Nikmat taubat dan qabul taubat, nikmat banyak pada benda yang tak disukai, larangan minta mati, kepentingan syahadah - Majlis Ta'lim Darul Murtadza 19.12.2014
Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 18-21
Ayat 18:
Antara nikmat (yang diberikan) ialah nikmat taubat – tanpa taubat
manusia akan dihukum kerana kemaksiatan yang dilakukannya. Tapi jika Allah
berkehendak untuk tidak menghukumnya, maka manusia itu akan menerima nikmat
taubat. Apa yang dimaksudkan dengan nikmat taubat bukanlah bila taubat seseorang
itu diterima. Tetapi ada 2 nikmat: nikmat untuk bertaubat dan nikmat qabulnya
(diterima) taubat. Sebelum mendapat nikmat qabul taubat, Allah SWT berikan dia
nikmat taubat untuk dia bertaubat. Tanpa nikmat taubat, dia takkan bertaubat
dan tidak akan mendapatkan qabul taubat. Oleh kerana demikian, Allah
menceritakan dalam Al-Quran nul Kareem, orang yang bertaubat jangan menyangka
dirinya sudah mengkedepankan taubat kepada Allah Ta'ala. Tidak, Allah SWT yang
beri azam, suara dalam hatinya untuk nak bertaubat. Kalau Allah tak gerakkan
hatinya untuk bertaubat, maka dia takkan bertaubat.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran nul Kareem, dalam surah yang dinamakan surah At-Taubah, Subhanallah, surah
pun dinamakan dengan nama at-Taubah, kerana besarnya dan sukanya Allah SWT
kepada orang yang bertaubat kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat seorang hamba
melebihi gembiranya seorang musafir yang kehilangan unta dan bekal makanannya
di atas unta tersebut. Kemudian, dia menjumpai kembali unta tersebut sehingga
tersasul mengatakan “Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Engkau adalah hamba aku, aku
adalah Tuhan engkau.” Oleh kerana terlalu gembira, dia menggatakan yang
terbalik. Lelaki itu berjalan di padang pasir yang panas dan kehilangan unta
dan bekalnya. Dia pun putus harapan lalu tertidur dan sangat gembira bila
terjaga dan melihat untanya sudah kembali. Gembiranya lelaki yang telah putus
harapan sebelumnya tetap tidak melebihi gembiranya Allah bilamana mendengar
suara hamba-Nya bertaubat.
Oleh kerana demikian, baginda Rasulullah ﷺ berkata, “Wahai manusia, bertaubatlah
kamu kepada Allah kerana saya bertaubat setiap hari 70 kali.” Apa tujuan Rasulullah ﷺ bertaubat? Kita bertaubat kerana dosa yang tak
boleh dikira tapi Nabi Muhammad ﷺ bertaubat kepada Allah SWT untuk meraih
kasih-sayang dan cinta daripada Allah SWT, kerana Allah SWT menjanjikan
kasih-sayang dan cinta kepada orang yang suka bertaubat, bukannya bertaubat,
tapi orang yang suka bertaubat. Suka bertaubat (itu) sering bertaubat. Orang
biasanya akan bertaubat bila dia buat dosa, tapi bagi mereka yang arif, akan
sentiasa bertaubat kepada Allah SWT untuk meraih kasih-sayang. “Allah suka
kepada orang yang sering bertaubat.”
Baginda Rasulullah ﷺ bertaubat sehari 70 kali, dan dalam riwayat lain
sebanyak 100 kali, dalam keadaan baginda tidak berdosa. Kita bukan tak berdosa bahkan
bermandikan dosa. Hari-hari kita berdosa, nak kita pun kita mampu. Tapi beramai
orang yang berdosa beristighfar hari-hari? Munkin sebahagian daripada mereka
tak beristighfar, mungkin sebahagin daripada mereka tak rasa bersalah. “Ya
insaan, wahai yang berlumuran dengan dosa, yang tak berdosa beristighfar hari-hari
70 kali! Bukankah kita patut hari-hari beristighfar 1000 kali kepada Allah?
Mungkin itu pun tak cukup dengan dosa yang kita lakukan.
Para ‘ariffin mengatakan, “Kita punya istighfar ini perlu kepada
istighfar yang lain untuk mengistighfarkan istighfar kita.” Kerana istighfar kita tak sungguh-sungguh, di mulut saja, praktikal
tetapi dia berbuat dosa terus-menerus. Oleh sebab itu istighfar kita perlu
istighfar (untuk) mohon ampun kepada Allah kerana istighfar kita yang tak jujur,
tapi Allah SWT masih beri peluang kepada kita, dalam hadis Qudsi, Allah SWT membuka
pintu taubat di waktu pagi, supaya orang bertaubat di waktu pagi. Allah buka
pintu taubatnya malam supaya orang yang buat maksiat di siang hari boleh
bertaubat di malamnya – 24 jam pintu taubat tak pernah ditutup Allah SWT.
Allah SWT, dalam hadith, “Kalah ada hamba berbuat setiap hari 70 kesalahan,
dan istighfar 70 kali, Allah akan ampunkan.” Ini berita yang memberikan kepada
kita bagaimana sifat rahmat Allah SWT dan apakah sikap manusia? Adakah menyikapi sebagaimana layaknya Allah
bersikap kepada kita? La (tidak), kita banyak lupa. Kita kurang bahkan tidak
menghargai peluang yang Allah berikan kepada kita. Bangkitlah daripada majlis
ini untuk belajar memahami ‘offer’ (tawaran) dari Allah SWT untuk kita
beristighfar setiap hari – kurang-kurang 70 atau 100. Itupun kalau 100 masih kurang
kerana yang tak berdosa beristighfar 100 kali, kita yang banyak dosa mesti
patut lebih, tapi “Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.” Ikut yang
penting – kita ambil setiap hari.
Nabi Rasulullah ﷺ ucap tahniah bagi orang yang bila terima kitabnya, termaktub di dalamnya banyak istighfar. Orang
ini bertuah, berjaya, diucap tahniah oleh Nabi Muhammad ﷺ. Maka, kembali kepada permasalahan nikmat taubat dan qabul taubat. Ketika
Allah menceritakan tentang 3 orang yang tidak ikut perang bersama Rasulullah ﷺ
dan mereka bertaubat dan taubat mereka diterima. Allah berfirman “Allah menganugerahkan
taubat kepada mereka supaya mereka bertaubat.” Ini belum cerita tentang nikmat
qabulnya taubat, ini baru pemberian dalam hati orang itu untuk bertaubat, baru
setelah itu diterima taubatnya oleh Allah. Siapa yang memberi ilham untuk seseorang
itu bertaubat? Allah SWT.
Dengan demikian, kalau orang itu beristighfar, mohon ampun kepada Allah SWT, penyesalan yang ada di dalam hati, ungkapan untuk memohon ampun, itu nikmat daripada Allah Ta'ala agar dia diberi ampun oleh Allah SWT. Berapa nikmat kita dapat? Dua nikmat besar. Ilham untuk bertaubat itu nikmat, berapa ramai orang buat mungkar tak bertaubat? Tak terlintas pun dalam hati mereka untuk bertaubat. Bahkan sebahagian daripada mereka merasa nikmat dengan maksiat, apatah lagi untuk bertaubat - wal iya zu billah. ‘Merasa lazat dengan maksiat’ – ini hati orang yang ‘mahjud’** - hati yang tertutup sehingga tak terlintas untuk bertaubat pada Allah SWT. “Mereka itu orang yang dianugerahi taubat oleh Allah untuk mereka bertaubat, dan diterima taubatnya oleh Allah SWT.” Maka - ini perkara yang penting – nikmat taubat dan nikmat qabul taubat.
Dengan demikian, kalau orang itu beristighfar, mohon ampun kepada Allah SWT, penyesalan yang ada di dalam hati, ungkapan untuk memohon ampun, itu nikmat daripada Allah Ta'ala agar dia diberi ampun oleh Allah SWT. Berapa nikmat kita dapat? Dua nikmat besar. Ilham untuk bertaubat itu nikmat, berapa ramai orang buat mungkar tak bertaubat? Tak terlintas pun dalam hati mereka untuk bertaubat. Bahkan sebahagian daripada mereka merasa nikmat dengan maksiat, apatah lagi untuk bertaubat - wal iya zu billah. ‘Merasa lazat dengan maksiat’ – ini hati orang yang ‘mahjud’** - hati yang tertutup sehingga tak terlintas untuk bertaubat pada Allah SWT. “Mereka itu orang yang dianugerahi taubat oleh Allah untuk mereka bertaubat, dan diterima taubatnya oleh Allah SWT.” Maka - ini perkara yang penting – nikmat taubat dan nikmat qabul taubat.
Kemudian Allah SWT berfirman, “Ancaman kepada mereka yang sudah diberi
peluang bertaubat tak dihargai sehingga ajal, kematian menghampirinya, dan
berkata, “Sekarang aku nak bertaubat.” Sebelum itu tak terlintas untuk
bertaubat, nak hidup umur panjang, masih lama lagi, nak ‘enjoy’ dulu, habiskan
masa muda, dah tua nanti baru nak bertaubat kepada Allah SWT. Di antara tipu
muslihat syatian ialah ‘at-taswif’ – menunda-nunda untuk berbuat baik. Nanti,
esok, lusa, minggu depan, bulan depan, umur 50, 60 – itu ‘at-taswif’ –
sebahagian daripada tipu muslihat as-syaitan.
Yang tadi tak diterima taubatnya oleh Allah kerana ruh sudah sampai
ke halkum, dan yang kedua ialah mati
dalam keadaan kafir juga tidak diterima Allah SWT, bahkan disediakan azab yang
pedih.
Ayat 19:
Ayat ini ayat mempunyai renteten dengan ayat-ayat sebelum ini iaitu perihal
warisan. Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dijadikan warisan tapi pernah
dijadikan warisan pada zaman masyarakat jahiliyyah yang akhirnya dimansuhkan
oleh Allah SWT. Apakah warisan itu? Mewarisi manusia, selain daripada hamba
sahaya. Kalau hamba sahaya mmg diwariskan mengikut adab-adab dan hukum yang
termaktub dalam feqah. Tetapi ini berkaitan dengan manusia yang merdeka.
“Wahai orang-orang yang beriman…”
Bilamana Allah menyeru orang-orang yang beriman, maka yang diseru ialah
tuntutan pilihan keimanannya kepada Allah, yang mesti patuh kepada yang dia
beriman kepada-Nya. Allah SWT tidak memaksa hamba untuk beriman kepada Allah
Ta'ala. Allah Ta'ala memberi pilihan kepada manusia untuk beriman dan kufur. Akan
tetapi Allah mengancam kepada yang kufur dan memberi ganjaran kepada yang
beriman. Bilamana orang diberi pilihan untuk beriman atau kufur, maka dalam
keimanan ada tuntutan, dan dalam kekufuran pun ada hukuman. Terpulang pada
orang itu nak pilih yang mana. Allah tidak memaksa hamba untuk beriman, tapi
Allah Ta'ala memberitahu – “Kalau kau beriman, ada tuntutan dan ganjaran. Kalau
kau kufur, di situ ada hukuman yang kau mesti tanggung.” Pilih sendiri.
Kalau pilih iman – mesti ikut kepada tuntutan iman. Tidak ada orang yang
kata ‘Aku nak beriman, tapi hal-hal tertentu dalam beriman aku tak nak ikut..”
“Aku anak beriman, tapi masalah tudung tu aku tak boleh.” Ini iman bukan
sesiapa yang berhak mengatur boleh atau tak boleh, ini iman adalah kita percaya
Allah Ta'ala dan kepercayaan itu menuntut untuk kita patuh pada hukum hakam
Allah. Macam mana kita nak masuk universiti, tapi nak masuk kelas ikut suka,
tapi nak ‘pass’ juga. Atau nak kerja, tapi masuk kerja nak suka hati, tapi gaji
nak dibayar. Apa agaknya ‘boss’ akan kata dengan kakitangan seperti itu? Nak
beriman, kata Allah, mesti ikut tuntutan iman. Kalau tak, ada pilihan kedua –
tunggu hukuman di sana. Tapi untuk ikut suka kita di muka bumi ini, ini bumi
ada yang punya, bukan kita yang punya.
Wahai orang-orang yang beriman – bersedia untuk terima perintah Allah
SWT. Apakah itu?
“… tidak halal bagi
kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan..”
Apa maknanya mewarisi perempuan? Dahulu di zaman jahiliyyah, bila suami
meninggal, anak daripada isteri yang lain boleh mewarisi isteri ayahnya yang
meninggal (ibu tiri) selain ibunya. Dengan apa? Dengan mengambil baju dan
melemparkan kepada isteri ayahnya , maka dengan demikian, anak itu berhak
mewarisi daripada ayahnya. Apa yang nak dibuat? Dinikahi atau jika dinikahkan
dengan orang lain, mas kahwin akan diambil oleh anak yang mewarisinya. Perkara
ini di zaman jahiliyyah, dan salah seorang daripada mereka bernama Sofwan ibnu
Umayyah, pernah menikah dengan bekas isteri ayahnya, setelah ayahnya meninggal
dunia. Sistem jahiliyyah yang berlaku ketika itu dihapuskan Allah SWT. Ertinya
perempuan yang merdeka tidak boleh menjadi warisan kepada sesiapa pun.
“dan janganlah kamu
menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil
balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila)
mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.”
Ya suami, kamu tidak dihalalkan untuk mengambil balik pemberian yang
kamu beri sebagai mas kahwin. Tidak berhak menuntut balik juga. Terkadang sebahagian
orang tak suka kepada isterinya, entah masalah apa berlaku, kemudian suami tak
mahu melepaskan isteri melainkan isteri mengembalikan semua mas kahwinnya. Kalau
tidak dibiarkan tergantung – tidak dihampiri, dan tidak diberikan nafkahnya,
yakni tidak berstatus sebagai isteri ataupun seorang yang terlepas daripada
suaminya. Fenomena seperti ini pernah berlaku pada zaman jahiliyyah di mana
suami ingin menghukum isterinya atau ingin menuntut balik harta daripada mas
kahwin yang diberikan.tdk diberikan nafkah sebagai isteri yang meyusahkannya,
dan tidak juga dilepaskan agar boleh bernikah dengan orang lain. Begitu hukuman
yang pernah berlaku pada zaman itu. Pada zaman kita juga ada berlaku, banyak
sikitnya Allahu’alam, ramai orang mempunyai pasangan suami isteri tapi
masing-masing tak menunaikan haknya disebabkan oleh kerana pembahagian harta
sepencarian atau apa yang sudah disepakati antara mereka berdua, kerana tidak
mahu harta itu berpindah kepada pihak yang sebelah sana, maka dikekalkan
menggantung seperti itu – tidak dihampiri, tidak ditunaikan nafkahnya, dan juga
tidukpun bersama dan tidak diceraikan kerana menjaga harta yang dimiliki salah
seorang daripadanya – jahiliyyah moden, jahiliyyah abad 20, kembali apa yang
dibuat jahiliyyah zaman dulu. Bilaman masing-masing tidak mampu menunaikan
haknya – dilarang oleh Allah untuk menzalimi – Allah larang minta sebahagian,
apatah lagi semuanya.
Kamu boleh tuntut hanya jika isteri melakukan zina dengan orang lain.
Maka dalam hal ini diperbolehkan dengan melakukan cerai khuluk, di mana isteri membayar
suaminya untuk diceraikan, dan kuantiti disepakati atau ditentukan oleh
mahkamah jika tiada persetujuan.
Dan kemudian Allah SWT berfirman:
“Dan bergaulah kamu dengan mereka
(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik..”
Kita ingin tengok bagaimana Allah SWT menceritakan tentang nikmat pada
perkara yang sukar, manis pada perkara yang pahit, ganjaran pada perkara yang
berat. Apa yang dilakukan jika tak suka isterinya? Hantar balik? Ceraikan talak
10? Bukankah bertimbun kes cerai di mahkamah dan amat dikesali kes paling ramai ialah daripada umat islam sedangkan
Al-Quran mencuba dengan pelbagai ayat untuk mewujudkan rumah tangga yang
harmoni, Allah cerita panjang lebar berkenaan kehidupan rumah tangga, tapi umat
yang paling banyak mengalami keruntuhan rumah tangga. Bukankah mereka
sepatutnya berpandukan kepada ayat-ayat yang dituliskan oleh Allah yang
difirmankan dalam Al-Quran nul Kareem? Bukankah sepatutnya mereka yang lebih
nampak menjadi contoh kepada bukan Islam kerana Al-Quran nul Kareem membina rumah
tangga mereka. Di mana silapnya? Adakah silap padaAl-Quran nul Kareem?
Mustahil. Yang menurunkan Al-Quran nul Kareem ialah yang menciptakan manusia,
yang Maha Tahu apa yang paling baik untuk manusia. Maka, diturunkan manhaj
(pedoman, pegangan) sebelum perkahwinan itu ada. Tetapi kalau pedoman tak
dipegang - bagaimana nak pasang alat eletrik jika seseorang tak baca ‘manual’-
nya. Sayangnya, ramai orang Islam cuma tahu sebut “Aku terima.” Kalau pergi
kursus pun hanya untuk tujuan formaliti.
Agama ini menjadikan perkahwinan dengan 2 sebutan yang kedua-duanya
adalah berat. Dan andai orang Islam memahami perkara ini – Apakah perkara itu?
Allah jadikan perkahwinin itu amanah dari Allah SWT – dan kedua: Rasulullah ﷺ
jadikan perkahwinan wasiat khusus untuk kaum lelaki.
Adapun amanah – Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya perempuan itu dihalalkan
kepada kamu amanah dari Allah.” Kamu ambil perempuan itu sebagai isteri - amanah dari Allah. Dikatakan
amanah walaupun yang mengahwinkan ialah walinya. Dalam hal ini – lelaki yang
menerima perempuan untuk dijadikan isteri telah menerima amanah dari Allah dan
dia bertanggungjawab kepada Allah SWT. Bukan hanya dalam nafkah makanan,
minuman atau nafkah zahir, tapi nafkah tarbiah – pendidikan untuk menjadi
wanita solehah. Jangan hanya mampu memberikan nafkah untuk dia mampu melakukan
apa saja kenikmatan keduniaan tanpa diperhatikan solatnya, hijabnya, tanpa
diperhatikan dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia keluar, dengan siapa
dia makan, minum. Jangan jadi seperti orang yang dikatakan Rasulullah ﷺ sebagai
dayyus – orang yang tidak tergugat maruahnya, yakni tak kisah dengan siapa
isterinya bercakap, makan, bekerja. Yang tak ada perasaan ‘ghairah’ isterinya
duduk dengan siapa, berjalan dengan siapa, bercakap dengan siapa.
Apa lagi yang lebih berat daripada tanggungjawab ini, (yakni)
tanggungjawab kepada Allah dan Rasul-Nya? lelaki – Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya
berwasiat untuk kamu buat baik kepada isteri kamu.”
Berbuat baik tak bermakna beri semuanya, tetapi memberikan apa yang telah
diatur dalam hukum-hakam bagi mereka, yang membawa kebaikan kepada mereka dan
ahli keluarga mereka.
Apa tindakan bagi lelaki dipertanggungjawabkan dengan amanah dari Allah
dan wasiat daripada Rasulullah ﷺ? Maka, dalam hal ini Allah memberi nama kepada
ikatan ini – telah diambil daripada kamu satu janji dan sumpah yang berat.
Sumpah apa yang berat itu? Tanggungjawab yang diamanahkan Allah SWT. Dalam hal
ini, Allah SWT menjadikan hubungan pernikahan suami-isteri sebagai satu janji
dan sumpah yang berat, sepertimana yang akan kita dengar dalam firman Allah SWT
yang akan datang.
Maka, dalam hal ini Allah SWT menjelaskan tentang mempergauli isteri
dengan baik kerana ianya merupakan amanah dari Allah dan wasiat Rasulullah ﷺ.
“ Kemudian jika kamu
(merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu
terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang
Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
(untuk kamu).”
Kamu (manusia) tak suka, kalau dalam ayat ini salah satu maksudnya suami
tak suka kepada isteri, perlu diperhatikan dulu tidak sukanya suami kepada
isteri dalam hal apa. Bukan dalam hal mutlak seperti suami tak suka isterinya
pergi ke masjid, atau hadir majlis ta’lim, pakai hijab – ini suami yang tak
tahu nak kata macam mana, isterinya taat pada Allah, dia tak suka. ‘Problem’
bukan pada isteri, tapi pada suami. Tidak suka yang dimaksdukan di sini mestilah
perkara yang tidak terkait dengan masalah agama, perkara yang mungkin dari segi
adab atau akhlaknya, tapi dia jaga hal Allah SWT.
Kalau kamu tak suka sesuatu, yang bukan dalam hal agama, tapi dalam hal
layanan umpamanya, tapi Allah letakkan kebaikan yang banyak padanya. ‘Tak suka’
di sini dinisbahkan kepada manusai, tapi ‘kebaikan’ di sini dinisbahkan kepada
Allah SWT. Subhanallah, kita tak suka, Allah beri ganjaran. Kenapa manusia
lebih menitikberatkan untuk melepaskan diri daripada perkara yang disukai,
sementara lupa dengan kebaikan yang Allah simpan padanya. Manakah yang lebih
baik? Melepaskan kebaikan yang Allah akan bagi dengan perkara yang kita tak
suka atau kita puaskan diri dengan melepaskan benda yang kita tak suka, tapi
dengan itu kita terlepas peluang kebaikan yang banyak daripada Allah SWT. Orang
yang bijak akan berfikir – Aku tak suka sikit, Allah bagi banyak. Maka pemikiran
yang waras akan bersabar dengan benda yang diat tak suka dengan menunggu
pemberian yang banyak daripada Allah SWT. Di sini Allah SWT ingin meletakkan
konsep tidak semua perkara yang kamu sukai itu baik bagi kamu, dan tidak semua
perkara yang kamu tidak sukai itu membawa perkara tidak baik bagi kamu.
Mungkin saja kamu tak suka sesuatu
– Allah tak sebut isteri, Allah tak cakap macam tu, walaupun ayat ini cerita
tentang suami yang tak suka pada isteri. Dibuat (dinyatakan secara) ‘general’.
Maknanya, bukan hanya kepada isteri saja kamu tak suka Allah beri kebaikan,
tapi dalam segala hal.
Contohnya apa? Jihad fi sabilillah. Apakah yang dikorbankan oleh orang
yang pergi berjihad? Perkara berharga aiatu nyawanya. Maknanya mereka
mengorbankan sesuatu yang mereka tak suka kehilangannya, tetapi apa yang mereka
dapat? Kedudukan yang sangat tinggi disisi Allah. Ini salah satu perbuatan yang
tak disukai tapi Allah simpan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Kiaskan
dalam segala hal kehidupan, mungkin kita diduga oleh Allah SWT dengan
kemiskinan, atau kekurangan harta. Pegang kepada konsep yang mungkin benda yang
kamu tak suka itu yang lebih baik untuk kamu.
Ringkasan: Kisah Tha’labah yang minta Rasulullah ﷺ mendoakan dia kaya.
Dinasihatkan supaya tidak minta begitu oleh Rasulullah ﷺ tapi dia tetapi terus meminta
sehingga 3 kali dan akhirnya didoakan juga oleh Rasulullah ﷺ. Kambingnya pun
beranak-pinak sehingga banyak dan dia mulai meninggalkan solat berjemaah,
kemudian semakin sibuk sehingga solat Jumaat pun tak datang. Kemudian setelah
setahun, apabila diminta zakat dia minta masa berfikir dan mula memutar belit
dunia mengatakan yang zakat seperti jizyah, yakni cukai yang dikenakan kepada
orang kafir. Tha’labah tidak mengeluarkan zakatnya dan Allah Ta'ala pun menurunkan
ayat melarang Rasulullah ﷺ menerima zakat daripadanya. Setelah itu Tha’labah
datang kepada Rasulullah ﷺ untuk bayar zakat, tapi Rasulullah ﷺ memberitahu
yang Allah tidak membenarkannya untuk menerima. Tha’labah cuba membayar lagi
pada zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Umar, tapi kedua-duanya
pun tak menerimanya. Dia meninggal pada zaman khalifah Sayyidina Uthman bin
Affan. Kalau dia dengar nasihat Rasulullah ﷺ dari awal, “Sedikit yang kamu
syukur adalah lebih baik dari banyak yang kamu tak larat nak pikul.” Siapa yang
lebih tahu rahsia yang terbaik untuk kita? Allah SWT.
Imam Ali bin Muhammad bin Hussein Al-Habsyi berkata, “Bilamana kamu tak
diberi oleh Allah apa yang kamu minta, biasakan kamu redha diberi tak diberi
Allah maha Tahu.
Kalau bermain suara-suara dalam hati kita untuk tidak redha dengan
ketentuan Allah – ‘Apa kurangnya aku ya Allah, solat 5 waktu aku buat, tidak
kacau orang, hadir majlis ilmu, tapi masih juga susah, sempit sumber rezeki.”
Kalau suara itu ada dalam perasaan kamu, kamu tidak puas hati dan tidak redha, –
jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah SWT. Bangkit kamu daripada tidur
ini, ghaflah (lalai) kerana menuduh kepada Allah SWT. Jadikan pintu harapan itu
sebagai hubungan kamu dengan Allah. Tetap kamu berdiri di hadapan pintu harapan
Allah SWT. Ini sikap hamba yang telus kepada Allah SWT menerima daripada
ketentuan Allah SWT.
“.. kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu
kebaikan yang banyak (untuk kamu)”.
Kalau ada apa-apa benda yang kita tak suka, mungkin dalam kehidupan,
mungkin ada sedikit ‘problem’ dalam rumah tangga, kekurangan, jangan kita
tengok sebelah pintu saja, iaitu ‘problem’ atau aku tak dapat hak aku, tapi
tengok pintu yang sebelah lagi iaitu kebaikan yang banyak yang Allah simpan,
supaya kita dapat menimbang mana yang patut kita dahulukan? Bertahan dengan
sabar untuk dapat pemberian dari Allah SWT yang banyak, kecuali kita tak mampu,
baru kita pindah ke ayat yang berikutnya (ayat 20).
Ayat 20:
Kalau kamu ingin menggantikan isteri dengan isteri yang lain, ertinya
jika tak mampu tahan dengan karenah isteri itu, dah berusaha dengan bersabar
untuk mendapatkan kebaikan, tak mampu juga dan ingin menggantikan dengan orang
lain, yang kalau kamu bertahan, kamu akan berbuat dosa, baru di sini kamu boleh
gantikan dengan orang lain. Tapi bukan dengan bila tidak suka dengan perangai
isteri, terus kita pergi mahkamah untuk cerai. La (tidak). Allah beri pelbagai
‘option’ (pilihan) untuk pertahankan perkahwinan. Allah SWT kata kalau kamu
risau isteri kamu nusyuz, nasihati dia dulu. Kemudian pukullah dia, tapi bukan
dengan pukul yang geram – kalau nak bergaduh dengan tangan tu biar dengan orang
yang se’level’ (setaraf) dengan dia, jangan dengan isterinya nak tumbuk, dan
ini adalah perkara aib, bilamana seseorang memukul isteri sampai melukainya.
Orang orientalis suka ambil sebahagian Al-Quran dan mengatakan Islam
benarkan suami pukul isteri. Tetapi perlu dilihat sebab apa yang membolehkan –
iaitu dalam hal yang mencabar kepada Allah SWT, bukan kerana nasi kurang masak,
atau kopi kurang gula. Tak, kena tengok sebab – jadi ‘hakim’ (bijaksana dalam
mengambil tindakan), jangan kerana nyamuk kita bakar kelambu. Terkadang orang
bising 24 jam kerana pecah pinggan sebiji tapi satu rumah tak solat Subuh, OK
je. Yang patut dia ambil tindakan tegas untuk menyikapi dalam rumahnya – adakah
kerana pinggan pecah, atau makanan lambat siap atau bila isterinya tak pakai
tudung?
Kata Sayyidah Aisyah, Rasulullah ﷺ sangat ‘tolerance’ dalam segala hal
berkaitan hak dirinya tapi sangat tegas jika dalam hal-hak yang menyentuh hukum-hakam
Allah. Rasulullah ﷺ banyak sangat bertolak-ansur dalam hal berkaitan dirinya.
Dalam satu kisah, Sayyidah Aisyah mengatakan perkataan yang menghina
kepada Sayyidah Sofiyah dan Rasulullah ﷺ menegur langsung dan mengatakan yang
kata-kata Aisyah itu jika diletak ke dalam laut, pasti akan berubah warna laut.
Baginda Rasulullah ﷺ tegas. Apa katanya? Hanya merendahkan sahaja tapi Nabi ﷺ
tegas kerana berkaitan hukum-hakam. Dalam kisah rumah tangga Rasulullah ﷺ dan
Siti Aisyah, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil. Walaupun terkadang ada
masalah antara mereka, kita jangan tengok sebelah mata saja, buka dua-dua,
berapa banyak pengajaran yang dapat diambil? Hingga hari ini, jika orang
belajar tentang rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Aisyah, akan mendapati itu rumah
tangga terindah.
Dalam satu kisah Rasulullah ﷺ dan Aisyah bergaduh dan minta Sayyidina
Abu Bakar jadi pengadil. Rasulullah ﷺ bertanya siapa yang patut memulakan
bicara kepada Sayyidina Abu Bakar yang bertindak sebagai pengadil. Siti Aisyah
suruh Nabi ﷺ mulakan, tapi pesannya, “Kamu cakap yang benar sahaja tau.”
Mendengarkan itu, Sayyidina Abu Bakar mengangkat tangan untuk memukul Aisyah.
Aisyah pun berlindung di belakang Rasulullah ﷺ. Sayyidina Abu Bakar berkata,
“Bila Rasulullah ﷺ pernah untuk bercakap tidak benar?” Rasulullah ﷺ pun
meleraikan dan berkata bukan itu tujuannya memangging Sayyidina Abu Bakar.
Sayyidina keluar dan sekembalinya didapati Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah sudah
berbaik semula, walaupun marahnya belum lagi reda. Ini menunjukkan cepatnya
Rasulullah ﷺ berbaik-baik dengan isterinya – tidak mengambil masa 2/3 hari, dan
tidak keluar menginap di luar rumah, tidak merajuk keluar entah ke mana seperti
yang banyak berlaku hari ini. Mereka tak belajar dari Rasulullah ﷺ. Ini rumah
tangga yang dipantau Allah SWT 24 jam. Ini rumah tangga Rasulullah ﷺ ialah
rumah tangga yang diberkati. Belajar dari rumahtangga ini dan anda akan menjadi
orang yang paling berjaya dan indah kehidupan rumahtangganya.
“Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan
isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada
seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka
janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya
dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
Sayyidina Umar pernah ingin letak had agar tidak ditinggikan tapi seorang perempuan baca ayat ini – dibenarkan tapi tak digalakkan perempuan meminta kerana boleh menyukarkan perkahwinan.” Bila kamu ingin menggantikan dengan orang lain, dan kamu sudah memberikan mas kahwin yang banyak. Mengambil balik maskahwin adalah berdosa. Maskahwin itu dihalalkan kepada isteri walaupun mereka bersama cuma sesaat. Bukan maskahwin itu bergantung kepada lamanya isteri bersama suami. Setelah bersama, mawkahwin menjadi hak mutlak isteri, kecuali jika dihadiahkan isteri seperti yang kita bahaskan dalam ayat pertama. Jika suami minta balik setelah bersama, perbuatan itu zalim dan berdosa.
Walaupun suami beri ‘qintoron’ – dahulu, kulit lembu dikeringkan,
dijahit menjadi seperti kantung dan menjadi simbol jumlah yang banyak. Dahulu,
Sayyidina Umar Al-Khattab ingin menetapkan supaya mas kahwin tidak boleh di
tinggikan melebihi 400 dirham. Ketika mengisytiharkan, seorang wanita
menyebutkan ayat ini – ‘qintor’ di sini bermaksud beribu dirham, walaupun tak
digalakkan wanita meminta mas kahwin yang banyak, nanti susah pula perkahwinan.
Perkahwinan yang paling barakah ialah yang paling sederhana mas kahwinnya,
walaupun perempuan boleh menuntutnya.
Ayat 21:
Perjanjian yang kuat kerana ia amanah dari Allah SWT and wasiat dari
Rasulullah ﷺ.
//doa
*Sambungan drpd kelas minggu lepas*
Sambungan ulasan tentang hadis tentang bacaan ketika
berziarah kubur.
Berziarah kubur ialah perkara yang disyariatkan Nabi ﷺ
dan mengingatkan kepada kematian. Diajarkan adab dan salam kepada mereka yang
meninggal. Siti Aisyah menceritakan yang setiap malam gilirannya, Rasulullah ﷺ
berziarah ke baqi’ dan doakan ahli Baqi’ yang terdiri daripada golongan
sahabat, Muhajirin dan Ansar. Doa yang dipohonkan ialah untuk dirinya dan untuk
yang berada di alam barzakh.
Bab 67: Larangan
Mengharapkan Mati
//hadis 1, 2, 3,
Makruh minta mati kerana hidup susah atau usia yang
terlalu tua, atau sakit yang berpanjangan, maka tidak dibenarkan meminta mati
kepada Allah SWT. Kenapa dilarang? Kerana mati itu penghujung kepada amal
kebaikan manusia. Bilamana mati, maka tak boleh buat apa lagi amal baik. Oleh
itu, bila minta mati, dia meminta sebab yang memutuskan dia daripada beramal
kebaikan, kerana kalau dia tidak minta mati, dan diberi panjang umur, maka dia
diberi satu antara dua: Jika dia orang baik, dia beri peluang menambah kebaikan,
kedua - bila dia orang tak baik – tak boleh minta mati kerana itu menutup pintu
untuk dia kembali kepada Allah – sedangkan umur yang diberikan memberi peluang
untuk dia kembali bertaubat kepada Allah SWT, dan memulakan dengan amalan yang
baru. Kata Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya orang yang beriman, orang beriman itu semakin
diberi umur, semakin bertambah amalan.”
Dibolehkan minta mati hanya jika khuatir ada fitnah
yang menyentuh agamanya. Ini pernah berlaku pada Siti Mariam, di mana Allah
menceritakan dia berkata, “Andai aku mati sebelum perkara ini berlaku..”. Ramai
juga para Anbiya meminta mati seperti Nabi Yusuf: “Matikan aku dalam Islam, dan
himpunkan aku dengan orang-orang soleh”. Permintaan Siti Mariam dan Nabi Yusuf berbeza.
Nabi Yusuf tak minta dipercepat kematian tapi minta keadaan ketika beliau mati.
Beliau tidak minta mati tapi minta Islam ada padanya ketika mati mendatanginya.
Jadi, dalam masalah ini tiada masalah dengan larangan Rasulullah ﷺ.
Siti Mariam meminta mati kerana ingin menyelamatkan orang
lain daripada fitnah, yang menyentuh kepada aqidah. Rasulullah ﷺ juga pernah meminta
doa mati, “Ya Allah, aku mohon pada Engkau perbuatan yang baik, dan meninggalkan
perkara yang mungkar, dan mencintai orang-orang miskin, dan kalau Engkau Ya
Allah berkehendak satu fitnah untuk berlaku yang menyentuh kepada aqidah dan
agama, cabutlah nyawaku dalam keadaan aku tidak terkena fitnah.” Di sini Nabi ﷺ
minta mati tapi dengan hujah, agar belum terkena fitnah. Oleh itu, dibenarkan
minta mati jika ada fitnah yang mengancam aqidah dan agamanya, sepertimana Siti
Mariam. Apa yang dikhuatirkan Siti Mariam – kerana anak yang dilahirkan tanpa
pasangan – dan dia ingin menyelamatkan orang yang akan mentohmahnya berzina
daripada mukjizat yang Allah berikan kepadanya. Siti Mariam ingin selamatkan
orang-orang daripada dosa memfitnahnya zina tanpa membawakan 4 saksi.
Tapi bila keadaan mencabar yang tidak diketahui mana
yang lebih baik, dalam keadaan dia sakit umpamanya, maka tidak diperbolehkan
meminta mati. Jika ingin meminta juga, katakan, “Ya Allah, matikan aku jika
kematian membawa kebaikan, dan hidupkan aku jika hidup bawa kebaikan.”
Diserahkan pada Allah SWT untuk menentukannya. Minta mati secara mutlak adalah
dilarang oleh Nabi Muhammad ﷺ, sebab baginda bersabda, “Orang yang baik ialah
orang yang panjang umur dan baik amalnya.”
Sebaliknya ialah orang yang panjang umur tapi buruk amalnya. Wal iya zu
billah.
Khabbab ibnu Al Arat** sangat panjang umurnya sehingga diberi ubat
dengan besi panas sehingga 7 kali. Walaupun sakit sangat, dia tidak meminta
mati kerana larangan Rasulullah ﷺ.
Sebahagian ulama mengatakan minta mati yang dibenarkan ialah bila hati
sangat rindu kepada Allah SWT, tetapi ini ‘level’ orang yang sangat tinggi dan
sangat jarang berlaku.
//Kisah Khabbab ibnu Al Arat.
Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril
Kalimah tauhid akan menjadi sebagai kad, yang bilamana ditimbang, dan diletak
di sebelah lagi bumi dan langit, maka akan lebih berat kalimat
‘Lailahaillallah’. Inilah penyelamat utama kepada orang beriman di akhirat
nanti yang ada walaupun sebesar biji sawi daripada makna yang tersirat daripada
kalimat ini, tidak akan kekal di siksa oleh Allah SWT. Tetapi orang kafir,
walaupun berbuat kebaikan, tidak mengucap kalimat ini, takkan masuk ke syurga.
Kalimat ini punya hak untuk kita menjaganya. Antara hikmahnya ialah
menyuburkan iman. Rasulullah ﷺ menyurah memperbaharui iman dengan
memperbanyakkan mengucap kalimah ini.
//Doa.