Awet Muda (2) – Tanyalah Ustaz 2014
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ustaz Halim Din* Bacaaan surah An-Nisa’ ayat 116-121: Awet muda itu sesuatu yang bersifat kecantikan, keindahan. Dalam hadis Bukhari ada direkodkan hadis yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.” Tetapi kecantikan yang kita cari bukanlah semata-mata kecantikan diri tetapi kecantikan yang membawa kita kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menunjukkan contoh dirinya sebagai seorang manusia yang indah di luar dan di dalam. Namun hari ini, ramai orang yang kerana ingin cantik tidak peduli lagi kepada apa yang halal dan haram dan sanggup menggunakan khidmat sihir sehingga membawa syirik kepada Allah SWT. Penampilan Nabi Muhammad SAW itu sejuk mata memandang – maknanya orang memandangnya berseri-seri. Sebaliknya orang yang tidak terurus nampak seperti orang yang bermasalah. Nabi Yusuf dikatakan antara orang yang sangat cantik – dikatakan mempunyai separuh kecantikan lelak...