Bersedia Untuk Dihitung (1) - Tanyalah Ustaz 05.06.2013
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
Surah Al-Isra’, ayat 34-38
Alhamdulillah diizinkan bertemu dalam majlis ilmu yang
paling diminati ramai – Tanyalah Ustaz. Sebenarnya tuan-puan sudah menjadikan
rumah sebagai “Raudhah” dengan hanya membuka rancangan ini. Tajuk hari ini agak
berat kerana kita semua ingin melihat apakah amalan kita yang akan dihitung di
akhirat nanti.
Dalam ayat yang dibacakan ini, Allah menerangkan secara umum
tentang perkara yang akan Allah hitung. Kita tidak sangka bahawa setiap langkah
yang kita ambil – sama ada baik atau tidak – semuanya akan dihitung.
Dalam ayat 34 – Allah berpesan agar kita tidak makan harta
anak yatim. Nabi SAW bersabda yang baginda akan berada dekat dengan orang yang
membela nasib anak yatim. Dalam ayat seterusnya, Allah berpesan agar kita
terutamanya peniaga tidak menipu dalam timbangan mereka. Ini sebenarnya juga
sebagai simbolik agar kita menjaga hubungan baik dengan manusia. Biasanya ramai
yang boleh menjaga hubungan baik dengan Allah, tetapi gagal menjaga hubungan
dengan manusia. Inilah yang Nabi SAW takuti akan berlaku kepada umatnya iaitu
muflis di akhirat apabila semua pahala amalannya diberi kepada manusia yang
pernah disakiti atau diambil hak mereka secara tidak adil. Contoh mudah – kita
beli nasi lemak, tapi didapati telurnya dibelah 12, dan ikan bilis cuma 2 ekor
dan yang lainnya bawang sahaja. Ini secara tidak langsung telah menipu
pelanggan yang telah membayar harga mahal. Perniagaan seperti ini akan hilang
keberkatannya.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Benarkah sifat malu juga akan dihitung
Allah? Mohon penjelasan.
J: Ya. Dalam satu hadis, riwayat Bukhari, Nabi SAW bersabda,
“Jika kamu tidak malu, buatlah apa saja”. Ulama hadis mentafsirkan maksudnya
bahawa Nabi SAW bercakap berlapik atau sekadar memberi kiasan. Contoh serupa
pada zaman dahulu – jika anak nakal, ibu bapanya akan berkata “bertuahnya
budak” sedangkan yang dimaksudkan ialah sebaliknya. Oleh itu, maksud yang
sebenar Nabi SAW ialah melarang kita berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah di
dunia. Oleh itu, lelaki dan perempuan, kedua-duanya perlu menjaga aurat supaya
tidak diperhitungkan dan diaibkan di hadapan Allah nanti. Kita juga perlu malu
dengan nikmat yang Allah berikan dengan mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya. Kita juga perlu berbuat baik kepada ibu bapa kerana dengan jasa
merekalah kita berada di dunia ini.
S: Mengapa lidah ialah anggota paling banyak
dihisab?
J: Allah akan hitung hubungan kita dengan-Nya dan dengan manusia lain. Allah akan tanya apa kita buat untuk merapatkan silaturrahim dan lidah memainkan peranan sangat penting. Lidah boleh membawa kita ke syurga dan sebaliknya. Jika digunakan untuk berzikir dan menyampaikan dakwah dan kebaikan, maka ia akan menjadi saksi baik yang boleh membawa seseorang itu ke syurga. Jika digunakan lidah untuk menyakiti orang lain – walaupun yang kita tidak sedar – contohnya kita berkata “Eh, kau bodohlah”, yang membuatkan orang itu terasa hati dan tidak memaafkan kita, maka dia akan datang menuntut haknya disakiti dengan mengambil pahala kita atau menambah dosa kita di akhirat nanti.

S: Apakah perkara yang dipelihara daripada
lidah?
J: Jauhi lidah daripada menyebut perkara yang langsung tidak
memberi faedah kepada kita. Contohnya, jika nampak jiran beli kereta baru,
lidah mesti terus mengucapkan tahniah dan menunjukkan rasa gembira dengan
nikmat yang diberi kepadanya. Biarpun dalam hati kita geram, jangan dilafazkan.
Jangan kita menaruh syak-wasangka dan membawa cerita yang mungkinkah dia
terlibat dengan sindiket haram. Kita jangan bercakap perkara yang tiada faedah
keapda kita. Dalam satu kisah Aisyah bertanya, “Bagaimana kita akan
dibangkitkan di akhirat kelak?”. Nabi SAW menjawab, “Semua akan dibangunkan
dalam keadaan tidak berpakaian”. Aisyah terkejut tetapi Nabi SAW memberitahu
bahawa semua orang tidak lagi peduli kerana mereka lebih takutkan hisab amalan
mereka sehingga tidak terfikirkan pasal aurat lagi.
Kedua – jangan kita menokok-tambah cerita yang didengari
kerana dikhuatiri akan menjadi fitnah pula. Kesan keburukan fitnah lebih besar
dan boleh melibatkan seluruh keturunan orang yang difitnah itu. Oleh itu, lebih
baik jangan bercakap perkara yang kita tidak tahu. Lebih baik kita memuji orang
banyak-banyak. Oleh itu ada satu pepatah mengatakan, “Sesungguhnya orang yang
diam itu akan berjaya”.
S: Ada orang berilmu tetapi suka menghina
orang. Adakah mereka akan masuk syurga?
J: Ini lagi satu bahaya lidah. Orang seperti ini tidak akan
masuk syurga selagi orang yang disakitinya tidak memaafkannya.
S: Betulkah dengan lagu pun boleh masuk
syurga?
J: Sekarang kita membincangkan tentang telinga. Jika kita
mendengar syair, lagu yang mengingatkan kita kepada Allah, maka ianya baik.
Tetapi, jika kita mendengar lagu yang melalaikan, maka ianya boleh membawa
kepada dosa.
S: Bagaimana dengan sikap orang yang suka
perli-perli?
J: Itu bukan sifat Nabi SAW. Kita perlu bersikap lebih berterus-terang dan menegur dengan benar jika perkara itu benar. Jangan puji orang naik pangkat, tapi di hujung ayat kita kata dia kuat ‘mengipas’ pula. Jika hatinya sakit, maka kita telah berdosa.