“Nak, jom solat”(1) – Tanyalah Ustaz 31.05.2013
Ustaz Muhidin Mokter Bacaan surah Taha, ayat 130-132: Ada 3 pengajaran daripada ayat-ayat ini: Solat bukanlah mudah untuk dilakukan, dan kita hanya akan terasa seronok sekiranya ianya dilakukan dengan penuh kusyuk dan tawadduk Jangan kita terpengaruh dengan nikmat dunia yang diberikan kepada orang-orang kafir Didiklah anak untuk solat dengan sabar Mengapa solat penting? Inilah tunggak agama sepertimana yang disabdakan Nabi SAW – “Solat itu tiang agama”. Tanpa solat, agama tiada nilainya di sisi seseorang. Ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak solat hari ini. Oleh itu, kita perlu didik anak sedari kecil lagi untuk solat. Besarkan anak dalam keadaan solat – di rumah kita solat, dalam perjalanan, di pejabat pun begitu juga agar dapat menjadi teladan kepada anak-anak. Dalam satu hadis riawayar Tabrani, Nabi SAW bersabda, “Tiada ada satu kanak-kanak kecil yang membesar dengan mengabdikan diri kepada Allah sehingga besar dan mengekalkan agamanya s...