Sayangkan Harta (3) – Tanyalah Ustaz 22.04.2012
Ustaz Mohd. Ghazali Ibrahim
Bila balik dari majlis ilmu, ada dua
benda kita bawa balik:
- Hikayah – sekadar cerita atau pengalaman.
- Hidayah – ilmu, biarlah cuma satu atau dua, tapi semoga dapat sedikit sebanyak membantu memperbaiki amalan kita.
Ibubapa yang ada harta, eloklah
segerakan pembahagian semasa masih hidup. Cuma perlu pergi ke Pejabat
Tanah di daerah masing-masing dan tukarlah milik kepada siapa yang
diingini. Memang akan ada kos sedikit, tapi tidaklan sebanyak mana.
Jika sudah meninggal, proses menguruskan akan menjadi lebih sukar.
Di padang masyar nanti, kaki kita
takkan bergerak sehinggalah ditanya tentang harta, daripada dapat dan
ke mana dibelanjakan. Pembahagian harta boleh ikut hukum faraid,
tetapi jika ada persetujuan semua pihak, boleh juga dibahagikan sama
rata. Jika masih ada soalan, boleh emelkan tuliswasiat@gmail.com.
Jika berkesempatan, ustaz akan cuba jawab.
Soalan & Jawapan:
S: Ibu meninggal dan semua barang
kemasnya hilang. Bila anak belikan ibubapa rumah atau kereta dan anak
yang bayar. Bila ibubapa meninggal, bolehkan anak ambil balik harta
itu?
J: Jika ada penjanjian yang ibu dah
serahkan pada sesiapa, perlu akur dan sebaiknya buat hitam-putih.
Jika hilang begitu sahaja, orang yang mengambil akan perlu
bertanggungjawab di akhirat, lebih baik pulangkan dan minta maaf
daripada semua ahli keluarga. Jika ibubapa cuma gunakan anak sebagai
penama saja, dan ibubapa yang bayar, harta itu jadi harta pusaka.
S: Ayah kahwin dua, tetapi telah
menceraikan ibu ketika saya masih kecil. Ayah tidak memberi nafkah
untuk membesarkan kami adik-beradik kepada ibu. Ayah masih hidup dan
mempunyai harta. Bolehkan saya membuat tuntutan?
J: Semasa cerai dulu, ibu berhak
menuntut harta sepencarian dan kos membesarkan anak-anak. Elok jika
dituntut ketika ayah masih hidup. Jika ayah telah meninggal, anak
masih boleh menuntut tetapi prosesnya lebih panjang.
S: Jika ibu telah memberikan harta pada
anaknya, tapi jika anaknya meninggal, bolehkah ibu mengambil semula
harta tersebut?
J: Hibah daripada ibubapa boleh diambil
balik. Jika anak tidak berkahwin lagi, lebih mudah kerana harta turun
kembali kepada ibubapa. Jika telah berkahwin, keluarga anak perlu
pulangkan semula dan prosesnya menjadi lebih panjang. Seeloknya buat
surat penjanjian dan masukkan klausa jika berlaku kematian untuk
pulangkan harta tersebut.
S: Atuk telah menggadai tanah.
Adik-beradik ibu tidak mahu membantu menebus tanah dan cuma ibu
menebus tanah itu dan kemudian datuk memindah milik kepada nama ibu.
Adakah tanah menjadi milik ibu atau menjadi harta faraid?
J: Biasalah orang kita bila susah, tak
mahu bantu. Jika harta telah dipindah milik, tanah itu jadi miliknya.
Jika adik-beradik masih nak balik, adik-beradik perlu sama-sama
kongsikan harga tebusan dahulu dan kemudian kongsi milikan.
S: Apakah hukum waris yang tak uruskan
harta si mati? Bagaimana nasibnya jika dia pula yang meninggal?
J: Salah satu tanggungjawab keluarga
terhadap jenazah adalah menguruskan harta pusaka si mati dengan
segera. Jika keluarga sibuk, perlu lantik seseorang untuk menguruskan
dan bayar upah yang setimpal. Jika waris tak uruskan, boleh jadi
berdosa.Mungkin ada hutang yang si mati perlu lunaskan, tapi tak
dilunaskan walaupun si mati mempunyai harta. Waris perlu bekerjasama
menyelesaikan urusan pusaka, jangan ada yang lepas tangan mengharap
pada anak yang sulung saja.
S: Suami meningal dan meninggalkan
harta kepada saya (isteri). Saya gunakan untuk bayar hutang dulu, dan
bagaimana dengan baki? Perlukan beri kepada adik-beradik suami? Saya
tidak bekerja dan mempunyai anak yang ramai.
J: Jika ada anak lelaki, bahagian
adik-beradik tiada. Jika cuma ada anak perempuan, adik-beradik ada
bahagiannya.
S: Ayah meninggal tapi ada anak
perempuan saja. Bagaimana pembahagian harta pusakanya?
J: Anak perempuan dapat 2/3 bahagian
saja, selebihnya dapat kepada adik-beradik ayah. Seeloknya buat
hibbah ketika masih hidup, tak perlu tulis 'Jika saya mati, saya beri
harta ini kepada...”, tulis terus 'Dengan ini saya menghibahkan
rumah/kereta ini kepada ..”. Ambil tandatangan pemberi, penerima
dan 2 orang saksi. Matikan dengan setem. Walaupun remeh tapi proses
ini sangat membantu memudahkan urusa untuk membuat tuntutan bila
berlaku kematian.
S: Jika kita banyak bersedekah, dan
menghalalkan hutang orang pada kita, adakah boleh menghapuskan dosa
kita?
J: Pengampunan dosa adalah satu bab
lain, tapi yang nyata, amalan baik pasti ada nilainya di sisi Allah.
Jika berdosa dengan Allah, perlu bertaubat dan mohon keampunanan.
Tapi jika berdosa dengan manusia, perlu mohon kemaafan daripada
mereka juga. Bersedekah memang baik, namun yang lebih baik adalah
memberi hutang orang yang sedang dalam keperluan. Orang yang memberi
hutang orang yang memerlukan, namanya akan tertulis di Luh Mahfuz.
Lebih elok lagi jika dihalalkan hutang orang yang tak mampu bayar.
S: Suami kakak beristeri tiga, dan
sudah meninggal. Kakak tiada anak dan sekarang terkena strok. Salah
seorang isteri ada anak lelaki, dan suami kakak pernah berpesan agar
rumah yang ditinggalkan diberi kepada anak lelakinya. Bagaimana untuk
membantu?
J: Dalam kes sebegini, perlu duduk
berbincang bersama-sama. Memandangkan suami cuma berpesan, jadi ada
pertikaian di situ dan isteri-isteri masih ada hak faraid atas rumah
tersebut. Tambahan pula isteri sekarang sedang sakit. Mungkin lebih
elok jika dijual rumah tersebut dan dibahagikan wang mengikut faraid.