Prinsip Keluarga Bahagia 1 – Tanyalah Ustaz 22.07.2011
Ustaz Muhammad Abdullah
“Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri
yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami
isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain.”
Keluarga merupakan gedung pahala jika semua pihak
melaksanakan tanggung jawab masing-masing: suami mencari nafkah, isteri menjaga
keluarga, anak-anak dididik dengan baik. Oleh sebab itu, syaitan jadikan fokus
untuk serang dan rosakkan rumah tangga.
Kebahagiaan rumah tangga boleh sampai hingga ke akhirat
kerana ada ayat Al-Quran menyatakan jika kamu mendapat buku amalan daripada tangan
kanan, kamu akan dikembalikan kepada kelurga kamu.
Prinsip 1: Jaga
tiga jenis hubungan:
1 - Jaga perhubungan suami-isteri
- Ada berbagai ujian bagi suami-isteri.
- Tidak boleh lari daripada masalah, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.
- Walaupun lepas kahwin, baru nampak ‘true color’ pasangan, bersabarlah.
- Banyak juga kes suami tidak tunai nafkah, jadi kaum lelaki kena utamakan perkara ini, kerana ini adalah keutamaan tanggungjawab suami.
2- Jaga perhubungan ibubapa & anak
- Main dengan anak pada umur 1-7 tahun.
- Didik anak pada umur 7-14 tahun.
- Jadi kawan dengannya selepas 14 tahun.
- Ibubapa kena sesuaikan cara layanan dan komunikasi dalam keluarga. Jika komunikasi bersama ibubapa baik, anak akan kurang keperluan berkomunikasi dengan kawan-kawan yang mungkin bawa pengaruh tak baik. Berapa ramai orang post komen tidak baik tentang ibubapa dan suami/isteri di FB? Ini tidak patut kerana mengaibkan keluarga – boleh jadi berdosa juga.
- Ajar anak doakan ibubapa. Banyak kes berlaku di majlis tahlil, hanya orang masjid yang mendoakan sedangkan anak sibuk hisap rokok dengan kawan-kawan. Doa anak kepada ibubapanya anak lebih bernilai.
3 - Jaga perhubungan adik-beradik
- Walaupun berbeza watak, saling memaafkan dan teruskan bersilaturrahim.
Senarai soalan & jawapan:
S: Nabi lihat ramai kaum wanita di neraka kerana tidak
mensyukuri nikmat yang diberikan oleh suami. Mohon ustaz bagi nasihat.
J: Setiap manusia ada kelemahan. Kita jauh dari Nabi, jarang
mendengar majlis ilmu jadi kurang ilmu untuk beramal. Kadang-kadang tu silap
beramal dengan mengutamakan yang sunat tapi meninggalkan yang wajib, contoh
berdoa menjadi baik tapi tak jawab panggilan suami. Jadi yang penting kena ada
niat untuk jadi baik semoga Allah permudahkan mendapat ilmu. Suami juga ada
tanggung jawab mendidik isteri. Suami tak boleh masuk syurga sekiranya tidak
didik isteri dengan betul. Jika tak mampu carilah ustaz dan sama-sama belajar.
Perlu juga saling mengingatkan kerana agama itu adalah nasihat.
S: Suami pendiam namun dia pendendam. Orang luar nampak kami
romantik tapi di rumah saya dan anak-anak jadi mangsa kemarahannya.
J: Setiap manusia ada kelebihan dan ada kekurangan. Pertama
sekali kena ubah cara pandang kita, fokus pada yang baik bukan pada buruk.
Bersyukur ada suami. Maafkan suami dan mohon Allah tolong bagi jalan keluar
padanya. Bagi suami pulak kena cari ilmu untuk memperbaiki diri. Untuk ubati
panas baran cuba amalkan untuk kekal dalam wuduk. Ubah cara komunikasi – cuba ‘reverse
engineering’ dengan suami. Jangan berkomunikasi marah dengan marah, nanti lagi
parah. Tegur sekali jika dilawan, diam je..esok cuba lagi.
S: Bolehkan ibubapa putuskan hubungan silaturrahim
adik/beradik atau keluarga mertua kerana fahaman politik?
J: Tak boleh, sebab walau keluarga bukan Islam sekalipun
kena jaga silaturrahim. Ingatlah syaitan akan cuba daripada semua sudut untuk
rosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat. Syaitan telah janji untuk perelokkan
maksiat di mata manusia, sebab itu orang yang buat salah tak rasa apa-apa.
S: Ibubapa abai tanggung jawab didik anak kerana kejar
kerjaya. Mohon ulasan ustaz.
J: Ada ibubaa yang buat begini kerana terpaksa demi memenuhi
keperluan hidup. Namun ada juga yang abaikan keluarga secara sengaja. Mohonlah
pertolongan Allah dengan doa supaya Allah jaga keturunan kita. Para Anbiya tak
pernah lupa doakan keturunannya. Jika ada pilihan (kejar keduniaan), dahulukan
anak kerana anak adalah asset dunia akhirat, kalau kita abaikan anak hari ini,
siapa pula nak jaga kita ketika tua? Fikir-fikirkanlah.
S: Bagaimana mendekati keluarga mertua kelas tinggi yang mengamalkan protokol tertentu.
Bagaimana komunikasi dengan anak-isteri dan cucu-cucu.
J: Manusia ada berbagai watak. Jadi ikutlah cara dia sebab
Nabi ada bersabda yang berbicaralah mengikutlah kesesuaian cara seseorang.
Kalau tak mampu juga, mohon pertolongan dengan berdoa pada Allah, Allah Maha
Mendengar dan memberi jalan keluar. Satu lagi perkara yang perlu diberi
perhatian – sekufu. Sebelum berkahwin mudah cari yang sekufu. Namun selepas
berkahwin, mungkin taraf suami/isteri berubah, oleh itu perlu terus berbincang,
berkongsi dan ambil tahu antara satu sama lain agar tidak semakin lama kahwin
semakin renggang dan menjadi tidak sekufu.
S: Ada isteri yang tidak ambil kisah rezeki yang suami bawa
balik, ada yang sebaliknya. Mana yang elok?
J: Ambil tahu itu elok tapi jangan sampai keterlaluan hingga
ingin tahu perkara remeh-temeh. Saling ingat-mengingati itu memang baik.
S: Gangguan orang ketiga dalam rumah tangga. Bagaimana
menghadapinya?
J: Dalam Islam, orang ketiga boleh dihalalkan. Suami yang
ingin berkahwin lebih, jangan burukkan isteri pertama dan jadikan dia sebagai
alasan. Keluarga boleh jadi gedung pahala atau dosa. Bagi isteri dapatkan
nasihat daripada orang yang bertauliah, bukan yang boleh bawa keburukan. Jika
dibenarkan mahkamah untuk berkahwin lagi, isteri pertama pasti terasa jadi
suami perlulah pujuk. Jika suami ada niat jahat untuk berpoya-poya sahaja,
mohon diberi petunjuk oleh Allah. Teruskan berdoa mohon kebahagian.