"Redha dengan yang tak diberi" - Tafsir ayat 33-35, Surah Ali Imram, MTDM 19.04.2013
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL Ulasan Ayat 33: Ayat ini membicarakan tentang kehendak Allah untuk memilih sesuai dengan kehendak, ilmu, qiraadah-Nya sebahagian daripada makhluk untuk menjadi istimewa di sisi Allah SWT. Ada orang yang dipilih kerana amal-ibadatnya, tetapi ada juga yang dipilih secara langsung oleh Allah agar seseorang itu menjadi orang yang rapat, dekat dan dimuliakan oleh Allah. Oleh itu, apabila melihat seorang yang soleh, wali atau orang yang disukai orang lain, maka ketahuilah bahawa orang itu telah dipilih oleh Allah mengikut kehendak-Nya. Ada hamba yang dikehendaki Allah menjadi hamba pilihan dan ada yang sebaliknya. Antara orang yang dipilih Allah ialah para anbiya'. Nabi Adam juga merupakan salah seorang daripada orang yang dipilih Allah. Tetapi bagaimana Adam dipilih daripada manusia sedangkan Nabi Adam merupakan manusia yang pertama. Ada dua makna ayat ini – Pertama - Nabi Adam as. ...