernah sakit di bumi ini ialah
Firaun (Namrud), dan dia bermaharajalela mengaku dirinya Tuhan. Tahukah
bagaimana dia akhirnya dihancurkan Allah? Allah hantarkan nyamuk yang kecil
sahaja, masuk ke dalam hidungnya dan tidak keluar-keluar, sehingga Namrud tidak
boleh tidur dan menghantuk kepalanya ke dinding sehingga pecah dan akhirnya
mati. Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan kita. Oleh itu, orang salafussoleh
kalau mendapat nikmat, mereka akan lebih terlebih dahulu supaya nikmat itu
bukan istidraj. Mereka khuatir dengan tambahnya nikmat, mereka tak mampu
bersyukur dengannya. Oleh itu, kalau kita minta nikmat, minta juga syukur juga
kerana dikhuatiri nikmat itu boleh menjadi istidraj.
Kitab Riyadus Solihin, Bab 60, m/s 655:
Hadis 7:
Konsep
Rasulullah ﷺ ialah menjawab soalan akan disesuaikan kepada orang yang menyoal,
macam nak meletak titik pada hurufnya (huruf jawi). Dalam hadis yang serupa,
ada dijawab untuk berbuat baik kepada orang tua. Dalam hadis lain pula
dikatakan agar solat tepat pada waktunya.
Seseorang
datang kepada Sayyidina Abdullah ibnu Abbas, yang faham konsep ini dan
bertanya, “Adakah boleh mencium isteri pada waktu tengahari di bulan Ramadhan.”
Jawab beliau – “Boleh”. Kemudian datang pula seorang yang lain bertanya soalan
yang sama, dan dijawab beliau – “TIdak boleh”. Kata pembantunya, “Bagaimana ada
soalan sama, tapi jawapan berbeza.” Jawabnya, “Yang pertama yang bertanya sudah
tua, jadi ciuman itu hanya sebagai tanda kasih-sayang. Tetapi yang kedua bertanya
masih muda, dan dikhuatiri perbuatan itu akan membawa kepada perkara yang tidak
dibenarkan ketika berpuasa.” Rasulullah ﷺ akan melihat siapa orang yang
bertanya dan memberi jawapan yang sesuai dengan keperibadian orang yang
bertanya.
Dalam hadis
ini diajarkan untuk memberi makan kepada orang, dan memberi salam kepada orang
yang dikenli ataupun tidak. Memberi salam ialah memberi jaminan keselamatan
kepada orang yang diberikan ucapan salam. Antara 2 orang yang bertemu, orang
yang mendahului dalam memberi salam adalah lebih afdhal. Oleh itu, jika sudah
beri salam, jangan dicemari salam itu dengan keburukan dan kezaliman kita.
//kisah
Imam Sayfie tak jadi dihukum gantung kepala oleh kerana kebijakannya
menggunakan ucapan ‘Salam’.
//kisah
seorang yang mengucapkan salam dan dibuunuh
Hadis 8:
Nabi ﷺ
menunjukkan cara sedekah yang pahalanya berterusan. Kalau sedekah dengan
sesuatu yang cepat habis, maka ganjarannya pun cepat habis, tetapi kalau
sedekah dengan sesuatu yang panjang manfaatnya, maka selagi sedekah itu dapat
dimanfaatkan, selagi itu orang itu akan mendapat pahala meskipun dia sudah
meninggal dunia. Dalam hadis ini, Nabi ﷺ tidak menyebut amalan 40 yang lain tetapi
hanya menyebut satu iaitu – kambing yang bersusu. Oleh itu, hendaklah bijak dalam
bersedekah dan cari yang pahalanya berterusan.
//Kisah Abu
Talhah menyedekahkan kebun kesayangannya kerana terlepas satu rakaat berjemaah
bersama Rasulullah ﷺ.
Hadis 9:
Dalam bersedekah, jangan melangkahi ahli keluarga yang memerlukan.
Jangan dahulukan memberi kepada kawan, tetapi kedekut kepada keluarga. Jika
ramai orang yang memberi, maka akan sedikitlah orang yang meminta-minta.
//kisah dua beradik di mana seorang memberi 30 ekor
kambing, dan seorang lagi memberi separuh roti, tetapi yang memberi setengah
roti itu dikatakan lebih pemurah. Mengapa jadi begitu?
Kemudian, perbahasan kitab Bidayatul Hidayah diteruskan
dengan bacaan pada m/s 176, perenggan ketiga yang menasihatkan untuk
mengelakkan diri membincangkan perkara khilaffiah, lebih-lebih lagi jika diri
bukanlah ahli untuk membincangkannya.
**: mungkin salah ejaan