Lelaki dan Perempuan - Berbeza Untuk Saling Melengkapi - MTDM 20.02.2015
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Majlis Ta’lim Darul Murtadza 20.02.2015
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*
Bahagian 1 – Tafsir Quran Surah An-Nisa ayat 34
Video
rakaman:
Allah SWT
menjadikan kepelbagaian bentuk, keadaan pada makhluk-Nya, dan adalah tidak
wajar jika semua ciptaan Allah sama bentuk fizikalnya. Allah SWT ciptakan ada
malam, dan ada siang, dan masing-masing ada keistimewaan tersendiri yang tidak
ada pada yang lain. Antara siang dan malam, walaupun berbeza tidak menunjukkan
bahawa yang satu lebih baik daripada yang lain. Begitu juga antara tangan
kanan, dan kiri. Walaupun dalam bidang tertentu dikatakan kanan lebih baik
daripada yang kiri, orang yang cuma ada sebelah tangan tetap dianggap sebagai
tidak sempurna. Dalam bumi ada lautan dan daratan, dan tidak boleh dikatakan
bahawa daratan lebih baik daripada lautan. Manusia ada pelbagai jenis kaum,
jantina. Maka, kita melihat penciptaan makhluk Allah SWT itu ada kepelbagaian. Setiap
makhluk diciptakan ada pasangannya – ada lelaki, ada perempuan, ada malam ada
siang. Kesimpulannya – kepelbagaian ciptaan Allah adalah satu kewajaran agar
ada variasi dalam ciptaan Allah SWT sehingga satu melihat kelebihan kepada yang
lain.
Manusia
juga diciptakan lelaki dan perempuan. Di sisi Allah SWT tidak dikatakan lelaki
lebih baik daripada perempuan atau sebaliknya, disebabkan kepelbagaian adalah bukan
untuk bersaing tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT
dalam surah An-Nahl, ayat 97:
Surah
Al-Lail, ayat 3-8:
Ganjaran
atau hukum bagi lelaki atau perempuan sama di sisi Allah SWT, tak kira jantina,
yang diukur dan dinilai oleh Allah SWT ialah amal.
Dalam hadis
Nabi ﷺ bersabda - "Perempuan itu 'saudara kandung' kepada lelaki."
Yakni bermakna bukanlah adik-beradik kandung, tetapi lelaki dan perempuan sama
kedudukannya di sisi Allah SWT. “Sesungguhnya yang lebih baik di antara kamu
ialah yang paling bertaqwa.”
Maka, dalam
hal ini, Allah SWT menjadikan lelaki dan perempuan dalam hubungannya dengan
Allah yang terbaik ialah yang paling baik amalnya. Adapun kepelbagaian jantina
tiada beza kerana antara lelaki atau perempuan sendiri pun ada kepelbagaian
seperti ada lelaki kaya, miskin, segak, tak
segak, tinggi, rendah. Jika semua orang ingin sama seperti orang lain, maka
tiada keajaiban dalam kepelbagaian ciptaan Allah SWT. Maka, di larang untuk
masing-masing bercita-cita menyamai dengan yang lain. Contohnya – lelaki nak
sama dengan perempuan, yang miskin nak sama dengan yang kaya, dan semua orang
akan ‘complaint’ kepada Allah SWT. Allah SWT melarang seperti firman-Nya dalam
ayat 32, surah An-Nisa.
Maka jangan
bercita-cita meminta kepada Allah sesuata yang ada pada orang lain. Setiap kejadian
Allah dengan keadaan tertentu pasti ada hikmah-Nya. Ketika Allah berfirman
ayat 32 di atas, Allah SWT menegur
kepada segolongan orang yang menginginkan sama dengan apa yang ada pada orang
lain. Ummu
Salamah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, “Ya Rasulullah, lelaki ini senang kerana
mereka boleh berjihad bersama engkau. Dan dalam hal warisan, mereka mendapat
dua kali bahagian berbanding perempuan. Kami juga ingin berjihad dan sama
bahagian dalam warisan.” Setelah itu, turun ayat di atas.
Allah SWT
menjadikan tugasan lelaki dan perempuan dalam hubungannya dengan Allah sama.
Dalam beberapa perkara saja yang berbeza tugasan dan kewajipan. Ada perkara
yang cuma diwajibkan untuk lelaki sahaja, dan ada perkara yang cuma diwajibkan
untuk perempuan saja.
Perbezaan
ini adalah apa yang saya ‘explain’ tadi dan menjadi satu kewajaran untuk
melengkapi satu sama lain, dan bukan untuk kita protes untuk sama bagi
kedua-duanya dalam segala hal, yang sekarang menjadi tuntutan kamu muslimat
yang ingin sama semuanya dengan kaum lelaki – ingin meniru kepada orang Barat
yang menuntu ‘gender equality’. Kononnya Barat maju kerana persamaan ‘gender’.
Adakah benar dakwaan ini? Orang Islam dianggap membelakangkan orang perempuan,
contohnya ada negara yang melarang perempuan memandu.
Kita nak
tanya kepada mereka yang mendakwa negaranya maju, adakah benar mereka beri hak
sama pada wanita atau mereka menjual maruah perempuan? Budaya pakaian songsang,
siapakah yang menjadi jurutampil (model)? Bukankah yang diperalatkan itu
perempuan? Iklan-iklan menggunakan pakaian seksi, bukankah yang digunakan
perempuan juga? Untuk menjadi daya tarikan pun perempuan juga yang digunakan.
Mereka memberi hak sama rata kepada perempuan atau menjadikan perempuan sebagai
barang yang boleh dijual.
Realitinya,
mereka itu tidak mahu mengaku yang mereka menindas kaum perempuan lebih teruk
dari zaman jahiliyyah tetapi penindasan itu diperkemas dalam bentuk yang cantik,
sementara kita yang disebut dalam ayat ini, bagaimana Al-Quran meletakkan
perempuan pada kedudukan yang mulia dan juga tinggi di bawah naungan penjagaan
lelaki dianggap menindas kepada mereka. Yang benar dianggap salah, yang salah
dianggap benar. Yang maaruf diangkap mungkar, dan yang mungkar dianggap maaruf.
Hairannya, orang Islam pun ada yang menerima! Mereka katakan kebebasan
berpakaian ialah kebebasan peribadi, dan mereka tidak sedar yang pakaian mereka
menjual maruah mereka kepada orang ramai. Mereka tak tahu yang dirinya tak tahu
– ini yang berlaku kepada sebahagian muslimat pada zaman sekarang.
Seperti
yang telah disebutkan dalam ayat-ayat yang dibawakan sebelum ini – antara
lelaki dan perempuan sama, dan hanya sedikit berbeza daripada segi tugasan.
Antaranya ialah lelaki bertanggungjawab terhadap: naskah, keselamatan, dan
pendidikan kepada perempuan, dan ini tidak diwajibkan ke atas perempuan kepada
lelaki.
Ada orang
salah faham ayat ini dengan mengatakan, “Kita lelaki, perempuan tak boleh ‘naik
atas kepala kita’”. Mereka memahami lelaki lebih kuat dan utama dan sehingga
perintahnya tidak boleh dilanggar. Ini menunjukkan keegoan lelaki. Tidak!
Tetapi maksud Allah SWT sebagaimana yang dibahaskan ahli tafsir ialah:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal
yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,..”
"Qawwama"
- suka berdiri lama ke atas perempuan, yang bermaksud orang lelaki
bertanggungjawab melindungi dengan sempurna kepada perempuan dari segi nafkah,
tarbiyyah (pendidikan) dan pemeliharaan (keselamatan). Subhanallah, Allah tak
sebut suami saja, tapi disebut lelaki supaya termasuk ayah, abang, dsb. Yakni
suami bertanggungjawab kepada perempuan, abang atau adik lelaki bertanggungjawab
pada adik-beradik perempuan, ayah bertanggungjawab kepada anak perempuannya.
Yakni, lelaki bertanggungjawab kepada nafkah, tarbiyyah dan pemeliharaan
perempuan, dan bukan suami saja. Allah sebut secara ‘general’ menggunakan
perkataan 'lelaki'.
“... oleh kerana Allah telah melebihkan
orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,…”
Apa maksud
kelebihan yang ada pada lelaki? Iaitu kelebihan tabii dari segi kekuatan,
tanggungjawab yang tidak dimiliki oleh perempuan. Oleh itu lelaki perlu jaga
perempuan. Bukan dimaksudkan di sini bahawa lelaki lebih afdhol (utama)
berbanding perempuan! Lelaki akan jadi lebih baik daripada perempuan jika
tugasannya dilakukan dengan baik, perempuan pun sama. Kedudukan siapa yang
lebih baik di sisi Allah Ta'ala bergantung kepada amal, bukan kepada fizikal.
Oleh sebab itu, kita lihat beberapa golongan yang ingin mencapai apa yang
diingini tetapi tidak bersesuaian dengan apa yang Allah SWT telah tetapkan
untuknya – sehingga kita dengar kisah lelaki yang ‘operate’ untuk jadi
perempuan. Adakah hukum akan berubah? Kalau semua orang nak ikut keinginannya,
tiada hukum akhirnya! Lelaki tetap lelaki, walaupun fizikalnya diubah menjadi
sebaliknya, kecuali dalam kes khunsa. Kalau dalam hadis lelaki menyerupai perempuan
sahaja sudah dilaknat oleh Allah SWT apatah lagi jika seseorang itu buat
pembedahan!
“.. dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Tugasan
lain yang berbeza tetapi ganjarannya sama. Ummu Salamah datang bertanya – “Perempuan
tak wajib berjihad tetapi lelaki disuruh berjihad. Bahkan perempuan tak diizin
berjihad selagi masih ada lelaki yang mampu berjihad. Bukan seperti istilah
sekarang iaitu “Jihad Nikah”, dan berapa ramai orang Islam yang tertipu kerana
tidak belajar, tidak berguru, dan tidak memahami agama dengan sebenar. Allah
SWT berikan kelebihan kepada satu pihak berbanding dengan yang lain. Ganjaran
sama, tapi cara berbeza.
Rasulullah ﷺ
didatangi seseorang yang inginkan pahala berjihad dan Rasulullah ﷺ kata boleh.
Jawab
Rasulullah, “Jihadnya orang perempuan ialah haji yang mabrur.” Sudahlah haji
itu wajib bagi orang beriman, tapi bagi perempuan boleh dapat pahala jihad
sekaligus. Tapi lelaki perlu keluar jihad membawa senjata berhadapan dengan
musuh untuk menegakkan kalimat Allah SWT, jika mati fi sabilillah maka mendapat
fadhilat jihad di sabilillah. Bolehkah lelaki nak minta supaya hajinya yang
mabrur dapat fadhilat jihad juga seperti perempuan? Allah sudah tentukan untuk
perempuan, tetapi tidak untuk lelaki. Jadi, adanya perbezaan pada bentuk zahir,
hakikatnya tiada beza di sisi Allah Ta'ala. Tugasannya berbeza tapi nilainya
sama di sisi Allah SWT. Tugas lelaki bagi nafkah pada perempuan, tugas
perempuan taat pada suaminya. Kalau lelaki dan perempuan tunaikan hak
masing-masing dan taat kepada Allah Ta'ala, maka kedudukan mereka pasangan
suami-isteri sama di sisi Allah SWT, walaupun haknya berbeza. Kalau lelaki
tunaikan hak perempuan, perempuan tidak tunaikan hak lelaki, maka lelaki adalah
lebih baik. Begitu juga jika sebaliknya. Maka, lelaki dan perempuan perlu
mentaati apa yang telah ditetapkan Allah SWT, dan bukan mesti sama apa yang
dibuat lelaki mesti dibuat oleh perempuan – tidak begitu!
Kelebihan
lelaki dalam tanggungjawab adalah untuk memberi nafkah kepada perempuan.
Puncanya lelaki itu perlu bertanggungjawab, dan perlu diterima, diyakini,
diamalkan. Lelaki tugasnya bertanggungjawab ke atas perempuan tetapi tidak
bermakna lelaki termulia di sisi Allah SWT.
Dalam
Al-Quran, ketika Allah SWT berfirman kepada NabiAdam dan Hawa, “Ya Adam, ini iblis
musuh kamu dan musuh isteri kamu, jangan kamu berdua terpedaya (mengeluarkan
kamu daripada syurga), kemudian kamu (Adam) akan celaka.”
Awal
ayatnya dinyatakan iblis musuh Nabi Adam dan Hawa, tetapi kenapa dihujungnya
cuma Nabi Adam disebut? Kerana lelaki bertanggungjawab kepada isterinya. Ini
tak bermakna isterinya tak kena, tetapi yang pertama kena tanggung ialah suami.
Lelaki akan dipertanggungjawabkan dengan isteri, anak-anak, dan keluarganya.
Bukankah dalam Al-Quran Allah SWT menyuruh menjaga diri kamu dan keluarga kamu
daripada api neraka. Lelaki bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya. Di
akhirat nanti yang diselesaikan dulu ialah isteri dan anak-anak, kemudia baru
si lelaki itu. Perkahwinan itu sebagai amanah dari Allah kepada lelaki. Allah
beri amaran amanah kepada lelaki – jadi lelaki bertanggungjawab dalam
pendidikan, nafkah, penjagaan ahli keluarganya. Jangan biarkan orang rumah
melakukan perkara yang salah – kerana sebelum isterinya tanggung dosa
kesalahannya, suaminya akan tanggung dahulu. Jangan dibiarkan isteri
keluar-masuk tanpa pantauan. Tapi ini tak bermakna lelaki boleh guna kekuatan
dan kekerasan.
Lelaki
mesti jaga keluarganya, kerana dia takkan masuk syurga seorang diri. Kata
Rasulullah ﷺ mengatakan, “Barangsiapa yang diberikan 3 orang anak perempuan
oleh Allah SWT dan dididiknya dengan baik sehingga baligh, maka anak perempuan
3 orang itu akan menjadi pendinding daripada api neraka.” Seorang ibu bertanya,
“Kalau 2 orang bagaimana?” Jawab Rasulullah ﷺ, “Pun sama.” Dalam riwayat lain
disebutkan kalau 2 anak perempuan dididik dengan betul akan menjadi sebab
ibubapanya untuk masuk syurga. Dalam riwayat lain pula disebutkan kalau
seseorang ada 2 anak perempuan dan dididik dengan betul akan macam ni dengan
aku (sambil menujukkan kedudukan jari manis dan jari kelingking, yakni
bermaksud duduk sangat dengan Nabi ﷺ). Oleh itu, lelaki perlu bertanggungjawab
kepada isteri, anak perempuan, adik-beradik perempuan supaya orang perempuan
dapat apa yang sepaturnya diperolehi daripada orang lelaki.
“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah
yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya
dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan
pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.//
Perempuan
yang yang dimaksukan secara khusus ialah isteri atau perempuan di bawah jagaan
lelaki, hendaklah menjadi solehah sifatnya, taat, dan menjaga kerhormatannya
Dalam hadis
Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebaik-baik perempuan ialah kalau kamu lihat kepadanya
akan menggembirakan kamu, kalau kamu perintah padanya, dia taat, dan kalau kamu
tidak ada bersamanya, perempuan itu menjaga kamu pada harta, diri dan
maruahnya. Yakni maksudnya bukan ketiadaan suami/bapa/abang/adik membolehkan
perempuan keluar ke mana saja seperti keluar dari penjara dan berbuat apa saja
yang dia nak. Perempuan yang dihantar bapanya untuk belajar di universiti,
duduk di asrama – dia mesti menjaga kehormatannya untuk tidak duduk
berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. (jika tak) dia tak jaga hak bapanya.
Tidak boleh keluar melancong dengan
sesiapa yang bukan muhrim agar tidak khianat amanah bapanya. Apa kata
Allah Ta'ala dalam ayat ini? Perempuan yang menjaga dirinya (maruahnya) ketika
‘ghaib’, yakni dalam keadaan tidak dilihat oleh penjaganya, baik itu
suami/bapa/abang/adiknya. Berapa ramai zaman sekarang ini yang terkadang mak
bapa juga mengabaikan anaknya berjalan/keluar dengan siapa, bukan ghaib lagi,
tapi di depan mata. Ibu bapa yakin dengan anaknya sedangkan Rasulullah ﷺ tidak
yakin. Saba baginda, “Tidak berduaan lelaki dan perempuan kecuali yang ketiga
ialah syaitan.” Orang zaman sekarang memanipulasi hadis ini dan kata “Tak apa,
mereka takkan buat apa-apa.” (Ini) meletak amanah, keyakinan bukan pada
tempatnya. Maka, sifat perempuan solehah adalah menjaga maruahnya ketika
ketiadaan lelaki, dengan tidak membiarkan sesiapa saja masuk ke rumahnya! Jaga
hak Allah SWT.
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang
melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan
(jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga
mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya).”
“Nusyuz” –
derhaka, tidak taat. “Pulaukan..” bermakna pulaukan di tempat pembaringan
(tidur) dan bukan untuk suami tinggalkan untuk tidur di hotel atau ke luar
negara. Nabi ﷺ melarang seseorang yang ingin menghukum isterinya untuk
meninggalkannya. Yakni, maksudnya dipulaukan untuk tidak dihampiri di rumahnya.
‘Dipukul’ –
apa maknanya? Adakah Islam kejam seperti yang diwar-warkan oleh golongan
orientalis. Apa maksud ‘pukul isteri’:
1. Kita
mesti melihat ayat ini tentang isteri yang derhaka. Saya yakin semua orang
sepakat sesiapa yang bersalah, dia layak dihukum. Tak kira jenis pelanggaran
undang-undang, jika dilanggar ada hukumannya dan hukum berbeza dan bergantung
pada kesalahan yang dilakukan. Adalah menjadi
kebiasaan dalam rumah tangga berlaku perselisihan antara suami atau
isteri, tetapi tidak semua permasalahan boleh dianggap sebagai nusyuz dan
isteri boleh dipukul. Tidak, bukan seperti itu. Perlu belajar dulu,
perselisihan dalam rumahtangga ada kalanya perkara yang wajar. Kita tidak tahu
pasang-surut hubungan suami-isteri kecuali ada bergaduh sikit, tapi tak
bolehlah sering sangat.
Nabi ﷺ
tidak pernah angkat tangan (pukul) isteri, anak apatah lagi orang lain. Dalam
jihad pun Nabi ﷺ cuma beberapa kali sahaja ketika orang mencabar kepada
baginda. Nabi ﷺ tak pernah angkat tgn untuk pukul orang.
Sayyidina
Ali kraw mengatakan ayat ini (boleh pukul isteri) hanya jika isteri derhaka,
dan bukan untuk perselisihan yang kecil-kecil.
Dalam
rumahtangga Rasulullah ﷺ pun terkadang berlaku perselisihan dengan
isteri-isteri baginda.
//Kisah
Rasulullah dan Aisyah berselisih faham, dan minta Sayyidina Abu Bakar jadi
orang tengah, tetapi akhirnya Aisyah tersilap cakap tentang Rasulullah ﷺ, dan
Sayyidina Abu Bakar marah kepada Aisyah dan ingin memukulnya. Aisyah akhirnya
bersembunyi di belakang Nabi ﷺ untuk berlindung J
Sayyidina Abu
Bakar belum reda marahnya kepada Aisyah, tetapi Rasulullah sudah berbaik dengan
Siti Aisyah. Tiada masalah yang menginap
lama di rumah Rasulullah - terus diselesaikan. Namun hari ini, pelbagai
warna-warni orang merajuk – sehingga ada yang keluar rumah. Teladani orang yang
paling baik, iaitu Nabi Muhammad ﷺ.
Maka, yang
dimaksudkan dengan nusyuz bukanlah hal-hal yang biasa terjadi dalam
rumahtangga. Tidak dianggap nusyuz jika tidak buat kopi di rumah, atau kurang
layanan kerana letih. Tetapi dianggap nusyuz bagi perkara yang prinsip –
perbuatan yang memang menghina kepada lelaki, tidak memberi penghormatan pada
suaminya, dan sikap yang melanggar kepada hukum syarak. Maka, di sini barulah
lelaki boleh tegas menghukum.
Allah suruh
nasihatkan dulu, bukan terus pukul. Sampai bila? Sampau sudah ‘fed up’, tetapi
nasihat tidak mendatangkan manfaat, kemuadian pulaukan di rumahnya (bukan
keluar rumah), jika itu pun tidak bermanfaat juga, baru boleh dipukul. Mesti
ikut tertib, dan bukan terus pukul! Mulakan dengan nasihat, pulau, dan kemudian
jika tak bermanfaat, baru pukul. Pukulan pula mesti yang tidak memudaratkan,
bukan pukulan yang mencederakan. Bagaimana bentuk pukulan?
Nabi Ayub
pernah marah pada isterinya, dan bersumpah, “Demi Allah, nanti aku sihat aku
akan pukul kamu dengan 100 pukulan.” Kemudian bila sudah sembuh, dia sedar dia telah
tersilap sumpah sebelum itu. Tetapi oleh kerana sudah sumpah, sama ada langgar
sumpah atau kena tunaikannya. Lalu Allah SWT ajarnya untuk ambil 100 lidi
halus, dan dipukul isterinya sekali. Dipukul sekali seakan-akan menyamai 100
kali. Allah SWT ajarkan demikian agar orang tak kejam pada orang rumahnya.
Walaupun menghukum, pukulan itu adalah pukulan rahmat dan bukan pukulan melepas
geram.
Dalam
Al-Quran disebutkan se’detail’ ini tatacara berhadapan masalah dalam rumahtangga.
Ini menunjukkan kepentingannya. Rumahtangga anda adalah tanggungjawab anda
kepada Allah SWT.
“Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah
Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Jika mereka
taat, jangan ada tersimpan dendam kepada mereka (isteri).
Ayat
berikutnya menceritakan masalah yang tidak boleh diselesaikan antara suami
dengan isteri, dan bagaimana menghadapinya. Kalau tengok dalam Al-Quran, ayat
tentang hukum hakam sikit saja, tapi ayat dalam hubungan antara manusia,
kehidupan rumahtangga, dijelaskan dengan panjang dunia begitu terperinci. Allah
SWT mengkehendaki rumahtangga yang harmoni, yang tenteram, damai, tiada bising
sehingga dikupas ayat-ayat dalam Al-Quran untuk membimbing dalam kehidupan
rumahtangga supaya rukun, harmoni, damai dalam rumahtangga.
Huraian Hadis 5:
Keutamaan
beruzlah bila berlaku fitnah yang boleh mengancam akidah. Dalam beberapa hadis,
Rasulullah ﷺ menyuruh kita minta perlindungan dari Allah SWT daripada fitnah
dajjal. Oleh itu, diajarkan kita membaca doa berlindung daripada dajjal selepas
bacaan tahiyyat akhir. Nabi ﷺ suruh kita lari dari fitnah dajjal, yakni kalau
kita hidup pada zaman yang ada dajjal, maka jangan seorang pun yang ada rasa ingin
tahu – bagaimana rupanya, dll kerana rasa ingin tahu itu akan boleh membawa
kepada terkena fitnah dajjal tanpa disedari. Oleh sebab itu, beruzalah untuk
beribadat kepada Allah SWT adalah digalakkan bilamana berlaku banyak fitnah
yang mengancam keyakinan dan akidah.
Salah satu
doa yang Nabi ﷺ amalkan ialah, “Ya Allah, anugerahilah aku amal baik, dan
anugerahilah aku dihindarkan perbuatan mungkar, anugerahilah aku suka kepada
orang yang miskin, dan bilamana Engkau mengkehendaki fitnah terjadi, cabutlah
nyawaku dalam keadaan tidak terkena
fitnah.”
Nabi ﷺ
minta mati jika berlaku keadaan yang mengancam akidah. Walaupun ajal tak tahu bila, tetap berdoa sebagai usaha
melarikan diri daripada terkena fitnah.
Di antara
sabda Rasulullah ﷺ - “Sebelum hari kiamat akan berlaku fitnah umpama malam yang
menggelapkan.”
‘malam yang
menggelapkan’ – orang tak dapat bezakan mana yang benar, dan mana yang silap.
Fitnah itu
akan menyebabkan berlaku pembunuhan sesama Muslimin. Sahabat terkejut dan
bertanya adakah ketika berlaku itu mereka punya akal? Maksud ‘akal’ bukannya
waras, tetapi merujuk kepada ilmu. Mereka tak punya ilmu untuk membezakan apa
yang benar dan apa yang salah.
Sahabat
tanya apa yang perlu dilakukan jika bertemu zaman itu? Rasulullah ﷺ suruh duduk
di rumah, patahkan pedang atau busur panah. Kenapa? Agar tak terfikir untuk
menyakiti umat Islam yang lain. Sahabat tanya jika rumah dimasuki orang dan
memaksanya untuk terlibat. Rasulullah ﷺ suruh masuk bilik. Ditanya lagi jika orang
yang memaksa ikut masuk bilik. Rasulullah ﷺ suruh pergi masjid, dan letakkan
tangan di pergelangan tangan dan hanya sebut “Rabbi Allah” berterusan.
Ketika
fitnah berlaku, orang yang tidur lebih baik dari yang berbaring, yang berbaring
lebih baik dari yang duduk, yang duduk lebih baik dari yang berdiri, yang
berdiri lebih baik dari yang berjalan. Sebab
terjadinya fitnah adalah hilangnya ilmu. Orang, bila tak belajar ilmu agama,
akan berlaku fitnah. Tanpa ilmu, kejahilan bermaharajalela, fitnah akan berlaku
dan pembunuhan akan berlaku. Bagaimana ilmu hilang? Bila ulama meninggal atau
ulama tidak didatangi untuk diambil ilmunya.
//Doa Penutup.
Tetamu - Habib Abdullah bin Abdul Kadir Al
Habsyi dari Seiyun
Terjemahan oleh Ustaz Asfraff Othman.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan
disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma
ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca
menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf
dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih
ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam.