Khuluquna (Akhlak Kami) Bahagian 1 - Habib Umar bin Hafidz
بسم الله الرحمن الحيم
اللهم صل على سيدنا محمد واله
وصحبه وسلم
Karangan dan syarahan
oleh Al-Alamah Habib Umar bin Hafiz
Terjemahan oleh Habib
Soleh Al-Jufri
Masjid Al-Abdul Razak,
Singapura, Subuh 12.11.2014
Rakaman audio tausiyah (maaf kualiti kurang baik)
Rakaman audio tausiyah (maaf kualiti kurang baik)
‘Khuluquna’ – ‘Akhlak
kami’ terbahagi kepada:
- 1. Akhlak kami bersama Allah
- 2. Akhlak kami bersama makhluk
- 3. Akhlak kami bersama diri-sendiri
Akhlak bersama Allah:
- muraqabah yakni merasa diawasi Allah SWT, ikhlas beribadat kepada-Nya, dan mempunyai wirid harian daripada Al-Quran, memahami dan mentadabbur isinya.
- Menghadirkan diri dalam solat, berusaha solat berjemaah selagi tiada keuzuran, merasa kerdil di hadapan Allah, bangun malam untuk beristighfar dan rasa gembira bermunajat kepada Allah SWT.
- Menjadikan Allah tempat utama mengadu dan bertawakal kepada kepada-Nya, banyak mengingati dan bersyukur kepada-Nya, yakin akan janji dan pertolongan-Nya, merendah diri dan bersungguh meminta ketika senang dan susah, mengagungkan syiar Allah dan tidak peduli dengan celaan orang terhadapnya, memelihara batas hukum Allah dan malu terhadap Allah SWT.
Syarahan:
Orang yang betul-betul
niat keluar untuk menuntut ilmu, maka dia seumpama berjihad di jalan Allah SWT.
Manusia ada dua
bentuk: Lahiriah (zahir) dan batiniah. Bentuk zahir nampak di dunia, manakala
bentuk batin akan nampak di akhirat nanti. Bentuk zahir nampak jelas contohnya
ialah jasad kita, dan batin itu ialah dalam bentuk akhlak kita. Siapa yang
lebih banyak akhlaknya mengikut para Nabi dan siddiqin, maka dia nanti akan
berada dimasyarkan (dikumpulkan) bersama mereka.
Apabila manusia itu
lebih banyak mengikuti sifat-sifatnys binatang buas, iaitu banyak bengis dan
mengganggu orang, maka nanti dia akan berbentuk binatang buas juga di sana. Dan
apabila manusia itu sifatnya banyak mengikuti shahwatnya, maka dia nanti akan
dibangkitkan seperti khinzir.
Maka amalan di dunia
menjadi dasar, gambaran apa yang dilakukannya ketika nanti di akhirat.
Apabila melihat doanya
Sayyidina Ibrahim bin Salim*, “Ya Allah, jangan siksa aku di hari kebangkitan
nanti, di hari tiada manfaatnya harta-benda dan anak-anak kecuali siapa yang
datang kepada-Mu dengan hati yang selamat.”
Banyak
orang-orang-orang kekasih Allah yang disingkap hatinya melihat manusia seperti
bentuk anjing, khinzir sebagainya. Maka, para wali Allah Ta'ala yang tersingkap
sebegitu, mereka tak mampu duduk bersama manusia biasa. Lalu diminta pada Allah
Ta'ala untuk dilihatkan yang baik-baik sahaja.
Telah diisyaratkan
dalam dalam kitab ini bahawa ada tiga bentuk akhlak, iaitu:
- 1. akhlak bersama Allah SWT
- 2. akhlak bersama makhluk
- 3. akhlak bersama diri sendiri
Surah Al-Israk, ayat
19:
Bacaan kitab
‘Khuluquna’ dimulai dengan ayat di atas. Ini menunjukkan akhlak seseorang menjadikan
bagaimana dia di akhirat nanti.
Daripada hadis Nabi
Muhammad ﷺ yang maksudnya, “Yang paling aku cintai di antara kalian, dan yang
paling dekat denganku ialah yang paling baik ketika di dunia.“
Tiada yang lebih berat
untuk diletak di mizan di akhirat nanti melainkan akhlak yang baik. Tidak ada
orang-orang yang memiliki akhlak yang mulia yang akan ditimpa api neraka. Kita
minta daripada diberi akhlak yang baik.
Al-Arifun mengatakan
tidak pernah terkumpul semua akhlak suci yang sempurna kecuali pada satu orang
saja iaitu Nabi Muhammad ﷺ, dan baginda memilik kedudukan yang paling tinggi.
Kemudian orang yang memiliki budi pekerti yang baik ialah orang-orang yang
mengikuti budi pekerti Nabi Muhammad ﷺ dan yang paling mampu mengikuti baginda
ialah para Anbiya dan Rasul, setelah itu orang-orang siddiqin dan orang soleh.
Akhlak yang mulia ini
merupakan kesempurnaan iman. Nabi Muhammad ﷺ bersabda, “Sesungguhnya orang yang
sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya.”
Dimulai dengan
menyebut akhlak kita bersama Allah:
· merasa diawasi dalam setiap keadaan kita
seolah-olah kita melihat Allah SWT
· tidak mendahului sesiapun sebelum Allah SWT Allah
Tuhan segala-sagalanya, dan Penguasa alam ini dan Maha Kuasa atas segala
sesuatu
Setelah seorang
solehin wafat, ditanya keadaanya dan dia berkata, “Aku dulu berdoa dengan beberapa
doa, iaitu: “Ya Allah, Tuhan dari
segala sesuatu, dengan segala kekuasaan-Mu atas segala sesuatu, maka Kau ampunkan segala-segala
sesuatu yang ada padaku dan jangan tanyakan atas segala sesuatu dan jangan Kau
seksa aku atas segala sesuatu yang ada.”
Maka, kita meminta
kepada Allah Tuhan dari segala-galanya, semoga Allah mengampunkan kita atas
segala-gala yang kita miliki dan Allah perbaiki dari segala-gala kita, dan
Allah tidak menanyakan apa yang ada pada kita dan semoga kita tidak disiksa
atas sesuatu yang ada pada kita.
Oleh kerana kita tahu
Allah SWT Tuhan segala-galanya, maka kita mesti lebihkan Allah dalam
segala-galanya. Dan akhlak kita yang pertama ialah merasa Allah SWT selalu
mengawasi kita, melihat kita dan meneliti keadaan kita. Maka, masing-masing
kita harus meneliti diri nya – apa yang diucapkan, apa yang diniatkan, apa
keadaan kita, apakah Allah redha dengan keadaan kita ataupun tidak?
Dan apabila Allah
redha dengan keadaan kita, sudah, jangan pedulikan yang lain-lain. Dan apabila
kita sedar bahawa yang kita akan lakukan itu mengundang murka Allah SWT, maka
jangan kita lakukan walaupun ada pujuk rayu nafsu, manusia atau apa saja. Orang
yang boleh memiliki muroqabah (rasa diawasi) ini adalah merupakan tanda-tanda
iman yang sebenarnya. Dan muroqobah merupakan anak tangga memasuki kerajaan
ehsan. Malaikat jibril pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ apakah ehsan itu.
Baginda Nabi ﷺ menjawab, “Ehsan itu kamu beribadah kepada Allah seolah-olah
kamu menyaksikan dan melihat Allah Ta’ala.”
Dan makna ‘seperti
kamu melihat Allah’ ialah satu darjat yang sangat tinggi dan agung dan
masing-masing orang memiliki maqam dan darjat tersendiri.
Cuba kamu rasakan di
depan ialah orang yang berwibawa dan diagungkan, bagaimana keadaan kita?
Bagaimana pula jika kamu berhadapan dengan Allah SWT?
Sayyidina ‘Ali Zainal
Abidin apabila ingin mendirikan solat, wajahnya memerah dan pucat dan apabila
ditanya kenapa, katanya, “Tahukah kamu kepada siapa aku akan mengadap
sekarang?”
Syeikh Abdul Aziz
Dabbab, beliau mengumpamakan bagaimana orang menyembah Allah dengan ehsan dan
tanpa ehsan. Orang yang memiliki darjat ehsan dalam ibadat adalah seperti orang
yang berjumpa dengan Raja yang memiliki kekuasaan yang tinggi, maka dia menuju
kepada istananya Raja, dan tiap kali dia menginap di istananya akan mendapat
hibbah yang luar biasa daripada Raja itu, Maka ketika dia sudah ke istana raja
itu, maka penuhlah hatinya dengan kewibawaan hebatnya Raja itu. Maka, ketika
dia mengadap kepada Raja itu, dia dalam keadaan sempurna dalam dia tunduk,
merendahkan diri di hadapan Raja dan berkata dengan singkat memberitahu masalah
dan berhajat kepada itu dan ini. Maka ketika Raja melihat budi dan pekerti
hamba itu yang tahu mengagungkan Sang Raja dan keadaan tenang dan rendah, dan
memiliki harapan yang benar, dan Raja akan memerintahkan untuk diberikan apa
yang diinginkannya, bahkan diberi lebih daripada apa yang diinginkannya.
Maka orang lain yang
melihat kedaan orang itu mendapat ganjaran yang besar , berjalan sendirian dan
mengucapkan ucapan yang sama seperti ucapan orang tadi. Katanya, “Wahai Raja,
saya berhajat itu dan ini” tetapi orang itu mengucapkan dengan tidak berasa seperti
dia berada di hadapan Raja, dan dalam hatinya tidak ada rasa ta’kzim dan hibbah
Raja itu, kerana dia merasakan Raja itu jauh dan dia tidak melihat raja itu.
Kemudia dia berkata, “Wahai Raja, kenapa engkau tidak beri aku apa-apa yang
engkau beri kepada orang itu? Padahal aku mengucapkan serupa apa yang diucapkan
dia itu tadi.”
Dasarnya bukanlah apa
yang diucapkan, tetapi keadaan bagaimana ketika dia mengucapkannya. Orang yang
mengucapkan dalam keadaan dia merasa melihat Allah SWT tidak sama keadaannya
dengan orang yang tidak merasa melihat Allah SWT. Semoga Allah buka pintu hati
kita agar bisa muqorobah, dan mencapai ke darjat ehsan. Amin.
Setelah disebutkan
tentang muqorobah, disebutkan pula tentang ehsan. Kita harus ikhlas kepada
Allah dalam keadaan ketaatan zahir dan batin. Ikhlas juga ialah kita perlu
sentiasa mensucikan diri daripada keinginan selain Allah. Apakah miliknya Allah
agama yang murni? Beribadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas murni –
disebutkan dalam hadis Qudsi, “Barangsiapa beramal kerana Aku, kemudian dia
campurkan dengan perkara-perkara selain Aku, Aku akan campakkan dia kepada apa
yang dia berharap selain dari Aku. Aku ini ialah Dzat yang tidak berhajat
kepada sesuatu apa pun.”
Allah SWT memberikan
perumpamaan orang yang ikhlas, yang turun ayat ini kepada Sayyidina Ali dan Sasyyidatina
Fatimah memberi makan dengan ikhlas kepada anak yatim, orang mikin tanpa
mengarapkan apa-apa melainkan keredhaan Allah SWT.
Dulu guru saya, Al
Habib Muhammad Al-Haddar, memberi nasihat kepada saya dengan mengatakan, “Dulu
guru-guru kita ketika mengajar dan membimbing anak didiknya tidak ada harapan
apa-apa dari ucapan manusia atau apa-apa balasan walaupun sekadar ucapan
‘jazakallah kheir’.
Dia menjadikan maksud
dan kehendaknya hanya kepada Allah SWT. Sayyidatina Aisyah ketika mengirim
sedekah untuk disampaikan pembantunya berpesan, “Setelah kau beri sedekah ini,
tolong dengar apa yang diucapkan oleh orang yang menerima sedekah ini.” Apabila
disampaikan bahawa orang yang menerima sedekah itu berdoa untuk Sayyidatina
Aisyah , maka Sayyidatina Aisyah pun mendoakan dengan doa yang sama kepada
penerima sedekah supaya pahala sedekahnya tetap ada, kerana dia juga telah
membalas dengan doa yang sama.
Telah disebutkan
bahawa pada zaman Habib Abdul Rahmah bin
Fiqih berpesan kepada Sultan untuk memberi kuda miliknya makanan yang murni dan
terbaik. Ditanya kenapa dia memberi makanan terbaik hanya pada kuda? Jawabnya,
“Aku teringin untuk menerima makanan yang bagus dan sempurna juga nanti di
akhirat.
Kemudian disebut juga
akhlak dengan firman Allah. Setiap orang beriman hendaknya bersambung dengan
kalam Allah. Yang lebih berhak untuk kita dengar ialah kalam Allah SWT.
Bagaimana kita lebih suka ucapan ‘newspaper’, ucapan manusia dan kita lupa
dengan kalam Allah? Disebutkan bahawa kita harus ada wirid khusus untuk membaca
kitab Al-Quran. Maka, hendaknya kita menjaga membaca Al-Quran nul Kareem dan
kita tambah lagi untuk menambahkan semangat. Orang yang lancar hendaklah dia membaca
1 juzuk setiap hari, yang tidak begitu lancar, jangan sampai kurang daripada
separuh juzuk. Bagus jika kita dapat khatam Quran satu kali seminggu. Dan
lebih-lebih lagi jika dapat khatam Quran setiap 3 hari. Dulu, Sayyidina Uthman
bin Affan khatam Quran dalam satu rakaat.
Dulu, wiridnya Habib
Hassan bin Soleh Al-Bahar ialah dia setiap malam solat sunat 2 rakaat saja.
Tapi rakaat pertama membaca 90,000 surah Al-Ikhlas, dan rakaat kedua khatam
Al-Quran. Sayyidina Habib Abdul Rahman Al-Saggaf pertama kali khatam siang
sekali, dan malam sekali. Kemudian beliau tingkatkan lagi sehingga 2 kali
khatam di siang hari, dan 2 kali khatam di malam hati. Kemudian beliau
tingkatkan lagi sehingga 3 kali khatam di siang hari, dan 3 kali khatam di
malam hati. Kemudian, di akhir hayat beliau tingkatkan lagi sehingga 4 kali
khatam di siang hari, dan 4 kali khatam di malam hati. Orang-orang hairan
keadaannya yang demikian tetapi itu sebenarnya mudah kepada orang-orang yang
hatinya benar-benar terpaut pada Allah Ta'ala.
Beliau meninggal dunia
600 tahun (abad ke-9) yang lalu, dan sekarang ada ahli keturunannya yang Habib
kenal yang melakukan yang sama, bahkan lebih daripada 4 kali. Beliau ialah
Habib Muhammad bin Soleh bin Abdullah Al-Attas. Habib kenal putranya Habib
Abdul Rahman bin Muhammad yang awalnya mendengar ceramah Habib Ali Al-Habsyi
yang mengatakan Habib Abdul Rahman mengkhatam Quran 4 kali di malam hari dan 4
kali di siang hari. Kemudian dia balik dan berusaha melakukan yang sama.
Setelah berjaya, dia mengutus surat kepada gurunya, Habib Ali Al-Habsyi, dan
menyatakan yang dia sudah sama dengan Habib Abdul Rahman.
Kemudian pada tahun
berikutnya, dia berjaya menambah 5 kali di siang hari dan 5 kali di malam hari.
Beliau ini bila membaca Al-Quran nul Kareem, hatinya sangat luar biasa dan
ruhnya mengikuti bacaannya sampai dia memahami makna-makna dari Al-Quran.
Kadang-kadang dia baca Quran sambil naik kuda dan terasa berat sehingga kudanya
terjatuh dan terduduk.
Selain kita rajin membaca Al-Quran, kita
harus menjaga untuk memahami dan mentadabbur isi Al-Quran. Mudah-mudahan Allah
berkahi pelajaran kita kali ini, kita diberi akhlak-akhlak seperti ini dan
Allah jadikan kita ahli Al-Quran, kerana Al-Quran itu punya ashab dan ahlinya.
Ashabul Quran ialah orang-orang yang tiap hari ada wirid untuk membaca
Al-Quran. Ahli Quran ialah orang yang membaca dan terpegun dengan kandungan
Al-Quran. Ashabul Quran akan mendapat syafaat Quran di akhirat. Kalau ahli
Quran, dia akan boleh memberi syafaat kepada orang lain sebab berkatnya Quran.
Dalam kedua kelompok ini telah datang 2 hadis. Rasulullah ﷺ bersabda, “Bacalah
Quran kerana Quran akan datang memberi syafaat pada hari kiamat nanti.” Dalam
hadis kedua, ahli Quran ialah orang yang khusus dan istimewa di hadapan Allah
SWT.
//Doa penutup majlis
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma suntingan ceramah mereka. Jadi, KKN me mohon pembaca mengulangkaji sendiri melalui rakaman video/audio di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik. Pihak KKN mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat dimanfaatkan. Wallu'alam.