Sifat Warak, Sifat Nafsiyyah & Tausiyah Tetamu Istimewa - MTDM 16.01.2015 (Bhgn 2 & 3)
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Bahagian 2: Kitab
Riyadhus Solihin, Bab Warak, Hadis 3, 4
Majlis Ta’lim Darul Murtadza 16.01.2015
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*
‘Al-Bir’
(Kebajikan/kebaikan) itu akhlak yang baik.
Kalimat
‘Al-Bir’ digunakan untuk pelbagai makna dalam Al-Quran. Kepelbagaian makna
menunjukkan Al-Bir itu sendiri merangkumi segala nilai murni atau perbuatan
yang baik, termasuk masuk rumah melalui pintu merupakan Al-Bir. Masuk rumah
bukan melalu pintu sudah dikira bukan
bahagian daripada Al-Bir. Jangan masuk rumah melalui tingkap, masuk ikut pintu!
Nabi ﷺ
menghadkan dalam hadis ini Al-Bir itu akhlak yang baik. Sama seperti ungkapan
baginda bahawa “Haji itu Arafah” sedangkan ada lagi rukun lain haji seperti
Tawaf, Saiei, Cukur dsb, untuk menunjukkan pentingnya kedudukan Arafah dalam
ibadah haji! Seperti juga “Ad-din itu nasihat”, walaupun ada yang lain.
Dosa itu
menimbulkan ragu-ragu – malu kalau orang lain nampak – itu maknanya benih
daripada dosa. Orang, kebiasaannya, kalau buat baik nak orang lain tahu, tapi
kalau dia buat tak baik, kebanyakannya, dia tak mahu orang tahu. Contohnya,
remaja yang ingin lihat media-media tidak senonoh di internet takkan buat
begitu di ‘cybercafe’ kerana takut orang lain nampak. Allahu Ta’ala ‘alam bissowab.
Bahagian 3: Syarah Hadis Jibril m/s 24
Sebahagian sifat terpenting Allah SWT
ialah sifat Nafsiyyah seperti Wujud (Ada, existence) dan ini hanya boleh
diyakini dengan mengenali dengan tanda-tanda atau makhluk Allah SWT. Kita tidak
dapat mengenali Allah SWT dengan Zat-Nya kerana itu diluar jangkauan akal
manusia untuk mencapainya. Apa yang akan difikir dalam fikiran, adalah
terbatas, kerana fikiranjuga ialah
makhluk. Kenalilah Allah melalui makhluk-makhluk ciptaan-Nya.
Tauisyah Istimewa 1: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Kaff
//Ucapan
salam, hamdalah, doa dan kata-kata aluan.
Allah SWT
berikan nikmat luar biasa untuk kita terus menerus mencari ilmu
Allah
berikan taufiq untuk kalian dipermudahkan berada di tempat yang paling dicintai
Allah SWT iaitu masjid-masjid Allah SWT, dan diberikan guru-guru yang mulia,
yang ilmunya bersambung dengan Rasulullah ﷺ.
Kata
Habib Abu Bakar al-Attas, “Kalau kalian benar-benar ingin menuntut ilmu, guru
kalian yang akan datang kepada kalian, bukan kalian datang kepada guru kalian.”
Semoga Allah SWT berikan istiqamah daripada pemberian karamah luar biasa ini.
Rasulullah ﷺ pernah berpesan, “Barangsiapa yang Allah ingin kebaikan pada
dirinya, Allah akan permudahkan jalan untuk dia menuntut ilmu.” Kata ulama,
jika Allah tidak inginkan kebaikan pada seseorang, Allah akan persulitkan
jalannya untuk menuntut ilmu. Marilah berjuang bersama-sama untuk mendidik
anak-anak kita mencintai majlis-majlis ilmu seperti ini dan mereka menjadi
qurratu ain kepada Rasulullah ﷺ.
//Ucapan
penutup.
Tauisyah Istimewa 2: Habib Hussain Al-Haddar dari kota Madinah
Diterjemah
oleh Ustaz Ali Zaenal Abidin (Madrasah At-Tazkiyah)
//Ucapan
salam, hamdalah, doa dan kata-kata aluan.
//Hadis
tentang bagaimana malaikat hadir di majlis zikir/ilmu dan melaporkan kepada
Allah SWT.
Kisah ketika
Habib Hassan bin Soleh al Bahar wafat, pada ketika itu Raja negeri itu
membahagi-bahagikan daging kepada fakir miskin, dan di antara mereka yang
mendapat daging itu, ada seorang yang hadir solat jenazah Habib Hassan bin
Soleh al Bahar. Selepas solat jenazah, dia pun pulang dan perintahkan ahli
keluarganya untuk masak daging tersebut. Mula dari malam hari, sehingga
esoknya, daging itu masih tidak masak lagi, bahkan tidak berubah bentuk
sekalipun. Maka, mereka pun bertanyakan ulama perihal daging itu. Ulama itu
bertanya jika dia ada pergi kemana-mana setelah mengambil daging itu. Jawabnya
tidak kecuali ke solat jenazah Habib Hassan bin Soleh al Bahar. Ditanya lagi
dimana dia letakkan daging itu ketika solat – di atas tanah dan dibawa
dibelakangnya ketika solat. Jawabnya dibawakan di bawah bajunya dibelakang
ketika solat itu. Maka, ulama pun mengatakan, “Ketahuilah bawah Allah telah
mengampunkan dosamu dan dosa daging yang berada di belakangmu.” Sebab itulah,
daging itu tidak dapati disentuh api di dunia sehingga hari qiamat nanti.
Dan
disebut oleh Habib Abdullah bin Hussin bin Tohir dalam sebuah bait qasidah yang
beliau karang, di mana beliau mengatakan majlis ilmu janganlah ditinggalkan. Di
penghujung bait syairnya, dia mengatakan menghadiri majlis ilmu lebih baik
daripada engkat melakukan solat 1000 rakaat, dan lebih utama daripada kau
menghantar 1000 jenazah dan lebih utama daripada engkau menziarahi 1000 orang
yang sakit. Jadi, dalam kehidupan kita, adakah kita pernah solat jenazah untuk
1000 jenazah? Maka, bertuahlah kita yang dapat hadir dalam majlis ini di mana
di ajarkan kita mengenal dan mengikut kepada syariat Allah SWT.
Dikisahkan
ada seorang wanita menghadiri majlis ilmu dan dia berkhidmat dalam majlis ilmu
tersebut untuk membersihkan tempat-tempat dalam majlis ilmu tersebut. Dia
meninggal dunia dan Sayyidina Sufian Ats-Tsauri bermimpi berjumpa dengannya
dalam keadaan dia melenggang dengan luasnya di dalam syurga Allah SWT. Di dunia dulu, wanita itu miskin, jadi dia
dipanggil ‘Miskina’. Maka, Imam Sufian Ats-Tsauri memanggilnya, “Ya Miskina, Ya Miskina” Maka wanita itu pun menoleh dan
mengatakan, “Ketahuilah bahawa si Miskina telah pergi dan sekarang yang tersisa
ialah kejayaan dan kekayaan.” Imam Sufian As-Sauri pun bertanya, “Dengan amal
apakan engkau mendapat kedudukan dan darjat tinggi sehingga kau masuk ke syurga
Allah SWT?” Maka, jawabnya, “Dengan aku melazimi dan berkhidmat dalam
majlis-majlis ilmu. Maka ditanya Imam Sufian Ats-Tsauri, “Apakah yang membuat
engkau berjalan melenggang begitu hebatnya di syurga ini?” Maka, dia menjawab,
“Inilah keadaan seorang yang dulunya berkhidmat di dalam majlis ilmu di syurga
Allah SWT”.
//Ucapan penutup.
*:
Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti
yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata
mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman
yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga,
di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan.
Wallu'alam.