Bersedia 'perang' dengan ILMU - MTDM 24.10.2014
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد واله و صحبه وسلم
Habib Ali
Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Bahagian 1 - Tafsir Al-Quran
Ayat 196:
‘Al-Ghurur’
– ertinya tipudaya, muslihat orang kafir.
Perpindahan
atau gerakan orang-orang kafir dalam hal-hal keduniaan menunjukkan bahawa mereka
perantau ulung kerana semua tempat mereka sudah sampai. Tiada yang mampu buat sebegini
kecuali dia punya semangat tinggi untuk berpindah – yakni orang itu punya
semangat, matlamat dan kekuatan yang tinggi. Akan tetapi kekuatan, tenaga yang
dikeluarkan hanya untuk keduniaan – Allah berkata bahawa itu adalah pencapaian
yang menipu atau kejayaan yang tidak kekal dan kenikmatan yang sedikit saja.
Maka Rasulullah
ﷺ diseru agar
tak terpedaya, kerana apa yang mereka usahakan hanya untuk dunia. Pencapaian
mereka tinggi tapi tidak kekal.
Ayat 197:
Pencapaian
mereka tinggi tapi tidak kekal (kesenangan yang sedikit). Oleh kerana
matlamatnya adalah keduniaan semata. Dunia punya umur. Manusia punya umur. Umur
dunia panjang, tapi umur manusia tak mestinya panjang macam umur dunia.
Walaupun nampak umur dunia panjang, tapi tak boleh nak dibandingkan dengan
dunia akhirat yang tak punya batasan.
Dunia punya
batasan tapi akhirat tak. Umur dunia sedikit di sisi Allah.1 hari di akhirat
macam 1000 tahun di dunia. Kita pun tak tahu sudah berapa umur dunia.
Iktibarnya - umur yang diberikan kepada kita, jika diisi dengan matlamat keduniaan,
atau kemasyhuran sahaja -> maka kenikmatan yang diperolehi itu cuma sesaat
saja dan tidak akan menikmatinya di akhirat nanti.
Umur
manusia adalah jauh lebih pendek daripada umur dunia. Orang akan silih berganti
hidup di dunia, dan kita ini entah sudah generasi ke berapa daripada Nabi Adam
a.s dahulu.
Kalau
kenikmatan umur dunia sudah kecil, apatah lagi dengan umur manusia yang lebih
kecil berbanding dengan umur dunia.
Umur
manusia < umur dunia < umur akhirat. Oleh itu jangan terpedaya dengan
keupayaan orang kafir berpindah ke sana ke mari dan kejayaan mereka kerana itu
cuma kenikmatan dunia yang sementara.
Nikmat
dunia seperti harta, wanita, dll adalah kenikmatan yang tidak kekal. Tapi Allah
mempunyai nikmat yang kekal, yakni syurga bagi orang-orang yang bertaqwa.
Kalau
begitu – apa saja yang kita nampak di dunia ini lebih-lebih lagi kejayaan orang
kafir, yang memangpun dari segi keduniaan mereka nampak lebih jauh ke depan. Namun,
mereka bukanlah orang pertama yang berjaya (di dunia) – mereka banyak belajar
dari orang islam, mereka mengambil ilmu daripada ilmuwan Islam. Eropah mundur
sebelum ini, dan maju setelah mengambil kekayaan ilmu daripada ilmuwan Islam. Mereka
maju kerana mengambil ilmu orang Islam tetapi umat Islam mundur kerana menolak
ilmu orang Islam sendiri.
Oleh jangan
terpedaya dengan kejayaan mereka, walaupun mereka maju, kaya, dipuji – itu
sementara, semuanya akanhabis dengan matinya mereka. Kita jangan terpedaya
dengan kenikmatan sesaat saja. Orang beriman akan inginkan kemasyuran dan
nikmat yang kekal.
“Tempat mereka neraka jahanam, dan
itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
Mereka
=> orang-orang kafir, yang berjaya, yang sukses, yang namanya dipuji dan
disanjung di dunia, tempat kembali mereka di akhirat ialah Al-Mihad.
‘Al-Mahdi’
(Al-Mihad) itu seperti dibuai, tapi bukan buai yang menyenangkan. Orang-orang
kafir yang tidak beriman akan dibuai di neraka Jahanam. Apa kenikmatan yang
akan dirasakan jika penghujungnya ialah neraka Jahannam? Adakah akan terasa
nikmat jika berada di tempat yang kepanasannya terasa 500 tahun sebelum sampai
kepadanya? Walaupun
mereka dipuji dan disanjung di dunia, tidak mendatangkan manfaat pujian manusia
jika hina di sisi Allah.
Ayat 198:
“Orang-orang yang takut kepada Tuhan
mereka, bagi mereka ‘Jannah’..”
‘Jannah’ –
makna asalnya ialah yang tersembunyi. Oleh sebab itu di sebut Jin, kerana mereka
tersembunyi.
Jannah
diberi nama Jannah yang asal bahasanya tersembunyi di sebabkan keindahannya
tersembunyi, kenikmatannya tersembunyi, segala kelazatannya tak dapat dikesan
kerana ianya di luar jangkauan manusia untuk membayangkan - tiada mata pernah
melihat, tiada telinga pernah mendengar bahkan tak pernah terlintas pun di hati
manusia. Disembunyikan Allah kerana manusia tak mampu untuk membayangkan.
Tiada makhluk
bernyawa yang tahu daripada apa yang Allah sembunyikan tentang kenikmatan di syurga.
Nabi, Rasul, hatta malaikat pun tak tahu bagaimana itu syurga. Keindahannya
luar biasa. Ini ertinya – Allah sediakan untuk kamu kenikmatan yang cukup
luar biasa – kenapa nak korbankan nikmat sebegitu besar untuk nikmat dunia yang
sebentar saja. Walaupun hidup 60 tahun dalam kesenangan – tetapi kecil
berbanding nikmat yang bakal diperoleh di syurga.
Di dunia – apabila
mendapat nikmat, lama-lama nikmat yang sama akan jadi bosan. Tapi dalam syurga
– walaupun rupa sama tetapi nikmatnya tak sama – akan semakin bertambah. Diberikan
yang sama tapi tak sama nikmatnya.
Jadi, wahai
manusia yang diberikan akal dan iman oleh Allah SWT- jangan korbankan nikmat
yang kekal dengan dunia yang sementara. Allah tawarkan kepada kita – kalau nak,
kena bertaqwa. Jangan samakan diri dengan orang kafir yang menjadikan dunia ini
matlamat. Ingat bahwa umur kamu akan berakhir sebelum berakhirnya dunia ini.
Mereka
(orang kafir) itu nanti akan berkata – “Kalau kami dulu mendengar, kalau kami
dulu berakal”, walhal mereka ada telinga dan akal tapi digunakan hanya untuk
mencari nikmat dunia – mereka nak dunia, jadi Allah berikan dunia, tapi akhirat
tak dapat apa-apa.
Maksud
firman Allah SWT – “Siapa yang nakkan dunia, Aku akan bagi sesuai kadar yang
Aku nak”. Kita bukan penentu apa yang kita inginkan. Maknanya, dunia ini
walaupun kita kejar, kita takkan dapat lebih daripada apa yang Allah telah
tetapkan untuk kita. Tapi sesiapa yang nak akhirat – Kami (Allah) akan bimbing
dia.
Maksud
firman Allah Ta'ala: “Siapa nak akhirat, Aku akan beri ganjaran yang BESAR”.
Allah SWT bukan sebut ganjaran dua kali ganda tetapi ganjaran yang BESAR. Jangan
kita hitung ganjaran Allah dengan matematiknya manusia.
Jadi, ambil peluang ini dan manfaatkan umur ini. Jangan terpedaya dengan
kejayaan orang lain dalam hal keduniaan, kita tak tahu kedudukan mereka di
akhirat nanti.
“Bagi kamu syurga-syurga..”
Bacalah
Quran – kedudukan kamu di syurga nanti mengikut sejumlah ayat Quran yang kamu
baca. Berapa darjat? Allahu’alam.
“..sebagai tempat sambutan tetamu…”
Sungai yang
mengalir air di syurga disediakan sebagai hidangan untuk tetamu. Hidangan untuk
tetam akan bergantung kepada kekayaan dan sifat pemurah tuan rumah. Kalau tuan rumah-Nya ialah Allah SWT – sudah
tentu hidangannya sesuatu yang kita tak boleh bayangkan.
“…dan apa jua di sisi Allah adalah
lebih baik bagi orang-orang yang abrar.”
Orang-orang
abrar - orang-orang yang menjadikan
akhirat sebagai matlamat hidup mereka.
Ayat 199:
Sifat adil
Al-Quran nul Kareem dan tak ‘general’kan sesuatu hukum. Contohna – jika ada
seorang yang kedekut dalam sebuah, kita takkan nak kata kampung itu kampung
kedekut.
Jadi dalam
ayat ini, walaupun orang Yahudi tidak beriman kepada Allah Ta'ala dan
Rasul-Nya, namun jika mereka ada keimanan, Allah ‘highlight’ mereka.
Ada orang
Kristian yang berilmu dan mereka menerima kebenaran Rasulullah ﷺ. Contohnya: Waraqah ibnu Naufal –
dia orang pertama beriman kepada Rasulullah ﷺ walapun ketika itu belum ada cara
khusus untuk melakukannya.
Yang kedua daripada
mereka yang masuk Islam ialah – Raja Najasyi dan beberapa pembesarnya.
Ayat 200:
Sabar –
dengan 3 hal:
- saat dalam ketaatan
- saat untuk meninggalkan maksiat
- sabar menghadapi dari musibah.
Segala
musibah berlaku dengan izin Allah SWT. Tujuannya untuk menguji sejauh mana kita
beriman dan bertawakkal kepada Allah SWT. Orang yang beriman, redha kepada
Allah SWT dan mencari kebaikan melalui musibah, dia kan diberikan hidayah oleh
Allah SWT. Tiada orang yang hidup di dunia yang tidak diberi msihan
Kata
Sayyidina Umar Al-Khattab – musibah akan menjadi nikmat, dengan 4 sebab,
- musibah tidak mengancam agama atau aqidah.
- Bila ada musibah lebih besar daripada musibah yang menimpa diri
- diberi kesabaran daripada melakukan perkara yang dilarang Allah SWT semasa menghadapi musibah.
- Tidak diharamkan daripada mendapat ganjaran melalui musibah yang Allah Ta'ala berikan.
Tiada orang yang hidup di dunia yang tidak menerima musibah. Kecil besar
musibah bergantung pada kehendak Allah SWT. Bila kena musibah, itu barulah
kehidupan yang sebenar.
Walau bagaimanapun bukanlah kita berniat untuk meminta musibah. Tidak. Dalam
satu kisah - ada seorang yang sakitnya terlalu lama, lalu Rasulullah ﷺ menziarahinya dan bertanya jika dia
akan meminta apa-apa doa khusus. Jawabnya, dia meminta kepada Allah SWT - jika
dia berdosa, dia minta azab itu berikan di dunia. Lalu, Rasulullah ﷺ mengajarkan untuk meminta keselamatan
dan perlindungan Allah di dunia dan akhirat. Ilmu Allah adalah yang terbaik
untuk menentukan yang terbaik kepada hamba-Nya.
Belajarlah daripada Sayyidina Umar dan cari kebaikan dalam setiap
musibah yang menimpa.
“…latihlah diri kamu bersabar dalam
menghadapi orang yang mengganggu kamu…”
Makhluk
paling sabar yang mengganggu ialah syaitan. Orang kafir juga banyak bersabar
dan berusaha untuk mengganggu kaum muslimin. Latih diri bersabar dalam sabar
adalah lebih berat. Allah Ta'ala menyuruh umat Islam bersabar, dan sabar dalam
bersabar. Kita selalu mengatakan sabar ada batasnya, tetapi sabar tiada
penghujung, kita yang membatasinya. Malaikat nanti akan menyeru kepada orang
yang berjaya masuk syurga dengan kesabaran mereka.
“Dan bersiap-sedialah menghadapi
perang ..”
Perkataan
ini bermaksud bersedia seperti kuda yang bersedia untuk bergerak masuk medan
perang. Tapi perang hari ini bukanlah perang seperti zaman dahulu. Dahulu,
cabarannya dari segi kekuatan, jadi umat Islam bersedia dengan kekuatan. Dulu mereka
guna kekuatan pedang – kita sediakan pedang dan panah. Tapi perang hari ini
tidak sama dengan perang zaman dulu. Perang kita sekarang ialah berbentuk
idealogi, berbentuk pemikiran, bersifat ingin mengganggu aqidah kaum muslimin.
Maka, kita kena bersedia dengan senjata yang sesuai iaitu bentengi fikiran
dengan ilmu! Mereka sudah ‘fedup’ dengan perang kekuatan dan telah rugi banyak
harta dan nyawa. Mereka tak berjaya melalui kekuatan, tetapi mereka masih ingin
memperhamba umat Islam. Tapi mereka tak perlu lagi guna senjata, hanya
menggunakan peperangan melalui pemikiran.
Ditimbulkan
satu isu, ditaburkan fitnah, ditimbulkan sifat taksub mazhab, ditimbulkan sifat
padangannya yang paling benar, dan kemudian diberi senjata kepada si fulan dan
si fulan dan di suruh gaduh – mereka tengok saja. Tak perlu lagi dihantar
kekuatan untuk mengalahkan umat Islam, cukup mereka menjadikan puak-puak yg
bergaduh sebagai boneka tontonan mereka dan mereka hanya melihat umat islam
bertelagah sesama sendiri. Apa puncanya peperangan yang berlaku di banyak
tempat kaum muslimin? Puncanya idealogi, sebab orang-orang tidak bersedia untuk
memperkaya diri dengan ilmu yang dibawa Rasulullah ﷺ
agar tidak mudah terpedaya dan menyerap pemikiran yang merosakkan mereka. Oleh
itu bersiap-sedialah untuk menghadapi perang idealogi di zaman sekarang yang
lebih tajam berbanding perang senjata. Bila pemikiran sudah kacau, apa saja
boleh dilakukan – senjata apa pun boleh masuk: pistol, jet, sembelih, semuanya
boleh.
“..supaya kamu berjaya (tuflihun)”.
Al-falah
maknanya membelah – benih masuk tanah, jika keluar membelah bumi maka akan mendapat
hasil. Oleh sebab itu, petani dalam bahasa Arab disebut sebagai Al-Falah.
Maknanya – perjuangan kamu untuk sabar, dan sabar dalam bersabar, bersiap-sedia
menghadapi cabaran musuh, dan bertaqwa kepada Allah SWT – 4 perkara ini jika
dibuat akan mendapat seumpama benih yang mengeluarkan pokok dan buah yang
banyak – itulah hasil yang kamu dapat, yakni pemberian yang tiada hentinya!
Riyadhus Solihin Bab 63 – ‘Berlumba-Lumba Dalam Hal Akhirat
dan Mengambil Banyak-Banyak dari Apa-Apa Yang Membawa Keberkahan’, m/s 300
Ringkasan
pengajaran daripada:
Hadis 567:
- Jika ingin memberi sesuatu, dahulukan kepada orang yang berada di sebelah kanan kita. Sekiranya kita berhadapan orang yang ingin diberikan sesuatu, maka berikan mengikut kanan orang yang diberi.
- Perbuatan mengambil berkat daripada Rasulullah ﷺ adalah dibenarkan.
Hadis 568:
Nabi Ayub menyimpan
belalang emas itu bukan kerana emasnya itu tapi ingin mendapatkan berkat
daripada keindahan keajaiban ciptaan Allah.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam.
**: mungkin salah ejaan