Rasulullah SAW – Guru Sepanjang Zaman (2) – Tanyalah Ustaz 18.05.2013
Ustaz Mustafa Kamal Hamzah
Tugas utama guru ialah mengubah manusia agar menjadi insan yang diredhai Allah, dan mendapat keampunan Allah SWT. Maka, guru perlu:
Guru yang hebat mestilah....
Rasulullah SAW juga adalah seorang yang banyak mendoakan sahabat, dan umatnya. Oleh itu, guru mesti mengamalkan untuk mendoakan anak muridnya juga. Hari ini ada ada banyak masalah dalam ibadah dan akhlak. Oleh itu, banyakkan berdoa memohon bantuan Allah dan banyak bersabar dalam terus mendidik anak-anak. Murid yang mendapat 5A belum dikira berjaya sekiranya akhlaknya tidak cantik.
S: Manusia hari ini tidak mempunyai sifat malu kepada Allah dan tidak menunaikan ibadat dengan sebaik mungkin. Mohon pencerahan.
Bacaan surah Luqman, ayat 13-15:
Luqman ialah seorang yang bijaksana dan mengajar
anak-anaknya dengan baik. Seorang guru yang baik ialah guru yang mengambil
contoh daripada guru terbaik, iaitu Nabi Muhammad SAW. Perkara pertama yang Nabi SAW ajar ialah tauhid kepada
Allah. Inilah juga perkara pertama yang Luqman berpesan kepada anaknya – iaitu
jangan mensyirikkan Allah.
Ada 2 peringkat tarbiyyah dalam berdakwah iaitu
- Tarbiyyah Makkiyyah yang menekankan agar manusia menyembah hanya Allah, dan meninggalkan berhala.
- Tarbiyyah Madaniyyah, di mana Nabi SAW mengajar tentang ibadat dan akhlak.
Tugas utama guru ialah mengubah manusia agar menjadi insan yang diredhai Allah, dan mendapat keampunan Allah SWT. Maka, guru perlu:
- Membetulkan niat anak murid belajar
- Menunjukkan contoh yang baik
- Menyayangi anak-anak muridnya,
- Banyak bersabar menghadapi karenah anak-anak
- Banyak bergantung dan berdoa mohon bantuan Allah kerana hidayah milik Allah.
Guru yang hebat mestilah....
- Mahir dalam ilmunya
- Sudah mentarbiyyah diri sendiri
- Baik penampilannya
- Mesra dengan anak murid. Nabi SAW sentiasa menjadi orang pertama yang beri salam kepada anak-anak muridnya.
- Tidak boleh pilih kasih dan tunjukkan kasih-sayang yang sama rata
Rasulullah SAW juga adalah seorang yang banyak mendoakan sahabat, dan umatnya. Oleh itu, guru mesti mengamalkan untuk mendoakan anak muridnya juga. Hari ini ada ada banyak masalah dalam ibadah dan akhlak. Oleh itu, banyakkan berdoa memohon bantuan Allah dan banyak bersabar dalam terus mendidik anak-anak. Murid yang mendapat 5A belum dikira berjaya sekiranya akhlaknya tidak cantik.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Nabi SAW telah menunjukkan contoh yang
baik, namun kita masih gagal mengikutnya. Bagaimana caranya untuk mengatasi
halangan dalam mendidik anak-anak?
J: Dalam mendidik anak, Nabi SAW menyuruh 3 perkara:
J: Dalam mendidik anak, Nabi SAW menyuruh 3 perkara:
- Ajarkan kasih kepada Nabi – Oleh sebab itu, ulama mengarang Kitab Syamail Muhammad untuk menerangkan sifat-sifat Nabi SAW. Jadi adakah kita sudah melakukan perkara ini? Adakah kita bercerita tentang “Kancil dan buaya’ atau tentang sirah Nabi SAW?
- Ajarkan anak-anak agar kenal kepada sahabat-sahabat Nabi – Adakah anak-anak kita kenal mereka atau cuma kenal pelakon, penyanyi, pemain bola?
- Ajarkan Al-Quran
Jika kita menghadapi kesukaran dalam mendidik anak-anak,
kita jangan merungut, sebaliknya buat seperti apa yang Nabi SAW buat - berdoa! Ulama pada zaman dahulu, sekiranya
anak muridnya buat salah, anak murid itu akan ditegur tetapi dan pada masa yang
sama, ulama/guru itu akan beristighfar kepada Allah. Inilah yang Allah ajarkan
kepada Nabi SAW ketika berlaku peristiwa pasukan pemanah yang tidak mendengar
kata Nabi SAW dalam perang Uhud. Allah suruh Nabi SAW berlembut dengan mereka dan
memohon keampunan bagi mereka.
S: Saya dididik dengan cara yang tegas dan
dipukul jika melakukan kesalahan. Oleh itu, saya juga mendidik anak-anak
sebegitu sehingga mereka mengatakan saya ibu yang garang. Saya cuba berubah
tapi seringkali gagal. Adakah Nabi SAW juga seorang yang garang?
J: Sebagai ibu, mestilah mendidik dengan baik. Jika ingin memukul, jangan sampai memukul kerana ingin melepaskan nafsu marah kita. Nanti setelah dipukul, kita juga yang akan rasa bersalah. Oleh itu, cukup sekadar untuk menakutkan anak itu. Ketika pukul, niatkan untuk mentarbiyyah nafsunya. Lebih baik lagi jika ditinggalkan perbuatan memukul kerana ianya tidak digalakkan dalam Islam. Dalam mendidik, jangan sampai anak terlalu takut pada kita, sebaliknya bialah anak sayang kepada kita. Jika tidak dapat menahan marah, ambil wudhuk dan banyakkan beristighfar. Nabi SAW bersifat tegas dalam hal yang benar.

S: Perkataan dan perbuatan Nabi SAW benar,
tapi kita sebagai manusia biasa sukar melakukan yang sama? Adakah ini memberi kesan
kepada pendidikan anak-anak?
J: Kita tidak boleh mengatakan yang itu mustahil dilakukan,
sebaliknya kita mesti menanamkan sikap yang kita boleh mengikuti Nabi SAW
sedikit demi sedikit. Kita perlu:
- Banyakkan berselawat
- Tanamkan azam mengikut cara Nabi SAW
- Bertanya diri adakah apa yang dilakukan akan disukai atau dibenci Nabi SAW
- Ilmunya
- Akhlaknya
- Ibadatnya
- Rohaninya
S: Manusia hari ini tidak mempunyai sifat malu kepada Allah dan tidak menunaikan ibadat dengan sebaik mungkin. Mohon pencerahan.
J: Guru perlu mendidik akhlak yang baik dan salah satunya
ialah malu. Ada satu kisah – seorang pencuri datang kepada Rasulullah SAW dan
ingin masuk Islam tapi tidak mahu meninggalkan tabiat mencurinya. Nabi SAW
berkata boleh tapi dia perlu duduk belajar dengan Nabi SAW terlebih dahulu.
Nabi SAW pun mengajar dia solat dan buat ibadah yang lain. Setelah itu, Nabi
SAW mengizinkan dia pergi mencuri dengan 2 syarat – dia mesti solat berjemaah
bersama Nabi SAW dan dia mesti bercakap benar. Ketika ingin mencuri, tiba-tiba
dia teringat akan janjinya kepada Nabi SAW dan akhirnya tidak jadi mencuri. Dia
berasa malu kepada Nabi SAW dan kepada Allah. Inilah kesan tarbiyyah Nabi SAW.
Oleh itu, guru tidak boleh garang sangat tetapi perlu mendidik dengan hikmah. Tarbiyyah akhlak sangat penting, bukan sekadar tarbiyyah
ilmu sahaja. Di samping mengajar ilmu, guru perlu juga berpesan agar murid
tidak tinggal solat, membantu ibu bapa di rumah dan seumpamanya.
S: Benarkah selain doa ibubapa, doa guru
juga mustajab?
J: Ya. Kita ada 3 ibu sebenarnya iaitu: ibu yang melahirkan, ibu mertua dan ibu yang mentariyyah kita. Kata ulama, ibu menurunkan kita daripada langit ke bumi, manakala guru pula membawa kita dari bumi ke langit. Oleh sebab itu, guru perlu sentiasa mendoakan anak-anak muridnya. Jika kita ada anak murid yang lemah, maka sebut namanya dalam doa, in sha Allah doa guru sangat sangat makbul.

‘Online Chatbox’
bersama Ustaz Mohd Rafizal
S: Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya.
Apa hukum kalau org kafir membaca buku yang mengandungi kalimah syahadah?
Adakah masuk Islam?
J: Setakat membaca sahaja tidak menyebabkan org kafir itu
masuk Islam.Ia mestilah disertai dgn niat utk masuk Islam.
ps: "Yang baik, kita jadikan amalan, yang kurang baik, mohon beri teguran"