Didik lelaki dan perempuan akan terjaga - MTDM 16.01.2015 (Bhgn 1)
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Bahagian 1 – Tafsir Quran Surah An-Nisa
ayat 24
Majlis Ta’lim Darul Murtadza 16.01.2015
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*
Para ulama, para du’a menyampaikan ilmu demi supaya ajaran baginda
Rasulullah ﷺ tersebar mengikut
lautan yang terbentang luas daripada ilmunya Nabi Muhammad ﷺ
Tiada orang yang berilmu kecuali itu adalah percikan daripada ilmu yang
luas daripada Nabi Muhammad ﷺ.
Alhamdulillah Majlis Ta’lim mengalu-alukan kedatangan tetamu Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff dari
Indonesia dan Habib Hussain Al-Haddar dari kota Madinah, kota ilmu Nabi
Muhammad ﷺ.
Bahagian 1: Tafsir
Quran Surah An-Nisa ayat 24:
Dalam ayat ke-24, Allah SWT menyebutkan kategori keempat wanita yang tak
boleh dinikahi setelah disebutkan 3 kategori daripada ayat sebelumnya, seperti yang
telah diterangkan pada kelas yang lalu iaitu:
Tiga kategori wanita yang tak boleh dinikahi:
1. Nasab. Ada 7 golongan iaitu:
1. Ibu-ibu
kamu
2. Anak-anak
perempuan kamu
3. Adik-beradik
perempuan
4. Adik-beradik
perempuan ayah kamu (ibu saudara sebelah ayah)
5. Adik-beradik
perempuan ibu kamu (ibu saudara sebelah ibu)
6. Anak
perempuan adik-beradik kamu yang lelaki (anak saudara)
7. Anak
perempuan adik-beradik kamu yang perempuan (anak saudara)
2. Susuan. Ada 7 golongan juga iaitu:
1. Ibu susu
2. Anak-anak
perempuan ibu susu
3. Adik-beradik
perempuan susu
4. Adik-beradik
perempuan ayah susu (ibu saudara susu)
5. Adik-beradik
perempuan ibu susu (ibu saudara susu)
6. Anak
perempuan adik-beradik lelaki susu (anak saudara susu)
7. Anak
perempuan adik-beradik perempuan susu (anak saudara susu)
3. Kerana pernikahan, dan terbahagi kepada haram kekal dan haram
sementara dengan fokus kepada yang haram kekal. Haram kekal terdiri daripada
isteri ayah selain emak, emak mertua, anak tiri perempuan (berkahwin dengan
perempuan yang sudah ada anak perempuan), menantu perempuan.
4. ‘Al-ihsan’ iaitu perempuan yang masih berkahwin dengan orang lain
Zaman sekarang ramai orang nakal dan banyak berlaku kes orang mencari
yang haram sedangkan ada yang halal. Banyak berlaku kes perselingkuhan kerana
tiada sifat qanaah dan tidak merasa cukup dengan apa yang diberikan Allah SWT,
dan mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu. Perkara ini sebelum bercanggah
dengan agama, sudah bercanggah dengan fitrah manusia, dan akal fikiran yang
waras. Kecuali kalau dia tak punya akal
dan fikiran yang waras, yang berbuat apa saja, akan lebih hina daripada
binatang. Binatang tiada ‘rule’ kerana Allah SWT tak beri akal kepada mereka.
Tetapi manusia diberikan alat untuk membezakan yang baik dan yang buruk, tetapi
bilamana masih tidak dapat membezakan, maka adalah lebih teruk dari haiwan yang
memang tidak berakal. Mereka itu macam bintang ternak, bahkan lebih hina.
“Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan)
perempuan-perempuan isteri orang (al-muhsinin),…”
Perempuan yang diharamkan ialah “Al-Muhsonaat”
Al-Muhsonaat -> nisbah pada Lelaki
Al-Muhsinin -> nisbah pada perempuan
Apa ertinya? Nanti akan dijelaskan satu-satu. Al-Muhsonaat atau Al-Ihsaan atau Al-Hisin -> benteng yang digunakan
oleh orang dahulu untuk mengelak perkara bahaya daripada menceroboh kawasan.
Maka, ertinya dari segi bahasa ialah pencegahan atau penjagaan dari perkara
buruk.
Dalam Al-Quran, Allah SWT menisbahkan
‘Al-Ihsaan (Al-Hisin)’ ini juga kepada seorang
perempuan iaitu Siti Mariam a.s, di mana Allah SWT berfirman, – dalam Al-Quran
disebut kepada Siti Mariam:
Perempuan yang menjaga kehormatannya ertinya tidak mendekati atau
melakukan perbuatan yang menodai kehormatannya. Ini yang dikatakan perempuan
al-muhsonat. Ini perempuan yang tidak mudah didekati, yang afifat, yang terjaga
kehormatannya daripada terdedah kepada yang bukan mahram. Perempuan ini terpuji
di sisi Allah SWT. Contohnya, dalam kes Mariam, kenapa Allah SWT memanggilnya
perempuan yang menjaga kehormatan dan kesuciannya? Oleh kerana Yahudi mentohmah
Siti mariam berzina, kerana datang dengan membawa anak sementara Siti Mariam
tidak berkahwin. Sifat semulajadi manusia yang suka tergesa-gesa dan tidak
memeriksa terlebih dahulu bagaimana boleh dapat anak atau bagaimana perkara ini
boleh berlaku. Sehingga hari ini, jika mereka beriman kepada Mariam, mereka
akan beriman kepada Isa bin Mariam, tapi mereka tak beriman kepada Nabi Isa,
kita beriman kepada Isa anak Mariam. Yahudi tidak beriman kepada Nabi Isa, bahkan
mentohmah kepada Siti Mariam sebagai orang yang berzina.
Al-Quran melindungi kepada Siti Mariam, dan tidak dinamakan satu surah
kepada isteri Rasulullah ﷺ
Khadijah, atau A’isyah atau Fatimah, puteri Rasulullah ﷺ. Tetapi Al-Quran menamakan satu surah dengan Mariam,
perempuan yang hidup sebelum zaman Rasulullah ﷺ. Ajaran Nabi Isa itu dihapus dengan Rasulullah ﷺ tetapi ada satu surah dalam Al-Quran yang dinamakan
dengan wanita sebelum zaman Rasulullah ﷺ yang terkait dengan agama sebelum Rasulullah ﷺ. Bukankah agama
ini adil – menempatkan sesuatu tepat pada tempatnya. Memang terdapat beberapa
perkara yang ‘fatal’ dalam agama Kristian, tetapi perkara yang benar, dibenarkan
apa yang benar supaya orang bersikap insaf, tidak menyalahkan orang lebih dari
jenayahnya. Jangan bakar kelambu kerana nyamuk. Manusia suka kerana kesalahan
orang yang kecil, semua kebaikannya habis. Tapi kalau dia buat baik sikit,
salahnya dilupakan. Perangai manusia – suka hukum orang lebih dari jenayahnya. Allah SWT dimaksiatkan oleh manusia, tapi
Allah SWT tidak pernah menghukum manusia lebih daripada kesalahan yang
dilakukannya.
Jibril datang kepada Mariam dengan menyerupai bentuk seorang lelaki yang
sempurna, yakni tidak buruk, kotor. Ketika berhadapan dengan Jibril sebegitu,
dalam keadaan dia tidak tahu itu Jibril, berkata: “Aku berlindung dengan Yang
Maha Pengasih, untuk memenuhi apa yang kamu inginkan.”
Ini kerana perkara yang berlaku – berkhalwah dengan lelaku bukan mahram
adalah bercanggah dengan nilai-nilai syarak – "Tidak berduaan lelaki dan
perempuan, kecuali yang ketiga ialah syaitan.” Tapi zaman sekarang, mak bapa
pula yang percaya –“Tak apa, anak aku tak mungkin buat yang tak elok.” Ya Salam..
Mak bapa boleh percaya pada anak sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri tidak percaya dan memberitahu - "Tidak
berduaan lelaki dan perempuan, kecuali yang ketiga ialah syaitan.” Rasulullah ﷺ tak tahukah? Jangan berdolah-dalih dalam masalah
syarak! Syarak diturunkan untuk kita
mematuhi, kalau syarak ini dipermainkan, buat apa Nabi ﷺ susah-susah sampaikan syariat ini? Maka, ketika
Mariam melihat Jibril dalam keadaan cuma berduaan dengannya, menyebabkan dia
berdoa kepada Allah - “Aku berlindung dengan Yang Maha Pengasih”
Kenapa berlindung kepada Yang
Maha Pengasih, bukan Yang Maha Pengampun? Supaya menyayangi dirinya, dan kalau disayangi
mesti diselamatkan.
“..Kalau kamu (wahai lelaki yang berhadapan aku ini) takut kepada Allah,
maka janganlah melakukan perkara ini (yakni khalwat dan yang ‘selepas’ itu).”
Apa agaknya kalau ada lelaki ‘handsome’, kemudian segala aspeknya
lengkap: ekonomi bagus yang zaman kita sekarang, orang berpenampilan untuk
menarik perhatian perempuan. Memamg ramai orang terpikat pada perkara yang
indah, tetapi bagi orang yang menjaga maruahnya, dia tidak mudah terpikat
kepada sesiapapun, dari mana pun juga. Siti Mariam tidak terpikat kepada Jibril
walaupun dia muncul sebagai lelaki yang sempurna. Rasa takut kepada Allah dan
rasa ingin menjaga kehormatannya membuatkan Siti Mariam memohon perlindungan
daripada Allah SWT. Di sini Allah memuji keadaan Siti Mariam yang tidak
mengambil peluang dalam keadaan bersendirian, berhadapan dengan lelaki yang
sempurna, yang mungkin kalau orang lain entah apa jadi!
Kemudian, barulah Jibril memberitahu tujuan kedatangannya untuk
menganugerahkan cahaya mata Isa ibnu Mariam. Ayat itu diturunkan untuk memuji
kepada perbuatan Mariam yang menjaga kesuciannya dan kedua: untuk menjawab
tohmahan Yahudi yang menuduhnya berzina. Kehormatannya dijaga oleh dirinya
sendiri.
Perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya akan dijaga Allah SWT
tapi kena mula dengan diri sendiri. Fahimtum? Ini erti Al-Ihsaan atau Al-‘Iffah:
orang yang menjaga maruah, air mukanya, dalam ayat ini khusus kepada perempuan
dan secara amnya masing-masing. Jadi, makna Al-Muhsonat atau Al-‘Afifat yang pertama ialah perempuan yang menjaga
kehormatannya.
Erti yang kedua ialah perempuan
yang sudah berkahwin dengan lelaki lain. Maka, dia haram menikah dengan lelaki
lain. Ketiga:
Al-Harair ertinya orang yang merdeka.
“Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan)
perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki…”
Apa maknanya? Pada zaman dahulu, hamba sahaya merupakan satu keperluan masyarakat
untuk membantu urusan rumah tangga.
Orang merdeka boleh berkahwin dengan wanita hamba sahaya dengan beberapa
syarat:
1. muslimat
2. tiada wanita merdeka untuk dinikahi
3. lelaki tidak mampu mengahwini wanita merdeka
Panjang lebar perbahasan dalam bab feqah berkaitan syarat-syarat ini.
“… (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu
ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan
bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu...”
Semuanya ada 19 golongan yang diharamkan berkahwin dengannya, selain
daripada itu halal berkahwin dengannya. Selain daripada 19 ini ada sangat
banyak pilihan lagi perempuan. Ertinya jumlah yang dihalalkan jauh lebih banyak
daripada jumlah yang diharamkan. Dan hampir rata-rata jumlah yang diharamkan
Allah SWT sikit berbanding dengan jumlah yang dihalalkan. Peliknya manusia
mencari yang haram! Sudahlah janggal, ganjil (sedikit) – Allah SWT haramkan khamar
(arak), tapi halalkan jus mangga, epal, anggur, tembikai, durian.. berapa
banyak jus yang dihalalkan oleh Allah SWT? Mengapa manusia masih mencari arak?
Sedikit tapi itu yang masih dicari. Yang diharamkan daripada makanan juga
terhad – khinzir, anjing bagi mazhab Syafie, bangkai, haiwan bertaring dll,
tetapi berapa banyak makanan yang
dihalalkan? Setiap yang ditentukan dalam syarak – yang haram sedikit, yang
halal banyak. Bukankan ini satu kemudahan yang Allah berikan kepada manusia?
Na’am (ya), tapi manusia suka melawan kepada Allah SWT.
“… untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu
secara bernikah, bukan secara berzina..”
Tuntutan berkahwin itu antaranya mesti ada harta, tapi tak semestinya
banyak pun, tapi mesti ada, jangan datang dengan tangan kosong.
Pada zaman Rasulullah ﷺ, baginda pernah bersabda, “Pernikahan yang
barakah ialah pernikahan yang mudah dan sederhana maskahwinnya.”
Ringkasan - Kisah seorang sahabat yang ingin dikahwinkan Rasulullah ﷺ.
Sahabat disuruh Rasulullah ﷺ untuk balik mencari cincin, biarpun dari besi,
sebagai mas kahwin, tetapi sahabat itu terlalu miskin dan cuma ada pakaian di
badannya. Lalu, akhirnya, Rasulullah ﷺ menyuruh dia mengajar isterinya hafazan
Al-Qurannya sebagai mas kahwinnya.
Perbahasan ulama tentang maskahwin bentuk ini panjang lebar dan tidak akan
dibahaskan di sini.
Berbeza orang yang memudahkan kerana tidak mampu dengan orang yang beri
sedikit (kerana kedekut) sedangkan dia berharta. Walaupun dari segi hukum sah,
tapi sifat kedekut itu bukanlah sifat yang baik. Sepatutnya sesuaikanlah
mengikut keadaan dan permudahkan jangan
disusahkan.
Tujuan berkahwin adalah agar kamu menjaga diri dan dijaga. Dalam
Al-Quran disebut perempuan sebagai dijaga (muhsonat), dan lelaki menjaga
(muhsinin). Perhubungan antara lelaki dan perempuan in, kebiasaannya perempuan
yang dikejar. Bila lelaki menjaga diri untuk tidak mengejar perempuan, maka perempuan
akan terjaga dan tiada lelaki yang mempermainkan. Jadi, bila lelaki menjaga
diri, akan terjaga perempuan. Tapi bilamana lelaki tak menjaga diri, perempuan
juga takkan terjaga. Sebab itu dalam hadis Nabi ﷺ bersabda, “Berbaktilah kamu
kepada ibu bapa kamu, akan berbakti kepada kamu anak-anak kamu. Jaga diri kamu
(wahai lelaki), perempuan-perempuan akan terjaga.
Lelaki mesti menyokong untuk perempuan menjaga diri mereka dengan tidak
mengejar, mengorat kepada mereka. Masyarakat ini kalau dibentuk agar punya
sifat seperti menjaga pandangan, menghormati perempuan lain, maka perempuan pun
tak perlu memakai pakaian tidak mematuhi syariat untuk menjadi selera kepada
lelaki. Kalau lelaki menjaga diri mereka, maka perempuan pun akan menjaga diri
mereka. Tidak dinafikan ada pengecualian contohnya ada juga perempuan yang
memang suka untuk berpenampilan begitu, tetapi tidak dinafikan ramai yang
berhias kerana ikut arus yakni kerana masyarakat suka melihatnya. Maka, kalau
masyarakat khususnya lelaki dididik, yang lain juga akan terdidik. ‘Society’ (Masyarakat)
mesti dididik bermula daripada lelaki. “Tidak ditinggalkan setelah aku fitnah
yang lebih berbahaya untuk lelaki melebih fitnah perempuan”, sabda Rasulullah ﷺ.
“”.. bukan secara berzina.”
Yakni, lelaki yang ada duit tidak boleh mempermainkan wanita dengan
kahwin sekejap saja kemudian tinggal. Kamu kena jaga kehormatan kamu, dan
dengan itu akan terjaga perempuan. Perintah Allah SWT – duit bukan boleh diguna
untuk apa saja tetapi dipantau, dibimbing oleh Allah SWT agar menggunakan untuk
berkahwin dan menjaga kehormatan diri.
“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati
percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada
mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan
oleh Allah)…”
Di sini menjadi perbezaan pendapat ulama dalam ayat ini khususnya
tentang perkahwinan mut’ah iaitu
pernikahan antara lelaki dan perempuan, dengan ada bayaran, untuk satu tempoh yang
bila tiba tempoh itu, akad akan terputus serta-merta walaupun tanpa lafaz
cerai. Pernikahan ini dipegang tentang golongan syiah.
Ayat ini bukan menceritakan tentang pernikahan mut’ah, tetapi bercerita
tentang nikah. Ada beza antara mut’ah dan nikah, walaupun ada kemiripan antara
keduanya. Perbezaan yang ketara ialah nikah tiada ketetapan waktu kerana maksud
daripada pernikahan itu ialah ad-daimah, yakni kekal. Kekal bukan maksudnya
tidak boleh cerai, tetapi tidak menyimpan hasrat dari awal menikah untuk
diceraikan pada masa tertentu.
Mut’ah pula ada waktu yang telah disepakati bersama untuk bercerai.
Perbezaan kedua ialah mut’ah muncul dalam keadaan kecemasan, terdesak,
ekslusif tetapi pernikahan adalah sesuatu yang menjadi dasar, bukan mengikut
keadaan. Dahulu kamu muslimin menghabiskan masa yang lama berperang sementara
berada jauh dengan keluarga mereka dan mereka dihadapkan dengan keadaan yang
menuntut kepada hawa nafsu. Hawa nafsu bilaman bermain dalam hati dan perasaan,
maka manusia akan dihadapkan dengan 2 perkara:
1. Mengawalnya, tetapi tak semua orang mampu, dan
1. Mengawalnya, tetapi tak semua orang mampu, dan
2. melampiaskannya.
Hawa nafsu boleh mengganggu seseorang dan mungkin menyebabkan dia sakit,
tapi kalau dibiarkan tak terkawal, akan berlaku sesuatu yang merosakkan
‘society’ seperti rogol atau liwat, jadi ianya perlu dikawal. Tuntutan hawa
nafsu adalah fitrah. Jadi, sahabat yang tertuntut oleh hawa nafsu ini pun
datang berjumpa Rasulullah ﷺ dan berkata,
“Ya Rasulullah ﷺ, bolehkan kami mengkasi diri kami?” Yakni, mereka tak
mahu terlibat dengan perzinaan atau liwat sedangkan mereka ada hawa nafsu untuk
dipenuhi, tetapi tiada yang halal. Nabi ﷺ melarang kerana perbuatan itu boleh
menyebabkan terputusnya zuriat. Maqasid syariat Islam adalah melindungi kepada
5 perkara iaitu kehormatan agama, akal, harta, nyawa dan maruah (keturunan).
Nabi ﷺ bersabda, “Bernikahlah kamu dengan
seorang perempuan yang ‘al-wadud’ dan ‘al-walud’, yakni perempuan yang elok dan
melahirkan banyak melahirkan (subur). Sesungguhnya aku nanti akan
membangga-bangakan dengan umatku yang ramai.” Al-Walud ertinya ibu yang banyak
melahirkan (subur). Lalu macam mana sedangkan tuntutan hawa nafsu ada? Maka,
ketika itu Rasulullah ﷺ menghalalkan al-mut’ah. Saat darurat ketika itu ada
tawanan perang wanita – ada yang kehilangan suami kerana sudah meninggal/terbunuh
dan mereka menjadi hamba sahaya, tetapi tidak dibenarkan bersama begitu saja,
tetapi dilakukan akad, kemudian ada bayaran dan menjaga nafkah wanita yang
sebelum ini pun terbiar. Jadi, saay katakan mut’ah pernah dihalalkan oleh Rasulullah
ﷺ tetapi itu perkara yang muncul ketika darurat masa itu.
Kata Imam Syafie, “Saya tidak melihat
dalam agama Islam ini hukum yang berubah-ubah (mula diharamkan, kemudian
dihalalkan, kemudian diharamkan, kemudian dihalalkan semula, kemudian diharamkan..)
kecuali al-mut’ah.”
Rasulullah ﷺ pernah mengharamkan ziarah
kubur, tapi dihalalkan kembali, dan ini berlaku cuma sekali. Saidina Abu Bakar
pernah berkata, “Aku akan rejam orang yang melakukan mut’ah. Tiada sahabat yang
membantah menunjukkan dan sahabat ijmak setuju hukum terakhir mut’ah ialah
haram. Jika ada bantahan, pasti sahabat,
terutamanya yang dijamin syurga, akan menentang ketika itu juga. Dan tidak
boleh dikatakan jika keadaan perang, mut’ah akan dihalalkan semula kerana apa
yang terakhir ditetapkan oleh Rasulullah ﷺ, maka ianya kekal sehingga kiamat.
Mereka yang mengatakan mut’ah halal
berdalilkan kepada Sayyidina Abdullah bin Abbas dan memang ada satu pandangan
yang dinisbajkan Sayyidina Abdullah bin Abbas, tapi pada penghujung umurnya dia
menarik balik fatwanya kerana berita yang mengatakan Rasulullah ﷺ mengharamkan mut’ah tidak sampai kepadanya. Sahabat, tingkat ilmu
berbeza-beza, memang tidak dinafikan Abdullah bin Abbas terkemuka dalam
perkara-perkara keilmuan, tetapi dalam beberapa hal, dia berbeza pendapat
dengan sahabat lain.
Dalam hal azab kubur, kata Abdullah bin
Abbas, mayat akan terseksa dengan tangisan orang yang hidup, sedangkan Sayyidah
Aisyah berkata tidak, kerana Allah takkan menghukum seseorang atas dosa yang
dilakukan oleh orang lain. Abdullah bin Abbas berdalilkan hadis, manakala
Aisyah pula berdalilkan Al-Quran. Hal ini menunjukkan keluasan ilmu para
sahabat dan kefahaman masing-masing terhadap ayat Quran atau hadis Rasulullah ﷺ.
Jadi, pada akhirnya Abdullah bin Abbas menarik balik fatwanya dan turut setuju
dengan pengharaman mut’ah, dan inilah pegangan ASWJ dan keempat-empat mazhab
tanpa berkecuali.
“Kemudian
mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi
isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna),
sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).
‘Kenikmatan’ bukan hanya dalam masalah seksual saja, tapi ‘khitbah’,
orang masuk meminang, berkahwin tapi belum bersama - itu semua juga sebahagian
daripada kenikmatan kerana Allah SWT menyuruh dibayar separuh maskahwin kepada orang
yang bernikah dan bercerai sebelum bersama. Jadi, ‘bersama’ bukanlah syarat
untuk mendapat bahagian maskahwin.
“Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu
persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah
ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya).”
Kalau lelaki redha memberi 1000, 10, 000 sebagai maskahwin tapi
Perempuan redha untuk beri diskaun, maka terpulang kepada yang punya hak.
Begitu juga jika lelaki ingin beri lebih daripada yang dipersetujui, juga
diperbolehkan.
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.”
Dalam hukum-hakam Allah SWT terkandung hikmah - keputusan Allah tentang
hukum-hakam al-muhorramat, berkenaan berkahwin dengan hamba sahaya, menggunakan
harta untuk berkahwin dengan cara yang benar dan tidak mempermainkan perempuan,
memberikan maskahwin atau mut’ah yang telah ditetapkan dan lebih kurangnya
terpulang pada masing-masing empunya hak. Allahu Ta’ala ‘alam bissowab.
*:
Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti
yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata
mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman
yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga,
di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan.
Wallu'alam.
**:
mungkin salah ejaan