Hidayah Allah (3) – Tanyalah Ustaz 29.04.2012
Ustaz Rujhan Mohamed Razali Bacaan surah Al-Fatihah, ayat 1-7 yang bermaksud: [1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Sayyidina Abu Bakar pernah solat begitu lama di padang pasir sehinggakan burung hinggap di belakangnya, kerana menyangkakan beliau adalah tunggul. Kita pula solat begitu 'ekspres' sehinggakan nyamuk pun tak sempat hinggap. Hidayah letaknya di dalam hati (jiwa). Mari renung a...