Tentang KUSYUK - Kuliah Dhuha Muslimat, MDE 20.05.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Petikan sebahagian daripada Kuliah Dhuha Muslimat Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, 20.05.2014 bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid* Surah Al-Baqarah, ayat 238: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.” Bagaimana solat seseorang itu dikatakan kusyuk? Kusyuk ialah menghadirkan diri, tunduk dan patuh kepada Allah di dalam solat. “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, yang di dalam solatnya kusyuk. ” Dalam hadis disebutkan, “ Ilmu pertama yang diangkat Allah SWT daripada muka bumi ialah ilmu kusyuk. ” Diangkat oleh Allah bukan bermakna Allah ambil, tak … sebab dah tak ada lagi orang nak solat kusyuk atau yang memerhatikan kusyuk di dalam solat sehingga tak lagi wujud di dalam solat al-kusyuk. Di dalam hadis N...