Kawan atau Sahabat (2) – Tanyalah Ustaz 27.06.2013
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Az-Zukhruf, ayat 67-68: Islam mengajar bahawa persahabatan kita ini akan dibawa ke akhirat dan bukan sekadar di dunia sahaja. Di akhirat nanti akan rakan yang karib di dunia tapi bermusuhan di akhirat. Dalam satu hadis Nabi SAW menceritakan ada seorang sahabat yang ingin pergi melawat seorang sahabatnya. Allah hantar seorang malaikat kepadanya dan bertanya, “Kemana kamu mahu pergi”. Jawab sahabat itu, “Aku ingin melawat sahabatku”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah kamu mendapat apa-apa daripadanya?” Jawabnya, “Tidak, aku ingin melawatnya semata-mata kerana Allah”. Kata malaikat lagi, “Wahai si fulan, ketahuilah sesunggunya Allah menyayangimu kerana kau menyayangi sahabatmu kerana Allah”. Oleh itu, dalam bersabahat, niatkan untuk bersahabat sehingga ke syurga! Dalam bersahabat, adalah sunat untuk kita mengucapkan kasih sayang kepada rakan. ...