Reset Minda Pekerja – Islam Itu Indah 08.02.2012
Prof. Dr. Muhaya Muhammad
Pekerja merupakan jentera pembangunan
negara – 1.4 juta pekerja di Malaysia. Tetapi sebagai pekerja –
jika kerja menggunakan fizikal semata – kita akan rasa penat, tak
dihargai, gaji tak cukup dan sebagainya. Jika kerja fizikal sahaja,
kita akan kejar nikmat dunia sahaja. Kita tak dapat bayangkan nikmat
lain dalam dunia yang Allah beri. Dunia manusia terbatas anugerahnya
– contoh jawatan ketua seorang saja boleh dapat, kerusi-meja
cukup-cukup saja yang ada. Tapi dalam dunia Allah – semua orang
boleh kejar untuk jadi hamba Allah, angin, laut, udara semuanya
berlebih-lebihan. Kita kena masukkan nilai rohaniah dalam pekerjaan.
Kita bekerja bukan untuk keperluan hidup, tetapi bekerja untuk
memenuhi tujuan hidup iaitu menjadi hamba Allah, menjadi khalifah dan
mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah.
Semasa bekerja – di samping melakukan
tugas hakiki (jobscope), kita perlu juga menjaga tanggunjawab sebagai
seorang muslim – solat jangan ditinggalkan, amalkan semua
nilai-nila murni sepertimana akhlak Rasulullah SAW. Dengan itu baru
datang keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki bukan terletak pada
banyaknya gaji – tapi benda yang berkat ini jumlahnya kecil namun
kebaikkannya boleh pergi jauh. Duit yang dapat pula kita belanjakan
ke mana? Belanja untuk dapatkan keredhaan Allah atau pujian manusia?
Ramai orang tertipu sebab dia beli barang dia yang tak perlu, dengan
duit yang dia tak ada, untuk tunjuk pada orang yanag dia tak suka.
Sebab itulah duit tak pernah cukup. Duit yang dapat perlu dirancang
penggunaannya – kena tetapkan prioriti ke mana duit perlu
dibelanjakan.
Dalam bertugas, rancang supaya tka
tinggal ibadah.
Satu konsep yang tak boleh kita lupakan
ialah 'Undang-undang Kompensasi' – kita akan diberi rezeki setimpal
dengan nilai yang kita beri. Jadi kalau waktu kerja selama 8 jam,
adakah betul-betul kita bekerja selama 8 jam? Atau sebenarnya yang
kita bekerja betul-betul cuma 2 jam dan yang lainnya kita bersembang,
buka facebook, ambil rehat lebih dari yang sepatutnya. Jika ini yang
berlaku akan hilang keberkatan dalam gaji yang diperolehi. Jadi mari
sama-sama audit diri – setiap saat yang diluangkan di pejabat –
adakah untuk manfaat syarikat? Kita mesti tingkatkan produktviti,
kurangkan amalan berbual-bual kosong ketika minum pagi, ketika rehat
semasa kursus. Ketika di London dulu, waktu rehat untuk minum
dipanggil 'research discussion tea' – menunjukkan walau waktu rehat
sekalipun tetap digunakan untuk melakukan perbincangan yang sangat
produktif, bukan sekadar bual kosong atau berbual mengata orang.
Ada seorang yang bijak, dia mengukur
waktunya dengan kadar wang. Contoh jika gaji seseorang itu 25k
setahun, jadi satu minit miliknya berharga lebih kurang 20sen, jadi
kalau setengah jam sudah RM6. Jadi jika gaji makin tinggi, contoh
250k, satu minit sudah berharga RM2. Oleh itu masa sangat berharga
untuk diisi dengan tindakan yang boleh menguntungkan syarikat. Jika
kita sibuk, adakah betul-betul sibuk atau berpura-pura. Selain
mengisi masa dengan aktiviti, pencapaian seseorang pekerja juga
penting – inilah yang dikatakan avtivity vs accomplishment. Ada
orang ambil masa 1 jam untuk tulis satu surat sebab melakukan banyak
kesalahan, ini tidak cekap namanya. Untuk menjadi pekerja yang cekap,
perlu tambah ilmu agar mahir melakukan tugas kita.
Orang yang bagus, buat kerja sikit tapi
kesannya banyak. Jadi bila cekap, kita tak akan tertekan dan tak akan
dimarahi. Ada orang berharap naik pangkat atau gaji kerana
'seniority', dan bila tak dapat, mulahlah rasa tak puas hati.
Sebenarnya jika kita memberi nilai kerja RM2k, namun dibayar gaji
cuma RM1k, InsyaAllah nilai yang kurang akan 'dibayar' Allah dalam
bentuk lain. Orang yang berjaya sentiasa ingin beri lebih daripada
apa yang dia dapat. Sebaliknya mentaliti orang yang tak berjaya pula
mereka buat kerja sedikit mungkin, tapi harap dapat sebanyak mungkin.
Bila masuk kerja, mereka ini sibuk tanya bayaran OT berapa, bonus
berapa dan sebagainya. Golongon ini cuma fokus pada apa yang mereka
boleh dapat, tak tanya apakah tanggunjawab mereka, atau bagaimana
untuk memperbaiki mutu kerja mereka.
Daripada pengalaman pesakit saya, jika
mereka berjawatan tinggi, selepas pembedahan lastik, terus minta
kebenaran untuk masuk ke pejabat semula. Namun orang yang berjawatan
rendah, suka minta cuti lebih dari yang sepatutnya. Jadi sikap
seseorang itu sebenarnya yang akan menentukan kejayaannya dalam
pekerjaan. Sikap akan dibentuk oleh fikiran kita dan fikiran adalah
sesuatu yang rohaniah, tak boleh dilihat oleh mata kasar. Tapi hari
ini kita banyak fokus pada luaran, padahal sel kita bertukar baru
setiap 7 tahun, namun roh kita yang kekal sama. Jadi mari
bersama-sama ubah dan perbaiki diri kita, jika semua orang buat
perkara yang sama, dengan sendirinya seluruh masyarakat akan turut
berubah.
Majikan juga bila buat sesuatu polisi
biarlah adil kepada semua para pekerja. Jangan amalkan sistem
kapitalisme di mana hanya orang atasan yang terus kaya dan orang di
bawah terus susah. Jangan tak bayar upah pekerja. Nabi dan sahabatnya
sangat prihatin kepada orang bawahan mereka.
Soalan & Jawapan:
S: Kenapa Cuepacs banyak sangat kritik
sedangkan kerajaan sudah banyak beri peluang pekerjaan kepada rakyat?
Saya berpengalaman cuba menelefon jabatan awam tapi tidak berangkat
walaupun sudah 30 minit menunggu. Mohon semua pihak ambil
tanggungjawab beri perkhidmatan yang terbaik agar tidak mengganggu
kelancaran pekerjaan pihak lain.
J: Memang betul, penjawat awam di
Malaysia beruntung kerana berjawatan tetap. Di luar negara jawatan
tetap hanya dieroleh setelah menyumbang melalui projek-projek besar.
Jadi harap semua tidak ambil mudah kelebihan yang diberi dan
menghargainya dan berikan perkhidmatan yang terbaik.
S: Kita buat kerja kerana Allah, dan
perlu buat perancangan agar dapat tingkat produktiviti. Nak tambah
tentang Cuepacs tadi, kita bukan berniat untuk kritik, tetapi
menyampaikan ketidakpuasan hati kerana ada kenaikan-kenaikan tertentu
yang nampak tidak wajar.
J: Bagus, perancangan sangat penting.
Perancangan 1 jam dapat menjimatkan kerja selama 4 jam. Secara
peribadi saya juga pentingkan perancangan agar tiada masa terbuang,
kerana apabila doktor menunggu, pasti pesakit juga perlu menunggu.
Kita perlu buang budaya tak menghargai masa dan berbual kosong, dan
perlu ingat yang setiap yang kita sebut dan lakukan, ada malaikat
yang mencatitnya. Berkenaan Cuepacs, betul ada kepentingannya
menyalurkan pendapat atau komen kepada pihak kerajaan dengan cara
berhemah.
S: Kebajikan dan imbunhan yang
diberikan kepada pekerja, jika terlalu tinggi boleh menjadikan
pekerja malas kerana beranggapan buat ala kadar pun gaji masuk juga.
Mohon pandangan Prof.
J: Betul, daripada pengalaman beribu
orang pesakit saya. Jika seseorang itu orang yang bertanggungjawab
dan ikhlas dalam pekerjaan, anak-anaknya 'menjadi' => berjaya
dalam kehidupan, jika perlukan pembedahan sekalipun, prosesnya jadi
mudah. Tapi jika orang tak jujur, suka menganiaya orang, segalanya
jadi susah untuk mereka. Kalau tak buat pembedahan tu, tiba-tiba
mesin jadi rosak. Manusia tak boleh rasa selamat dengan janji
manusia, tak boleh yakin dengan jawatan tetap dengan kerajaan, rezeki
datang dari Allah, manusia hanya boleh bergantung sebulat-bulatnya
pada Allah sahaja. Semua orang perlu beri tenaga positif pada
kerajaan, jangan fokus pada yang negatif supaya kita semua boleh
membangun bersama.
S: Saya hilang penghilatan sudah hampir
5 tahun, namun ayah yang baru baik selepas terkena 'mild stroke'
sukar menerima teguran terutamanya hal-hal kebersihan. Bila ditegur,
dia akan menjawab dengan sindiran. Soalan kedua: Bagaimana niat yang
baik untuk makan ubat?
J: Yang penting kita cuba perbetulkan
diri kita diri, jangan sibuk nak tegur dulu. Dari suara saudari ni
sangat ceria, saya yakin orang yang berfikiran positif walaupun
diberi cubaan hilang penglihatan. Bak kata pepatah – crisis can
either break you or build you. Kita wajib taat pada ibubapa jadi kena
mengalah. Stroke memang boleh sebab orang jadi kurang rasional dan
bertindak seolah-olah kanak-kanak. Jadi pujuk dengan cara yang baik,
penuh kasih sayang, jangan tegur dengan negatif. Bayangkan yang ayah
kita mungkin pergi dulu sebelum kita, jadi ambil peluang berbakti
pada ibubapa. Jika saraf yang rosak, sekadar kemampuan ilmu yang saya
ada, tiada ubatnya. Jadi jika nak ambil ubat, berhati-hati jangan
sampai tertipu dan niat agar dapat kesihatan yang baik dan dapat
mendekatkan diri pada Allah.
S: Rawatan akupuntur mengenakan bayaran
yang sangat tinggi. Contoh 16k untuk rawat kanser hati dan usus.
Harga pakej sehingga sembuh. Pusat rawatan dan ubat mendapat
kelulusan kerajaan. Berpatutankah harga yang dikenakan?
J: Saya tak berani nak komen sebab tak
tahu perincian. Tapi jika dengan 16k boleh sembuhkan kanser, saya
rasa ramai orang sanggup bayar. Saya lebih suka ambil sikap
menghormati kepakaran perawat tersebut dengan harga yang dikenakannya
kerana untuk menjadi pakar bukanlah perkara yang mudah.
S: Saya pernah diingatkan bahawa jika
gaji tak setimpal, Allah akan ganti di hari akhirat. Patutkan saya
membiarkan majikan terus berbuat begitu.
J: Ini juga prinsip saya → buat kerja
seikhlas mungkin, biar dapat bayaran yang kurang kerana rezeki itu
bukannya duit semata. Kesihatan, kebahagiaan, kejayaan anak-anak, itu
juga merupakan rezeki. Bagi pihak majikan – jika menganiaya
pekerja, perniagaannya takkan meningkat. Jika kita menindas orang di
dunia, kita akan ditindas diakhirat. Anak-cucu kita mungkin akan
terima kesan buruk perbuatan kita. Jadi jika ingin anak-cucu selamat,
berbuat baiklah pada semua tanpa mengharapkan balasan. Bila kita buat
baik pada makhluk Allah, makhluk Allah juga akan buat baik pada
anak-cucu kita.
S: Bagaimana jika ada masa terluang
kerana 'work smart'. Adakah dikira culas?
J: Bila kita 'work smart' dan ada masa
terluang, tak mengapa kerana kita sudah 'deliver' tanggungjawab kita.
Kita jangan 'over promise, under deliver'. Kita buat kerja sedikit
tapi kesannya (impaknya) besar.
S: Umur 46, sudah lama pakai cermin
mata. Berapa kos lasik?
J: Lasik ada 2 jenis, ada yang RM6999,
RM7999. No. telefon: 03-21600332, hubungi Prince-Court Hospital untuk
maklumat lanjut.
S: Saya ada 4 orang anak dan selalu
ikuti blog Prof., dan cuba amalkan nasihat Prof. Namun isteri saya
sukar diajak berubah. Apa nasihat Prof.?
J: Alhamdulillah, saudara ada isteri
dan anak. Cara paling mudah nak orang berubah, ubah diri sendiri
dulu. Jangan kritik, tingkatkan akaun emosi dengan memuji segala
usahanya walaupun kecil.
Kesimpulan:
Bayangkan bila sakaratul maut datang,
bagaimana keadaan kita? Dalam bekerja, jaga ibadat, aurat dan
pergaulan. Bekerjalah untuk memenuhi keperluan sebagai khalifah
Allah, bukan untuk memenuhi keperluan kehidupan semata-mata. Bila
masuk kerja, cakap perkara-perkara yang baik, wujudkan suasana
positif di tempat kerja. Sebelum balik kita bermaaf-maafan, mana tahu
jika kita meninggal, diharapkan kita tiada dosa dengan orang lain.