Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12.12.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم وعلى آله وصحبه وسلم
Habib Ali
Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Ayat 15:
Ayat 15
daripada surah An-Nisa menceritakan tentang salah satu perbuatan yang hina,
keji, yang perbuatan ini bukan sekadar menyentuh atau menodai kepada maruah,
tetapi mengakibatkan satu risiko yang mengancam nasab atau keturunan serta
masalah warisan, wali dan sebagainya, iaitu bilamana berlaku perzinaan. Selain
daripada suatu perkara yang keji, zina pada masa yang sama menimbulkan perkara yang
lebih teruk daripada itu. Maka, bilamana terjadi janin daripada perzinaan itu,
anak tidak dinasabkan kepada lelaki yang berzina dengan perempuan itu. Dengan
demikian, kalau anak yang dilahirkan perempuan atau lelaki, tidak boleh
dibinkan kepada lelaki yang berzina, maka anak itu telah dinodai nasabnya, dan
itu belum berkaitan masalah walinya, atau warisan, banyak risiko daripada
perzinaan. Oleh sebab itu, zina dimurkai Allah, bahkan Allah SWT juga mengharamkan
apa-apa sahaja yang membawa seseorang kepada perzinaan.
Perantara itu
hukumnya sama dengan matlamatnya – kalau matlamatnya adalah perkara yang
mungkar, maka wasilahnya juga adalah perkara yang mungkar. Oleh kerana yang
demikian, baginda Rasulullah ﷺ ketika mentafsirkan, menerangkan tentang masalah
zina tidak menghadkan kepada zina praktikal antara lelaki dan perempuan sahaja,
tetapi lebih luas daripada itu.
Dalam hadis
yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud r.a, baginda Rasulullah ﷺ bersabda,
“Setiap anak-anak Adam mempunyai sebab atau wasilah yang menghantar dia kepada perzinaan.”
Yakni, setiap anak Adam, – tak kira lelaki atau perempuan. Kemudian,
“… Zinanya mata adalah melihat, dan zinanya lisan ialah percakapan, dan zinanya
2 telinga adalah mendengar, dan zinanya 2 tangan ialah perbuatan yang
menghantarkan sesorang memikirkan tentang perzinaan melalui tangannya, dan zinanya
2 kaki ialah berjalan, dan zinanya mulut ialah bercium.” Dibezakan di sini
antara lisan bercakap dengan lisan cium.
Berapa
anggota tubuh badah yang Rasulullah ﷺ sebut boleh membawa kepada perzinaan? Mata,
telinga, lisan, mulut, tangan dan kaki. Dalam wirayat lain ditambah dengan “..
Kemaluan itu membenarkan atau mendustakan zinanya anggota yang lain.”
Maka, perlu
difahami bahawa hadis ini menceritakan tentang muqaddimah zina – yakni sebab
–sebab yang menghantar kepada perzinaan supaya orang berfikir tentang zina
bukan terhad kepada apa yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan. Tetapi untuk sampai ke peringkat yang
dilakukan oleh kemaluan, mempunyai muqaddimah, yakni awalan, asbab. Apakah
asbab itu? Mata, telinga, lisan, mulut, tangan dan kaki.
Adapun
zinanya mata adalah pandangan kepada perempuan bukan muhrim dengan syahwat.
Inilah bahagian yang membawa kepada perzinaan.
Kata
baginda Rasulullah ﷺ, “Pandangan ini umpama panah dari iblis yang direjam. Siapa
yang menjaga pandangan matanya kerana takut kepada Allah SWT, maka Aku (Allah)
akan beri kepadanya manisnya iman. Dengan apa? Menjaga pandangan mata.
Dalam
Al-Quran nul Kareem, ketika Allah SWT menceritakan tentang mata yang menghantar
kepada perzinaan – 2 ayat Allah sebutkan, ditujukan kepada lelaki, sama seperti
ditujukan kepada perempuan, dibezakan supaya masing-masing mempunyai makna
ketika memandang kepada lelaki atau perempuan bukan muhrim.
//Katakan
wahai Rasulullah (Muhammad) kepada orang-orang beriman – ditujukan kata ini
kepada orang beriman - yang mendakwa dirinya beriman mesti faham firman Yang
memberi kita iman, supaya iman terealisasi dengan praktikal. Apa kata Allah?
Katakan kepada orang beriman, yang Aku beri anugerah diistimewakan dengan
anugerah iman – menjaga pandangan mata mereka, bukan pejam mata tapi mengalih
daripada melihat apa yang diharamkan Allah.
Ada banyak
bentuk pandangan contohnya pandangan menghina orang, tapi ayat ini menyentuh
pandangan bersyahwat – jaga pandangan daripada memandang lelaki atau perempuan
dengan syahwat, atau memandang kaum sejenis dengan syahwat, dan jaga kemaluan.
Apa maknanya? Kerana pandangan mata ialah penyambung kepada zina.
Kata
Al-Syauqi: “Bermula dari pandangan, lepas tu senyum, kemudian cakap, buat
temujanji, kemudian jumpa, kemudian jangan tanya apa nak jadi. Puncanya ialah
pandangan. Oleh sebab itu, Rasulullah ﷺ melarang yang pertama sekali zina mata
– baik dengan melihat kepada lelaki atau perempuan bukan muhrim, atau lelaki
kepada lelaki, atau perempuan kepada perempuan dengan syahwat, baik melalui
gambar dalam surat khabar atau internet, laman web tidak baik, atau kepada
orang yang dipandang (secara fizikal). Semuanya itu termasuk daripada zina
mata, (yakni) memandang dengan penuh syahwat.
Apa nak
kata di zaman kita sekarang ini? Siapa yang boleh menyelamatkan dirinya dari
zina dua mata yang hari-hari bermaharajalela di luar? Semoga Allah selamatkan
kita. Ini adalah musibah yang menimpa kita sekarang. Maka, hendaklah seseorang
itu berusaha seupaya mungkin untuk menjaga diri dan padangannya.
Zina lisannya
ialah percakapan seperti rayuan, orang yang punya ‘girlfriend’, ‘boyfriend’,
apa yang dicakapkan? Perkara-perkara yang boleh bawa kepada perzinaan, perkara
ini ialah perkara yang semua orang tahu – kata-kata dan rayuan yang palsu.
Intipatinya – kata-kata yang membawa kepada zina, baik dari lelaki atau
perempuan ialah zina lisan.
Zinanya
tangan, baik dengan sentuhan, yakni menyentuh bukan muhrim dengan syahwat, atau
menggunakan tangan dengan sms dengan kata-kata yang ‘gombal’ (menimbulkan
syahwat). Subhanallah, Rasulullah ﷺ ketika menyentuh
tentang zina, disebutkan secara ‘general’ supaya boleh disesuaikan dengan zaman
kita, yang zaman sekarang ini banyak perzinaan berlaku melalui
sms/email/facebook dsb. Berapa ramai suami-isteri kacau hubungannya kerana ‘facebook’?
Ini zina tangan - Allah beri yang halal dan cara yang halal, tapi manusia ini
lemah dan diperdaya oleh hawa nafsu untuk mengambil yang haram. Ketika israk
mikraj, Nabi ﷺ melihat orang makan daging yang busuk sedangkan ada yang segar
di hadapannya. Ditanya kepada Jibril dan dikatakan orang itu ada yang halal,
tetapi mengambil yang haram. Kenapa? Imannya lemah, tidak ada. Allah beri anugerah
Islam dan iman tapi tidak dihargai. Oleh itu, adalah penting untuk seseorang
belajar menjaga keimanannya.
Zina tangan
adalah segala yang membawa kepada perzinaan baik dengan indera rasa, atau taip perkataan
melalui sms dan seumpamanya.
Zinanya
kaki ialah pergi ke mana-mana tempat buat temujanji dengan lelaki atau
perempuan bukan muhrim. Langkah kaki ke tempat itu dikatakan zinanya kaki. Ingat
bahwa anggota tubuh badan ini amanah dari Allah Ta'ala dan akan
dipertanggungjawabkan kelak. Hari ini, anggota ikut cakap kita, ikut apa yang
kita mahu tapi akan tiba satu hari nanti bila anggota akan bercakap menjadi
saksi kemaksiataan yang pernah dilakuakan ketika di dunia.
Dengarkan
sendiri nanti apa tangan, kaki akan cakap. Ini bukan dongeng, tapi realiti yang
tak seorang pun akan terlepas daripada tanggungjawab dirinya sendiri.
Sebelum kita memperbaiki kepada hal orang lain, kita kena jaga 'rakyat'
negara kita - mata, mulut, telinga, tangan, kaki – semuanya rakyat kita, dan
kita pemimpinnya. Bergantung pada kita bagaimana untuk mentadirnya. Kalau kita
bijak mentadbirnya, akan menjadi aman damai 'negara' kita. Kalau sebaliknya,
kita akan tanggung hukuman dr Allah SWT. Wal iya zu billah.
Zina mulut ialah
mencium kepada yang bukan muhrim. Nabi ﷺ dan Allah ketika ingin menceritakan
tentang zina –> Allah haramkan perkara yang menghantar kepada zina. Apa
bezanya jangan berzina dengan jangan menghampiri zina? Kalan jangan berzina
saja, praktikalnya jangan tapi yang lain-lainya seperti rayuan palsu, sms,
berkhalwahnya, pandangannya atau apa saja.
Bukankah sekarang
orang berhubungan tanpa ‘hudhur’ (sempadan) seolah-olah tiada agama diturunkan
Allah SWT, melanggar perintah Allah seakan-akan tiada Tuhan yang memantau
kepada orang itu. Di manakah letak iman seseorang sedangkan ini adalah anugerah
paling berharga yang Allah berikan kepada orang beriman. Bilamana tak
menjadikan diri untuk rasa dipantau oleh Allah Ta'ala.
Bila pergi
‘shopping complex’ ada ‘CCTV’ atau lalu dekat ‘highway’ ada ‘speed trap’, kita
pun perlahan sebab takut ‘speed trap’. Apa akibatnya kalau kena ‘speed trap’?
Bayar saman je? Itu cuma di dunia. Kita 24 jam dipantau oleh Allah SWT, tapi
tak diletakkan rasa takut kepada Allah, tak dijadikan pandangan Allah itu,..
kita lebih takut dengan ‘speed trap’ yang ada di dunia, berbanding ‘speed
trap’-Nya Allah SWT – 24 jam pantau kepada kita. Apa sebab? Kelemahan iman.
Tidak menjadikan Allah SWT memantau kepada kita. Ehsan kita dhoif, sehingga
kita takut disaman berbanding takut hukuman Allah SWT – wal iya zu billah.
Semoga
Allah kasi kuat kita punya iman, sentiasa merasa Allah memantau kepada kita dan
kita adalah malu kepada Allah SWT. Hadis ini (di atas) menceritakan kejinya
zina dan muqaddimah kepada zina.
Allah
berfirman dalam ayat ini tentang hukum yang pernah berlaku pada zaman
Rasulullah ﷺ iaitu orang yang melakukan perzinaan daripada kalangan perempuan,
yang bilamana diketahui oleh 4 saksi yang menyaksikan kalau perempuan itu
berzina, maka hukumannya ialah dipenjarakan di rumah perempuan itu atau ahli
keluarganya sehingga kematian datang kepada perempuan itu. Sistem penjara –
sentuhannya ada dalam ayat ini, yang tujuannya sebagai hukuman kepada yang
melanggar hukum-hakam Allah SWT.
Ayat ini
turun sebelum turunnya ayat hudud yang menceritakan hukum orang yang berzina –
kalau belum berkahwin dihukum sebat dan kalau sudah berkahwin, hukumannya
direjam. Ayat itu turun kemudian. Sebelum ayat itu turun, baik itu rejam atau
sebatan, Allah SWT menjadikan hukum awal ialah dipenjarakan dirumah mereka bagi
perempuan, sampai kematian datang. Ini adalah hukum yang pertama.
Pada masa
yang sama, Allah SWT berfirman:
“... hingga mereka sampai
ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari
hukuman itu).”
Yakni
memberikan isyarat yang hukum ini sementara, dan akan datang hukum kemudian
iaitu - kalau belum berkahwin dihukum sebat dan kalau sudah berkahwin,
hukumannya direjam bagi lelaki ataupun perempuan. Sehingga bila ayat itu turun,
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ambillah daripada aku, Ambillah daripada aku,
Sesungguhnya Allah sudah memberi jalan keluar bagi mereka (kaum wanita yang
berzina). Yakni bilamana yang berzina itu belum berkahwin, disebat 100 kali dan
dipulaukan selama 1 tahun. Adapun bagi mereka yang sudah berkahwin dan berzina,
maka disebat dan direjam.
Terdapat
berbagai pentafsiran perzinaan bagi mereka yang belum berkahwin ataupun yang
sudah berkahwin, perlunya disebat dan dipenjarakan atau disebat dan direjam.
Pada zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman, orang
belum berkahwin yang berzina akan
disebat 100 kali dan dipulaukan selama 1 tahun. Adapun mereka yang sudah
berkahwin dan berzina, dan ini ialah musibah yang banyak menimpa kita sekarang
ini juga, hukumannya ada 2 pandangan:
1. disebat
dan direjam
2. direjam
sahaja, kerana sebatan dimansuhkan dengan ayat direjam
Ayat 16:
Ertinya,
jika mereka sudah bertaubat, maka tidak dibenarkan menghina atau mencaci atau
memandang rendah kepada orang yang melakukan zina, kerana orang yang bertaubat
seakan-akan dia tidak melakukan maksiat tadi kerana sudah diampunkan Allah SWT.
Ini adalah perintah Allah kepada masyarakat untuk tidak memandang hina kepada
orang yang pernah bersalah kepada Allah SWT dan tidak mengingati kesalahan
mereka dahulu. Kalau sudah bertaubat, Yang Maha Menerima taubat sudah
menghapuskan dan melupakan, maka kita sebagai manusia meniru kepada Allah SWT
dengan tidak memandang hina kepada orang itu, dan ini adalah tanggungjawab
masyarakat untuk tidak mengorek kesalahan orang kepada Allah SWT. Tapi bilamana
tidak bertaubat kepada Allah SWT, maka perlu orang itu dipulaukan dan tidak
dimuliakan. Setelah bertaubat, tidak boleh memandang hina kepada mereka.
Ayat 17:
“Sesungguhnya
taubat itu di sisi Allah bagi orang yang berbuat dosa dengan sebab kejahilan…”
Taubat itu
bagi orang yang melakukan dosa sebab jahil. Apa maknanya? Adakah taubat itu
diterima dari orang yang jahil ketika berbat maksiat sahaja ? Kalau dia tak
jahil, adakah taubatnya tak diterima Allah SWT? Kalau begitu – susah nak
mendapatkan taubat kerana ramai orang buat maksiat dalam keadaan mereka sedar
dan tahu itu benda maksiat!
Kalau
taubat hanya diterima daripada orang yang tak tahu dia bermaksiat, lalu
bagaimana dengan orang yang bermaksiat dan sedar dia itu bermaksiat?
Jadi dalam
hal ini, ahli tafsir memberi beberapa tafsiran: ‘bijahalatin’
1. Sayyidina Qatadah mengatakan bahawasanya merupakan kesepakatan sahabat Nabi ﷺ mengatakan seseorang tidak melakukan maksiat secara sengaja atau tidak sengaja melainkan orang yang melakukan maksiat itu jahil. Yakni, kalimat – dengan kejahilan baru taubat diterima – orang yang melakukan maksiat walaupun sedar, walaupun tahu atau tak tahu, orang itu jahil, bukan bermakna orang yang melakukan maksiat itu tak tahu yang dilakukannya itu maksiat. Kerana bagi mereka yang tidak tahu, yakni jika mereka hidup di sebuah tempat yang tidak sampai sumberi informasi dan dia melakukan perkara yang diharamkan Allah, maka orang ini tidak dihukumkan orang yang melakukan maksiat kerana dia tak tahu.
1. Sayyidina Qatadah mengatakan bahawasanya merupakan kesepakatan sahabat Nabi ﷺ mengatakan seseorang tidak melakukan maksiat secara sengaja atau tidak sengaja melainkan orang yang melakukan maksiat itu jahil. Yakni, kalimat – dengan kejahilan baru taubat diterima – orang yang melakukan maksiat walaupun sedar, walaupun tahu atau tak tahu, orang itu jahil, bukan bermakna orang yang melakukan maksiat itu tak tahu yang dilakukannya itu maksiat. Kerana bagi mereka yang tidak tahu, yakni jika mereka hidup di sebuah tempat yang tidak sampai sumberi informasi dan dia melakukan perkara yang diharamkan Allah, maka orang ini tidak dihukumkan orang yang melakukan maksiat kerana dia tak tahu.
Tapi bila
hidup di negara yang ramai ulama, ada psarana untuk mendapatkan maklumat, maka
tiada keuzuran untuk mengatakan yang dia tidak mengetahui. Maka. Tafsiran
pertama – makna ‘Sesungguhnya Allah menerima taubat orang yang berbuat maksiat
dengan kejahilan’ ialah orang yang melakukan maksiat itu jahil, baik sengaja
atau tak sengaja, dan taubatnya adalah diterima bilamana memenuhi syarat-syarat
taubat.
2. orang
yang melakukan maksiat jahil akibatnya
3. dengan
kelazatan maksiat yang dilakukan, seseorang itu jahil akan bahaya buruknya,
pedihnya hukuman perbuatan maksiatnya – contohnya seorang pencuri rasa nikmat
dapat duit mudah tapi tak sedar pedihnya hukuman Allah yang menantinya. Orang
yang minum khamar rasa nikmat ketika minum tapi jahil akan pedihnya hukuman
Allah kepadanya.
Ini 3 makna
– “Orang yang melakukan maksiat dengan jahil”:
1. orang
itu melakukan maksiat itu jahil, baik sengaja atau tak sengaja
2. jahil
hukumannya
3. jahil
kerana memilih kelazatan yang sementara berbanding kelazatan yang kekal.
“.. Lalu
orang yang melakukan maksiat bertaubat segera..”
Yakin tidak
menunggu sudah tua, atau sudah pencen baru nak bertaubat. Siapa yang boleh
jamin dia boleh sampai umur tua? Ini ‘ghurur’ – tertipu dengan angan-anagn
sendiri. jangan tertipu dengan kezaliman diri sendiri –
“Kamu,
wahai anak-anak muda berbuat zalim kepada dirimu sendiri dan tidak ada
kezaliman yang lebih berbahaya berbanding kezaliman pada diri sendiri.”
“Kita masih
muda, tak apa nak buat apa saja.” Dan yang peliknya, ibu bapa biarkan anak-anak
muda ada boyfriend, girlfriend, dan kata, “Tak apa masih muda, nanti dah kahwin
akan lurus sendiri.” Ini tak tahu bagaimana fikiran yang sudah merasuk orang tua,
dan anak-anak muda. Di mana contoh anak muda di zaman Rasulullah ﷺ? Fahimtum?
“..dan taubat
mereka diterima Allah dan Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana.”
Ayat 18:
Macam
Firaun bertaubat ketikan ruh sampai ke tengkorokan (halkumnya). Rasulullah ﷺ
bersabda, “Allah menerima taubat kecuali apabila ruh sudah sampai ke
tengkorokan (halkum).”
Ketika
Firauan bertaubat itu, Allah berfirman, “Sekarang?” Setelah ditunjukkan
berbagai mukjizat, dia tidak mahu bertaubat, tetapi ketikan ruh hampir keluar
baru dia ingin bertaubat. Berapa ramai manusia yang ketika hampir meninggal
baru ingat akan dosanya, tetapi selama sihat tak apa, nanti aku taubat – ‘at-taswif’.
Salah satu helah syaitan ialah berlengah-lengah – esok, lusa, bulan depan,
tahun depan padahal dia tidak perjanjian dengan malaikat maut. “Malaikat maut –
jangan cabut nyawa aku, sehingga jam sekian..”. Tak seorang pun punya janji
seperti itu – tidak Rasul atau Anbiya. Tidak akan ditunda waktu kematian
seseorang untuk bertemu Allah SWT. Maka, bersedialah untuk bertaubat kepada
Allah sebelum datang perkara-perkara yang menghalang – mungkin sakit yang
melupakan kita kepada Allah. Wal iya zu billah.
Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin
Bab 66: Sunah Berziarah Kubur dan Bacaannya
Hadis 1-4
(579-582)
Kubur
merupakan tempat menyimpan jasad anak-anak-anak Adam, bermula daripada pembunhan
pertama di muka bumi ini iaitu pembunuhan Habil yang dibunuh Qabil. Setelah
dibunuh, Qabil tak tahu apa perlu dibuat kepada jasad saudaranya, dan Allah SWT
hantar gagak yang bergaduh sehingga mati seekor daripada dan digali kubur untuk
mengebumikannya. Lalu, Qabil pun mendapat ilham yang serupa. Ahli tafsir
mengatakan Allah SWT menghantar gagak sebagai simbol penghinaan terhadap apa
yang Qabil lakukan. Gagak mempunyai imej yang negatif, dan tidak disenangi
manusia. Sunnah yang ditetapkan kepada manusia ialah untuk dikuburkan setelah
meninggal.
Kubur ialah
satu tempat yang akan kekal, dan setiap jasad akan dibangkitkan semula dari
kubur mereka. Baginda Rasulullah ﷺ memberitahukan, “Saya adalah penghulu dari
seluruh anak Adam dan kubur saya adalah yang pertama yang akan terbelah di hari
kiamat nanti.”
Jika
dikatakan kubur pertama, bererti akan diikuti kubur-kubur lain yang akan
terbelah, dan masing-masing akan bangkit di atas kuburnya nanti di hari kiamat.
Proses macammana? Itu hanya diketahui oleh Allah SWT. Jasad yang sudah sekian
puluhan ratusan ribu tahun, yang sudah tidak lagi nampak, yang mungkin
tulangnya pun sudah tidak lagi nampak, Maha Suci Allah dengan kekuasaan-Nya
mampu untuk mengembalikan yang pernah wujud untuk wujud semula lengkap dengan
kulitnya, dan tulangnya untuk dimasukkan ruh semula ke dalam jasad, dan kita
perlu memahami bahawasanya kubur itu tempat persinggahan pertama kepada mereka
yang meninggal dunia dan menuju akhirat. Oleh sebab itu dinamakan alam barzakh sebagai
pendinding yang memisahkan alam dunia dan alam akhirat. Tiada seorang pun yang
akan masuk ke alam akhirat sehingga habisnya alam dunia. Jadi mereka yang sudah
habis masanya di dunia, diletakkan dulu di alam kubur. Kata Rasulullah ﷺ,
“Kubur itu tempat persinggahan pertama sebelum menuju ke akhirat. Barangsiapa
yang selamat di kuburnya, maka selepasnya adalah mudah. Barangsiapa yang tak
selamat dikuburnya, selepasnya adalah yang makin susah.” Ini adalah gambaran
syariah tentang alam kubur. Kita meyakini bahawa kematian itu ialah ruh keluar
daripada jasad. Mereka yang sudah berada di alam kubur, dibenarkan diziarahi
oleh orang yang masih hidup.
Rasulullah ﷺ pernah melarang kaum muslimin menziarahi kubur kerana tindakan orang
zaman Jahiliyyah yang dahulu melakukan perkara yang dilarang agama seperti
menyesali dengan melampau kepada orang sudah meninggal, atau melakukan
perbuatan yang mensyirikkan Allah SWT. Oleh kerana pada awal memeluk Islam, dan
kaum muslimin masih perlu masa untuk menguatkan dan mengekalkan iman, dan risau
mereka akan terikut tradisi lama jahiliyyah, maka Rasulullah ﷺ melarang mereka
menziarah kubur. Setelah iman mereka semakin mantap, baru Rasulullah ﷺ bersabda, “Dahulu, saya pernah melarang kamu menziarah kubur, sekarang
berziarahlah kamu.”
Suruhan ini
menunjukkan ada anjuran, sunnah untuk menziarah kubur. Ini adalah untuk kubur
orang yang dekat dengan kita (saudara) ataupun kubur orang-orang yang soleh
atau kalangan para Anbiya, Rasul dan auliya.
Terdapat
beberapa pendapat ulama tentang suruhan berziarah ke kubur.
Nabi ﷺ dalam perjalanan Israk Mikraj, menziarahi kubur Nabi Musa a.s. Setelah
balik, Nabi ﷺ bercerita kepada para sahabat, “Saya berziarah kepada Nabi Musa
(yakni berziarah ke kuburnya).” Dalam satu riwayat dikatakan, “ Nabi Musa itu
solat dalam kuburnya.” Macam mana dia solat? Berdirikah? Dudukkah? Baringkah?
Berdiri, duduk, baring – itu alam dunia, tapi alam barzakh tak sama dengan alam
dunia. Jadai kalau kita nak menduniakan alam barzakh, maka otak kita belum
sampai ke alam barzakh dan belum tahu lagi. Nabi ﷺ jumpa Nabi Musa solat di
kuburnya. Di Baitulmaqdis, Nabi ﷺ mengimamkan solat dan Nabi Musa solat
bersama. Nabi ﷺ naik ke Sidhratul Muntaha melalui lapisan langit, bertemu juga
dengan Nabi Musa. Jadi, yang sebenarnya Nabi Musa berada di mana? Di kuburnya,
atau di Baitulmaqdis atau ada di langit. Alam ini (alam barzakh) tidak sama
seperti alam dunia – di dunia, jika saya di masjid Muaz, tak mungkin saya ada
di rumah, kerana dalam dunia seorang tak boleh berada serentak pada dua tempat.
Tapi alam barzakh jauh daripada bayangan atau khayalan kita. Bahkan akal kita
dicipta Allah hanya untuk boleh ‘detect’ apa yang ada didunia, untuk percaya
kepada apa yang ada di alam barzakh, kita perlukan iman, bukan otak. Antivirus
boleh ‘detect’ apa yang sudah diprogramkan, untuk ‘detect’ yang lebih tinggi,
perlu kepada ‘update’. Sama juga dengan otak kita, Allah SWT letakkan otak kita
untuk faham keadaan dunia, tapi tidak alam barzakh.
Kata
baginda Rasulullah ﷺ kubur Nabi Musa berada di Palestin, dekat dengan tompokan
pasir berwarna merah. Kata baginda, “Jika kamu bersama saya, saya akan
tunjukkan kubur Nabi Musa a.s.” Apa tujuannya? Untuk sembah kubur Nabi Musa?
Untuk buat perkara-perkara kurafat? (Tidak!) untuk ziarah
Nabi ﷺ ingin tunjuk kubur Nabi Musa – agar kita tahu di mana untuk ziarah kepada Nabi Musa, untuk menghormati Nabi yang
dimuliakan Allah SWT dan bukan untuk sembah kubur. Jadi, untuk menghukum orang
yang ziarah kubur itu sembah kubur – ini adalah persepsi yang salah. Jika
setiap yang ziarah kubur sembah kubur, buat apa Rasulullah ﷺ suruh kita ziarah
kubur? Oleh itu, orang yang pergi semata-mata untuk menziarah kubur tak boleh
dilabelkan sebagai menyembah kubur. Orang yang buat perkara salah ketika ziarah
kubur tak menyalahkan syiar untuk ziarah kubur itu kerana Nabi ﷺ sendiri
menyuruh ziarah kubur. Oleh itu, mesti dibezakan antara orang yang ziarah kubur
dengan orang yang sembah kubur!
Agungkan
syiar Allah walaupun terkait dengan makhluk Allah. Kalau pakai cermin hitam
nampak hitam – cermin pink nampak pink!
Perlu
dibezakan antara menziarah kubur dengan menyembah kubur. Menyembah kubur memang
salah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT.
Perintah
Rasulullah ﷺ menyuruh berziarah ke kubur. Dan terdapat perbezaan pendapat ulama
tentang siapa yang disuruh berziarah? Kerana di situ ada beberapa larangan untuk
wanita ziarah ke kubur. “Allah melarang kaum wanita yang berziarah ke kubur.”
Terdapat 3
pandangan yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar dan juga syarah sunan Al Imam
Abu Daud menceritakan hukum ziarah kubur bagi perempuan:
1. boleh,
disebabkan kerana perintah Nabi ﷺ merangkumi
lelaki dan perempuan, walaupun kata gantinya merujuk kepada lelaki, tetapi
dalam tatabahasa bahasa Arab cukup lelaki satu untuk menggunakan kata ganti
nama lelaki. Ini juga merupakan pendapat Siti Aisyah yang datang ke Mekah dan
menziarah kubur saudaranya Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq, yang meninggal
dunia ketika Siti Aisyah berada di Madinah. Dan juga satu peristiwa, Rasulullah
ﷺ melihat seorang wanita yang sedang menangis di
sisi kubur anaknya, dan dinasihati agar jangan menangis. Wanita itu tak tahu
itu Rasulullah ﷺ dan berkata, “Kamu tak rasa apa aku
rasa.” Setelah di beritahu yang itu Rasulullah ﷺ, wanita itu pun datang meminta
maaf dan di beritahu bahawa, “Sabar itu ialah pada kali pertama menghadapi
musibah.” Initpatinya ialah Rasulullah ﷺ tak larang wanita itu ziarah kubur dan
menasihati untuk dia bersabar.
2.
Berpegang kepada pendapat zahir hadis yang menyebut Nabi ﷺ melaknat kaum wanita
yang berziarah ke kubur.
3.
Pandangan ketiga yang berpegang kepada pendapat Imam Ahmad bin Hambal yang
mengatakan makruh jika wanita ziarah ke kubur.
Daripada 3
pandangan ini, apabila dicantumkan, khususnya untuk wanita ziarah ke kubur,
hukum ini tidak sama dengan hukum wanita menghantar jenazah ke kubur. Dikatakan
bahawasanya yang dilarang wanita apabila ziarah ke kubur ialah apabila pergi
macam pergi ke majlis pengantin, yakni dengan hiasannya yang boleh menimbulkan
perkara yang tidak baik, bilamana hal-hal yang sebegini dilakukan sebegitu,
hukum ziarah akan menjadi haram kepada wanita tersebut. Ini sesuai dengan satu
perintah Rasulullah ﷺ yang pernah melarang kepada sahabat untuk tidak melarang
kaum wanita pergi ke masjid.
Tetapi
setelah wafatnya Rasulullah ﷺ, Siti Aisyah berkata, “Kalau Rasulullah ﷺ tahu
yang kaum wanita lakukan ketika pergi ke masjid, Nabi pasti larang kaum wanita
pergi ke masjid.” Kenapa? Kerana cara pergi ke masjid yang tidak betul – macam
pergi ke majlis pengantin, dengan gelangnya, ‘make-up’-nya dsb. Kesimpulannya,
bukan menjadi kesalahan pada zat perbuatan menziarah kubur atau masjidnya,
tetapi keadaan ketika melakukan perbuatan tersebut yang menjadi penilaian
al-ulamak.
Untuk
wanita ikut kaum lelaki menghantar jenazah ke kubur – kita perlu menginsafi
dengan satu nasihat daripada Rasulullah ﷺ kepada kaum wanita, “Hai kaum wanita,
adakah kamu usung jenazah?” Mereka kata, “Tidak.” Rasulullah ﷺ bertanya lagi,
“Adakah kamu meletakkan jenazah di dalam kubur?” Mereka kata, “Tidak.” Kemudian
Rasulullah ﷺ berkata, “Baik kamu balik ke rumah, Allah beri ganjaran kepada
kamu.” Ini kerana dalam agama ini, tugasan menghantar jenazah adalah diberi
kepada kaum lelaki, tetapi jika tiada lelaki, silakan wanita yang menghantar
jenazah. Tetapi jika ada lelaki yang sudah menguruskan, wanita dilarang untuk
mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Mengelak daripada berlaku
perkara yang tidak baik dengan duduk di rumah akan mendatangkan ganjaran untuk
kaum wanita. Memanglah sedih jika dan ahli keluarga yang meninggal, tapi
kesedihan mestilah mengikut kepada aturan agama sehingga kesedihan itu tidak
menjadi sebab yang mendatangkan dosa. Sudahlah kita sedih dapat dosa pula
disebabkan kekurangan pemahaman kita dalam mentaati agama Allah SWT.
//Sambung
doa ziarah kubur minggu depan inshaAllah
Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril
Rukun Pertama ISLAM (m/s 15-19)
Sumber: Rakaman Syarah KItab Hadis Jibril MTDM
Rukun Pertama ISLAM (m/s 15-19)
Sumber: Rakaman Syarah KItab Hadis Jibril MTDM
Baginda
Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah memberikan dunia kepada orang yang disukai-Nya
dan tak disukai-Nya (sebab dunia tiada nilai di sisi Allah), tapi Allah tidak
beri agama kecuali kepada orang yang disukai oleh Allah SWT.”
Tidak
seseorang menjadi orang Islam kecuali sudah didahulukan oeh Allah dengan
kehendak-Nya yang baik, dan kasih-sayang sehingga diberi hidayah oleh Allah SWT
kepada agama Al-Islam, disebabkan terdapat beberapa orang mendapatkan hidayah
tentang kebenaran al-Islam tapi tak tersingkap hatinya untuk memeluk Islam
dipilih menjadi Islam – kecuali telah diingini/diizinkan oleh Allah SWT.
Firman
Allah SWT, Adapun Kaum Tsamud, kami beri hidayah kepada mereka (jalan yang baik
dan yang tak baik), tapi mereka lebih memilih untuk tidak menerima agama
melalui Nabi yang diutus Allah SWT. Dalam hal ini, mereka tahu kebenaran yang
dibawa oleh Rasul tapi mereka memilih kekufuran. Maka, dalam hal ini, besarnya
nikmat hidayah yang kita diberi oleh Allah SWT. Hendaklah menghargainya nikmat
hidayah al-Islam seperti yang diajar dalam Al-Quran – “Segala puji bagi Allah
Ta'ala yang memberi hidayah kepada kami dengan agama ini.” Kalau bukan kerana
hidayah Allah, kami takkan mendapatkan hidayah.
Maka, cara
untuk mensyukuri agama ini adalah dengan kita merasa bangga dengan Islam, yakni
jadi orang yang bangga dengan agama yang kita ada. Macammana? Tidak malu untuk
menzahirkan agama ini walaupun kita berada di negara kafir, tidak malu untuk
solat walaupun kita bekerja yang semuanya adalah orang kafir, tidak malu untuk
menzahirkan adab Islam walaupun kita berkawan dengan orang bukan Islam. Ini
adalah satu petanda orang yang menghargai Islam yang diberikan Allah kepadanya.
Ketika para
sahabat duduk bersama Salman Al-Farisi, dan masing-masing menceritakan tentang kebanggaan
tentang latar belakang dan keturunannya. Maka si fulan mengatakan “Kami
daripada fulan, kami daripada fulan…”. Kemudian tiba giliran Salman dan mereka
mengatakan, “Salman, kamu ini anak keturunan siapa?” Jawab Salman, “Saya anak
kepada Islam”, yakni tidak lagi menjadikan keturunannya untuk dia bangga
dengannya seperti kebiasaan orang-orang Arab, tetapi melihat kemuliaan Islam
dan berasa bangga dengan anugerah Islam yang diberikan Allah Ta'ala.
Dalam
memahami Islam, terdapat 4 kategori mereka yang menyikapi terhadap Islam.
Rukun Islam
ada 5, tapi semuanya bergantung pada yang satu iaitu kalimah dua syahadah! Kalau
diumpamakan khemah, tiang paling tinggi yang tengah itu ialah syahadah, dan tiang-tiangh
tepinya solat, puasa, zakat dan haji. Kalau dia buat yang empat, tapi yang
tengah tiada, khemah itu takkan tegak berdiri. Tapi ada orang yang ada tiang
tengah, tetapi kemudia terbahagi kepada ¾ golongan:
Jika mengucap, tapi tak buat 4 fardhu ini termasuk satu dprd 3 golongan:
1. Mereka
meyakin tiang yang 4 itu rukun Islam, tapi malas melakukannya. Orang seperti
ini Muslim fasiq, walaupun dia tak solat, tak berpuasa, dsb selagi tak
mengingkari (menolak) 4 fardhu ini.
2. Tetapi
jika seseorang mengatakan: solat/puasa/haji/zakat tidak wajib, mereka dalam
golongan yang pernah berlaku pada zaman Abu Bakar As-Siddiq yang diperangi
kerana enggan mengeluarkan zakat dan mereka digolongkan dalam golongan orang
yang murtad. Sesiapa yang mengingkari (menolak) kefardhuan salah satu daripada
5 rukun Islam ini, maka dikatakan orang itu murtad (atau kafir) daripada agama
Islam.
3. orang
yang dia beriman kepada 5 perkara ini, dan mengamalkannya, maka dia Muslim
sejati.
4. Orang
munafik – dia buat keempat-empat: solat, puasa, zakat, haji tapi dalam hatinya
dia tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedudukan mereka ini lebih hina
daripada kedudukan orang yang kafir kerana mereka menyembunyikan kekufuran
mereka. Mereka berdosa 2 kali kerana menyembunyikan kekufuran dalam hati dan
berpura-pura dengan amalan mereka.
Ini adalah
4 perkara yang dijelaskan oleh penulis. Hendaklah mengucap dengan lisan bagi
yang mampu, dan yang tidak mampu menzahirkan keyakinannya dengan isyarat. Bagi
orang yang meyakini kebenaran Islam tapi tak berkesempatan untuk mengucapkannya
ataupun takut untuk mengucapkannya, walaupun zahirnya dihukum sebagai tidak
Islam, tetapi keyakinannya itu yang akan dipandang oleh Allah SWT dan jumhur
ulama mengatakan orang seperti ini ialah orang yang beriman kerana yang
dipandang Allah ialah isi hatinya. Bagaimana tidak kerana apa yang berlaku
kepada Sayyidina Ammar ibnu Yassir yang dihukum dan disiksa sehingga ayah dan
ibunya dibunuh di hadapannya, dan dia menyebutkan nama-nama berhala (kerana
tidak tahan lagi dengan seksaan). Tetapi setelah berita itu disampaikan kepada
Rasulullah ﷺ, turun ayat daripada Allah SWT yang menceritakan tentang Ammar bin
Yassir yang hatinya itu mantap dengan keimanan walaupun lafaznya ialah lafaz
kekufuran, kerana yang dipandang Allah ialah isi hati Ammar ibnu Yassir. Oleh
itu, orang yang hidup di sebuah negara yang dikawal atau takut untuk
mengucapkan 2 kalimah syahadah, maka orang ini dikira orang-orang yang beriman
juga walaupun orang lain memandangnya sebagai tidak beriman.
//Doa
penutup.