Alasan Dalam Kehidupan - Islam Itu Indah 09.11.11
Penceramah: Prof. Dr. Muhaya Muhamad di IKIM
Alasan menjadi penghalang kita mencapai sesuatu – cara untuk
menyalahkan orang lain dan menyuburkan ego diri sendiri, tanpa mengambil
tanggungjawab 100% terhadap apa yang berlaku.
Tanya diri 6 soalan sebelum beri alasan: Contoh alasan untuk
susah berniaga?
- Adakah ini benar?
- Dari mana datangnya fikiran ini?
- Apa yang dapat dengan alasan ini?
- Bagaimana kehidupan jika guna alasan ini?
- Boleh tak ubah kaedah untuk mencapai matlamat?
- Boleh tak berterusan hidup tanpa alasan?
Prinsip untuk mengelak membuat alasan (living in the flow):
- Hormat semua makhluk – tak kira keluarga, manusia, haiwan, pangkat tinggi/rendah
- Jujur dan ikhlas – buat baik tanpa harapkan balasan, sebaliknya harap balasan Allah
- Sentiasa lemah-lembut
- Bagaimana memanfaatkan diri pada orang lain.
Cukupkan makanan rohani kerana apabila makanan rohani
(hubungan dengan Allah) penuh, kita takkan dahagakan makanan emosi (penghargaan
orang lain).
Tidakkah alasan memberi masa kita berfikir rasional sesuatu
keputusan? Betul, tapi jika kita terus-menerus memberi alasan negatif, ia akan
mempengaruhi minda menjadi negatif juga.
Senarai soalan & jawapan:
S: Bagaimana untuk kekal tidak memberi alasan?
J: Bukan tingkatkan motivasi tapi tingkatkan kemahuan. Kita
perlu tingkatkan kemahuan mendapatkan ilmu. Banyakkan usaha mendapat keredhaan
Allah – mendapat tempat yang baik di Akhirat – jadikan ini sebagai matlamat
kita: nak lintas titian sirat dengan pantas, terima buku amalan dengan tangan
kanan, masuk syurga ingin lihat wajah Allah. Jika jadikan ini fokus kita, hati
kita akan ‘lupakan’ dunia, kita akan bergantung dan mengharap pada Allah. Jadi
apa yang berlaku kita akan redha dan kita akan mula suka memberi lebih daripada
menerima.
S: Berumur 33 tahun, berpenyakit barah otak dan menerima
pencen sepanjang hayat. Berniat tidak ingin berkahwin kerana merasa cukup dengan
Allah semata. Bagaimana pendapat Prof.?
J: Tahniah kerana mencapai tahap ini. Saya ada dengar yang
wali Allah itu Allah biarkan tidak berjodoh di dunia agar dapat memanfaatkan
sepenuh masa untuk beribadat pada Allah. Mohon teruskan menuntut ilmu dan
doakan kami semua.
S: Anak asyik mengadu ingin berhenti daripada buat housemen,
bagaimana menghadapinya?
J: Pujuk anak agar jadikan bidang kerja ini sebagai ladang
pahala. Semasa lawat pesakit, kita niat sebagai ziarah kerana Allah agar boleh
dapat pahala.
S: Remaja suka bermain game. Bagaimana membantunya?
J: Orang yang suka lihat tv, main game adalah pemikir pasif.
Tidak mahu berfikir, sekadar lihat sahaja apa yang ditunjukkan. Kita perlu ajar
anak membuat jadual dan fokus dalam kehidupan. Buat jadual dan guna masa dengan
bijak. Ibubapa jangan malu ajar anak berubah, jangan ikut jejak langkah ibu.
Ajar anak kenal-pasti pilihan yang tidak baik. Anak ingin masa dengan kita
sebenarnya, jadi luangkan masa buang aktiviti bermanfaat dan buat skrip
kehidupan.
S: Saya sukar kata tidak – sehingga keluarga, jiran dan
orang lain mengambil kesempatan.
J: Betul, masyarakat kita suka menggunakan orang yang boleh
diharap. Kita suka menggunakan khidmat tapi tak suka memberi khidmat. Perlu
tetapkan keutamaan, jangan fikir apa orang kata tapi apa Allah kata. Jangan tak buat sesuatu kerana takut
orang kata. Kita jangan takut ditinggalkan kumpulan, orang yang tak yakin saja
yang takut bergerak sendirian dan
mengutamakan diri. Utamakan redha Allah – buat apa yang Allah suka.
S: Anak sakit dan doktor kata tiada harapan. Mohon nasihat.
J: Mari doakan anak Puan ini. Jadikan matlamat ingin hidup
untuk mencari redha Allah. Rawatan hospital juga merupakan ilmu perubatan
Islam, dan jangan bulat-bulat percaya pada perubatan alternatif yang menggunakan
label rawatan Islam. Ajar anak bayang sel-sel jahat mati semasa makan ubat – ‘self-healing
physcology’. Jangan biar anak
percaya cakap doktor yang kata tiada harapan. Anak perlu niat untuk terus hidup
agar jadi umat yang mukmin. Kita mati bukan kerana sakit tapi kerana ajal. Jadi
teruskan rawatan kimo.