Korban Cinta (1) – Tanyalah Ustaz 04.10.2013
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Syed Norhisyam al-Idrus Sumber: FB Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Blok 1: Bacaan ayat 165, surah Al-Baqarah: Perkataan korban berasal dariapda perkataan Arab – ‘quraba’ yang bermaksud dekat atau untuk mendekatkan. Inilah juga perkataan yang orang Melayu guna untuk menerangkan sahabat yang rapat – iaitu sahabat karib. Jadi orang berkorban adalah untuk mendekatkan diri dengan seseorang atau untuk menunjukkan cinta kepada seseorang. Bila sebut cinta, biasanya orang nampak cinta antara ‘girlfriend’ dan ‘boyfriend’. Jadi, orang berumur boleh bercinta tak? Cuba ibu-ibu, hajah-hajah atau nenek-nenek tanya adakah suami mereka sayang pada mereka? J Ada orang sebut cinta mereka, ada orang tak sebut. Tetapi, Nabi SAW mengajar agar kita menyebut cinta kita. Dalam hadis baginda, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu sayang seseorang, beritahulah dia.” Jadi, adalah sunat untuk beritahu seseorang yang kita sayang. Oleh itu beri...