Hukum Faraid, Ajal Yang Mengejar & Mencari Keberkatan - MTDM 05.12.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم وعلى آله وصحبه وسلم
Habib Ali
Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Link video rakaman Darul Murtadza:
Bahagian 1 - Tafsir Surah An-Nisa (ayat 11-14)
Ayat 11
menceritakan hukum warisan. Sebelum ini, ayat-ayatnya menyebut secara umum
(‘general’) tentang warisan, baik kepada lelaki ataupun perempuan. Ayat yang
menceritakan tentang hak warisan untuk wanita dan anak-anak adalah menegur
kepada golongan jahiliyyah dahulu. Bilamana ada yang meninggal, cuma lelaki
yang menerima warisan kerana merasakan mereka mempunyai tanggungjawab kepada
keluarga, dan wanita dan kanak-kanak tidak diberikan apa-apa. Oleh kerana
perkara ini merupakan satu ketentuan yang ditetapkan Allah SWT kepada lelaki
dan perempuan, maka Allah SWT berfirman tentangnya dalam ayat 11.
Dalam ayat
7 – Allah SWT sebutkan siapa yang berhak mendapat harta warisan, yakni termasuk
wanita dan kanak-kanak.
Dalam ayat
8 – Allah SWT menekankan tentang adab ketika membahagikan harta warisan. Allah
menyuruh beri pada orang yang hadir pada hari pengagihan, walaupun mereka bukan
ahli waris, tetapi suruhan ini tidaklah wajib.
Ayat 9
mengingatkan agar tiada orang yang mengabaikan ahli waris dengan menafkahkan
semua hartanya sebelum dia meninggal.
Ketiga-tiga
ayat ini menyebut secara umum tentang adab dengan harta warisan. Dalam ayat
seterusnya (ayat 11) barulah disebut secara terperinci tentang pembahagian
harta kepada ahli waris.
Harta
termasuk salah satu daripada 5 maqasid syariah. 5 objektif syariah (atau
maqasid as-syariah) ialah melindungi agama, harta, nyawa, kehormatan
(keturunan), dan akal.
- Melindungi agama – orang tidak boleh kufur kepada agama
- Melindungi akal – tidak boleh merosakkan akal dengan perkara seperti arak atau dadah
- Melindungi nyawa – diharamkan pembunuhan tanpa hak
- Melindungi harta – diharamkan merampas harta orang lain tanpa hak kecuali dalam hal zakat
- Melindungi maruah (keturunan) – apa saja yang menyentuh kepada menodai maruah orang lain termasuk zina, mengumpat, merendahkan orang lain diharamkan Allah SWT.
Salah satu
daripada 5 ini ialah harta yang mempunyai kesucian untuk dilindungi dalam
agama. Jadi, Allah SWT menurunkan ayat-ayat ini untuk menunjukkan yang Allah
SWT amat prihatin terhadap masalah harta agar tiada orang yang mengambil hak
orang lain dengan sebab yang tak dibenarkan, dan semuannya diaturkan oleh Allah
SWT.
Ayat 11:
“Allah
berwasiat kepada kamu…”
Allah
berwasiat kepada kamu, yakni orang tua (ibubapa) yang sememangnya sayang kepada
anak-anak.
Adakah
orang yang lebih sayang kepada anak selain ibu bapa? Tidak. Allah mewasiatkan
kepada ibu bapa sebagai menzahirkan kasih-sayang Allah SWT pada ahli waris.
Allah SWT tidak membenarkan untuk semua harta yang dimiliki seseorang diberikan
kepada orang lain tanpa diberi kepada ahli waris bahagian yang sepatutnya untuk
mereka. Dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ, baginda juga
menyebut bahawa jika seseorang meninggalkan keluarga dalam keadaan berharta adalah
lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta dan
membebankan orang lain.
‘Allah
berwasiat’ –maka, wasiat Allah mesti ditunaikan. Apabila mendapat wasiat, orang
melihat siapa yang mewasiatkan. Jika yang mewasiatkan itu orang yang mempunyai
kedudukan yang tingi, yang disanjung dihatinya, orang yang disayangi, dimuliakan, maka akan
segera ditunaikan wasiatnya. Apatah lagi jika yang mewasiatkan ialah Allah SWT
– maka tiada yang lebih wajib ditunaikan melebihi daripada menunaikan wasiatnya
Allah SWT.
“… bagi lelaki
2 kali bahagian perempuan..”
Syeikh Imam
Al-Sha’rawi mengatakan kenapa Allah mengatakannya begini? Kenapa tidak dikatakan
perempuan mendapat separuh dari lelaki, sedangkan secara parktikalnya jumlahnya
sama?
Yakni, Allah
menjadikan neraca hak lelaki bergantung kepada hak perempuan. Yang menjadi neraca
timbangannnya ialah perempuan, Kalau neraca peruntukannya perempuan, maka
perempuan yang menentukan berapa hak dan peruntukan untuk lelaki. Dan ini
adalah bahagian daripada Allah memuliakan perempuan dalam pembahagian warisan
berbanding lelaki! Kenapa Allah sebutkan demikian?
Kerana wujud
perempuan ini tanggungjawab kepada lelaki, baik suami atau bukan suami. Suami
wajib memberi nafkah pada isterinya. Bagaimana kalau ada perempuan yang tidak
bersuami? Bapa, abang, bapa saudara yang perlu beri nafkah kepadanya. Jadi, berapa
pihak yang bertanggungjawab kepada perempuan? Dua pihak – suaminya atau lelaki daripada
keluarganya. Oleh sebab itu bagi lelaki
2 bahagian – kerana mereka perlu beri kepada isterinya dan wanita yang dalam
tanggungannya (yang bukan isterinya).
Jadi, apa
yang ditohmahkan oleh golongan orientalis dengan mengatakan yang agama Islam
zalim terhadap perempuan dalam pengagihan harta warisan adalah SALAH. Mereka
hanya mengambil sebahagian daripada ayat Quran dan tidak membahaskannya secara
menyeluruh bagaimana lelaki boleh mendapat 2 bahagian berbanding dengan perempuan.
Seorang lelaki
yang punya lebih daripada 1 isteri? Semuanya, jika 2,3 atau 4, ada 10 orang
anak, maka semuanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya. Isteri, walaupun
punya 10 anak, tak bertanggungjawab nafkah kepada walaupun seorang daripada anak-anaknya.
Jadi, siapa yang lebih bertanggungjawab dalam memberi nafkah? Lelaki! Kalau
lelaki dapt 2 bahagian warisan, dan ada 4 orang isteri dan 10 orang anak, mana
cukup 2 bahagian yang diterimanya itu, sedangkan kalau perempuan, walaupun
dapat separuh daripada lelaki, tapi dia sendiri mendapat manfaat harta itu,
tidak wajib beri kepada siapa pun. Justeru, dalam hal harta warisan pun Allah
SWT memuliakan kaum perempuan berbandingkan lelaki. Jika perlu ada rasa cemburu
atau rasa pilih kasih, sepatutnya lelakilah yang rasa cemburu kerana perempuan
dapat lebih banyak daripada lelaki.
Tetapi oleh
kerana mentalilti golongan orientalis cuma melihat kepada potongan ayat –
lelaki mendapat 2 bahagian daripada perempuan, kita pun terikut sama dan
berkata, “Macam tak kenalah ayat Quran ini”. Sebenarnya kepala orang itu yang
tidak benar, dan tak seorang pun lelaki yang cemburu dengan perempuan kerana
perempuan adalah tanggungjawab lelaki.
“..Tetapi jika anak-anak perempuan itu
lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati.”
Yakni jika
seseorang meninggal dunia dan ada 2 atau lebih anak perempuan. Maka, mereka
dapat 2/3 daripada harta warisan untuk dibahagi sesama mereka.
Dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh)
harta itu.
Jika
seorang saja anak perempuannya, bahagiannya ialah separuh.
Dan bagi ibu bapa (si
mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.
Contohnya
jika Zaid meninggal dunia, dan mempunyai anak, dan ibu bapa. Maka,
masing-masing ibu dan ayahnya mendapat 1/6 dan anak lelakinya mendapat bakinya.
Tetapi jika Zaid mempunyai anak perempuan, maka anak perempuannya dapat
setengah, dan ibunya dapat 1/6 dan ayahnya dapat baki.
Tetapi jika si mati
tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah satu pertiga.
Jika si
mati tak punya anak, maka orang tuanya yang berhak mendapat warisan – ibunya
mendapat (1/3), ayahnya mendapat baik iaitu (2/3).
Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah
satu perenam.
Kalau si
mati mempunyai saudara kandung, atau saudara seayah atau seibu, maka ibu
mendapat 1/6, baki kepada saudaranya.
(Pembahagian itu)
ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya.
Peruntukannya
diberi setelah 2 perkara:
1. Menunaikan
wasiat si mati untuk diagihkan hartanya kepada bukan ahli waris, maksimum
sebanyak 1/3. Jika diwasiatkan lebih daripada itu, yang boleh diteruskan ialah
1/3, dan bakinya perlu mendapat persetujuan SEMUA ahli waris yang ada bahagian
dalam harta tersebut. Jika ada yang tidak setuju, maka haknya perlu diberikan
kepadanya. Si mati mempunyai hak agar apa yang diwasiatkannya ditunaikan (max
1/3 hartanya) dan ahli waris tidak berhak menukar apa yang telah diwasiatkan
oleh si mati.
2. Hutang
adalah hak simati untuk ditunaikan sebelum hartanya diberikan kepada waris.
Hutang itu ditanggung si mati selagi tidak diselesaikan. Dalam satu kisah, Nabi
ﷺ SAW enggan mensolatkan jenazah yang mempunyai hutang. Nabi ﷺ enggan kerana
solatnya menjadi syafaat kepada orang yang disolatkan dan dengan itu akan
menafikan hak orang yang simati masih berhutang dengannya. Kemudian, seorang
sahabat bernama Qatadah menyanggupi untuk menanggung hutang si mati, dan
setelah itu baru Nabi ﷺ setuju untuk mengimamkan solat jenazah si mati. Tetapi
setelah itu, setiap kali berjumpa Qatadah, pasti Rasulullah ﷺ akan bertanya
adakah hutang itu sudah dilangsaikan, sehingga Qatadah menjadi malu untuk
bertemu Nabi ﷺ kerana dia masih belum mampu melunaskannya. Setelah ada rezeki
melunaskan hutang itu dan dikhabarkan kepada baginda Rasulullah ﷺ, baginda pun
berkata, “Sekarang ini baru mulai sejuk kuburnya.”
Imam Ibnu
Kathir pula menceritakan tentang 2 orang sahabat Nabi Muhammad ﷺ. Seorang telah
meninggal dunia, dan seorang yang belum meninggal bermimpi bertemu dengan yang
mati. Ditanyakan keadaannya, dan dikatakan Allah telah mengampunkannya. Tetapi
sahabat itu nampak ada kesan di lehernya, dan apabila ditanyakan, dikatakan itu
kerana hutang yang belum dibayar kepada seorang Yahudi. Si mati sudah
menyediakan wang untuk membayar hutang itu tetapi tidak sempat memberikan
kepada Yahudi itu. Sahabatnya yang masih hidup pun diminta mengambil wang itu,
ditempat yang keluarganya pun tidak tahu, untuk dibayar hutang tersebut. Ini
menunjukkan yang mimpi orang soleh adalah benar.
3. Kos
pengkebumian
4. Zakat,
sekiranya belum dikeluarkan untuk tahun itu.
“…lbu-bapa kamu dan
anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta
banyak manfaatnya kepada kamu…”
Kita tidak
dibenarkan berfikir untuk memberikan harta lebih kepada orang tua kerana sebagai
menghargai jasa mereka sebagai ibu bapa atau diberikan lebih kepada anak kecil
sebagai persiapan keperluan mereka pada masa hadapan, yakni dengan mengurangkan
hak-hak seperti yang ditentukan oleh Allah SWT dengan persepsi dan alasan yang
dicipta manusia. Kamu tak tahu apa yang mendatangkan manfaat baik kepada orang
tua kamu atau anak-anak kamu, tetapi Allah Maha Tahu. Yang sudah ditentukan
Allah SWT – itu yang paling mendatangkan manfaat – walaupun nampak satu lebih
daripada yang lain.
“.. sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Allah
beritahu kita yang Allah Maha Mengetahui – yakni peruntukan yang Allah berikan adalah
berdasarkan pengetahuan Allah SWT. Yang menentukan Maha Mengetahui, yang
menentukan Maha Bijaksana – tentunya ketentuan
itu membawa kebaikan kepada orang yang diberikan harta warisan tersebut.
Dalam ilmu
Faraid – ada dinyatakan 17 golongan yang boleh diberikan harta warisan – 10
lelaki, dan 7 perempuan. Siapakah 10 dan 7 golongan ini? InshaAllah jika ada
rezeki kita akan bincangkan lain kali.
Ayat 12:
Ayat
sebelum ini menceritakan tentang bahagian warisan antara ibu bapa dan
anak-anak, adik-beradik. Ayat ini pula menceritakan pembahagian warisan bila
berlaku suami atau isteri yang meninggal.
“Dan bagi kamu satu
perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak
mempunyai anak…”
Terkadang
isteri ada banyak harta, jadi suami akan dapat separuh harta itu jika isterinya
yang meninggal dunia, dengan syarat isterinya tiada anak, baik anak dengan
suami sekarang atau anak dengan bekas suami. Cuma suami yang dapat harta,
tetapi bekas suami tiada kena-mengena.
“.. Tetapi jika mereka
mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka
tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah
dibayarkan hutangnya.”
Jika isteri ada anak,
suami dapat ¼ sahaja. Pembahagian mesti setelah ditunaikan wasiat dan dibayar
hutangnya.
Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu
tidak mempunyai anak.
Isteri atau
isteri-isteri adalah ¼ jika suami tiada anak.
Tetapi kalau kamu
mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan,
dan sesudah dibayarkan hutang kamu.
Kalau suami
ada anak, isteri dapat 1/8. Pembahagian
mesti setelah ditunaikan wasiat dan dibayar hutangnya.
Dan jika si mati yang
diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa,
dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan
(seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam.
‘Kalalah’
ialah seorang yang meninggal, tiada anak atau ibubapa, tetapi mempunyai
saudara, khususnya saudara satu ibu, bukan saudara satu ayah. Maka, jika dia
ada seoang saudara lelaki atau perempuan, maka saudaranya akan dapat 1/6.
Kalau pula mereka
(saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada
satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah
ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya;
Tetapi jika
saudara seibu lebih daripada seorang, maka semua saudaranya dapat 1/3 dan
berkongsi sama banyak baik lelaki mahupun perempuan.
“.. wasiat-wasiat yang
tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap
satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”
Wasiat
tidak boleh memudaratkan ahli waris, kerana terkadang ada orang yang ada harta
banyak tetapi bermasalah dengan ahli warisnya (isteri, anak atau saudaranya).
Jadi oleh kerana tidak mahu orang yang tak disenanginya itu mendapat hartanya
bila dia meninggal, maka dia mewasiatkan untuk memberi hartanya kepada yang
bukan ahli waris, dan ini tidak dibenarkan.
Ayat 13 & 14:
Barangsiapa
taat kepada ketetapan Allah, walaupun dirinya dapat kurang walaupun banyak
berkhidmat sebelum si fulan meninggal, maka dalam hal ini ketaatan kepada Allah
akan diganjar dengan syurga. Siapa yang melanggar hukum Allah dengan tidak
mematuhi apa yang sudah ditentukan oleh Allah SWT sama ada dengan mengambil
lebih daripada haknya, atau menyembunyikan hak orang lain, maka dia akan dimasukkan
ke neraka dan akan berada lama di dalamnya.
Ini lebih
kurang permasalahan berkaitan harta warisan antara orang tua (ibubapa), anak
dan saudara (adik-beradik), dan pasangan suami isteri, atau lebih dikenali
sebagai ilmu faraid. Dikatakan dalam satu hadis bahawa ini faraid adalah ilmu
pertama yang akan dicabut Allah SWT. Apa maksud dicabut? Sebab orang tak banyak
lakukan. Banyak orang menipu, memalsukan tentang surat tanah dan macam-macam
lagi, lebih-lebih lagi menggunakan teknologi canggih untuk menipu tanpa rasa
tanggungjwab kepada Allah SWT. Suatu hari ada 2 orang datang bertemu Rasulullah
ﷺ untuk berebut sekeping tanah. Rasulullah ﷺ memutuskan berdasarkan hujjah yang
lebih kuat di antara mereka berdua, dan berkata, “Saya putuskan dari apa yang
saya dengar dengan hujjah yang lebih kuat daripada si fulan. Ingatlah si fulan,
jika kamu menipu dengan hujjah kamu, maka apa yang aku berikan kepada kamu
adalah potongan dari api neraka.” Walaupun Nabi ﷺ berhukum secara zahir dengan
bukti yang dikemukakan, tetapi baginda memberi amaran dengan apa yang
tersembunyi misalnya pemalsuan bukti atau saksi palsu. Mendengarkan itu, si
fulan terus menolak keputusan Nabi ﷺ dan menyerahkan kepada yang seorang lagi.
Yang seorang lagi pun menolaknya juga. Masing-masing warak, takut jika kerana
sepetak tanah nanti sepetak juga yang akan ditanggung di neraka nanti, wal iya
zu billah. Satu jengkal saja akan menjadi satu jengkal beban di neraka, jika
satu ekar, maka akan dibebank dengan satu ekar dan seterusnya.
“Takutlah
dengan api neraka walaupun dengan hanya separuh kurma!” Apatah lagi dengan
separuh atau satu ekar tanah, wal iya zu billah.
Bahagian 2 - Kitab Riyadhus Solihin
Bab 65 - Mengingatkan Kematian dan Mengurangkan Angan-Angan.
Huraian hadis 3 & 4 (574 & 575):
Imam Nawawi
menyebut di sini hadis Nabi Muhammad ﷺ yang menggambarkan
tentang manusia, ajal, angan-angan dan gangguan. Angan-angan seseorang manusia
itu jauh keluar daripada kotak ajalnya. Bagaimana manusia boleh berangan-angan
lebih daripada ajalnya? Ertinya agar kita jangan ada angan-angan melampau
seakan-akan akan sampai kepada angan-angan tanpa ada ajal yang menanti. Dalam
hidup ini ada kejar-mengejar: kita mengejar angan-angan, ajal mengejar kita,
siapa yang sampai dulu? Allahu’alam. Semakin tinggi angan-angan manusia,
semakin ajal mendekati, kerana ajal mempunyai had, tetapi angan-angan manusia
tak punya had. Kata Sayyidina Ali bin Abi Talib, “Yang saya khuatirkan kepada kamu ialah 2 perkara - mengikut hawa
nafsu, dan mempunyai harapan yang panjang.” Orang yang punya angan-angan yang
tinggi akan melupakan akhirat. Apakah asbabnya? Harta! Semakin banyak harta
yang dimiliki, dan tidak mengingati tanggungjawab kepada Allah dengan harta
yang diberi, maka dia akan terfokus hanya kepada harta, dan lupa kepada yang
memberi harta. Digambarkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran nul Kareem - kisah seorang
dalam surah Al-Kahf yang berangan-angan kebunnya tidak akan musnah sehingga
anggap akhirat takkan berlaku, tapi kalau berlaku juga mengharap Allah beri
kebaikan padanya (walaupun dengan kekufurannya).
Berfikirlah
untuk bijaksana dalam hidup agar tak tertipu dengan angan-angan.
Huraian hadis 5 (576):
Bersegera
beramal sebelum tiba 7 hal:
1.
kemiskinan yang melupakan kita kepada Allah
2. kekayaan
yg menyebabkan kita zalim
3. penyakit
yang menyebabkan kita tidak sabar dengan dugaan tersebut
4. usia
tua, yang kita tak mampu lagi untuk beramal
5. kematian, yang kita tak mampu lagi untuk beramal
6. Dajjal
dan fitnahnya
7. Kiamat –
hari pedih dan berbahaya
Hadis ini
juga menceritakan perlumbaan antara manusia dengan umurnya. Nabi Muhammad ﷺ
mengingatkan untuk kita berlumba-lumba untuk memanfaatkan peluang yang diberi
Allah SWT sebelum perkara yang 7 datang kepada kita, iaitu:
1.
kemiskinan yang melupakan kita kepada Allah
2. kekayaan
yg menyebabkan kita zalim
3. penyakit
yang menyebabkan kita tidak sabar dengan dugaan tersebut
4. usia
tua, yang kita tak mampu lagi untuk beramal
5. kematian, yang kita tak mampu lagi untuk beramal
6. Dajjal
dan fitnahnya
7. Kiamat –
hari pedih dan berbahaya
Yakni
ambillah peluang umur untuk beramal kepada Allah SWT kerana umur ini ialah yang
pertama yang akan disoal Allah SWT. Ya Insaan, Allah beri kita umur 60 atau 70
tahun, mungkin lebih sikit, mungkin kurang, kita pun tak tahu, tapi purata
antara 60-70 tahun.
Imam
Ghazali mengatakan dengan umur purata ini, kita gunakan untuk tidur 20 tahun. Ini
kerana dalam sehari kita tidur 8 jam, yakni 1/3 daripada 24 jam, maka 1/3
daripada 60 ialah 20 tahun. Kemana pergi baki 40 tahun? Belum kira umur baligh lagi, waktu untuk lepak-lepak, rehat, kerja,
tengok bola dll, berapa waktu untuk Allah SWT? Kita punya modal 60 tahun,
potong 20 tahun untuk tidur, kecuali tidurnya orang-orang yang beriman.
Tidurnya jadi ibadah kerana tidur mengikut sunnah Nabi ﷺ. Tidurnya niat untuk
bgn malam, tidurnya pun diganjar Allah SWT. Orang yang bijak, orang yang
belajar, orang yang hadir Majlis Ta’lim Darul Murtadza. Ambil peluang ini –
umur tiada untuk kita beli dikedai walau tambahan 1 minit atau 1 jam. Ini umur
akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah SWT. 40 thn yang tinggal ditolak
lagi dengan umur baligh 15 tahun, ditolak waktu kerja lagi. tapi orang yang
bijak, akan meniatkan kerjanya untuk menurut perintah Allah, untuk mencari
rezeki yang halal, untuk beri nafkah pada diri agar tak meminta-minta, untuk
beri nafkah ibu bapa, isteri, anak-anak, maka kerjanya akan jadi ibadah! Tapi
berapa ramai yang berfikiran bahawa kerjanya adalah satu ibadah? Ataupun kerja
hanya untuk mengumpulkan benda keduniaan saja.
Suatu hari,
sahabat melihat seroang lelaki gagah perkasa keluar rumah dan berkata,
“Alangkah bagusnya jika lelaki ini keluar berjihad fi sabilillah.” Kata baginda
Rasulullah ﷺ, “Jika dia keluar mencari nafkah untuk memenuhi keperluan dirinya,
dia fi sabilillah, kalau dia keluar mencari nafkah untuk keperluan ibu bapanya
yang tua, dia fi sabilillah. Jika dia keluar mencari nafkah untuk memenuhi
keluarganya, dia fi sabilillah. Jika dia keluar mencari nafkah untuk memenuhi
keperluan orang miskin, dia fi sabilillah. Tapi jika dia keluar hanya untuk
mengumpulkan harta untuk sombong, bongkak, maka dia fi sabili syaitan. Mungkin
dua orang bekerja di tempat yang sama, tapi kerana beza niatnya, satu fi
sabilillah, dan satu lagi fi sabili syaitan.
Huraian hadis 6 (577) :
Al-Qayyis
(orang bijak pandai) banyak ingat mati, walaupun tiada gelaran Dr. atau Prof,
atau apa-apa gelaran! Orang yang beramal untuk memetika hasil di akhirat ialah
orang yang bijak pandai mengikut definisi Nabi ﷺ. Orang jahil ialah orang yang
ikut hawa nafsunya tapi inginkan permberian yang besar dan baik dari Allah SWT.
Walau apa gelarannya, kalau ikut hawa nafsu sahaja, dan tidak imarahkan
akhiratnya, maka dia orang yang jahil mengikut definisi Nabi Muhammad ﷺ.
Huraian hadis 7 (578):
Hadis ini
memberitahu tentang satu amal yang perlu kita lazimkan sebelum ajal datang.
Oleh kerana tidak tahu bila ajal akan datang – maka perlu sentiasa bersedia.
Kalau kita tahu ada tetamu akan datang hari itu, maka pagi-pagi lagi kita sudah
bangun untuk sambut tetamu itu. Seorang sahabat memberitahu yang sebagai
persiapannya menunggu ajal ialah dengan memperbanyakkan berselawat. Nabi ﷺ tak
pula mengatakan yang perlu buat ibadah lain juga, baginda tidak memaksa dengan
yang berat tetapi mengalakkan lagi untuk diperbanyakkan jika mampu. Lelaki itu
mula menanyakan dengan waktu yang ¼ tetapi kemudian diberi galakan lagi
sehingga dia akhiranya ingin memperbanyakkan selawat sepanjang waktu. Kata
baginda Rasulullah ﷺ, “Kalau begitu, segala susah-payah, dan keperluan kamu
akan dicukupkan oleh Allah SWT, semua dosa kamu akan diampunkan, jika meninggal
dalam keadaan berselawat, akan diampunkan dan dicukupkan dari kerisauan
sakaratulmaut atau segala perkara yang menyusahkan.” Bukankah ini satu petua
supaya orang banyak berselawat kepada Rasulullah ﷺ sebagai persiapan untuk
menghadapi kematian. Satu-satunya amalan yang cukup istimewa ialah berselawat
kepada Nabi Muhammad ﷺ. Memang tak dinafikan semua perbuatan lain seperti
Al-Quran, tasbih, tahmid itu ibadah, tetapi sahabat ini ingin khaskan satu ibadah
tersendiri dan Nabi ﷺ tidak melarangnya.
Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril, m/s
6-12.
Dimulakan
dengan menyebut hadisnya yang berbunyi:
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ
: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ
يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ
عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ, لاَ
يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ
السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا
أَحَدٌ, حَتَّى جَلَسَ
إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم, فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى
رُكْبَتَيْهِ, وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى
فَخِذَيْهِ, وَ قَالَ
: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ
الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ
تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ
لَهَ إِلاَّ اللهُ
وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ,
وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ
اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ
: صَدَقْتُ. فَعَجِبْنَا لَهُ
يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ
: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ
: أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ
تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ
شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ
: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ, قَالَ
: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ
كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ
لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ
: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ
: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ
السَّائِلِ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ
أَمَارَاتِهَا, قَالَ : أَنْ
تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا, وَأَنْ
تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ
الْبُنْيَانِ, ثم اَنْطَلَقَ, فَلَبِثْتُ مَلِيًّا, ثُمَّ
قَالَ : يَا عُمَرُ,
أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ
: اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ
: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Umar bin Khathab Radhiyallahu anhu
berkata:
Suatu ketika, kami (para sahabat)
duduk di dekat Rasulullah ﷺ. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki
mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat
padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami
yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan
kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi,
kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”
Rasulullah ﷺ menjawab,”Islam adalah,
engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya
Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan shalat;
menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke
Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau
benar,” maka kami heran, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi:
“Beritahukan kepadaku tentang Iman”.
Nabi ﷺ menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada
Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman
kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”
Dia bertanya lagi: “Beritahukan
kepadaku tentang ihsan”.
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau
beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak
melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”
Lelaki itu berkata lagi :
“Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah
lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan
kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab,”Jika seorang budak
wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang
kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling
berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera
pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah
engkau, siapa yang bertanya tadi?”
Aku menjawab,”Allah dan RasulNya
lebih mengetahui,” Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian
tentang agama kalian.”
[HR Muslim, no. 8]
Kitab ini
akan membicangkan tentang 3 cabang ilmu iaitu - ilmu syariah, feqah dan tasawwuf.
Siapa yang
belajar ilmu feqah tanpa ilmu tasawwuf, maka dia boleh tergelincir melakukan
perkara yang fasiq. Siapa yang belajar ilmu tasawwuf tanpa ilmu feqah boleh
menjadi orang yang lebih berbahaya daripada orang yang pertama iaitu orang yang
berbahaya keyakinannya. Orang yang ketiga ialah orang yang belajar feqah dan
bertasawwuf – barulah dia belajar ilmu yang benar, bilamana di gabungkan dengan
2 perkara iaitu pertama: ilmu syariah yang merangkumi ilmu aqidah dan kedua:
ilmu tasawuf yang berkaitan ilmu kerohanian. Ilmu tasawuf tak boleh dinilai
dengan orang-orang yang melabelkan diri mereka tasawwuf, tetapi menyimpang
daripada syariat Nabi Muhammad ﷺ. Ilmu tasawwuf bukanlah ilmu khayal kerana ia
sebenarnya ada dalam segala disiplin ilmu. Dalam ilmu feqah, kita perlu
bertasawwuf, dalam ilmu tauhid, kita perlu bertasawwuf, ruh kepada setiap ilmu
itu ialah tasawwuf kerana menyentuh kepada kerohanian. Jika ada orang mengaku
tasawwuf merepek dan melakukan yang salah, jangan disalahkan ilmu tasawwufnya,
kerana yang salah itu praktikalnya. Semoga kita dapat belajar tentang tasawwuf
yang akan diterangkan dalam kita ini oleh Habib Zein. InshaAllah.
Tausiyah Tetamu: Habib Husein Luqman Al-Attas (teman belajar di Hadhamaut, dari
Indonesia)
//Ucapan
kesyukuran dan pembukaan.
Ketenangan
yang kita dapat di majlis yang mulia ini, akan berpindah pergi ke tempat yang
kita singgah selama kita ada irtiba’ yang kuat kepada majlis ini – dan rahmat yang
kita dapat di sini itu akan kita bawa ke rumah kita juga, sehingga rumah tangga
jadi rahmah dan mawaddah, selama kita amalkan apa yang kita dengar ilmu dan
petua apa yang kita dengarkan.
Malaikat di
keliling menjaga tempat ini. Hadis ini ditutup dengan menyatakan yang Allah
menyebut nama-nama kita di majlis ahli langit (bersama malaikat).
Pesan: Dalam
kehidupan di dunia ini, kita ingin keberkatan – keberkatan dalam mencari
rezeki, mencari ilmu, dalam umur, aktiviti dan sebagainya.
Nabi ﷺ ada ajarkan kepada kita untuk ucap Salam. Salam ini satu simbol untuk
saling mengenali dengan saudara kita. Memberi salam sunnah, menjawab itu wajib.
Tapi dalam Salam itu ada satu kunci keberkatan kalau kita amalkan. Bagaimana
salam boleh membawa keberkatan dalam hidup kita?
Guru-guru
kami berpesan: Jika sampai ke satu tempat – meskipun penghuni tiada, ucapkan:
Salam
(Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh), dan sambung dengan “Assalamualaika
ayyuhan Nabi warahmatullahi wa barakatuh”, dan sambung dengan “Assalamualaina
wa ala ibadillahisolihin.”
Kemudian baca
surah Al-Ikhlas, jika baca sekali, keberkatan itu untuk diri kita saja, tapi
jika ingin penghuni rumah dapat berkat juga, baca 2 kali, dan kalau baca 3
kali, seluruh lingkungan kita akan dapat keberkatan.
Semoga yang
sedikit ini dapat diamalkan. //Doa penutup.
Tausiyah Tetamu: Ustaz Jafri bin Abu Bakar
Mahmoodi (Pendakwah
dari Pulau Pinang)
//Ucapan
pembukaan.
Kepentingan
liqa’ (pertemuan) – ada seorang sahabat masuk Islam pada zaman Nabi Muhammad ﷺ masih hidup, tetapi dia tak mendapat gelaran sahabat. Namanya Uwais
Al-Qarni tapi tidak mendapat gelaran sahabat dan itulah kepentingan liqa’.
Pertemuan
kita ini bukan perhimpunan biasa. Inilah perhimpunan yang inshaAllah nanti di
akhirat akan bangun bersama-sama dan bergerak di padang masyar untuk bertemu
Rasulullah ﷺ. Kita tiada jalan, atau
cara melainkan bangkit mengikut bersama Rasulullah ﷺ.
Baginda Nabi
Muhammad ﷺ ketika hidup ingat kita, bahkan di padang masyhar nanti pun akan
tertunggu-tunggu kita. Kita kena bangkit dengan Nabi ﷺ.
//Dilanjutkan dengan kisah-kisah Sahabat yg berkorban demi menjaga keselamatan Rasulullah, dan kepentingan utk duduk dekat bersama ulama dan org-org soleh.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini
bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma
suntingan ceramah mereka. Jadi, KKN memohon pembaca mengulangkaji sendiri
melalui rakaman video/audio di darulmurtadza.com untuk pemahaman yang lebih baik.
Pihak KKN mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga,
di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat dimanfaatkan.
Wallahu'alam.