Tanggung jawab kepada Sufaha dan Menulis Wasiat - MTDM 21.11.2014
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.11.2014
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*
Bahagian 1 – Tafsisr Surah An-Nisa (ayat 5-10)
Ayat 5:
Ayat ini
menyentuh tentang tanggungjawab mengelola harta yang termasuk salah satu
daripada maqasid as-syariah. 5 objektif syariah (atau maqasid as-syariah) ialah
melindungi agama, harta, nyawa, kehormatan, dan akal.
Sabda
Rasulullah ﷺ dalam haji Wada, “Darah, harta,
nyawa kamu diharamkan untuk dinodai.” Yakni nyawa dibunuh, atau harta
dipergunakan dengan tidak benar adalah dilarang dalam Islam.
Ayat ini
menyuruh kepada auliya atau penjaga golongan as-sufaha. As-Suhafa atau as-safih
ialah orang yang akalnya kurang waras, tidak cekap dan tidak bijak mengurus
duit, akalnya belum matang untuk mengelola duit, yakni dia tidak mampu
menguruskan duit tapi dia berduit, yang mungkin berasal daripada harta warisan.
Anak kecil juga termasuk dalam kumpulan ini, tak kira mereka yatim atau tidak
yatim. Jadi, tidak dibenarkan memberikan mereka harta dalam jumlah yang banyak
kerana mereka tak tahu menguruskannya. Jadi, walaupun harta itu milik mereka,
harta tidak boleh diberi kepada mereka.
“Jangan beri kepada sufaha harta
kamu…”
‘Harta
kamu’ dalam ayat inin merujuk kepada harta yang pengelola jaga (yakni harta
anak yatim atau harta as-sufaha). Harta itu bukan milik penjaga, tetapi Allah namakan
harta itu ‘harta kamu’ supaya penjaga mengelolakannya sepertimana jika dia
mengelola hartanya sendiri juga. Maknanya agar berhati-hati memilih perniagaan
yang menguntungkan dan tidak buat sambil lewa kerana harta itu harta orang
lain. Jadi, sepertimana mereka jaga harta mereka, maka seperti itulah mereka
perlu menjaga harta as-sufaha.
Ini supaya
orang yang menjaga menjadi lebih bertanggungjawab agar tak berlaku kerugian dan
seumpamanya. Ayat ini halus kepada penjaga para sufaha (atan anak yang ‘down-syndrome’) – mereka mesti amanah!
Mungkin harta itu harta ibu bapa si yatim atau harta yang orang beri kepada
mereka.
Kenapa para
sufaha tak boleh diberikan harta? Kerana mereka tidak pandai menggunakannya.
Mereka mungkin boleh ditipu orang lain – dan ini Nabi memancing orang orang
lain menipu dirinya.
“Jangan berikan harta kamu yang
telah Allah bagi mereka sebagai ‘qiyaman’ (asas pembangunan kehidupan mereka)..”
Harta
‘qiyaman’ ialah harta yang menjadi sebab kehidupan boleh diteruskan.
Orang yang
tak cekap uruskan duit – dilarang diberikan duit dalam kuantiti yang besar. Tetapi
penjaga masih perlu berikan rezeki kepada mereka, dan jangan sampai tak beri
langsung kepada mereka. Beri cukup-cukup agar tiada peluang berlaku pembaziran.
“..beri mereka belanja dan
pakaian..”
Para sufahak
berhak mendapatkan rezeki secukupnya dari segi makanan, dan juga pakaian.
Jangan pandang rendah padanya dengan memberi kepadanya makanan dan pakaian yang
ala kadar saja kerana kekurangan akalnya.
Kamu
(penjaga) mesti bertanggungjawab kepada orang yang kamu jaga. Allah ingin
beritahu kepada orang yang waras agar bertanggungjawab menjaga orang yang
kurang waras. Teorinya ada dalam Al-Quran – agar mereka ini diberi perhatian
tetapi orang Barat yang terkedepan menyediakan penjagaan dan pendidikan yang
baik kepada golongan istimewa ini. Negara Islam yang mana yang memberikan
perhatian seperti ini lebih daripada yang diberikan oleh orang di negara bukan
Islam, walaupun teorinya ada dalam Al-Quran! Tetapi kebanyakan orang menyikapi
Al-Quran sebagi kitab bacaan bukan kitab praktikal! Tapi orang bukan Islam yang
buat praktikalnya.
Jangan
kerana kekurangan pada diri mereka, mereka diberi pinggan yang murah, baju yang
ala kadar. Apa dosa mereka sehingga diperlakukan begitu? Allah jadikan mereka begitu
agar kita bersyukur dengan akal yang kita dapat. Ini adalah tanggungjawab dalam
masyarakat – agar mereka tak rasa terpencil.
“…. Dan berkatalah kepada mereka
dengan kata-kata yang baik.”
Katakan
kepada mereka dengan perkataan yang BAIK – oleh itu jangan tengking, hina
mereka. Kamu yang waras yang mesti berfikir dan berkelakuan lebih rasional.
Kadang-kadang
ada ibu bapa diuji dengan anak istimewa – ambil sebagai peluang untuk memberi
perhatian lebih kepada mereka – kerana Allah turunkan ayat khas mengajar cara
menyikapi mereka.
Golongan
khas ini bukanlah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga saja, tetapi mereka
adalah tanggungjawab semua umat.
Ayat 6:
“Dan ujilah anak-anak yatim itu…”
Allah SWT
memerintahkan kepada para auliya, waliyul amri – iaitu orang yang menjaga anak
yatim untuk menguji anak yatim, khususnya anak yatim yang berharta. Mereka
masih kecil dan belum mampu menguruskan harta mereka, oleh itu harta mereka
menjadi tanggungjawab waliyul amri.
Disamping
memberi makan, pakaian, pendidikan sekolah, penjaga perlu melatih mereka untuk
bersedia mengambil alih hartanya ketika baligh nanti. Setelah baligh, mereka
perlu diuji adakah mampu mengelolakan duit mereka sendiri, tetapi sebelum itu
mesti dipersiapkan dahulu dengan ilmunya.
“… sehingga mereka cukup dewasa
(mencapai umur nikah)..”
Umur nikah
ialah setelah baligh. Berapa usia baligh? Dalam mazhab Syafie, baligh di kira
sebagai:
- Ketika keluar air mani pada usia 9 tahun (dan ke atas) bagi lelaki
- Ketika keluar haid pada usia 9 tahun (dan ke atas) bagi perempuan
- Berumur 15 tahun (walaupun ada/tidak keluar air mani/haid)
Sayyidina Abdullah
bin Umar berusia 14 tahun ketika itu dan Rasulullah ﷺ mengumpul orang untuk berperang, tetapi Nabi ﷺ tak izinkan dia ikut. Tahun hadapannya dia diizinkan ikut, yakni
setelah dia baligh (berusia15 tahun).
“Bilamana kamu menjumpai dari ujian
kamu – kebijakan, kemampuan dalam berfikir, maka berilah harta mereka..”
Maka ini
bermakna setelah baligh, mereka perlu mula diuji, bukannya terus diberikan
setelah mereka baligh. Dan jika mereka mampu, maka penjaga mesti bersegera
memberikan harta mereka untuk diurusn
“Jangan kamu makan harta anak yatim
secara melampaui batas dan terburu-buru sebelum mereka dewasa..”
Jangan pula
penjaga menghabiskan harta anak-anak yatim dengan cepat sehingga habis sebelum
mereka dewasa. Sesungguhnya Allah mengetahui niat para penjaga golongan ini.
“Di antara penjaga anak yatim, sesiapa
yang kaya, hendaklah menahan diri daripada mengambil harta anak yatim..”
Penjaga
yang mampu dinasihatkan agar tidak mengambil upah menjaga anak yatim, tetapi
jika penjaga itu orang susah, maka dibenarkan mengambila upah pada kadar yang
sepatutnya sahaja.
“..maka ketika kamu menyerahkan
harta mereka, hadirkanlah saksi.”
Untuk
mengelak syak wasanga atau kezaliman, maka perlu bawa saksi yang boleh
dipercayai ketika menyerahkan harta.
“.. dan cukupklah Allah sebagai
Pengawas.”
Yakni,
walau jika tiada saksi sekalipun, sepatutnya sudah Allah sudah cukup sebagai
saksi. Tetapi memandangkan sifat semulajadi manusia yang kerap berlaku
peselisihan, maka didatangkan saksi untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku. Tidak semua manusia hatinya bersih, hari ini mungkin rasa
lain, esok bertukar fikiran pula.
Rasulullah ﷺ berpesan kepada Abu Dzar, “Saya
melihat kamu ini adalah orang yang lemah. Saya suka kamu macam saya suka diri
sendiri. Janganlah kamu menjadi pemimpin dalam kalangan 2 orang, dan jangan
kamu menjaga harta anak yatim.”
Ini kerana
sifatnya yang lembut meneybabkan dia tak sesuai untuk jadi pemimpin walaupun
kepada 2 orang, dan kerana kelembutannya juga mungkin menyebabkan dia bersedekah
menggunakan harta anak yatim.
Suatu hari,
Rasulullah ﷺ dan sahabat berjalan dan nampak
kelibat seorang lelaki dari jauh. Sahabat tanya siapa itu? Kata Rasulullah ﷺ itu pasti Abu Dzar. Bila sampai benar kata Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ pun bersabda, “Semoga Allah
merahmati Abu Dzar, berjalan sendiri, dia hidup sendiri, , mati sendiri dan
akan dibangkitkan nanti di akhirat sendirian juga.” Ternyata benar apa yang
dikatakan Rasulullah ﷺ. Pada zaman khalifah Sayyidina
Uthman bin Affan, beliau dipulaukan di sebuah tempat bersama isterinya, dia
meninggal sendirian dan telah berpesan pada isterinya agar meletakkan
jenazahnya di laluan kaum muslimin untuk mereka uruskan jenazahnya. Dan nanti di
akhirat, beliau akan dibangkitkan sendiri juga sebagai membenarkan sabda Nabi
Muhammad ﷺ.
Maknanya
orang yang ingin menjadi penjaga harta anak yatim mestilah seorang yang layak,
kerana dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Ayat 7:
Dahulu kaum
Jahiliyyah memandang rendah kepada wanita dan anak-anak, sehingga jika ada yang
meninggal, wanita dan anak-anak tiada bahagian daripada warisan.
Kata
baginda Rasulullah “Sesungguhnya saya ingin mengingatkan kamu untuk
menghindarkan diri dari hak milik 2 orang yang lemah iaitu wanita dan
kanak-kanak (atau anak yatim).”
Jangan sesekali lelaki memanfaatkan harta wanita, walau apa pun statusnya. Kecuali jika wanita yang beri dengan suka dan rela hati. Biarkan mereka beri dengan rela hati tapi bukan dengan memujuk atau memaksa mereka. Nak minta tolong, silakan, tapi itu bukan tanggungjawab wanita. Lelaki yang bertanggungjawab untuk beri nafkah.
Wanita
boleh beri untuk ringankan beban suami. Oleh itu wanita jangan kedekut pula
kerana boleh dapat ganjaran seperti Zainab, isteri kepada Abdullah bin Mas’ud.
Zainab nak beri zakat, suaminya berkata di depan kamu ini pun orang yang fakir.
Zainab tidak pasti boleh diberikan atau tidak, lalu katnyaa nanti dia tanya
Rasulullah ﷺ dulu. Zainab pun pergi ke rumah Rasulullah
ﷺ tetapi ketika itu Bilal yang menjaga di
hadapan pintu. Zainab pun Bilal bertanyanya Rasulullah ﷺ tetapi diminta dirahsiakan identitinya – ini demi menjaga nama baik
suaminya. Apabila ditanya kepada Rasulullah ﷺ, Rasulullah ﷺ bertanya siapa yang bertanya. Bilal
yang sudah berjanji pun mengatakan “Zainab” - jawapan Bilal itu ‘mengambang’ –
tidak jelas yang mana satu kerana terdapat ramai yang bernama Zainah di Madinah
ketika itu. Tetapi baginda Rasulullah ﷺ lebih bijak
lalu bertanya kepada Bilal, “Zainab yang mana satu?”. Maka Bilal pun tiada
pilihan lain melainkan menyatakan kebenaran demi menuntut perintah Rasulullah ﷺ. Lalu dinyatakan bahawa Zainab isteri Abdullah bin Mas’ud. Maka jawab
Rasulullah ﷺ, “Boleh, bahkan akan menpapat 2
ganjaran – ganjaran zakat dan mendahulukan memberi kepada ahli keluarga.” Oleh
itu, dalam kehidupan suami-isteri, walaupun isteri tak bertanggungjawab, tetapi
jika membantu suami dan keluarga, dia akan mendapat ganjaran.
Allah turunkan
ayat ini untuk beri warisan kepada wanita dan kanak-kanak.
“… bahagian yang telah ditentukan
Allah…”
Peruntukan
bahagian Allah SWT yang tentukan, dan tidak sama antara lelaki dan perempuan,
atau anak-anak. Semua ada hak walaupun jumlahnya berbeza tetapi inilah yang Allah
yang sudah tentukan.
Ayat 8:
Bila hadir
kerabat, anak yatim, orang miskin yang tidak layak ketika pembahagian harta,
maka berilah mereka walaupun sedikit. Ini bukan sesuatu yang wajib, tapi agar
tiada rasa cemburu dan demi menjaga hati mereka.
Setelah diberi,
ikuti dengan kata-kata yang BAIK. Jangan sombong dengan contohnya mengatakan,
“Kamu datang saja dapat harta ayah aku” dsb. Katakan “Semoga Allah merahmati
kamu, semoga Allah memberkati kamu.”
Ayat 9:
Ayat ini larangan
ini kepada mereka yang berharta yang sedang sakit tenat dan masih sedar, tapi
baru sedar dirinya telah kurang beramal sebelumnya dan timbul rasa beri semua
hartanya kepada orang lain (melalui sedekah) sehinggakan tiada yang tinggal
kepada ahli keluarganya. Meninggalkan keluarga dalam keadaan miskin adalah
tidak dibenarkan, bahkan syarak boleh masuk campur untuk melarangnya. Bahagian
yang boleh diberi cuma maksimum 1/3 daripada seluruh harta.
Suatu hari
Rasulullah ﷺ melawat Saad bin Abi Waqas yang sedang
sakit. Dia berharta tapi cuma ada anak perempuan sebagai waris. Jadi dia
bertanya kepada Rasulullah ﷺ adakah boleh diberi sedekah 2/3
hartanya, Rasulullah ﷺ tak izinkan, Kemudia dia tanya jika
diberi ½ hartanya dan Rasulullah ﷺ tak izinkan.
Kemudian dia tanya jika 1/3, Rasulullah ﷺ kata itu pun masih banyak. Oleh itu berilah kurang daripada 1/3, kerana
1/3 itu masih dikira banyak. Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya jika kamu meninggalkan keluarga kamu dalam keadaan
berharta adalah lebih baik daripada kamu membiarkan mereka menjadi beban kepada
orang lain.” Ini nasihat Nabi Muhammad ﷺ dan tiada sebaik-baik pemberi nasihat. Oleh itu, jika ada orang ingin berwasiat
hartanya untuk disedekahkah sebagai amal jariah, maka maksimum hanya 1/3.
Walaupun jika seseorang mewasiatakan semua hartanya untuk kebajikan, yang boleh
diberikan tetap cuma 1/3. Bahagian yang lain mesti mendapat persetujuan ahli
waris jika ingin diberi atau tidak.
Ayat 10:
Dalam hadis
Rasulullah ﷺ menggambarkan diakhirat nanti jika
orang itu dibangunkan dengan keadaannya mulutnya keluar api – maknanya dia
makan harta anak yatim. Jika seseorang itu dalam keadaan macam kena rasuk,
maknanya dia dahulu di dunia makan riba. Setiap orang ada keadaan tersendiri
sepertimana perbuatan mereka di dunia. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita,
Amin Allahumma Amin.
Bahagian 2 - Kitab
Riyadhus Solihin
Bab 65 - Mengingatkan Kematian dan Mengurangkan
Angan-Angan.
Ayat 4 (Surah Al-Mukminun, ayat 112-115):
Walaupun
diberi umur yang panjang (1000 tahun) – kaum ‘Ad, kaum Tsamud nanti apabila
ditanya berapa lama mereka hidup, mereka akan kata hidup mereka suma sehari
atau setengah hari saja. Penghujungnya ialah maut dan tiada siapa yang akan
kekal hidup.
Hidup di
dunia ini singkat, maka jangan habiskan hidup di dunia ini untuk perkara yang
akan habis di dunia ini. Pergunakan masa yang singkat ini, yang sedikit ini
untuk mendapatkan kehidupan yang tiada batasan, kenikmatan yang tiada
penghujung. Susah sikit di sini tak apa, nanti senang di sana lama. Inilah
neraca timbangan mukminin dan mukminat.
Ayat 5 (Surah Al-Hadid, ayat 16):
Hadis 1:
Sayyidina
Abdullah bin Umar Al Khattab mengambil pengajaran dari kata-kata Rasulullah ﷺ yang berkata-kata dengan memegang bahunya, “Jadilah kamu dunia sebagai ini
sebagai orang asing atau orang yang sedang mengembara.”
Dipegang
bahunya – untuk menarik perhatiannya.
Dunia ini
cuma R&R – kalau cuma satu persinggahan, adakah akan duduk lama-lama? Tidak.
Semuanya ingin cepat menuju ke destinasinya.
Dunia ini disinggah
untuk melintasinya – dunia dengan jawatannya, hartanya, emasnya – semuanya itu
cuma R&R.
Orang yang
bermusafir berbeza dengan orang yang pindah. Kalau musafir dia akan bawa
secukupnya saja, takkan bawa barang berat-berat. Baju sehari boleh guna 2 hari
– tak apa asalkan ringan, tak nak ‘overweight’ – buat dunia sebegitu – jadilah
orang asing di dunia.
Abdullah
bin Umar faham nasihat Rasulullah ﷺ dan berpesan
bila tiba waktu pagi, jangan tunggu malam untuk beramal. Bila tiba malam,
jangan tungu pagi. Syaitan suka suruh tunda-tunda agar kita terlepas peluang
berbuat amal. Bila ada suara-suara sebegini – tinggalkan segera – baru kita
akan menang!
Gunakan
masa sihat untuk beramal dan istiqamah, nanti jika sakit inshaAllah akan terus
mendapat pahala.
Salah satu
tafsir ayat-ayat surah ‘At-Tiin’:
Bagi orang
tua yang sudah tak mampu beramal, tetapi dia orang yang beramal ketika muda,
maka dia akan tetap mendapat ganjaran yang sama, yang tidak putus-putus.
Kita ini
bertarung dengan waktu – jika tak gunakan waktu, kita akan digilis oleh waktu.
Hadis 2:
Hadis
Rasulullah ﷺ ada menyebutkan bahawa, “Siapa yang
meninggal dalam keadaan telah menulis wasiat, dia meninggal dalam keadaan yang
baik.”
Intipati hadis ini ialah agar menulis wasiat
setiap 2 malam (atau 3 malam atau 1
malam dari riwayat berbeza).
Apa maksud
hadis ini? Ingin memberitahu pentingnya seseorang itu bila tidur untuk
mengingati yang mungkin tidur itu tidur yang terakhir, dan esok mungkin tak
bangun lagi.
Sebahagian
para solehin meletak wasiat di bawah bantal –> apa agaknya yang bermain
dalam hati seseorang jika menyedari yang tidurnya itu tidur yang terakhir?
Tentunya penuh dengan harapan, penuh dengan doa, penuh dengan keinsafan, penuh
dengan niat agar Allah menerima dirinya sebagai hamba yang taat dan dimasukkan
ke syurga Allah. Harapan itu akan menjadi sebab untuk menarik rahmat Allah SWT.
Disebut
untuk menulis wasiat setiap 1 atau 2, atau 3 malam sebagai keringanan kepada
seseorang, khususnya bagi orang yang berharta. Bagi orang yang ada hutang, maka
wajib baginya menulis wasiat. Jika tiada hutang, maka hukumnya sunat. Orang
yang berhutang lebih wajib tulis wasiat kerana mungkin keluarga tidak tahu
tentang hutang dan dengan menulisnya akan memudahkan dan keluarga berusaha
menyelesaikan hutangnya.
Bila dah
tulis wasiat – biar agar ahli waris sudah tahu tempatnya!!! Wasiat mesti
ditulis, bukan hanya dengan lisan dan diberitahu di mana tempatnya. Disuruh
tulis setipa 1/2/3 malam juga agar dapat diperbaharui, contohnya mungkin hutang
telah dibayar.
Contoh
wasiat:
Bismillah,
selawat, saya fulan, mewasiatakn agar kamu semua bertaqwa kepada Allah Ta'ala –
kemudian baru sebut tentang harta.