Hikmah Lebah (2) - Tanyalah Ustaz 18.06.2013
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Asrul Nizam Abas Bacaan surah An-Nahlu, ayat 69: Hari ini kita akan lihat madu dan bahan lain yang dihasilkan lebah dan bagaimana menggunakannya kelebihannya. Senarai soalan dan jawapan S: Bagaimana kedudukan madu lebah dalam masyarakat Islam? J: Madu telah pun disebut di dalam Al-Quran, tetapi sayangnya orang Islam kurang ambil peduli. Kebaikan madu telah dibuktikan secara saintifik juga. Sebenarnya orang bukan Islam di Barat telah lebih dahulu menggunakan madu dalam kehidupan seharian mereka berbanding kita di sini. Selain madu, ada beberapa makanan tambahan lain yang dihasilkan lebah. Antaranya ialah: Propolis - suatu makanan yang baik untuk menghalang jangkitan bakteria. ‘Royal jelly’ - rupanya lebih pekat dan berwarna putih seperti mayonis, dan rasanya masam sedikit. Royal jelly ini ialah makanan untuk ratu lebah dan jika dengan memakannya ratu lebah boleh hidup sehingga 80 tahun, maka...