Anak Bapak (1) – Tanyalah Ustaz 17.04.2013
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek
Bacaan surah Al-Fatihah:
Surah ini ialah surah yang kita semua
hafal. Hari ini ramai ayah berjaya mendidik
anak berjaya dalam akademik. Tetapi alangkah malangnya jika ayah dan
ibunya berperangai tidak baik, dan 'berjaya' mendidik anak menjadi
seperti mereka juga. Anak ialah kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkan mereka. Oleh itu, amalkan surah Al-Fatihah ini, in sha
Allah akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Inilah cara rawatan
yang kami gunakan dalam menangani masalah remaja mengandung anak
zina, remaja ketagih seks, dadah dan seumpamanya. Kami minta ibu
bapanya membaca surah Al-Fatihah (di luar solat), dan selepas ayat 5,
doakan daripada hati, “Ya Allah, tolong lembutkan hati
suami/isteri/anak sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi
Daud”. Isteri tidak perlu banyak berleter, sebaliknya banyakkan
berdoa. Anak-anak akan lebih mudah mengikut apa yang ditunjukkan ibu
bapa, bukannya apa yang ibu bapa cakap. Oleh sebab itu, ibu bapa
perlu menunjukkan teladan dan akhlak yang baik.
Ada kisah masyhur Luqman Al-Hakim dan
anaknya, mereka keluar berdua bersama seekor keldai. Apabila bapanya
menunggang keldai, orang berkata kenapalah tidak diberikan anak kecil
menunggangnya. Kemudian, apabila anaknnya menunggang keldai, orang
berkata kenapalah tidak dihormati ayahnya dan diberikan ayahnya
menunggang keldai itu. Apabila kedua-dua tidak menunggang keldai,
orang berkata mereka bodoh kerana tidak menggunakan kedai yang ada.
Apabila kedua-dua menunggang keldai, orang berkata mereka menyeksa
keldai itu pula. Oleh itu, Luqman pun menasihatkan anaknya - Apa
sekalipun yang dilakukan, pasti akan ada manusia yang tidak setuju.
Oleh itu, yang perlu diutamakan kata-kata Allah yang mulia daripada
Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Ibu jangan mudah mendoakan yang tidak
baik ketika marah-marah. Banyakkan menyebut Alhamdulillah dan
bersangka baik pada anak. Contohnya jika anak suka melompat, katakan
Alhamdulillah suatu hari nanti akan membuat rekod lompat tinggi suatu
hari nanti :). Paling penting adalah untuk ibu bapa mendidik anak
dengan agama dan kasih-sayang.
Senarai soalan dan jawapan
S: Ada
ramai bapa memanjakan anak lebih daripada isterinya. Adakah itu baik?
J: Ada bapa yang memanjakan anak
sehingga anak tidak mampu berdikari. Sebenarnya tidak salah
memanjakan anak, bahkan boleh dapat pahala sekiranya perkara yang
dilakukannya itu betul Manjakan dia dengan mengajarkan Al-Quran,
bukan dengan mainan semata-mata. Jangan sampai bapa memanjakan anak
sehingga ibu tidak boleh menegur dan mengecilkan hati ibu yang
bersusah-payah mengandung dan menjaganya. Ajar anak agar rapat dengan
ibu juga kerana ibu lebih bersikap mendidik. Elakkan daripada
memanjakan anak dengan perkara dunia sahaja.
S: Apa
komen ustaz sekiranya bapa memanjakan anak sehingga anak sukar
dinasihati?
J: Anak tidak boleh terlalu dimanjakan
sehingga tidak dibenarkan keluar bermain di luar rumah dan tidak
pandai berdikari. Biasakan membawa anak ke masjid dan ajar anak adab
bersosial bersama orang yang lebih tua. Ajar juga anak berdikari
biarpun mereka masih kecil. Jaga adab anak perempuan dengan ayah.
S: Apa
komen ustaz tentang pepatah 'Bapa borek anak rintik' atau 'Like
father like son'?
J: Sedikit sebanyak akan ada persamaan
disebabkan unsur genetik antara anak dan bapa. Jika ingin mendidik
anak biaralah daripada kecil lagi. Jika bapanya baik, in sha Allah
anak akan baik juga. Tapi jika bapa tak solat, mana mungkin anak akan
mendengar kata apabila diminta mendirikan solat. Namun begitu,
hidayah milik mutlak Allah. Oleh sebab itu, walaupun bapanya pengukir
berhala, Nabi Ibrahim adalah seorang Rasul. Nabi Ibrahim pula
mendapat anak yang soleh seperit Nabi Ismail. Oleh itu, jika lihat
ada orang yang baik tapi mendapat anak yang tidak baik, kita jangan
pula cepat mencela. Mungkin itu ujian Allah kepadanya. Kita tak tahu
bagaimana kita menghadapai keadaan sekiranya Allah memberikan kita
ujian yang sama. Oleh sebab itu, banyakkan berdoa agar kita semua
diberi hidayah.
S: Apakah
tanggungjawab bapa untuk mendidik anak supaya tidak menjadi anak
bapak?
J: Bapa perlu mendidik anak dengan
kasih-sayang. Ada 7 langkah iaitu:
- Memberikan perhatian – Bila anak bercakap, kita dengar dengan minat. Jika tidak anak akan mencari-cari perhatian kita dan mula menunjuk perangai pada masa yang tidak sesuai contohnya ketika ada tetamu datang ke rumah. Perhatikan dengan siapa anak berkawan dan tegur jika tidak sesuai.
- Ambil perhatian anak – Ibu bapa perlu menjadi idola kepada anak-anak. Jangan dibiarkan anak mengambil penyanyi, pelawak, ahli sukan sebagai idola mereka.
- Puji dan peluk anak – Puji anak apabila mereka melakukan kebaikan sebagai motivasi agar mereka rasa dihargai dan ingin melakukannya lagi. Zaman sekarang ini ramai ibu bapa yang tidak peduli apa anak buat.
- Pendidikan – Bapa perlu memberi pendidikan agama dan akademik yang baik kepada anak-anak. Ajar anak solat ketika masih kecil lagi.
- Beri penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya ataupun atas usaha baik yang mereka lakukan
- Periksa dengan siapa anak berkawan.
S: Apa
maksud 'Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari'?
J:
Pepatah ini merujuk kepada perkara buruk yang dilakukan oleh ayah
secara tersembunyi akan dilakukan oleh anak tanpa segan-silu pula.
Contohnya perbuata merokok. Zaman dahulu, ketika muda, ayahnya
menyorok dalam tandas untuk merokok, tetapi anak-anak zaman sekarang
tidak lagi segan-silu merokok di hadapan ibu bapa atau guru.
Anak-anak zaman sekarang tidak malu berbuat dosa bahkan bangga pula
dengan dosa yang dilakukan itu.
p/s: "Yang baik jadikan amalan, yang tak baik, berikan teguran" ;)