Menyintai Keluarga Rasulullah SAW 1 - Tanyalah Ustaz 16.04.2012
Ustaz
Dr. Mohd Fahmi Abdul Khir
Bacaan
surah Al-Ahzab, ayat 33, maksudnya:
"Dan
hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah
zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan
taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah
(perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai
“AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari
segala perkara yang keji)."
Ayat
ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi SAW. Allah gelar ahli
keluarga Nabi sebagai 'Ahlul Bait'. Nabi sangat mengasihi ahli
keluarganya. Kita semua dituntut memberi penghormatan kepada mereka
yang ada hubungan darah dengan Nabi SAW. Ada ulama membahaskan
kepentingan keluarga Nabi daripada struktur ayat ini - iaitu baris
atas pada perkataan 'ahlal'bait yang digunakan itu membawa maksud
kemuliaan.
Kasihkan
Nabi beerti kasihkan Allah, kasihkan keluarga Nabi pula bererti
kasihkan Nabi SAW. Kita perlu membaca kisah-kisah ahli keluarga Nabi
dan mengambil pengajaran daripadanya. Didik anak-anak mengenali ahli
keluarga Nabi. Selawat saja tidak mencukupi. Kita perlu mengenali
siapa mereka, apa yang telah mereka lakukan, keperibadian mereka dan
menjadikan mereka ikutan dan teladan kita dan keluarga.
Senarai
soalan & jawapan:
S:
Siapa yang dimaksudkan sebagai Ahlul Bait?
J:
Antara mereka ialah para isteri Rasul SAW. Dalam sebuah kisah
diriwayatkan bahawa selepas turunnya ayat ini - Nabi SAW panggil Ali,
Fatimah, cucunya: Hassan dan Hussin duduk bersamanya, dan ini
menunjukkan mereka termasuk dalam kumpulan 'Ahlul Bait' yang disebut
dalam ayat ini. Nabi juga pernah berkata di dalam beberapa hadis
apabila ditanya siapakan 'Ahlul Bait' bahawa mereka yang termasuk
dalam keluargaku adalah keluarga Abbas, keluaraga Aqil dan keluarga
Jaafar ibni Abu Talib. Kesimpulannya, mereka semua inilah yang
termasuk keluarga Nabi, iaitu mereka yang berasal daripada Bani
Hasyim dan Bani Abdul Mutallib.
S:
Cara meningkatkan rasa kasih kepada keluarga Nabi SAW?
J:
Cara yang dianjurkan oleh Nabi ialah dengan berselawat ke atas Nabi
dan keluarganya sepertimana yang kita lakukan dalam bacaan Tahiyyat
awal dan akhir. Cara kedua - perbanyakkan membaca kisah-kisah
keluarga Nabi dan ambil teladan daripadanya.
S:
Apakah kelebihan menyintai keluarga Nabi SAW?
J:
Banyak kelebihannya sehinggakan dalam kitab Riyadussolihin, hampir 2
bab membincangkan kelebihan mengasihi kelurga Nabi dan orang-orang
soleh. Ada juga disebutkan bahawa dalam sebuah hadis, telah datang
seorang lelaki kepada Nabi SAW, "Bagaimana jika itu seseorang
mengasihi sesuatu kaum, walaupun tidak pernah bertemu dengan mereka?"
Jawab Nabi, "Seseorang itu akan bersama orang yang dikasihinya
di hari akhirat nanti." Jadi selain keluarga kita, kita berharap
agar boleh mendapat kemuliaan untuk bersama kelurga Nabi SAW. Mari
bersama perbanyakkan selawat ke atas Nabi dan keluarganya.
S:
Bagaimana pula dengan golongan yang membenci keluarga Nabi SAW?
J:
Semoga kita tak termasuk dalam golongan ini. Dipendekkan initpati
daripada satu hadis yang panjang iaitu Nabi bersabda bahawa “Sesiapa
yang mencerca bapa saudaraku, dia seperti mencercaku.” Jadi mari
kita elakkan diri kita daripada termasuk golongan mereka yang
menghina, mencerca dan membenci keluarga Nabi SAW.
S:
Nabi SAW sangat menyayangi keluarganya. Adakah kita juga dituntut
berbuat yang sama?
J:
Ya, kita dituntut untuk mencontohi Nabi SAW. Dalam satu hadis sahih,
Nabi SAW ada menyebut bahawa Baginda adalah yang terbaik kepada ahli
keluarganya. Dalam surah Anfal, ayat 75, Allah juga memerintahkan
kita agar menyayangi keluarga terdekat kita. Dalam surah Al-Baqarah,
ayat 215 pula disebutkan antara golongan yang lebih baik kita beri
sedekah ialah ibubapa dan keluarga terdekat dahulu. Oleh itu kita
harus membantu keluarga yang terdekat sebelum menghulurkan bantuan
pada orang luar.
S:
Antara kemuliaan keluarga Nabi ialah mereka tak dibenarkan menerima
sedekah. Mengapa?
J:
Betul. Ada satu kisah di mana Hassan ingin makan tamar disedekahkan,
lalu dihalang oleh Nabi SAW. Tetapi jika hibbah (hadiah) boleh.
Pernah dibincangkan sebab kenapa keluarga Nabi SAW tidak boleh
menerima sedekah, dan dibuat kesimpulan yang Allah ingin beri
kemuliaan kepada keluarga Nabi SAW kerana orang yang diberi sedekah
adalah orang yang ada kekurangan. Allah ingin melindungi keluarga
Nabi tetap dipandang mulia. Namun Allah ganti dengan mengizinkan
pemberian bahagian harta rampasan perang sebanyak 1/5 kepada keluarga
Nabi SAW seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Hasyr, ayat 7 - “Apa
yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia
tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat
(Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta
orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian)
supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari
kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
(s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang
dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab
seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”