Acuan Rabbani (1) – Tanyalah Ustaz 24.05.2013
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin
Bacaan surah Ali-Imran, ayat 79-80:
Ayat ini menerangkan bahawa Nabi-nabi tidak akan menyuruh
manusia menyembah diri mereka walaupun mereka diberi kelebihan oleh Allah.
‘Rabbaniyin’ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang
beriman, taat, bertaqwa, sujud pada Rabb. Mereka ini akan disayangi Rabbnya.
Apakah acuan mereka? Allah terangkan dalam ayat berikutnya - iaitu dengan
mengajar kitab dan mempelajari kitab. Oleh itu, dua perkara yang perlu
dilakukan untuk menjadi golongan yang istimewa ialah: Kita perlu membaca DAN memahami Al-Quran. Tidak cukup hanya
mengaji tetapi kita perlu mengkaji kandungan Al-Quran.
Sebagai analogi, jika kita memandu di jalan raya, ada banyak
tanda isyarat. Tanda-tanda ini memberi kita panduan untuk bergerak, berhenti,
berhati-hati dan seumpamanya demi keselamatan kita sendiri. Begitu jugalah
agama dan peraturannya.
Dariapada ayat ini dapat difahami bahawab ada dua perkara
yang Allah berikan sebagai panduan iaitu:
- Petunjuk
- Agama yang benar
Seorang pakar anatomi daripada Thailand, Prof. Tejatat*
merasa pelik mengapa dalam Quran dinyatakan bahawa setelah seseorang itu
dibakar dineraka, kulitnya akan diganti baharu. Setelah dikaji, didapati bahawa
sel yang merasa kesakitan hanya berada pada kulit dan beliau pun mengucap
syahadah di atas pentas konferensi ke-8 di Saudi Arabia.
Masyarakat Arab Jahiliyyah yang banyak melakukan kemungkaran
kembali kepada kebaikan kesan diajar menggunakan acuan Rabbani iaitu Al-Quran. Al-Quran
ialah acuan yang paling benar. Oleh itu, kita perlu mengkaji dan memahaminya.
Segala persoalan dalam kehidupan ini ada jawapannya di dalam Al-Quran.
Alhamdulillah, kita hari ini mengajarkan anak-anak kita
membaca Al-Quran dengan betul. Namun, sayangnya kita terlalu menekankan kepada
makhraj huruf sahaja daripada anak itu kecil sehinggalah pencen! Padahal Allah
inginkan agar kita mentadabbur Al-Quran. Tanpa pemahaman yang betul menyebabkan
kita banyak silap langkah dalam mengambil tindakan.
Al-Quran Allah turunkan sebagai petunjuk dan landasan agama
yang benar. Oleh itu, kita perlu mengaji dan mengkaji, menjadi al-hafiz dan
al-faham.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Mohon ustaz huraikan maksud ayat surah
Ar-Rahman kerana ramai manusia sengaja buat maksiat dan mengharapkan sifat
Ar-Rahman Allah sedangkan Allah itu Maha tegas dalam hukumannya.
J: Dalam surah Ar-Rahman, ayat kedua, Allah nyatakan yang
Allah mengajarkan Al-Quran kepada manusia. Oleh itu, falsafahnya, kita perlu
mengikut ajaran Al-Quran supaya selamat di dunia ini. Ada satu kitab bertajuk
“Hadis Israiliyyat dan hadis maudu” yang boleh dijadikan rujukan agar tidak
salah merujuk hadis-hadis yang tidak benar.
S: Allah Maha Esa dan tidak dapat dilihat.
Jadi bagaimana untuk meyakininya, dan bolehkah melihat Allah di syurga nanti?
J: In sha Allah menurut dalil hadis, orang beriman akan
dapat melihat Allah dengan izin-Nya. Namun di dunia memang kita tak dapat lihat
Allah. Jadi bagaimana untuk percaya? Oleh sebab itu perlu mengikut acuan yang
Allah beri iaitu Al-Quran. Dalam ayat 164, surah Al-Baqarah:
Dalam ayat ini Allah terangkan tentang seluruh penciptaan
alam ini sebagai bukti tentang kewujudan Allah. Oleh itu, dengan mengkaji
penciptaan alam, kita akan berjumpa banyak keajaiban tentang penciptaan dan
ianya akan membuat kita berfikir bahawa di sebaliknya mesti ada Penciptanya.
S: Mengapa dalam Quran Allah membahasakan
dirinya “Kami” sedangkan Allah itu Esa?
J: Oleh itu dalam belajar bahasa Al-Quran kita mesti
menggunakan metodologi yang betul. Jika tidak, kita mungkin disesatkan. Dalam
bahasa Arab, perkataan “Nahnu” yang diterjemah kepada “kami” boleh digunakan
oleh seorang yang tinggi martabatnya, walaupun dia adalah satu. Dalam bahasa
Inggeris pun begitu juga. Ada perkataan ‘royal we’ yang boleh digunakan oleh
golongan istana untuk menggambarkan keagungan.
S: Apa pendapat ustaz tentang sikap kita
yang mementingkan al-hafiz (hafazan) berbanding al-faham (kefahaman) Al-Quran?
J: Pada saya, anak-anak tahfiz ialah permata Negara. Saya
dilantik menjadi penasihat sebuah tahfiz di Pahang dan telah membuat satu modul
Ad-Dirroyah yang menekankan pemahamam Al-Quran. Menghafaz Al-Quran ada banyak
kelebihannya, dan kita tambah baik lagi dengan menambah pemahaman pula. Perkara
yang baik, kita tambah baik lagi.
S: Pada zaman dahulu, Allah banyak beri
balasan serta-merta atas dosa manusia. Tetapi hari ini tiada lagi bukti akan
azab kepada mereka yang melakukan dosa , adalah Allah masih memberi peluang
bertaubat?
J: Inilah sifat Ar-Rahman Allah. Allah tidak terus mengazab hamba-Nya yang berbuat dosa, sebaliknya Allah memberi peluang bertaubat. Sama juga pada zaman dahulu. Umar AL-Khattab, Khaled Al-Waled juga pernah menentang Islam tetapi diberi peluang untuk bertaubat dan memeluk Islam. Allah beri beberapa kali peluang tetapi jika mereka masih melampui batas barulah Allah akan mengazab mereka. Dalam contoh kisah Nabi Nuh, Allah beri masa sehingga seribu tahun untuk berdakwah, bahkan Nabi Nuh berdakwah tidak berhenti siang dan malamnya, barulah datang banjir besar yang sekali cuma. Dalam kehidupan kita hari ini, Allah belum menghukum kita tetapi kita perlu peka dengan amaran-amaran Allah melalui bencana seperti banjir, tsunami dan seumpamanya.
J: Inilah sifat Ar-Rahman Allah. Allah tidak terus mengazab hamba-Nya yang berbuat dosa, sebaliknya Allah memberi peluang bertaubat. Sama juga pada zaman dahulu. Umar AL-Khattab, Khaled Al-Waled juga pernah menentang Islam tetapi diberi peluang untuk bertaubat dan memeluk Islam. Allah beri beberapa kali peluang tetapi jika mereka masih melampui batas barulah Allah akan mengazab mereka. Dalam contoh kisah Nabi Nuh, Allah beri masa sehingga seribu tahun untuk berdakwah, bahkan Nabi Nuh berdakwah tidak berhenti siang dan malamnya, barulah datang banjir besar yang sekali cuma. Dalam kehidupan kita hari ini, Allah belum menghukum kita tetapi kita perlu peka dengan amaran-amaran Allah melalui bencana seperti banjir, tsunami dan seumpamanya.
p/s: Jom sama-sama mengaji dan mengkaji... :)