Mukjizat Al-Quran (3) – Tanyalah Ustaz 07.03.2013
Ustaz Sharhan Safie
Bacaan ayat 19-21, surah Al-Hashr (59):
Alhamdulillah dapat bertemu lagi dalam agenda majlis ilmu. Ayat
yang dibacakan menyuruh manusia bertaqwa kepada Allah. Dalam surah Al-Isra’, ayat 88:
Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa manusia takkan mampu
untuk membuat ayat yang sebanding dengan Al-Quran, walaupun seluruh mereka bekerjasama bersama jin sekalipun.
Itulah tinggi mukjizat ayat Al-Quran.
Fokus hari ini ialah kelebihan ayat Al-Quran sebagai penyembuh
penyakit. Ini sesuai dengan isipati ayat 82, surah Al-Isra’:
Kisah Sy. Umar dan adiknya
Pada mulanya, Umar sangat benci kepada dakwah yang dibawa
Nabi Muhammad SAW. Dia selalu mengintai untuk melihat perkembangan dakwah Nabi
SAW. Suatu hari, dia sangat terkejut apabila diberitahu bahawa adiknya sendiri,
yang bernama Aisyah, telah masuk Islam. Dengan pedang di tangannya, dia meluru
pergi ke rumah Aisyah dengan tujuan untuk membunuhnya. Setibanya di sana, dia menggeledah
rumah Aisyah dan mencari-cari Aisyah. Kemudian Sy. Umar terdengar adiknya itu membaca
surah Ta-ha, ayat 1-6 dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Inilah mukjizat ayat surah
Taha yang dapat melembutkan hati yang keras. Inilah ayat yang mujarab untuk
mengubat penyakit hati terutamanya penyakit ego dan yang seumpamanya. Kata
ulama, Al-Quran itu ubat untuk rohani dan jasmani manusia.
Kisah Abu Said Al-Kudri
Beliau ialah seorang sahabat Nabi SAW. Dia pergi musafir
bersam rombongannya dan ketika hampir senja, dia meminta izin bermalam di satu
kawasan Badawi, tetapi tidak dibenarkan. Mereka pun bermalam di sebalik bukit,
bersebelahan dengan kampung Badawi itu. Setelah beberapa hari, orang kampung
Badawi itu datang dan bertanya jika ada antara rombongan yang pandai mengubati
orang yang dipatuk kala jengking (ada riwayat mengatakan ular). Demi peluang
bermalam di kampung mereka, Abu Said memberanikan diri untuk mencuba. Beliau
kemudian membacakan surah Al-Fatihah kepada ketua kampung itu. Ada riwayat yang
mengatakan dia mengusap tempat yang dipatuk, ada yang mengatakan dia menghembus
pada tempat dipatuk. Dengan izin Allah, penyakit ketua kampung itu pun sembuh.
Apabila sampai berita ini sepada Nabi SAW, Nabi SAW bertanya bagaimana Abu Said
boleh mengetahui yang surah Al-Fatihah itu sebagai ayat syifa’. Jawabnya, dia
tidak tahu dan dia cuma mencuba nasibnya sahaja.
Pesan Abu Darda’ – Jadilah kamu orang yang alim. Jika tak
dapat, jadilah kamu orang yang belajar. Jika tak dapat, jadilah orang yang
mendengar ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang tidak belajar.
Kesimpulan:
Telah banyak ayat ruqyah yang saya berikan sepanjang 3 hari
bersiaran. Namun, ramai yang mengadu tidak sempat menyalin ayat-ayat yang
diberikan. Bagi mereka ini, bolehlah tonton semula di tonton.com.my atau
dapatkan buku-buku ustaz di pasaran. Ada 17 judul semuanya. Banyak ilmu yang
diberikan, jika tak dapat semua, ambil dan amalkan satu pun cukuplah. Kata
ulama, jika kita berjalan dan terjumpa seguni emas. Nak angkat semua, kita tak
larat, tapi kalau tinggal semua, rugi pula. Oleh itu, ambillah apa yang
termampu dan letaklah di dalam poket, dalam beg kita. Inilah umpamanya ilmu, ambillah
dan amalkan walau sedikit agar dapat merawat sekurang-kurangnya diri dan
keluarga.
Bagi yang ingin mengikuti kelas untuk belajar cara menjadi
perawat, boleh hubungi: 019-2445043 (En. Naim) di KL atau 012-4474322 (En.
Zaini) untuk kawasan utara dan selatan.
Setiap penyakit ada ubatnya dan rawatan terbaik ialah rawatan daripada Al-Quran.
Senarai soalan dan
jawapan
S1. Bolehkan berubat dengan perawat
alternatif (bukan doktor)?
J1: Dalam merawat penyakit berkaitan sihir, ada satu kisah
yang sangat mashyur, iaitu kisah Nabi SAW disihir oleh Lubaik bin A’sam. Lubaik
meletakkan sihir di dalam perigi Zarwan yang biasanya digunakan Nabi SAW.
Setelah menggunakan air perigi itu, Nabi SAW pengsan. Jibril yang kerisauan
segera bertemu Allah untuk meminta bantuan. Allah mengarahkan Jibril membaca
surah Al-Falaq kepada Nabi SAW. Setelah Jibril membisikan surah tersebut pada
telinga Rasulullah SAW, baginda pun tersedar. Inilah sejarah penurunan surah
Al-Falaq. Surah ini amat elok untuk kita amalkan sentiasa.
Ulama mengatakan bahawa Lubaik meletakkan bungkusan berisi
jarum dan benda-benda tajam kedalam telaga tersebut. Rupa-rupanya ilmu sihir
itu sampai hari ini masih lagi diamalkan manusia. Semoga kisah ini dapat menjauhkan kita daripada amalan
sihir, dan mendekatkan kita dengan Al-Quran.
S2. Bagaimana untuk mendoakan anak yang
berada jauh di mata?
J2: Allah itu berada di mana-mana, oleh itu seorang ibu
boleh mendoakan anak walaupun mereka berada jauh dari pandangan. Lakukan solat
sunat hajat dan berdoa memohon bantuan Allah. Doa ibu bapa kepada anak-anak
adalah sangat mustajab. Ayat-ayat Al-Quran boleh melembutkan hati anak-anak, In
sha Allah.
S3: Saya pernah belajar agama, tetapi saya
rasa was-was dan takut tersilap. Kemudian saya bermimpi melihat ayat Al-Quran berada di awan-awangan. Mohon penjelasan ustaz?
J3: Mimpi ayat Quran ialah mimpi yang benar dan boleh
diamalkan. Tambahan pula ayat itu tersenarai sebagai ayat ruqyah. Namun,
sebelum diamalkan untuk merawat penyakit, saya minta agar belajar membaca
dengan betul tajwid ayat tersebut. Ini adalah mimpi yang baik dan merupakan
satu anugerah daripada Allah.
S4. Minta ustaz huraikan ayat 72, surah
Al-Isra’?
J4: Ayat ini menceritakan tentang orang yang buta hatinya.
Buta di sini bermaksud mereka tidak cuba memahami dan mengamalkan ayat-ayat
Allah.