"Ya Allah, jangan Kau hina kami di hari kiamat" - MTDM 17.10.2014
بسم الله الرحمن الرحيم
اللم صل على سيدنا محمد واله و صحبه وسلم
Habib Ali
Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Majlis Ta’lim Darul Murtadza 17.10.2014
Sumber |
Bahagian 1:
Tafsir Surah
Ali Imran, 191-195.
Ayat 191:
Ayat ini adalah tafsiran akan ayat yang sebelumnya (190) yang
menceritakan kriteria orang-orang yang digelar ‘ulul albab’. Ulul albab
ialah orang-orang yang berakal. Maksudnya ialah bukan orang yang mempunyai akal
tetapi orang yang menggunakan akal yang
dicipta untuk bertafakur mengenali kepada
Yang memberi akal
Aqal berasa daripada al-aqlu, al-fahmu – tidak
dijadikan akal kecuali untuk memahami rahsia ciptaan supaya kenal kpd yg
menciptakan Allah SWT.
"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, perubahan siang dan malam..."
Bagi mereka yang mengguna akal untuk memahami dan bertafakur. Tidak semua orang
menggunakan akal untuk fungsinya yang sebenar. Adapun yang tidak menghargai
fungsi akal menggunakan merosakkan akal yang waras dengan minum arak, atau
ambil dadah umpamanya. Dia itu adalah lebih tidak waras daripada orang yang ‘original’ tidak waras.
Sebab apa? Orang yang tidak waras tak tahu apa yang dia buat. Orang yang
ada akal tapi membuat perkara yang tidak waras adalah lebih tidak waras
daripada orang yang tidak waras – leboh gila
dari orang gila, sebab dirinya ada akal tapi masih melakukan perkara yang
merosakkan akal. Oleh kerana itu - gunakan akal untuk memahami memahami rahsia
keagungan Allah.
Apa beza manusia dengan bukan manusia daripada kalangan haiwan? Akal! Dalam hal lain ada banyak kemiripan dengan mahkluk yang lain - nafsu, makan, minum tidur,
tetapi yang membezakan ialah akal. Orang yang tidak
menggunakan akal perumpamaannya lebih hina dari haiwan yang tak berakal.
Maksud firman Allah, “Kami sudah penuhkan
neraka dengan ramai daripada jin dan manusia. Mereka punya hati tapi tak nak
faham, mereka punya mata tapi mereka tak tengok, mereka punya telinga tapi tak mahu
mendengar, bukan tuli, bukan buta, dan bukan hatinya tidak waras. Semuanya lengkap
Allah bagi tapi tak mahu melihat, mendengar atau memahami. Fungsi penglihatan
tidak digunakan dengan betul untuk melihat sesuatu yang mengingatkan kepada
Allah SWT . Fungsi pendengaran tidak digunakan dengan betul untuk mendengar
sesuatu yang mengingatkan kepada Allah SWT. Pemahaman yang diberikan dalam hati
tak digunakan untuk memahami rahsia ciptaan Allah SWT dan mengenal kepada Allah
SWT.
“Mereka itu
sama macam binatang ternak, bahkan lebih hina, lebih sesat daripada binatang
ternak.”
Perumpamannya ialah lebih hina, bukannya sama. Kenapa? Sebab haiwan ternak
memang tak berakal. Oleh yang demikian, berapa ramai orang
yang diberi akal berjalan di atas bumi. Nampaknya macam manusia tapi kedudukan
lebih hina dari haiwan di sisi Allah, Wal iya zu billah. Maka, gunakan akal untuk bertafakur, dan berfikir untuk hal-hal positif.
Siapakah orang yang berakal? Ialah orang yang berzikir kepada Allah
ketika berdiri, duduk, dan baring. Keadaan 3 ini simbol kepada setiap keadaan,
dan tidak terhad kepada 3 posisi ini sahaja, contohnya orang yang membongkok. Keadaan tiga
ini simbol bahwa setiap saat orang berakal sentiasa ingat pada Allah SWT.
Ada 2 tafsiran makna perkataan 'yazkurunallah'
– ‘mereka ialah orang-orang
yang berzikir’:
1.
Org yang berzikir itu solat kerana firman Allah dalam
Al-Quran nul Kareem yang bermaksud “Tunaikan solat
untuk ingat aku.”
2.
Zikir yang dimaksudkan ialah zikir-zikir yang warid
dan juga tujuan daripada zikir itu dijadikan zikir. Contohnya: tasbih, tahlil,
tahmid, takbir, Quran - semuanya zikir. Jenis zikir ada banyak tapi objektifnya
satu iaitu mengingati yang disebut. Bila sebut ‘Subhanallah’, seseorang
akan ingat kepada kesucian Allah. Bila sebut ‘La ila ha illallah’, seseorang akan ingat kepada Ketuhanan Allah. Bila
sebut ‘Allahu Akbar’, seseorang akan ingat kepada Kebesaran dan Keagungan
Allah dan seterusnya.
Maka, orang-orang yang berakal ialah orang yang menjaga solat dan
zikirnya, iaitu zikir lisan, dan zikir dalam hati. Apa bezanya zikir lisan dan
zikir dalam hati? Zikir lisan ialah apa yang disebut, dan zikit hati ialah
penghayatan di hati dan tafakur dengan apa yang dizikirkan dengan lisan.
"...mereka yang berzikir kepada Allah, bertafakur.."
Digabungkan zikir lisan dan zikir hati untuk bertafakur melihat ciptaan
Allah. Secara khususnya di sini ialah tafakur ketika melihat langit. Baginda
Rasulullah ﷺ, diriwayatkan daripada Sayyidina Ali bin Abi Talib, “Bahawasanya baginda Rasulullah ﷺ kalau bangkit
di tengah malam akan melihat langit.” Dan dalam hal
ini, digalakkan seseorang bila bangun malam untuk lihat langit, dengan tujuan
tafakur. Tujuannya adalah sebagaimana langit itu tinggi – kita mesti bertafakkur tentang ketinggian, keagungan
Allah, dan kalau melihat ketinggian ciptaan Allah tinggi, maka kita kena tahu
yang kita rendah dan hina di hadapan Allah SWT. Kita akan merasa hina bila ada orang lebih mulia
daripada kita, tapi kita akan rasa mulia bila lihat orang yang lebih hina
daripada kita.
Pada zaman Nabi Isa a.s., dan Bani
Israel, jika ada seorang yang ibadahnya selama 30 tahun diterima Allah, maka
dia akan diganjarkan tanda iaitu awan melindunginya ketika dia berjalan. Memang
banyak perkara ghaib yang Allah zahirkan
ketika itu dan tidak dizahirkan pada zaman kita. Itu kehendak Allah SWT. Allah tidak
dipersoalkan apa yang dilakukan-Nya.
Pada zaman itu, bila berperang, harta rampasan perang akan dikumpulkan
dan kemudian akan datang api membakarnya. Itu tidak pelik pada zaman itu. Tetapi, ada seorang
lelaki beribadat selama 30 tahun, tetapi tidak mendapat awan, dan dia rasa
pelik lalu beritahu ibunya. Subhanallah, mereka zaman itu pelik bila tiada
keramat. Terbalik dengan zaman sekarang - pelik bila nampak keramat.
Syeikh Muhammad As-Sya’rawi** ada menceritakan kisah ini dalam tafsirnya.
Sambungan cerita - Ibunya berkata mungkin dia ada melakukan sesuatu yang menyebabkan terhijab daripada mendapat keramat itu. Lelaki itu fikir dan rasa tiada apa-apa. Kemudian, ibunya kata, “Mungkin kamu ada tengok langit tapi terlupa berzikir pada Allah SWT?” Lelaki itu pun teringat yang betul kata ibunya itu. Maka oleh kerana itu dihilangkan kekeramatan kepadanya kerana melakukan perkara yang dianggap ‘simple’ (remeh) iaitu berzikir kepada Allah SWT, padahal hal itu merupakan ibadah yang besar di sisi Allah SWT.
Syeikh Muhammad As-Sya’rawi** ada menceritakan kisah ini dalam tafsirnya.
Sambungan cerita - Ibunya berkata mungkin dia ada melakukan sesuatu yang menyebabkan terhijab daripada mendapat keramat itu. Lelaki itu fikir dan rasa tiada apa-apa. Kemudian, ibunya kata, “Mungkin kamu ada tengok langit tapi terlupa berzikir pada Allah SWT?” Lelaki itu pun teringat yang betul kata ibunya itu. Maka oleh kerana itu dihilangkan kekeramatan kepadanya kerana melakukan perkara yang dianggap ‘simple’ (remeh) iaitu berzikir kepada Allah SWT, padahal hal itu merupakan ibadah yang besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah ﷺ bila bangkit akan melihat langit dan membaca ayat 190 (surah Ali-Imran). Setiap kali bila
malam, kita tengok kepada langit, baca ayat ini juga. Itu sebahagian daripada
ibadah kepada Allah SWT. Setelah berapa lama kita hidup, berapa kali kita
berzikir bila tengok langit, walaupun hari-hari kita tengok langit? Ambil peluang
setelah kita belajar ayat ini tentang fadhilat daripada kisah lelaki Bani
Israel yang tengok langit tetapi tidak berzikir dan dilenyapkan keluarbiasaan yang
Allah zahirkan. Dan ini adalah mengingatkan kita bagaimana baginda Rasulullah ﷺ berinteraksi dengan makhluk Allah SWT yang
mengingatkan dirinya kepada Allah SWT.
Kita diberi teladan supaya kita memahami bahawa apa yang kita nampak
bukan perkara yang biasa yang kita nampak, tetapi ada banyak perkata yang kita
tak nampak dan tak tahu.
Rasulullah ﷺ bersabda dalam hadisnya: “Kalau kamu
dengar suara salakan anjing atau keldai pada waktu malam, maka berlindunglah
pada Allah daripada perkara yang buruk kerana sesungguhnya mereka melihat
sesuatu yang kamu tak nampak.”
Rasulullah ﷺ mengajarkan untuk menyebut “اعوذ
بالله من
الشيطان الرجيم” bila dengar salakan anjing. Kita biasa dengar
malam-malam, tapi adakah kita baca? Selepas malam ini, kalau dengar, sebut “اعوذ
بالله من
الشيطان الرجيم”. Ingat yang
kita inin diikat dan diajar oleh Rasulullah ﷺ untuk
berinteraksi dengan alam sekeliling untuk mengingati kepada Allah SWT.
“Pada diri kamu
tidakkah kamu bertawassur, bertadabbur untuk kenal dan ingat kepada Allah SWT?”
"Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, jagalah
kami dari api neraka."
Allah menceritakan sikap orang yang lihat langit. Apa kaitan tengok
langit dan minta perlidungan dari api neraka? Bila tengok langit malam dengan
bintang – bukankan nampak
indah dan luar biasa. Bilamana seseorang melihat langit dan membaca doa itu,
itu menunjukkan seseorang mengakui kelemahan diri dalam mengagungkan Allah SWT.
Yakni, dengan keagungan Allah Yang Maha Besar, dan kita sebagai hamba mesti
mengakuinya, yang kita ketika ingin mengagungkan Allah SWT, kata-kata kita tak
sesuai dengan hakikat keagungan Allah yang sebenar. Itu adalah hakikat
kedangkalan makrifat kita dengan Allah, yakni tidak meletakkan Allah tepat pada
tempatnya, dan kita minta doa
keampunan kerana kekurangan makrifat (mengenal) kepada Allah SWT.
Bukankah terdapat malaikat yang dicipta Allah sujud sepanjang masa
semenjak diciptakan, dan bila mereka bangkit nanti, mereka akan kata, “Ya Allah, ampunkan kami kerana kami belum beribadah
kepada-Mu dengan sebenar-benar ibadah. Malaikat ini tak pernah bermaksiat
kepada Allah. Kenapa malaikat begitu? Kerana malaikat mengetahui kebesaran
Allah dan kekurangan diri mereka, jadi mereka minta ampun atas kekurangan memuji
Allah. maka minta ampun!!!! Kita perlu melihat diri kita kurang dalam
bertakafur kepada Allah, kurang dalam beribadah kepada Allah, walaupun kita
sudah 24 jam beribadat kepada Allah, tidak menyamai dengan kekuasaan Allah,
maka perlu melihat diri sentiasa kekurangan.
Ayat 192:
Di sini ada 2 perkara – masuk neraka
dan hina. Orang yang masuk neraka orang yang hina. Siapa yang akan memuliakan
orang yang hina di sisi Allah, walaupun satu dunia memuliakannya. Jangan mencari kemuliaan di mata manusia yang merupakan hina di mata
Allah, kerana manusia yang memuliakan kita pada akhirnya tidak akan dapat
membantu apa pun juga untuk kita bahkan untuk diri mereka sendiri pun. Carilah
kemuliaan di sisi Allah SWT, dan kita akan mendapat hakikat kemuliaan yang
sebenar.
Ayat 193:
Siapa yang
menyeru kalau bukan Rasulullah ﷺ.
Seakan-akan 2 ayat sebelum ini Allah berbicara (memberi mesej) kepada
akal yang fungsinya untuk bertakafur dan mencari pemahaman, bila melihat
keajaiban kejadian ini berfikir tentang siapakah yang mencipta semua ini? Kita boleh
menjawab Allah kerana kita beriman kepada Allah SWT. Tapi bagi orang bukan Islam
pun, pasti akan hairan dengan keajaiban ciptaan alam ini dan mesti
tertanya-tanya siapa yang menciptakannya. Mereka tak punya jawapan, lalu mereka
cipta teori-teori seperti ‘big bang’ dsb, yang
ramai juga orang terpecaya. Tapi orang yang waras pasti akan tertanya-tanya
siapa Pencipta semua ini.
Orang, jika nampak kesan najis haiwan akan tahu sebentar tadi ada haiwan
lalu, jika nampak kesan
kaki orang, maka akan tahu yang ada orang lalu. Maka, alam ini yang terbentang
luas, langit dan bumi, bintang dan segalanya – adakah mereka ada dengan sendirinya? Untuk akal tahu – Rasul dihantar Allah untuk memberitahu Yang
Menciptakan ialah Allah SWT.
“…Kami pun beriman,..”
Setelah diberitahu oleh Rasulullah ﷺ, dan
berfikir, maka, kami pun beriman.
“Ya Allah,
ampunkan dosa kami, dan hapuskan dosa kami dan wafatkan kami dengan orang-orang
yang baik.”
Orang beriman minta 3 permintaan:
1.
ampunkan dosa kami,
2.
hapuskan kesalahan
3.
Meninggal dengan orang-orang yang baik.
Apa beza 1 dan 2?
Dosa ialah melakukan maksiat, derhaka kepada Allah SWT. Kalau orang buat
dosa, makan dia dia akan dihukum oleh Allah SWT. Kesalahan ialah sikap tidak
sopan kepada Allah SWT. Maka, sikap itu ditanggung oleh orang yang berbuatnya.
Dalam hukum feqah – jika orang
bersumpah dan ingin melanggar sumpahnya, maka akan dikatakan ‘melanggar/menghapuskan sumpah’ tetapi tidak dikatakan ‘mengampunkan dosa sumpah’. Apa dosa dan kesalahan, pengampunan dan penghapusan?
Diriwayatkan daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a: Suatu hari, baginda
Rasulullah ﷺ tidur dan setelah bangun dari tidurnya, baginda tersenyum.
Sayyidina Umar Al-Khattab pun bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang menyebabkan engkau tersenyum?” Rasulullah ﷺ pun memulakan
ceritanya. “Aku bermimpi,
nanti di hari kiamat 2 orang dihadapkan kepada Allah SWT.”
Kemudian, salah seorang daripada mereka menuntut haknya daripada seorang
lagi yang pernah menzaliminya dulu ketika di dunia. Tuntutan hak ketika itu
bukanlah dengan mengembalikan kezaliman yang pernah dilakukan seperti di dunia,
tetapi meminta kebaikan orang itu untuk diberi kepadanya. Malangnya, orang yang
menzalimi itu tiada kebaikan lagi untuk diberikan lalu orang yang dizalimi pun meminta
kepada Allah SWT agar dosanya diberi kepada orang yang menzaliminya. Melihatkan kejadian ini Rasulullah ﷺ
pun menangis kesedihan.
Kemudian, Allah
SWT berkata kepada orang yang dizalimi itu, “Wahai Fulan, angkatlah kepalamu ke
atas.” Lalu, orang itu melihat ke atas dan terlihatlah olehnya keindahan yang
amat luar biasa. Dia nampak istana diperbuat daripada batu permata, dan
keindahan-keindahan lain yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Dalam
keteruajaan itu, dia pun bertanya, “Wahai Allah, ini sungguh indah. Siapa yang
punya ini, wahai Allah? Nabi mana yang punya? Orang siddiq mana yang punya?
Orang syahid bernama siapa yang punya?” Kata Allah SWT, "Yang mempunyai
keindahan itu ialah orang yang mempunyai harga untuk bayar.”
Yakni maknanya –
siapa saja asalkan boleh membayar kepada Allah SWT. Maka, orang itu pun
bertanya lagi, “Apa bayarannya, wahai Allah?” Jawab Allah SWT, “Bayarannya
ialah orang yang memaafkan kepada orang lain.” Orang itu pun berkata, “Ya
Allah, aku maafkan dia.”
Buat apa menanggung
dendam kepada orang lain sedangkan gantinya luar biasa?! Orang yang paling banyak
menerima maaf daripada Allah ialah orang yang paling banyak memaafkan orang
lain. Maka, jangan dendam, jangan simpan, jangan ada hati busuk dengan orang
lain. Anda dihormati Allah dengan diberi hati untuk ditempati Allah Yang Maha
Suci dan bersih, jangan dikotori hati anda dengan kedengkian, kebencian kepada
orang lain, kerana yang akan ada dalam hati anda ialah Yang Maha
Suci dan Bersih. Bersihkan ‘wadah’ itu terlebih dahulu supaya Yang Maha Bersih
boleh berada di dalamnya. Fahimtum? Cawan kita kalau kotor, dituang air bersih pun
akan jadi kotor.
Kata Sayyidina Ali r.a. “Allah mempunyai bekas di atas muka
bumi ini.” Langit tak boleh nak tempatkan Allah, bumi tak boleh nak tempatkan
Allah kerana Allah terlalu agung, tetapi yang boleh menempatkan Allah ialah
hati manusia - kita yang kerdil ini, yang sakit perut sikit kita dah terbaring,
sakit kepala sikit, kita guna balsam, sakit gigi sikit pun kita sudah mengeluh,
tetapi kita diberi keajaiban yang tidak diberikan kepada langit dan bumi –
hati.
Allah mempunyai
bekas di atas muka bumi ini iaitu hati. Yang paling disukai Allah ialah hati
yang.. tak semua hati
boleh menempatkan Allah Ta'ala. Oleh itu, jadilah hati yang boleh menempatkan
Allah. Tiga hati yang disukai Allah Ta'ala ialah:
-
kuat dalam berpegang kepada ugama, tidak dijual maruah
agama dengan apa pun
-
bersih dalam keyakinan
-
lemah-lembut, yakni kepada kaum al-mukminin. Tandanya
ialah suka memafkan kepada orang yang bersalah kepadanya.
Lelaki itu berkata, “Ya Allah, aku
maafkan dia”. Allah SWT
berkata, “Ambillah
saudaramu itu (yang menzaliminya) dan bawalah dia ke syurga sekali.
Subhanallah, memang kita tahu yang bahawa orang zalim nanti akan menanggung
kezaliman di akhirat tapi pada masa yang sama, orang zalim ada yang akan
dimaafkan Allah SWT.
Kita nak atau tak nak, kita terima atau tak terima – itu realiti yang Rasulullah ﷺ sudah
sampaikan kepada kita. Siapa yang tahu mungkin orang yang menzalimi kita itu
termasuk orang yang diberdirikan kita dengan orang itu, baru Allah beritahu
kepada kita – tengok kau
punya tempat itu.
Latih diri untuk hati ini bersih, tak ada dendam, tak ada dengki, tak
ada buruk sangka kepada orang lain, yang ini merupakan penyakit yang merebak -
virus yang lebih laju daripada virus di internet.
Kata baginda Rasulullah ﷺ, “Merasuk ke
dalam diri kamu semua penyakit yang menimpa umat sebelum kamu iaitu penyakit
hasad dan kebencian. Sesungguhnya kedua ini adalah pencukur – saya tak kata penyakit ini pencukur rambut tapi
pencukur ugama.”
Menghalalkan perkara yang diharamkan agama, membenarkan perkara yang tak
dibenarkan dalam agama. Apa? Hasad dan dengki. Apa yang tak dilakukan oleh
orang yang hasad dan dengki? Siapakah makhluk pertama yang hasad? Iblis. Apa dia buat? Dusta, guna
nama Allah - tipu, semua dia buat. Diusir daripada syurga pun tak apa demi
menjaga hasad-dengkinya (Wal iya zubillah). Allah SWT mengajar kita untuk berlindung
kepada Allah daripada orang yang hasad bilamana dia berhasad. Bahayanya hasad
dengki. Fahimtum?
Rasulullah ﷺ
ketawa kerana orang yang dizalimi itu akhirnya membawa orang yang menzaliminya
ke dalam syurga. Apa pasal dia bawa? Kerana Allah sudah menanggung kezaliman
orang yang zalim kepada orang yang dizalimi, dan digantikan pemberian yang
lebih baik daripada yang dituntut kepada orang yang menzalimi. “Oleh kerana
orang zalim ini, kamu dapat pemberian yang luar biasa, maka ambil tangan orang
zalim ini dan masuk dalam syurga!” Siapa yang bawa orang yang zalim ke dalam
syurga. Jadi kita bila berhadapan dengan orang yang zalim , jangan kita
berlebih-lebih kerana mungkin saja dia termasuk dalam hadis yang disebutkan
ini.
Maka, pesan Rasulullah ﷺ: Hendaklah kamu bertaqwa pada Allah, jangan buat zalim pada orang,
Damaikan jika ada yang berselisih, termasuk diri kamu. Kenapa? Kerana
Allah juga mendamaikan orang yang berselisih di hari akhirat nanti.
Orang yang beriman itu bersaudara, damaikan bila mana ada 2 orang
beriman yang berselisih.
Kita bertanggungjawab bilamana ada 2 orang berselisih untuk kita
mendamaikan – Allah suruh
kita yang tengok 2 orang bergaduh untuk berdamai. Ertinya kita terlibat dalam
perkara yang terjadi antara 2 orang yang berselisih untuk berusaha mendamaikan.
Kerana penyakit ini mungkin merebak bilamana 2 orang ini kembali kepada
keluarganya dan bercakap kepada mereka sehingga menjadikan dua keluarga
bermusuhan, dan seterusnya beberapa keluarga bermusuhan dan menjadi semakin
besar. Api permusuhan mesti dipadamkan semasa masih kecil sebelum merebak teruk.
Untuk mendamaikan mesti ada pengorbanan, mesti ada yang mahu mengalah , kalau
tiada yang mahu mengalah macam mana nak berdamai?
Kisah ini membezakan antara dosa dan kesalahan. Kesalahan orang yang
dizalimi tadi ditanggung – itu namanya ‘menanggung kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.” Dosa ialah pelanggaran atau maksiat kepada Allah SWT,
manakala kesalahan ialah menyalahi manhaj/konsep yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT.
Ada seorang Badawi berdoa begini, “Ya Allah, dosa yang aku buat terhadap Engkau, ampunkan
dosa. Kesilapan yang aku terhadap hamba-hamba-Mu, Kau tanggunglah, sebab aku
tak boleh nak hapuskan dosa silap aku dengan orang lain kerana mereka mesti
maafkan aku dulu, jadi Kau tanggunglah.”
Dosa berkaitan orang lain mesti dimaafkan oleh orang itu, barulah akan
gugur daripada orang tersebut, kecuali jika Allah yang menanggungnya, yakni
Allah akan menggantikan dengan perkara yang lebih baik kepada orang yang
dizalimi sebagaimana dalam kisah di atas.
“Ya Allah,
matikan kami bersama orang-orang yang abrar (baik)..”
Bagaimana seseorang nak selamat jika tak berkawan dengan orang yang
selamat. Kalau seseorang kata nak bersama si fulan, tapi kalau tak kenal,
bagaimana nak bersama? Untuk bersama di sana, kena bersama di sini. Kalau di
sini bersama dengan orang fasiq, fajir, atau orang-orang yang tak baik,
bagaimana nanti nak bersama di sana dengan Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar,
lebih-lebih lagi nak bersama Nabi Muhammad ﷺ? Mimpi di
siang hari! Kalau nak bersama mereka di sana, kena bersama mereka di sini – bersama dengan manhajnya, sunnahnya, ajarannya,
istiqamahnya.
Apa jawapan Allah ketika kita minta ditunjukkan jalan yang lurus (ayat
surah Fatihah)? Kenali jalan-jalan orang yang diberi nikmat dan engkau akan
diberi hidayah. Doa Nabi Yusuf a.s. – “Ya Allah, matikan aku dalam Islam dan himpunkan aku
bersama orang-orang yang soleh.” Bersama di
sini akan bersama di sana. Orang itu akan bersama siapa yang dicintai di dunia.
Ayat 194:
Mereka tak minta jangan Kau masukkan kami ke neraka tetapi minta jangan
Kau hinakan kami, kerana tiada yang masuk neraka kecuali orang yang hina.
Siapa orang yang tak dihina Allah SWT? Maksud firman Allah, “Di hari Allah tidak akan menghina Nabi-Nya (Nabi
Muhammad ﷺ) dan orang-orang yang beriman bersamanya.”
‘Orang-orang
yang beriman bersamanya’ – yakni bukan
orang yang beriman kepada Nabinya
sahaja dengan lafaz lisan saja, tetapi mesti bersama dengan praktikalnya
sekali.
Sayyidina Ibrahim a.s berdoa, “Jangan Kau
hina aku di hari kiamat nanti.” Nabi Ibrahim
pun minta doa agar jangan dihina di hari akhirat. Allah Ta'ala berikan kepada
Nabi Muhammad ﷺ, “Di hari Allah
tidak menghina kepada Nabi Muhammad ﷺ…”. Bezanya ialah
Nabi Ibrahim meminta dan Nabi Muhammad ﷺ diberi tanpa
meminta, dan inin menunjukkan kedudukan yang lebih tinggi.
Ayat 195:
Ada 5 perkara yang
diminta daripada ayat-ayat sebelum ini:
-
Minta diampunkan dosa
-
Dihapuskan kesalahan
-
Dimatikan bersama orang-orang yang baik
-
Syurga yang telah dijanjikan
-
Perlindungan
daripada kehinaan di hari kiamat.
Jawapan Allah - "Faastajaba...". Ahli tafsir mentafsirkan bahawa perkataan ini menunjukkan Allah mengabulkan dengan segera – tiada ruang
antara keduanya! Allah SWT berkata yang Allah tidak akan menghilangkan amalan
perbuatan. orang beriman, dan Allah SWT tidak berkata yang Allah terima doa-doa
kamu. Yakni doa yang kita minta pada Allah tidak boleh sekadar kata-kata, tapi
perlu disertakan dengan amalinya (praktikalnya) – baru Allah akan qabulkan.
Jangan kita minta diampunkan dosa, tapi dosanya masih tetapi diteruskan. Ini
‘nonsense’. Bukan hanya kata-kata, amal juga kena buat.
Allah akan
gantikan dengan yang lebih baik di sisi Allah.
//Doa.
Bahagian 2: Kitab
Riyadhus Solihin - Bab 62
Hadis 2 (563):
Hadis menceritakan akhlak al-ithar** (mendahulukan orang lain). Mengajak
orang lain berkongsi dalam kebaikan, yakni membantu kepada orang lain. Dalam
hadis ini disebut bahawa makanan untuk 2 akan cukup untuk 3, kalau 3 cukup
untuk 4. Dalam riwayat lain, makanan 1 cukup untuk 2, 2 cukup untuk 8, 8 cukup
untuk 16. Ini merupakan isyarat keberkatan makanan bila di mana bersama. Makan, akan diberi
keberkatan dalam bentuk kenyang walaupun yang makan lebih ramai daripada
kuantitinya. Kedua – akan diberi
ganjaran mengajak orang lain, dan membuang sifat pentingkan diri semasa makan.
Mungkin tak kenyang tp akan mendapat ganjaran - supaya tdk pentingkan
diri sendiri.
Beberapa pengajaran adab dan sopan-santun daripada hadis ini ialah:
- Makanlah bersama orang lain
- Ambil berat kepada orang lain yang tidak dapat makan
- Jangan anggap makanan itu sedikit tidak cukup atau tak layak dihidangkan kepada orang lain. Ajaklah dengan hidangan apa saja yang ada, yang penting ada niat melayan kepada org lain.
Hadis 3 (564):
Pengajaran:
- Daripada hadis ini, Rasulullah ﷺ memahami bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh lelaki itu yang menoleh ke kiri dan kanan – dia sebenarnya ingin melihat jika ada yang ingin mempelawanya makan tanpa dia perlu meminta-minta.
- Rasulullah ﷺ pun menegur sahabat dengan menyatakan siapa yang ada tunggangan lebih, beri paad yang lain, kemudian disebut pula makanan yang lebih dan seterusnya sehingga semua orang berasa ada sesuatu untuk dikongsikan dengan yang lain. Perbuatan ini adalah untuk menjaga air muka orang yang Nabi Muhammad ﷺ nampak itu. Dengan menyebut orang yang ada kenderaan terlebih dahulu, maka dia tidak terasa kerana dia sendiri memiliki tunggangan.
- Perbuatan tidak memberi adalah lebih baik daripada memberi tetapi diikuti dengan kata-kata yang menghina.
- Nasihat vs fadhihat. Apa maksud ‘fadhihat’ -> menasihati orang di hadapan orang lain dengan tujuan membuka aibnya.
Hadis 4 (565):
Pengajaran:
- Adab orang yang diberi hadiah – hendaklah menerima, jangan ditolak kecuali hadiah yang berunsurkan rasuah.
- Seboleh mungkin elakkan daripada meminta kecuali ada motif yang tersendiri (sahabat ini meminta untuk dijadikan kain kafannya).
- Nabi ﷺ melipat hadiah sebelum diberi, yakni memberi dengan kemas -> ini ialah adab ketika memberi.
- Sahabat meminta kain yang pernah dipakai Rasulullah ﷺ untuk mendapatkan berkah daripada orang yang soleh dan tidaklah dikatakan perbuatan itu kurafat.
Hadis 5:
//
Keutamaan keluarga Abu Musa Al-Asy’ari, daripada keturunan anak Nabi Nuh a.s. dari Yaman.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan
oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan
sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di
sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran
atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang
dapat kita manfaatkan. Wallu'alam.
**: mungkin salah ejaan