“Roti lagi, roti lagi…” - Bab Keutamaan Besederhana Dalam Hidup
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Bab Keutamaan Besederhana Dalam Hidup - Kitab Riyadus Solihin
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 31.01.2014
Photograph: Nasser Nuri/Reuters |
Huraian Hadis 513 – 515 (atau 24 -26**)
Hadis 513(24):
Hadis diriwayatkan Sayyidina Abdullah ibnu Abbas r.a.
menyebutkan Rasulullah SAW terkadang bermalam beberapa hari, sementara perutnya
itu kosong dan juga ahli keluarganya tidak mendapati makan malam, artinya tidak
makan pada malam tersebut. Dan kebanyakan makanan rutin Rasulullah SAW dan ahli
keluarganya ialah roti yang diperbuat daripada gandum. Hadis ini menceritakan
keadaan Rasulullah SAW yang redha dengan kemiskinan atau hidup yang sangat
sederhana sebagai tanda keredhaan kepada Allah SWT akan keadaanya dan sebagai
teladan kepada umatnya sepanjang zaman agar keadaan dan sikap Rasulullah SAW
dalam keadaan demikian agar supaya tidak ada daripada umatnya yang berasa
kekurangan dengan rezeki yang Allah sudah bagi pada mereka berbandingkan dengan
apa yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW.
Yang kedua adalah tidak menghina kepada makanan yang dimakan di dalam rumah, walaupun
terkadang tidak ada makanan yang bervariasi dan tidak ada bermacam lauk di
dalam rumah kita. Katalah, kalau menu itu sama, atau jenis berasnya itu pun
sama, mungkin agak kasar pun juga, tidak menghina atau memandang remeh ataupun
merendahkan kepada makanan yang dimakan disebabkan oleh kerana Rasulullah SAW
kebanyakan makanan ruji yang dimakan adalah yang diperbuat daripada gandum, maknanya sering memakan makanan yang sama, dan Rasulullah SAW tidak mengatakan, “Roti
lagi, roti lagi…” Tak ada komen sebegitu daripada Rasulullah SAW dan kitapun belajar bilamana di rumah kita itu,
makanan yang kita boleh makan adalah mungkin makanan yang berulang-ulang, tidak
memandang rendah kepada makanan tersebut.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, datang berberapa generasi
tabi’in yang tidak pernah berjumpa Rasulullah SAW kepada tukang masak
Rasulullah SAW dan mengatakan, “Masakkan kami makanan yang biasa atau persis
yang dimasakkan kepada Rasulullah SAW.” Persis kerana pada zaman itu peralatan
memasaknya sudah mulai cantik, contohnya – pengayaknya menjadikan tepung lebih
halus dan masakannya semakin sedap. Kalau kasar, terlekat di celah gigi dan
terpaksa dibuang ketika makan. Kata perempuan yang memasak untuk Rasulullah
SAW, “Kamu takkan suka dan takkan mampu makan makanan yang biasa saya masak
untuk Rasulullah SAW.” Pasal apa? Dah biasa nyaman, dah biasa selesa, dah biasa
sedap makanan yang dimakan pada zaman at-tabiin, berbandingkan pada zaman
Rasulullah SAW. Mereka kata, “Tak, nak jugak.” Didapati makanan itu amat
sederhana. Ini mengajarkan kepada kita – jangan sekali-kali memandang rendah
kepada makanan.
Dalam hadis lain, Rasulullah balik ke Aisyah, dan bertanya
jika ada makanan. Jawab Aisyah, “Tiada”. Rasulullah SAW pun berkata, “Kalau
begitu, aku berpuasa.” Kemudian satu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah
dalam keadaan berpuasa dan diberitahu ada makanan iaitu cuka. Rasulullah SAW
pun berkata, “Sebaik-baik lauk ialah cuka” dan berbuka. Rasulullah SAW sangat
‘simple’. Kalau tiada makanan, baginda berpuasa. Tiada baling pinggan kalau
makanan itu tak sedap, umpamanya. Jadi, kita belajar teladan yang baik, tapi isteri
jangan menguji suami dengan beri makanan tidak sedap terus J
Hadis 514(25):
Kata Rasulullah SAW, “Kalau kamu wahai orang-orang yang
miskin dan orang-orang yang lapar, kalau kamu tahu apa yang Allah sediakan bagi
kamu di akhirat, kamu lebih suka berada dalam keadaan miskin dan lapar.
Masalahnya tak tahu. Mengapa baginda Rasulullah SAW beritahu begini? Agar
manusia, bila menghadapi masalah, tidak melihat masalah sebagai masalah. Nabi
tidak mengajarkan kepada kita bilamana menghadapi kemusykilan atau apa jenis
‘problem’, tidak melihat kepada ‘problem’ itu sahaja, lihatlah kebaikan di
sebalik masalah yang anda hadapi. Oleh kerana itu, kalau kamu tahu apa yang
Allah bagi dalam kemiskinan yang kamu
Kalau yang kita nak cari itu besar, pengorbanan yang kita
lakukan itu kita anggap kecil. Orang yang nak pancing ikan besar kasi ikan
kecil. Umpannya itu untuk dapat yang lebih besar. Anda, bilamana menghadapi
masalah, yang disimpan oleh Allah di sebalik masalah yang anda hadapi kalau
anda bersabar, anda akan mengharapkan kalau boleh biar bermasalah saja dalam
hidup, sebab yang disimpannya lebih besar.
Imam Ali bin Ahmad bin Hussein Al-Habsyi mengatakan, “Kalau
permintaan yang kamu minta pada Allah itu tak kunjung tiba, maka hendaklah kamu
merasa selesa kerana yang disimpan oleh Allah itu adalah perkara yang baik.
Dengan kamu tak diberi apa yang kamu minta, Allah simpan segala rahsia yang
terbesar yang Allah nak bagi kepada kamu. Biasakan kamu dengan selesa tidak
diberi.
Kenapa kita boleh selesa dengan tidak diberi? Sebab yang
disimpan dengan kita selesa tidak diberi itu lebih baik daripada apa yang kita
dapat jika kita diberi. Dengan pemberian Allah Ta'ala, yang disimpan adalah
lebih baik. Orang yang bijak akan mengharapkan ganjaran yang lebih besar berbanding
pemberian yang kecil.
Sifat redha ialah sifat orang yang kembali kepada Allah
Ta'ala. Kalau dalam hati ada berbisik kepada kita, “Aku dah buat qiyammullail,
aku dah buat doa selamat, aku dah buat infak pada anak yatim, aku dah bina
masjid, aku dah.. aku dah..”. Bangkitlah kamu daripada kelalaian kamu sendiri
dan tetaplah kamu berdiri di pintu harapan dan jadikan pintu harapan adalah
tempat kamu sentiasa berhadap kepada Allah SWT.
Konsep Sayyidina Umar Al-Khattab melihat nikmat dalam
musibah yang menimpanya daripada empat sudut – yakni melihat nikmat di dalam
musibah, melihat senang di dalam susah,
melihat manis di dalam pahit, melihat ringan di dalam berat. Tapi kalau
seseorang melihat besarnya musibah, walaupun kecil akan jadi besar, apatah lagi
kalau musibah itu besar!
1.
Selagi masalah itu tidak menimpa akidahnya
seperti keraguan kepada Allah atau Rasulullah atau tentang adanya hari akhirat,
ianya dianggap nikmat olehnya.
2.
Kalau dibandingkan musibah yang menimpa itu dan
ada musibah lain yang lebih berat atau besar daripadanya, maka ia jadi nikmat. Contohnya
terkena musibah hilang 1000 tetapi ada orang yang terkena musibah hilang 100
ribu ringgit.
3.
Masih diberi kemampuan untuk mengawal musibah
yang datang, yakni tidak membunuh diri umpamanya untuk lari dprd musibah.
4.
Jika musibah itu menjadi peluang mendapat
ganjaran yang lebih besar daripada Allah Ta'ala, maka itu adalah nikmat.
Kita gunakan konsep Sayyidina Umar Al-Khattan untuk
memandang kepada masalah yang kita hadapi, maka musibah akan menjadi indah dan
cantik bilamana kita mampu mengawal keadaan dalam kehidupan kita.
Lebih kurang maksud daripada hadis yang kedua ialah
Rasulullah SAW ingin mengajak kita berfikir supaya menghadapi masalah/musibah
adalah melihat apa yang disimpan disebalik masalah yang kita hadapi.
Hadis 515 (26):
Hadis ini menyatakan tentang nonsep makan secara sihat
mengikut kaedah Rasulullah SAW iaitu 1/3 perut untuk makanan, 1/3 untuk air dan
1/3 untuk lalaun nafas.
Baginda memberitahukan bahawa tiada tempat lebih buruk pada
anak Adam melainkan perut. Mata ada tempatnya dengan apa yang dipandang,
telinga ada tempatnya dengan apa yang didengar, apa yang dipandang, didengar
dan dihidu semuanya masuk ke dalam. Tetapi daripada semua anggota ini perut
yang paling teruk. Kenapa? Kalau perut ‘problem’, mata, telinga, semuanya tak
boleh berfungsi dengan baik. Orang kalau lapar, batu pun boleh nampak macam
makanan, tak dengar suara apa-apa, dengar macam orang jemput jamuan, hidung bau
makanan-makanan yang segar. Jadi, perut lebih berbahaya daripada anggota lain.
Ini juga simbol kepada sifat rakus – tak berhenti makan kecuali setelah ‘full’
betul.
Tapi kita perlu mencuba untuk berhenti sebelum kenyang!
Perut yang terlalu kenyang akan menjejaskan kesihatan dan ketaatan kepada Allah
Ta'ala.
Hadis 516(27):
Hadis ini menceritakan tentang hinanya dunia sehingga dikatakan
berpenampilan macam kusut adalah sebahagian daripada iman. Tapi, ini bukan
bermakna kita mesti berpenampilan kusut. Tidak. Akan tetapi, jika seseorang
mesti berpakaian kusut untuk menjaga ketaqwaannya dan agar tidak terpedaya
dengan kemewahan yang dicari dalam keduniaan dengan berpakaian rapi, maka
berpenampilan kusut itu adalah sebahagian daripada iman.
Allah itu indah dan suka kepada orang yang indah - artinya berpenampilan
indah adalah termasuk daripada apa yang disukai Allah Ta'ala. Seorang sahabat
datang bertanya adakah dia dianggap sombong sekiranya dia suka berpakaian indah
sehinggakan seliparnya pun dia tidak mahu ada orang yang sama dengannya tanpa
merendahkan orang lain. Jawab Rasulullah SAW, “Tidak, sombong itu ialah menolak
kebenaran dan menghina orang lain.” Jadi, jika kita rasa pakaian kita lebih
baik daripada orang lain, walaupun kita tidak sebut dan cuma rasa dalam hati,
ataupun kita mencari keindahan semata-mata kerana dunia, maka perkara ini
adalah dicela dalam agama. Jadi, berpakaian rapi, tanpa menghina orang lain
tidaklah dianggap sebagai sombong dan merupakan sebahagian daripada iman juga.
*: Mohon ambil
perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya
tertera di atas. Saya cuba menyalin semula sebaik mungkin seperti yang
disyarahkan perdakwah tersebut, tetapi ada kalanya saya terpaksa meringkaskan
atau menggantikan perkataan untuk memudahkan pemahaman atau memberi kejelasan.
Ada kalanya juga, saya tidak dapat 'menangkap' dengan baik perkataan yang
disebut dan saya tinggalkan. Jadi, saya mohon pembaca juga menonton video di
sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran
atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang
dapat kita manfaatkan. Wallu'alam.
** Berbeza nombor kerana rujukan kitab daripada Penerbit yang
berbeza