"Yang Allah SWT Suka..." - MTDM 13.03.2015
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Majlim Ta'lim Darul Murtadza 13.03.2015 Ustaz Ashraff Osman (menggantikan Habib Ali Zaenal Abidin) Ilmu diukur berdasarkan kandungannya, dan tidak syak lagi, ilmu paling bernilai ialah ilmu Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat yang satu-satunya kekal dalam dunia ini, masih kekal setelah kewafatan Rasulullah ﷺ dan sampai kepada kita. Inilah keistimewaan yang Allah SWT beri kepada kita. Baca dengan tahu atau tak tahu makna ada faedah. Salafussoleh ada banyak pusingan membaca Al-Quran. Satu daripadanya ialah baca laju untuk tujuan qatam, dan pada hari yang sama juga, dibaca perlahan-lahan untuk mentadabbur maknanya, mungkin satu hari satu ayat saja. Makna Al-Quran kalau digali sehingga kiamat pun takkan habis, bahkan ada ayat yang sehingga hari ini pun masih belum diketahui maksudnya. Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 37-40 Ayat 37: Pada hujung ayat 36: Allah SWT m...