Haram menikahi ibu tiri, kepentingan warak, dan kesatuan melalui kalimah 2 syahadah - MTDM 26.12.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم وعلى آله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 26.12.2014 Habib Najmudin Othman Al-Khered Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 21-22 Ayat 21: Sebagai satu muqaddimah – surah An-Nisa bermaksud perempuan-perempuan. Mungkin telah disebutkan bahawa Islam ialah agama yang sangat membela orang perempuan. Bahkan dalam ayat-ayat yang telah lalu Allah SWT menyebut keadilan dan hak-hak yang diberikan kepada wanita. Dulu, perempuan dianggap kecil, dan diperlekehkan, dijadikan barang dagangan, alat, dipergunakan dsb. Islam datang dengan kemuliaan syariatnya meninggikan kedudukan kepada orang-orang perempuan. Bahkan, ayat yang dibacakan merupakan kesinambungan dengan ayat sebelum ini yang melarang isteri kematian suami diwarisi oleh ahli keluarga suaminya, sehingga dia tidak boleh kahwin dan terpaksa mengikut apa yang diperintahkan oleh keluarga sua...