Maulid Istimewa MTDM bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz (28.11.2014)
بسم
الله الرحمن الرحيم
اللهم
صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Tausiyah 1: Habib Ali bin Abu Bakar bin Salim
Terjemahan oleh Habib Najmudin Al-Khered
Pujian dan
syukur kepada Allah Ta'ala atas segala nikmat dan peluang hadir.
Semoga
dipermudahkan untuk kita melaksanakan apa yang kita dengar dalam majlis yang
mulia ini sehingga bercahaya hati ini dan meresap masuk kepada anggota badan,
sehingga tidaklah dia beramal kecuali apa yang dicintai oleh Allah Ta'ala yang
akan menggembirakan Rasulullah ﷺ. Mudah-mudahan Allah SWT memberi
qabul kepada kita. Sebab utama diterimanya kita ini adalah dengan taubat yang
sebenar-benarnya. Oleh itu marilah kita bertaubat kepada Allah Ta'ala daripada
segala dosa-dosa kita yang lalu. Mudah-mudahkan Allah beri manfaat kepada kita
semua yang akan menjaga kita dan keluarga kita lebih-lebihan lagi pada zaman
yang penuh dengan fitnah ini.
Tausiyah 2: Syeikh
Abdullah Muhammad Shihab**
Terjemahan oleh Habib Najmudin Al-Khered
Bersyukur yang
telah menyediakan tempat yang mulia ini untuk kita diberi kemuliaan berada dalam
majlis ilmu. Pujian dan
syukir kepada Allah Ta'ala atas segala nikmat dan peluang hadir.
Sesungguhnya
kalian penuntut ilmu di tempat ini merupakan orang-orang yang diberikan
kemuliaan di sisi Allah SWT, kerana kemuliaan yang paling tinggi di sisi Allah ialah ilmu. Berapa ramai
orang-orang yang berada di tempat yang dimurkai sementara kita dipilih untuk
berada dalam majlis yang terbaik ini, maka hendaklah kita menjaganya dan
bersyukur dengan nikmat ini, dan berakhlak dengan ilmu yang dipelajari sehingga
kita diberi kurniaan untuk sentiasa hadir dalam majlis seperti ini dan berkakhlak
dengan aklak Rasulullah ﷺ.
Sesungguhnya
ilmu adalah amanah yang paling besar, yang mana kita diberi oleh Allah SWT kelebihan
dan kemuliaan daripada segala kesempurnaan anggota. Allah muliakan kita dengan mata
untuk melihat, lisan untuk bercakap, dan segala pergerakan yang ada pada
pancaindera kita ini, maka oleh kerana itu, Allah SWT minta kita menunaikan
amanah dengan ilmu yang diberikan Allah SWT.
Sesungguhnya
bagi orang-orang yang betul-betul mengamalkan ilmu yang diperolehinya, maka akan
dikurniakan cahaya oleh Allah SWT, matanya akan diberi cahaya, lisannya akan
diberi cahaya, segala pancainderanya akan diberi cahaya oleh Allah SWT dan ini
merupakan nikmat besar yang harus disyukuri. Ada seorang yang terputus 2 tangan
dan 2 kakinya bersyukur kepada Allah SWT, dan orang yang mendengar merasa pelik
dan bertanya kenapa dia masih boleh bersyukur. Jawabnya, dia bersyukur kerana
Allah masih beri nikmat mata untuk lihat kebesaran-Nya, nikmat akal untuk
berfikir akan kebesaran Allah SWT, nikmat lisan untuk bzikir kepada-Nya, yakni
Allah SWT masih mengekalkan nikmat-Nya untuk dia mengingati Allah SWT.
//Penutup
dan doa.
Tausiyah 3: Habib Muhamammad bin Abdullah
Al-Junid
Terjemahan oleh Habib Sholeh Al-Jufri
Pujian,
kesyukuran dan harapan agar perkumpulan ini akan menberi manfaat dan mengangkat
darjat kita.
Majlis ini
majlis nama orang yang besar, iaitu pintu kota besar iaitu Sayyidina Rasulullah
ﷺ, iaitu Sayyidina Ali, yang juga
digerlar Babul ‘ilm. Maka dengan demikian tidak diragukan yang di dalamnya ada cahaya
ilmu, cahaya kebaikan yang akan menebar dalam hati dan seluruh kehidupan kita
InshaAllah.
Hendaknya
setiap orang yang tahu majlis seperti ini istiqamah untuk hadir.
Banyak pada
zaman sekarang, manusia duduk di satu tempat yang tiada manfaat, menonton tv
yang tiada manfaat sedangkan majlis seperti ini ada mnfaat besar dan kurnia
besar daripada Allah SWT.
Alhamdulillah
majlis malam ini menerima tetamu agung – guru mulia kita Al Habib Umar bin
Muhammad bin Salim bin Hafidz. InshaAllah dengan kehadiran beliau kita akan
disambungkan dengan guru-guru beliau yang mulia dengan sanad beliau sampai
kepada Rasulullah ﷺ.
Mudah-mudahan
Allah berkati setiap waktu kita dan semoga kita hadir dengan hati untuk
mendengar nasihat guru mulia kita.
Tausiyah 4: Syeikh Abdul Fattah Al-Yafi’
Terjemahan oleh Habib Sholeh Al-Jufri
Dimulakan
dengan ucapan pujian dan kesyukuran kepada Allah yang telah mendudukkan kita di
depan pintu Allah sedangkan ramai berada ditempat yang dimurkai Allah.
Saat ini
ramai pemuda yang datang sedangkan zaman sekarang ini ramai pemuda yang jauh
dari agama, yang terlempar ke lembah kehinaan, tetapi kalian didudukkan Allah
SWT dalam majlis yang mulia dan agung di sisi Allah Ta'ala , maka wajib bagi
kalian untuk banyak bersyukur atas nikmat yang agung ini.
Bersyukurlah
kalian dan berbahagialah kalian kerana mendapat pujian Rasulullah ﷺ sebagaimana sabdanya bahawa ada 7 golongan yang akan mendapat naungan
di hari tiada naugan selain daripada naugan Allah SWT di akhirat nanti iaitu pemuda
yang tumbuh (membesar) dalam ketaatan kepada Allah SWT.
Para
sahabat di sekeliling Nabi ﷺ yang dulu membantu, berkhidmat,
berjuang bersama baginda, kebanyakannya ialah para pemuda macam kalian ini.
Dari tangan
para pemuda di sekeliling baginda Nabi Muhammad ﷺ inilah, Islam mendapat banyak kejayaan seperti Sayyidina Mus’ab bin
Umair r.a.
Sayyidina Mus’ab
sebelum Islam mendapat kenikmatan yang banyak kerana dia anak orang kaya.
Pakaian dan minyak wanginya, dan semuan
yang dimilikinya diimport. Dari jauh lagi sudah tercium bau minyak wanginya.
Tetapi setelah dia masuk Islam, ibu bapanya melarang segala kemewahan utknya.
Setelah terjadi
Perjanjian Aqabah yang pertama, kaum Ansar meminta untuk diutus seseorang untuk
mengajar hal agama di Madinah dan Rasulullah ﷺ memilih Sayyidina Mus’ab. Sayyidina Mus’ab pergi ke setiap rumah di
Madinah untuk mengajarkan Islam dan tiada satu rumah pun tg tidak didatanginya.
Maka, dengan
barakah dakwahnya, ramai sekali para pemimpin di Madinah yang masuk Islam seperti
Sayyidina Saad bin Muaz dan Sayyidina Saad bin Fulan*.
Sepupu kepada
Saad bin Muaz marah kerana Saad masuk Islam, dan dia ingin membunuh ssdn
Mus’ab. Kata Sayyidina Mus’ab, “Jangan kamu bunuh selagi kamu belum dengar aku
beritahu tentang Islam.” Sepupu itu pun setuju dan duduk mendengar Sayyidina
Mus’ab membaca Quran. Dia akhirnya tertarik dan bertanya bagaimana untuk
mengikuti agama Islam dan diajarkan mengucap syahadah. Dia kemudian pergi
berdakwah kepada kaum lain pula dan ditentang pada permulaannya, tetapi dia mengikut
cara Sayyidina Mus’ab – dengan meminta kaum itu mendengar tentang Islam dan
membacakan Al-Quran, lalu kaum itu pun ikut masuk Islam.
Sayyidina
Saad bi Muaz ialah pemimpin kaumnya, dan dia tidak mengizinkan kaumnya dan
keluarga bercakap dengannya kecuali mereka masuk Islam, maka semuanya pun masuk
Islam. Akhirnya semua di kota Madinah
masuk Islam, barakah dakwah Sayyidina Mus’ab bin Umair r.a. Kehidupannya sangat
sederhana di Madinah dengan memakai baju yang betampal-tampal, sedangkan dia
hidup sangat mewah sebelum Islam. Bahkan ketika dia syahid di Perang Uhud,
Rasulullah ﷺ menangis melihatkan keadaanya yang
miskin sehingga tidak cukup kain kafan untuk menutupi badannya.
Saya
berharap pemuda di Malaysia akan menyebabkan turunnya hidayah di seluruh alam,
inshaAllah. Amin.
//Penutup
dan doa.
Tausiyah 5: Syeikh Ridhuan**
Terjemahan oleh Habib Sholeh Al-Jufri
Ketahuilah
bahawa masyarakat Malaysia, Singapura, Indonesia dan rantau ini bertuah kerana
dapat berguru dengan Habib Umar. Ini
peluang daripada Allah SWT – adakah kita termasuk orang yang membela perjuangan
beliau? Apabila kita membela perjuangan beliau dan orang-orang seperti beliau
beerti kita membela perjuangan Rasulullah ﷺ. Apabila kita menyenangkan hati beliau, bererti kita menyenangkan hati Rasulullah
ﷺ. Jika Rasulullah ﷺ senang hatinya, sudah pasti Allah SWT gembira (dengan kita). Kita boleh
baca sirah tentang akhlak Rasulullah ﷺ, untuk melihat
secara langsung – Alhamdulillah dengan adanya Habibana Umar, kita boleh melihat
akhlaknya Rasulullah ﷺ.
Beruntung
yang melihat beliau dengan takzim. Abu Jahal hidup pada zaman Rasulullah ﷺ, tetapi dia tidak melihat Rasulullah ﷺ dengan keagungan di hati. Kalau kita mahu dapat manfaat, tak perlu
bersesak-sesak bersalaman dengan Habib Umar, bahkan memegang bahunya itu bukan
adab, tetapi cuba kita belajar memanjang wajah seorang wali auliya Allah,
seorang alim, seorang yang dicintai Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ, “Memandang wajah orang alim, lebih aku sukai daripada ibadah 1 tahun.”
Kita memandang wajah beliau dengan ta’zim, walaupun kita paling belakang, atau
kita tak sempat melihat beliau, tetapi hati kita taaluq kepada orang-orang
soleh, nanti kita akan dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh.
Tausiyah 6: Habib Umar bin Muhammad bin Salim
bin Hafidz
Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu
Bakar Al-Hamid
Segala puji
bagi Allah SWT yang menghimpunkan kita dengan kemuliaan dan anugerah Allah untuk
mendapatkan kemuliaan dari Allah.
Nama-nama
kamu semua sudah ditulis sebelum perkumpulan kamu di tempat ini, sebelum
diciptakan dunia ini, kita semua, nama-nama sudah ditulis oleh Allah SWT untuk kami
semua duduk bersama dengan kamu di tempat ini.
Adakah anda
semua mengetahui kenapa Allah SWT mengumpulkan kita semua? Dan adakah anda
semua tahu apa yang Allah inginkan daripada kita sedangkan (sementara), Allah Maha Kaya, dan
kita sangat memerlukan kepada Allah. Sesungguhnya Yang Kaya dan Pemurah itu tidak
memanggil kecuali untuk memberi pemberian daripada-Nya. Semoga Allah SWT
memberikan kepada kita pemberian yang terbesar pada malam hari ini, dan
memberikan kita anugerah kesungguhan untuk menumpukan matlamat kepada Allah
SWT.
Dan marilah
kita bersama-sama merenungkan sifat yang disifatkan kepada orang-orang yang
beriman dan juga telah dijanjikan pemberian kepada mereka oleh Allah dan Allah
tiada memungkiri janji-Nya.
Allah SWT
berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mereka
antara satu dengan yang lain adalah saling kasih mengasihi dan tolong-menolong.”
Dan dengan kadar ketinggian keimanan kita kepada Allah SWT, maka kamu hendaklah
mengasihi kepada orang-orang beriman, dan kamu menaburkan kasih kepada yang tidak
beriman agar beriman dan terselamat dari neraka.
Dan tidak
terjadi kelemahan dalam diri kita untuk memberi kasih sayang pada orang beriman
dan memberi kasih sayang pada orang tak beriman, melainkan (maka ini)
disebabkan kelemahan iman yang ada. Moga-moga Allah memberi anugerah kepada
kita akan hakikat keimanan.
Dan dalam
membincangkan tentang mengasihi kepada orang-orang beriman ini diperlukan dari
kita kesedaran dan kefahaman. Sesungguhnya mereka itu di sisi Allah SWT
mempunyai pelbagai darjat dan juga kedudukan. Di antara mereka adalah bilamana
tidak wujud kasih-sayang itu akan menjadi kufur, wal iya zubillah, kedudukan
yang tinggi seperti itu ialah kedudukan para anbiya dan mursalin. Dan juga orang-orang
yang hampir dan dekat dengan Allah SWT, yang mana dikatakan membenci kepada
mereka itu sifat kemunafikan, sepertimana mereka itu ialah orang-orang Ansar,
dan juga mereka terdahulu memeluk kepada ugama Islam daripada kaum Muhajirin. Dan
kita membaca dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim, cerita-cerita dan
sifat-sifat tentang mereka. Di antaranya ialah tanda keimanan ialah kasih
kepada orang Ansar, dan tanda kemunafikan ialah benci kepada orang Ansar.
Barangsiapa yang mencintai mereka akan dicintai oleh Allah Ta'ala, barangsiapa
yang membenci kepada mereka akan dibenci oleh Allah. Di antaranya ialah apa
yang disabdakan Rasulullah ﷺ tentang Sayyidina Ali – “Tidak mencintai
engkau wahai Ali kecuali orang yang beriman dan tidak benci kepada engkau
kecuali orang munafik.”
Maka,
dikatakan olehnya, “Tidak terangkat pedang aku kepada orang lain untuk ditegakkan
kerana Allah SWT, walaupun itu yang dilakukan, melainkan bertambah di dalam
diri aku keimanan kepada Allah SWT, dan kasih-sayang kepada Allah SWT dan tidak
memberikan makan kepada aku makanan yang dipenuhi minyak samin yang sedap
kepada orang munafik melainkan aku bertambah kebencian.”
Dan di
antara mereka ada yang dianugerahi keilmuan dan pemahaman di dalam Al-Islam. Dalam
hadis Nabi ﷺ bersabda, “Bukan dari golongan kami mereka orang
yang tak menghormati orang yang lebih tua, mengasihi yang lebih muda dan
menghormati kepada orang yang alim.”
Disabdakan
oleh baginda Rasulullah ﷺ setelah memanggil kepada ahli
keluarganya, maka dikatakan oleh baginda, “Tidak beriman sesiapa pun yang tidak
mengasihi kamu semua kerana kamu adalah kerabat aku.”
Dan di dalam
menabur kasih-sayang kepada orang-orang yang beriman, baginda Rasulullah ﷺ bercakap tentang sifat punca
kehinaan seseorang adalah dengan merendahkan atau menghinakan orang lain. Di
dalam hadis, Rasulullah ﷺ bersabda, “Cukup seseorang itu adalah
hina bilamana menghina kepada orang lain.”
Dan ini
makanya kita dapat melihat kepada golongan-golongan tertentu yang ingin meninggikan
darjat kepada sahabat Nabi Muhammad ﷺ, tapi pada
masa yang sama, mereka adalah membenci kepada ahli keluarga Rasulullah ﷺ. Dan
dengan demikian juga, kamu akan mengetahui akan kejahilan seseorang yang mengangkat darjat ahli keluarga Rasulullah
ﷺ dengan maksud menghina dan merendahkan kepada
sahabat Rasulullah ﷺ.
Dan sungguh
tidak dikatakan seseorang itu dalam golongan orang-orang nasbin atau nasibi
(yakni orang-orang yang membenci kepada ahli keluarga Rasulullah ﷺ), mereka yang mengagungkan dan memuliakan para sahabat Rasulullah ﷺ seperti Sayyidina Abu Bakar.
Dan sungguh
tidak digolongkan dalam golongan orang-orang ‘ratibi’, yakni orang-orang yang membenci
kepada para as-sahabah bilamana dia mencintai dan menghasihi kepada ahli
keluarga Rasulullah ﷺ seperti Sayyidina Ali, Sayyidatina
Fatimah Zahra, Sayyidina Hassan, Sayyidina Hussein dan yang lainnya. Dan
sungguh bukan termasuk daripada golongan ahli sunnah kepada yang mengasihi
kepada sahabat dan membenci kepada ahlul bayt, dan maka ini adalah bukan ahli
sunnah dan takkan mencium bau sunnah.
Barangsiapa
yang tidak menyakini akan kasih-sayang kepada semua yang disebutkan tadi,
sungguh di dalamnya ada kekurangan dalam keimanan, dan apatah lagi untuk
menamakan dirinya ahli sunnah.
Dalil-dalil
daripada Al-Quran dan juga al-sunnah yang menjadi saksi bahawa orang yang
sifatnya seperti itu adalah tidak sempurna imannya. Allah SWT berfirman dalam
Al-Quran, “Sesungguhnya yang menjadi penolong kepada kamu itu ialah Allah SWT
dan Rasul-Nya, dan juga orang-orang beriman dan bersedekah serta mengeluarkan
zakat, sementara mereka berada di dalam rukuk.”
Dan panutan
dan ikutan kita dalam hal ini ialah Nabi Muhammad ﷺ.Adakah kita dapat menggambarkan yang beliau itu membenci ahli
keluarganya sendiri? Atau Nabi Muhammad ﷺ itu tidak suka untuk memuji kepada mereka? Ataukah dapatkah digambarkan
kalau Nabi Muhammad ﷺ membenci kepada para sahabat?
Ataupun tidak suka untuk mereka itu dipuji?
Kalau ada
orang yang merasa berat untuk memuji kepada mereka, orang ini ikut siapa? Akan
tetapi adanya orang dan pihak tertentu yang menabur fahaman yang keliru
sehingga mengelirukan kepada orang ramai yang mana perbuatan mereka itu yang
menimbulkan perkara tidak baik itu adalah termasuk golongan yang telah
diberitakan bahawa tanda hampirnya hari kiamat ialah munculnya orang-orang yang
mempermainkan dalam nas-nas untuk melakukan perkara yang tidak dibenarkan dalam
agama.
Dikatakan
bahawasanya apa yang berlaku daripada orang-orang yang mempermainkan agama ini
bukan hanya pada zaman ini tapi zaman awal pun sudah ada orang-orang
mempermainkan agama dengan dalil yang tidak ditepati dan diantaranya ialah apa
yang pernah dikatakan oleh Sayyidina Farazdaq** ketika memuji kepada Sayyidina
Ali – “Sesungguhnya agama ini adalah dimulai dengan orang ini (yakni Sayyidina
Ali) dan sungguh agama ini daripada rumah orang ini dicapai oleh seluruh umat.”
Dan dikatakan juga bahawasanya daripada sumber yang mana mencintai kepada
mereka adalah merupakan keimanan dan membenci kepada mereka merupakan sifat
kekufuran.
Dan kita
merayu kepada Allah supaya Allah membasahi hati kita dengan keimananan yang
mantap. Dan akan bangkit daripada majlis ini dalam keadaan hati kita mempunyai
kasih sayang kepada semua orang yang beriman. Dan juga akan menguatkan kasih
sayang kepada semua orang beriman secara amnya dan khususnya. Mereka yang
diistimewakan daripada orang-orang beriman yang perlu dikasihi ialah para
anbiya dan mursalin serta ahli keluarga, dan juga mereka para siddiqin,
syuhada, dan orang-orang yang soleh. Semoga Allah menghimpunkan kita semua
bersama dengan mereka. Amin.
Maka,
hendaklah kamu semua mengetahui bahawasanya pegangan kami ini adalah mencintai
kepada semua yang disebutkan sebentar tadi dan ini adalah ingin mengingatkan kepada
golongan yang ingin menuduh kepada perkara-perkara yang tidak jelas, tidak
berasas, bukan kerana kami ingin menunjukkan kemuliaan kami daripada mereka,
akan tetapi atas dasar kasih sayang kami kepada mereka, atas dasar ikatan kami dengan
mereka, maka kami perlu mengingatkan kepada mereka bahawasanya penghujung
daripada kehidupan ini tiada yang mengetahui dalam keadaan apa, itu adalah yang
menentukan kebaikan kita nanti bilamana penghujung daripada ajal ini tiba
kepada kita.
Ini adalah
merupakan satu ingatan bahawasanya kita mengharapkan moga-moga Allah SWT
memberikan penghujung daripada kehidupan kita dalam keadaan hati kita ini dipenuhi
kasih-sayang kepada orang-orang beriman yang secara khusus dan yang secara am,
dan inilah yang kami harapkan dari Allah SWT. Berkata daripada Imam As-Syafie,
“Saya ini kasih kepada orang-orang yang soleh walaupun saya tidak termasuk
golongan daripada mereka. Harapan saya adalah untuk mendapat syafaat dengan
berkat daripada mereka.”
Maka
hendaklah kita juga dapat menghiasi diri dengan sifat yang disifatkan Allah
Ta'ala dalam Al-Quran nul Kareem iaitu orang-orang beriman itu mengasihi antara
satu dengan yang lain. Dan diteruskan sifat orang-orang beriman itu adalah
menegakkan kebaikan, kerana ianya disukai Allah dan mencegah perbuatan yang
mungkar kerana perkara yang mungkar adalah dibenci oleh Allah. Dan di antara
perkara yang baik dan ma’ruf itu adalah perkumpulan kamu semua pada malam ini.
Dan di antara perkara-perkara yang mungkar ialah apa yang tersimpan di dalam
‘handphone’ atau kaca tv daripada perkara-perkara yang mungkar - itu bahagian
daripada perkara mungkar yang mesti dicegah. Diantaranya ialah membenci kepada
orang beriman, atau pun merendahkan walaupun hanya seorang daripada mereka,
walaupun hanya seorang daripada mereka, walaupun hanya seorang daripada mereka.
Sesungguhnya Allah SWT yang memerhatikan kepada hatinya.
Ya Allah, bersihkan
hati kami daripada perkara tersebut. Dan jadikan warna kepada kami adalah orang-orang
yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu dengan ketaatan kepada Allah Ta'ala
dan Rasul-Nya, dengan dengan tidak dipandu atau diperintah untuk tunduk kepada yang di Timur atau yang di Barat
ataupun orang yang ahli fikir atau sesiapa pun juga yang tidak mempengaruhi
kepada kita untuk taat kepada mereka melainkan hanya taat kepada Allah dan
Rasul-Nya.
Maka, saya
akan akhiri dengan penghujung dan juga hasil atau buah bagi mereka orang-orang
yang telah merealisasikan dirinya dengan sifat yang Allah sebutkan.
“Mereka itu
adalah orang-orang yang dirahmati Allah.”
Ini yang
dikatakan Tuhanku di dalam Al-Quran.
“Iaitu
mereka itu adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah.”
Ya Allah
jadikan kami daripada golongan mereka.
“Mereka itu
adalah orang-orang yang dirahmati oleh Allah.”
“Mereka itu
adalah orang-orang yang dirahmati oleh Allah.”
Sesungguhnya
Allah Maha Perkasa dan Bijaksana.
Allah telah
menjanjikan…
Allah telah
menjanjikan…
Allah telah
menjanjikan kepada orang-orang beriman lelaki dan perempuan syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai dan tempat-tempat yang indah di syurga ‘Adn
dan juga keredhaan daripada Allah Yang begitu Agung dan Besar, dan juga
keredhaan daripada Allah Yang lebih Besar.
Alangkah manisnya
kata-kata ini? Alangkah bersih dan manisnya pemberian daripada Tuhan Yang Maha
Perkasa? Apakah hadiah yang ada di muka bumi ini di Timur dan di Barat apabila
dibandingkan dengan pemberian Allah? yg diberikan oleh kerajaan atau yayasan?
Maka tak ada ap pun pemberian yang boleh menandingi pemberian Allah.
Dan
keredhaan daripada Allah Yang lebih Besar itulah kejayaan yang begitu jelas.
Wahai Yang
tidak memungkiri janji, anugerahkan kepada kami semua pemberian-Mu itu. Jadikan
kami orang-orang yang menghiasi diri dengan sifat-sifat yang Engkau sebutkan
untuk mendapatkan janji yang Engkau janjikan. Dengan Rahmat-Mu Yang Maha
Mengasihi.
Dan datang
kepada kamu pada malam hari ini ramai daripada orang-orang yang datang dari
pelbagai negara dan mereka adalah orang-orang yang berilmu. Dan juga hadir
bersamu kamu ahli Parlimen Setiawangsa Dato Ahmad Fauzi. Dan semua yang hadir
baik di sini baik daripada kalangan orang dewasa atau anak-anak muda yang
membawa akan rahsia kemurniaan hati, dan sungguh Allah SWT melihat kepada hati
kamu semua. Bagi Allah pemberian yang begitu luas, dan telah menjanjikan kepada
kita semua bagi mereka yang duduk berzikir kepada Allah untuk dihapuskan
dosanya dan digantikan dengan kebaikan. Moga-moga Allah meng’qabul’kan
(menerima) kita semua. Jadikan kami semua orang-orang yang Kau qabulkan ya
Allah. Setiap kami yang hadir di sini, tunjukkan wajah Nabi-Mu di hari kiamat.
Tunjukkan kami wajah Nabi-Mu di hari kiamat. Tunjukkan kami wajah kekasih-Mu di
hari kiamat. Seterusnya dilanjutkan dengan doa.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah
seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma suntingan ceramah mereka. Jadi,
KKN memohon pembaca mengulangkaji sendiri melalui rakaman video/audio di sumber
asal untuk pemahaman yang lebih baik. Pihak KKN mohon maaf dan teguran atas
segala kekurangan.
** Mungkin berlaku kesilapan pada nama atau ejaan nama, pada yang tahu
diharap dapat membetulkan dengan menghubungi admin. Jzkk.
Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat dimanfaatkan.
Wallahu'alam.